Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, February 11, 2009

Protes Anti Karpal Singh Video



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Wahai Ikhwanul Muslimin sekelian.

Video rakaman diatas adalah usaha saya sebagai seorang Blogger Muslim untuk menunjukkan kepada umum akan keperluan kita selaku umat Islam di dalam tanahair yang sedang bergejolak dengan masaalah siasah politik dalam negara hari ini, untuk hadir menyatakan pendirian kita bilamana ada petualang dari kalangan rakyat yang tidak sedar di untung akan natijahnya jika melampaui batas.

Saya bercakap mengikut pandangan saya dan prinsip prinsip peribadi saya yang menjunjung Kedaulatan Islam dan sekaligus Kedaulatan Kesultanan Melayu di negara ini dimana saya lahir sebagai anak watan.

Saya tidak mahu ambil tahu akan prinsip dan pegangan sesiapa sahaja yang mahu menjahanamkan institusi beraja di Tanah Melayu ini.

Terpulang kepada masing masing untuk memikirkan apa sahaja kerna di akhir hayat masing masing, Insya Allah akan di pertanggungjawabkan pada diri sendiri akan perbuatan kita.

Ini ruang saya menyatakan pendapat saya. Saya tidak memaksa sesiapa pun untuk akur terhadap penulisan saya disini ataupun melarang barangsiapa yang mahu menyokong fikrah saya ini.

Harap maklum.

Dunia penulisan blog ini adalah ruang untuk mereka yang ada kemampuan mengendalikan sistem internet untuk menyampaikan kata, menyiarkan visual atau audio diatas kemampuan dan kebolehan masing masing.

Apa sahaja yang diterbitkan atau diulang siar di laman blog masing masing mencerminkan pegangan dan pendirian si tuanpunya blog atau laman web.

Saya berpegangan bahawa setiap insan yang Muslim didalam ertikata sebenarnya hendaklah berusaha menyatupadukan ummah bukan asyik mengadu domba dan mencari kesalahan dan kesilapan masing masing.

PAS dan UMNO bagi pendapat saya wajib bersatu. Ini adalah tuntutan Islam.

Sesiapa sahaja yang berpendapat sebaliknya mengikut hemat saya tidak akan dapat lari dari menjawab kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di Padang Mahsyar nanti.

Akal yang Allah Azza Wa Jalla kurniakan hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk mengikat tali persaudaraan antara umat Islam di negara ini terutamanya diantara bangsa Melayu yang mendokong Daulah Islamiyyah.

Sekian lama ini, UMNO dan PAS asyik bertelagah tak sudah membuka ruang dan peluang kepada musuh musuh durjana memecah belahkan diantara kita.

Apa kejadahnya semua ini?

Apakah begitu sekali kesombongan masing masing sehingga begitu keras kepala tidak mahu duduk semeja berunding sebaik mungkin untuk menyatupadukan ummah?

Kita solat menghadap Qiblat yang sama!

Kita bertakbir mendaulatkan dan mengagungkan Allah yang Maha Esa!

Kita bertasbih zikir yang sama, selawat yang sama, malah bila mati nanti, talqin dan sebagainya serta kubur yang sama.

Kenapa kah begitu bengap sekali fikiran para pemimpin kedua parti politik Melayu dan Islam yang terbesar dinegara ini TIDAK MAMPU merapatkan saff?

Tidak mampu bertolak ansur didalam pembahagian kuasa?

Banyak mana lah yang boleh di mentekedarah segala hasil mahsul bumi ini kedalam tembolok masing masing?

Perut itu jika di isi dan disumbat segala makanan yang tersedap dan termewah sekali pun bila dah kenyang hanya akan memuntahkan isiperut yang hanyir dan memualkan!

Ada had bagi segala sesuatu.

Ini hakikat alam.

Usahlah terus bermusuh musuhan diantara satu sama lain.

Sudah sudah lah!

Saya hadir di protes ini dengan niat mahu menyatupadukan Ikhwanul Muslimin.

Sekiranya bijak pandai dalam PAS merasakan diri lebih sempurna di dalam ilmu agama , saya persilakan mereka menjalankan usaha Dakwah al Islamiyyah membimbing saudara mereka didalam UMNO.

Pemuda pemuda UMNO ini bukannya musuh sebenar kita @ para pendokong Daulah Islamiyyah.

Hampirilah mereka dengan penuh keazaman mahu membawa saudara seagama dan sebangsa dengan kamu kembali ke jalan Allah!

Apakah mereka akan membantah?

Sedangkan kaffir harbi laknatullah boleh kamu dakap dan peluk dengan mesra ; inikan pula saudara seagama kamu?

Apakah begitu tinggi sekali darjat kita sehingga tidak mahu menghulurkan tangan memberi salam, mengajak berbicara, bermuzakarah sehingga sampai ada yang mahu memancung kepala saudara seagama dan sebangsa mereka sendiri?

Sesungguhnya barangsiapa yang ada sifat riak dan ujub terhadap diri sendiri tidak akan mencium bau syurga.

