Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 03, 2009

Kerna pulut santan binasa......Amarah Pemuda terhadap Karpal!



Bagi anda yang mungkin tidak sempat melihat akan rakaman video apa sebenarnya telah berlaku di ruang masuk ke Bangunan Parlimen Malaysia, ini adalah bukti akan cara pemuda pemuda Melayu menghadapi si pemaki mereka.

Pada peringkat awalnya mereka bertanya dengan elok tetapi tegas kepada si Karpal untuk mengulangi kata kata nya memaki hamun mereka dan menuduh mereka yang mengirim peluru mengancam maut pada dirinya sekeluarga diatas niat si Karpal untuk menyaman Duli Tuanku Sultan Perak diatas keputusan Tuanku memecat kerajaan DAP-PKR-PAS bila hilang majoriti kerusi DUN berikutan pengisytiharan 3 Adun Perak keluar parti dan bebas. 2 PKR dan 1 DAP. Berpihak pula kepada BN.

Suasana bertukar kecoh bila puak DAP dan PKR datang untuk melindungi si Karpal dan kemudiannya anda boleh melihat sendiri akan apa yang telah berlangsung?

Soalnya kini, apakah seseorang Ahli Parlimen seperti si Karpal merasakan dirinya kebal dari undang undang dan boleh sahaja memaki hamun mencerca dan menuduh itu ini tanpa ada bukti akan kesalahan pihak yang dihamunnya itu?

Apakah Parlimen Malaysia kawasan bebas dari perlu akur kepada prinsip prinsip Rukunegara Malaysia sehingga seseorang ahli parlimen yang dilantik merasakan dirinya Raja diatas Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong?

Apakah Kesultanan Melayu sekarang cuma sebagai hiasan dinding sahaja dan negara ini kini mempunyai pemerintah beraja dimata bersyaitan dihati?

Saya teringat peribahasa Melayu lama 'Kerana pulut santan binasa' dan 'Bagaikan kaduk naik junjung!'

Tidak percuma orang orang zaman dahulu mengukirkan kata, menyusun pepatah kerana natijah nya terhadap warga tanahair tercinta ini kini bagaikan sembilu menusuk kalbu.

Bagaikan api dalam sekam ; bagaikan gunting dalam lipatan.

Enau didalam belukar. Masing masing melepaskan pucuk.

Seandainya warga bumi tercinta ini alpa, inilah padahnya.

Menang sorak kampong tergadai.

Ayam terlepas ; tangan berbau tahi!

Apakah kan sedar warga tercinta?

Demi masa....

Sesungguhnya manusia itu sentiasa didalam kerugian.

Melainkan mereka yang tabah mengerjakan yang hak dan mencegah yang batil.

Terlajak perahu boleh diundur.........

Terlajak kata....

Tanggung sahaja natijahnya!

4 comments:

Farah said...

Saudara Mahaguru,
Di saat ini saya teringatkan bagaimana keupayaan Tun Dr Mahathir mengekang puak ekstrimis, dan menjaga keamanan negara. Adakah ini harga kebebasan bersuara?
Semakin hari semakin kuat kedengaran kenyataan berbaur hasutan. Perhimpunan haram diadakan sewenang-wenangnya. Saya khuatir keadaan ini akan membawa kepada berlakunya huru-hara dalam negara jika terlalu dibiarkan sangat.
Semoga Allah melindungi umat Islam di Malaysia khususnya dari ditindas oleh kafir laknatullah.

Farah

MAHAGURU58 said...

Saudari Farah,
Bila kaduk sudah naik junjung; makanya sireh tidak dipandang lagi.

Bila martabat bangsa dan agama sudah tergadai dek nafsu ingin berkuasa ikut suka dan diatas tiket pakatan rakyat jelata, ianya seolah menjadi izin menyeluruh untuk berspeaker di jalanraya dan dibawah pokok sena seumpama dalam kisah Kerajaan Pasir Dua Butir dalam filem P.Ramlee Laksamana Do Re Mi.

Bila dalam Parlimen bukan main garang si Karpal tetapi bila berhadapan Pemuda UMNO yang dia maki hamun sesuka hati kepala dia, dia kecut segalanya tak berani lah pula mengulangi hamunnya itu!

Ini bukan soal Pemuda UMNO berkasar dengan seorang Kurang Upaya. Yang kurang upayanya kaki tangan namun mulutnya bukan main berbisa memaki, menghamun, mencaci cerca orang dan yang terpaling kurang ajarnya adalah MENGANCAM AKAN MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP SESIAPA YANG BERANI MEMBUAT LAPORAN POLIS TERHADAPNYA!!!

HELLO!!!

APAKAH DAH KENA SAMPOK DEK KESEKELIAN AHLI PARLIMEN MALAYSIA SEKELIAN BOLEH MEMBIARKAN SI KARPAL MENGUGUT SECARA TERBUKA SATU NEGARA MALAYSIA???

MANA PERGINYA SISTEM UNDANG UNDANG NEGARA?

APAKAH DAH MAKAN SUAP SEGALA MANGKOK HAYON YANG KONON NYA PEJUANG AGAMA, BANGSA DAN NEGARA?

Saya sudah hilang hormat pada manusia sebegini yang bercakap tak serupa bikin.

Saya sudah tidak lalu menyokong mana mana gerombolan yang menggelarkan diri mewakili rakyat Malaysia.

Minta maaf.

Rakyat yang satu ini hanya berta'at setia kepada Allah Tuhan Semesta Alam dan berbai'ah kepada Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam serta 'Ulul 'Amri yang sah dan layak memerintah saya.

Yang berebut kuasa dunia macam ini boleh jalan!

Mahaguru58 tak kebuloq nak bersama sama mereka yang mencabar suruh langkah mayat atau pun bangkai mereka jika kami umat Islam seMalaysia hendak tegakkan Ad Daulah Wal Islamiyyah dibumi tercinta Persekutuan Tanah Melayu Malaysia ini.

Wallahi Wabillahi.

Barangsiapa yang menyeterui Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam tetap musuh saya jua.

Selagi hayat dikandung badan akan tetap saya bersama pihak berkuasa Agama Islam di Malaysia ini biar dicaci maki munafik dan para kaffir harbi laknatullah!

Yang saya peduli hanyalah usaha untuk menyatupadukan ummah al wahidah, Muslimin na wal Muslimat seMalaysia.

Farah said...

Saudara Mahaguru,
Saya sentiasa menyokong perjuangan saudara dalam menyadtupadukan umat Islam. Bagaimanapun saya ada satu persoalan, bagaimana untuk menjelaskan mengapa istillah kafir digunakan kepada mereka yang bukan Muslim. Saya mempunyai sahabat yang menyatakan bagaimana mereka berkecil hati, hanya kerana mereka bukan islam mereka dipanggil Kafil Laknatullah. Bagaimana untuk menjelaskan ini secara lebih berhikmah?

MAHAGURU58 said...

Wahai Farah,

Kaffir ada dua kategori. Satu Kaffir Dhimmi yang hidup dengan aman dan tidak mempunyai niat nak menghuru harakan penguasa Muslim serta mahu hidup dengan cara mereka tanpa mendatangkan sebarang masaalah kepada jiran jiran mereka yang beragama Islam.

Ada ramai Kaffir sebegini didalam negara kita. Secara kasar boleh kita anggarkan bahawa 90% Kaffir dalam negara kita bersifat begitu.

Kaffir dhimmi iaitu mereka yang redha dengan kita dan baik hati budi mereka.

Katakan kepada kawan kawan Farah yang bersifat sebegitu bahawa sekiranya mereka tidak bermusuh dengan kita dan tak ada agenda keji terhadap kita, ungkapan 'Kaffir Laknatullah' itu tidak ditujukan pada mereka.

Katakan bahawa saya yang jelaskan begitu.

'As long as they are peace loving and mutually respectful fellow citizens with us and mean us no harm and will not interfere into our Islamic Affairs, they are guaranteed our mutual respect and protection from being disturbed by anyone.'

Kategori satu lagi adalah Kaffir Harbi. Ini dia jenis kaffir yang di laknat Allah dan wajib kita perangi dakyah mereka seboleh mungkin.

Ini jenis Kaffir macam puak yang mencabar kita melangkah mayat mereka jika nak tegak negara Islam di bumi tanahair kita sendiri.

Saya anak negeri Pulau Pinang! Biarpun bapa saya berasal dari India, saya adalah anak watan bumi ini.

Sultan Melayu adalah Sultan saya.

Orang orang Islam di Malaysia ini adalah saudara saudari saya dan saya berhak menjaga kepentingan Ad Deenullah di tanah air tempat saya lahir ini!

Oleh kerana itu, maka nya saya tampil kemuka mempertahankan Ad Deenul Islam dari diserang dan di perleceh oleh puak puak Kaffir Harbi yang bermusuh dengan kita.

Sekiranya mereka tidak mengganggu urusan agama kita, saya tak akan ambil peduli tentang urusan mereka dan akan membiarkan mereka hidup cara mereka.

Tetapi bila mereka masuk campur urusan Islam, memaki hamun orang orang Islam, mencabar kedaulatan Islam, minta maaf le...Muslim ini tak akan diam membisu, buat buat tak dengar atau tak nampak!

Agi idup; agi ngelaban!

Selagi hidup; selagi itu kita kena berjuang berkorban demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassalam!

Ha, gi cakap dengan kawan kawan Farah.

Kaffir Laknatullah tu dipakai pada kaffir yang bermusuh dengan kita.

Yang nak berkawan dengan kita, tak jadi hal punya.

Kita siap akan membantu dan menolong mereka jika perlu.