Ini bukan Zainol Abideen yang empunya kata. Ianya adalah diantara ratusan ribu hadis hadis sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saya ini cuma orang kampong saja tuan tuan dan puan puan.

Saya tidak belajar agama sampai ke tahap tertinggi Universiti Al Azhar ataupun memiliki sijil sijil dan ijazah bergulung gulung sampai tak cukup ruang di dinding untuk mempamerkan nya.

Saya insan biasa tetapi empunyai kebolehan berkata kata baik didalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris kurniaan Ilahi.

Saya akan tetap bermujahadah cara saya tanpa menghiraukan suara suara sumbang baik dari dalam jamaah mahupun dari kaffir kaffir harbi harami Laknatullah!

Mereka boleh pergi ke Narrul Jahannam!

Saya tidak biasa berdondang sayang nak berbicara kiasan sepanjang masa.

Bilamana perlu kerongkong digenggam; maka tidak akan terhenti barang sejenak bagi insan ini untuk berlaku demikian.

'Agi Idup Agi Ngelaban' slogan orang Iban.

Selagi hidup selagi itu akan dia berkorban.

Inikan pula kita?

Tuan tuan dan puan puan, sahabat seperjuangan saya.

Marilah kita satukan kembali umat Islam negara ini yang telah berpecah belah ke pelbagai macam jamaah dan parti demi Allah dan Rasul.

Usah lah terus terusan mencari keburukan masing masing.

Tuan tuan dan puan puan pasti berjaya!

Berjaya mencari keburukan dan kesilapan saudara saudari kita.

Ini hakikat alami.

Jika kita mahu mencari kebaikan pada apa sahaja pun sudah pasti akan kita ketemuinya. Seribu satu kebaikan boleh kita cari dengan berpandukan mata hati masing masing.

Sebaliknya jika kita memang sudah bertekad didalam hati dan sanubari masing masing hendak mencari kesalahan dan keburukan apa sahaja, saya berani jamin kepada tuan puan bahawa kita pasti akan nampak benda itu.

Kita pasti akan dapat menjatuhkan semangat dan membunuh serta menghapuskan benih benih daya juang didalam hati dan peribadi mereka yang kita jadikan musuh.

Untuk inikah kita dihidupkan Allah dimuka bumi ini?

Untuk inikah kita lahir, membesar, di didik sehingga boleh kenal itu dan ini tetapi terus memilih untuk menjadi penjahanam saudara saudari sendiri bila sudah dewasa sebegini?

Memang!

Memang hebat hujah hujah yang sesetengah dari pakar pakar ilmu duniawi sampaikan di ruang laman internet dan blog masing masing ataupun yang menghantar komen berapi api.

Profesor di universiti pun boleh angkat bendera putih. Tabik spring kepada sang penghujah dinamik sekelian!

Tetapi apakah hasilnya berkata sepandai dan sehebat itu?

Adakah ada apa apa manfaat bagi agama, bangsa dan negara?

Atau hanya cuma untuk memastikan diri itu akan terhumban ke api neraka yang bergejolak kelak?

Fikir fikir lah sendiri.

Setiap patah perkataan, setiap kata ungkapan semuanya akan ada timbal baliknya.

Yang berdiri diatas landasan yang berhak akan tetap mendapat kurniaan Tuhan ; yang batil pula akan tetap menerima padah sebaliknya.

Bawa bawa lah bermuhasabah diri dan renung renung sejenak akan arah tuju perjuangan hidup masing masing.

Saya berusaha ke arah merealisasikan pepatah 'Carik carik bulu ayam ; lama lama bercantum jua'.

Setiap Melayu pasti faham maksud yang tersirat dan tersurat di atas.

Apakah saudara saudari yang membaca luahan hati saya ini berfikiran serupa?

Saya amat berharap bahawa anda juga sama sehati dengan saya.

Ingin melihat umat Islam Malaysia ini bertaut rapat, berdiri bersama sama, gagah perkasa, berani, bersemangat waja dan berkesanggupan untuk menegakkan panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala di tanahair tercinta ini serta mampu membanteras dan menghapuskan mana mana pihak kaffir harami laknatullah dan sekelian munafik @ musuh didalam selimut yang secara diam atau terang terangan mendokong usaha durjana mereka.

Bersatu teguh ; bercerai roboh!

Sekian.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatulillahi Ta'ala Wabarakatuh.

Abdillah.

6 comments:

dol_campers said...

Cayalah bro. Ni barulah demonstrasi terkawal. Walaupun kat hujung ada heboh cikit. Tapi masih terkawal lah. Lepas ni, barulah Karpal akan piker 2,3 kali sebelum nak buat sesuatu, dia ingat ni Amerika ka nak saman2 Sultan.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Saudara Abdul Wahab.

Alhamdulillah. Sepanjang protes semalam, memang pihak urusetia perhimpunan bijak mengawal ahli ahli mereka.

Saya nampak sendiri bagaimana bila ada pemuda yang sudah naik 'syeh' diamankan dan ditenteramkan oleh pemimpin mereka dan terus sahaja suasana tegang itu berjaya diredakan dengan elok.

Dah namanya protes; mestilah bersemangat dan naik darah.

Kalau setakat nak protes 'auw auw ' tu tak payah lah membuang masa.

Tapi tak adalah pulak kes yang nak baring pegang bendera kat jalanraya.

Boleh dikatakan matlamat protes telah disampaikan secara elok tanpa ada sebarang keperluan utnuk FRU membelasah sesiapa atau menembak gas pemedih mata.

Sesudah memorandum disampaikan dengan selamat dan caci maki ke atas Karpal puas diseranahkan para pemuda, mereka bersurai elok dan siap berterimakasih kepada pihak PDRM serta Media yang hadir.

Tak adalah keperluan hendak menangkap sesiapa semalam oleh polis polis yang mengawal.

Alhamdulillah.

Ada satu ketika tu, pegawai polis di tunjuk pemuda pemuda itu akan sticker Polis yang dipaparkan dalam kereta Karpal Singh.

Pemuda UMNO itu siap memberi Akta 8 Kesalahan Jenayah menggunakan simbol atau sticker polis secara salah dan meminta pegawai polis yang ada untuk mengambil tindakan keatas Karpal.

Memang pegawai polis pun respek pada pemuda UMNO tersebut dan berjanji akan menasihati peguam tersebut untuk membuang sticker itu dari keretanya.

Hehehehe..

Dan ramai kaki komen di Youtube yang tidak berpuas hati bahawa polis tak membelasah pembantah pembantah semalam :P

Nak belasah mereka diatas alasan apa berdasarkan cara mereka protes semalam?

Memang tak masuk akal sungguh!

:)

pez said...

Assalamualaikum tuan Zainol,
cuma ingin mengetahui sedikit dari segi teknikal apakah equipment yang tuan guna sewaktu merakam?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam pez.

Peralatan saya teramat lah ringkas.

Kamera Digital Nikon S200 Coolpix
7.1 Megapixel

8 GB SD Card.

Boleh merakam Video High Definition TV Quality selama 30 minit.

Sekiranya saya gunakan resolusi yang kurang lagi, 8 GB itu boleh merakam movie 2 jam tanpa henti.

Selalunya bila merakam peristiwa seperti protes ke apa, kita cuma perlu rakam saat dan ketika perkara penting sedang berlaku dan hentikan rakaman bila tidak perlu.

Bila kembali ke rumah, saya gunakan perisian Picasa3 untuk menyunting rakaman dan kemudian mengadun semula setiap rakaman yang penting itu menggunakan Windows Movie Maker yang disediakan oleh Microsoft.

Ianya amat mudah dan memang senang dipelajari.

Niat di hati hendak belajar Creative Multimedia bila ada kewangan dan kesempatan masa.

Buat masa ini saya menggunapakai apa yang ada pada saya sahaja.

Saya juga menggunakan tripod untuk rakaman statik dan mendapati penggunaan tripod memudahkan saya untuk mendapat shot menjangkau kepala kepala reporter yang berkerumun dengan kamera digital SLR masing masing.

Peralatan petugas media profesional memang jauh lebih mahal dari saya yang bermodal ciput ini dan mereka mempunyai pelbagai macam lensa canggih sedangkan saya hanya mampu menggunakan kamera digital kompak kami sahaja untuk menyampaikan rakaman peristiwa kepada para pembaca blog saya.

Walau bagaimanapun dengan peralatan yang serba ringkas ini dan menggunakan akal orang kampong seperti saya ini, dapat juga saya sampaikan kepada umum video video amatur dari hehehehehe..
..MAHAGURU58 PRODUCTIONS!

Saja nak letak gitu supaya adalah rasa diri tu sama setanding dengan media perdana.

Hahahaha...

Yang penting ...mesej utama dapat saya sampaikan tanpa ada suntingan melampau.

Biar pembaca blog saya dapat melihat, mendengar dan merasakan setiap apa yang sedang berlaku.

Semoga pez dan rakan rakan yang lain dapat menceburi bidang media wartawan rakyat seperti saya ini.

Lebih ramai yang merakam sesuatu peristiwa dan memuatnaikkan ia secara percuma untuk tatapan global lebih baik untuk menyampaikan maklumat semasa.

Muhammad Azli Shukri said...

Tahniah!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Terimakasih diatas sokongan kepada mujahadah hamba.

Jika turun ke KL, harap sudi menghubungi saya.

Sms/ Telefon 016-3969881.

* Ingin mendalami lagi ilmu kewartawanan dari mereka yang pakar dan berpengalaman.

Insya Allah!

Tahniah juga kepada tuan kerna berjaya menemuramah tokoh tokoh terbilang negara kita.

:)

Salam seperjuangan dari hamba.

Wassalamualaikum wr wb.