Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 01, 2009

Kristian Malaysia dilarang guna 'Allah'! Dato Seri Syed Hamid Albar.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Maha Suci Allah! Tuhan semesta alam dari disalah tafsir dan ditampilkan sebagai Tuhan 3 dalam satu sepertimana disalah faham oleh pihak Gereja Kristian terutamanya oleh mereka yang beriya benar ingin menggunakan nama Allah untuk menggambarkan 'Tuhan' imaginasi mereka!

Saya bersyukur dengan pengumuman diatas oleh Menteri Dalam Negeri Dato Seri Syed Hamid Albar didalam sidang media beliau di Kota Kinabalu semalam (28hb Februari 2009).

Selaku seorang Blogger Muslim saya ingin memperingatkan Dato Seri Syed Hamid Albar bahawa selaku Menteri Keselamatan Dalam Negeri, beliau turut bertanggungjawab bersama dengan Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjaga kedaulatan Ad Deenullah dari dicemari sesiapa sahaja dengan menimbulkan kekeliruan tentang 'Allah' Tuhan semesta Alam dengan apa sahaja yang mereka sembah!

Berikut adalah laporan Berita Harian hari ini tentang kenyataan Dato Seri Syed Hamid Albar mengenai perkara penerusan larangan penggunaan perkataan 'Allah' didalam sebarang penerbitan gereja Kristian!

KDN kuatkuasa larangan sehingga Mahkamah Tinggi buat keputusan

KOTA KINABALU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) membatalkan serta-merta pewartaan perintah yang membenarkan penggunaan perkataan 'Allah' dalam penerbitan agama Kristian.

Berikutan itu, Herald-The Catholic Weekly dilarang menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya, sehingga keputusan mengenainya dibuat Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas).

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar, mengakui ada kesilapan dalam penggubalan perintah bertarikh 21 Januari yang diwartakan pada 16 Februari lalu itu, hingga menimbulkan kekeliruan.

Beliau berkata, perintah itu seolah-olah memberi gambaran kerajaan membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly sedangkan keputusan sudah dibuat melarang perkataan itu digunakan dalam penerbitan berkenaan.

Akhbar semalam melaporkan, Peguam Kanan Persekutuan, Nizam Zakaria yang mewakili Pejabat Peguam Negara berkata, Mahkamah Tinggi diberitahu, penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan khusus untuk agama Kristian adalah dilarang kecuali jika di kulit muka depan dokumen dan penerbitan itu ditulis perkataan 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah Keselamatan Dalam Negeri (Larangan Penggunaan Perkataan Tertentu Pada Dokumen dan Penerbitan) 2009 itu menyebut: 'percetakan, penerbitan, penjualan, pengedaran dan pemilikan apa-apa dokumen dan penerbitan berkaitan agama Kristian yang mengandungi perkataan Allah, Kaabah, Baitullah dan solat adalah dilarang, kecuali di kulit muka depan penerbitan itu ditulis 'Untuk Agama Kristian.'

Perintah yang membenarkan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan Herald-The Catholic Weekly mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri dan berkuat kuasa serta-merta itu mendapat bantahan pelbagai pihak.

Pada sidang media di Hotel Sutera Pacific, di sini semalam, Syed Hamid berkata: "Saya mengakui ada kesilapan dalam penggubalannya (perintah berkenaan). Penggubalan itu mengatakan boleh sedangkan ada larangan.

"Pewartaan itu memberi gambaran seolah-olah perkataan itu boleh digunakan sedangkan ia belum dirumuskan dan tidak ada perubahan keputusan yang pernah dibuat sebelum ini. Saya mengambil ketetapan ia perlu diperbetulkan kerana jika tidak, warta itu melahirkan kekeliruan."

Serentak penarikan balik perintah pewartaan itu, KDN juga melarang Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Kaabah, Baitullah dan solat.

"Kita ada perintah awal yang tidak membenarkan penerbitan lain selain agama Islam menggunakan perkataan Allah, Baitullah, Kaabah dan solat. Ini bukan bertujuan menyekat pengamalan mana-mana agama tetapi untuk mengelakkan kekeliruan," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihak terbabit perlu menunggu keputusan Mahkamah Tinggi mengenai semakan kehakiman kes berkenaan yang dikemukakan Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur.

**********************************************************************************

73. Laqad kafara allatheena qaloo inna Allaha thalithu thalathatin wama min ilahin illa ilahun wahidun wa-in lam yantahoo AAamma yaqooloona layamassanna allatheena kafaroo minhum AAathabun aleemun

73. They do blaspheme who say: God is one of three in a Trinity: for there is no god except One God. If they desist not from their word (of blasphemy), verily a grievous penalty will befall the blasphemers among them.

73. Mereka (Kristian) berdusta bilamana berkata: Allah itu satu diantara tiga didalam Trinitas : kerana tiada tuhan melainkan Allah. Sekiranya mereka tidak menghentikan kata dusta mereka, nescaya azab yang teramat pedih akan menimpa para pendusta tersebut.

Surah Al Ma'idah. Ayat ke 73. Al Quran al Karim.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Saya ingin mengingatkan semua bahawa umat Islam seMalaysia mahupun sedunia tidak akan mendiamkan diri melihat pihak kaffir cuba mencemari kesucian Agama Islam apatah lagi membiarkan sesiapa sahaja untuk menimbulkan kekeliruan tentang Allah Tuhan Maha Suci Maha Pencipta dengan mengaitkan Allah Rabbul Alamin dengan 'Tuhan 3 dalam1' @ Trinitas rekaan pihak gereja Kristian.

Sekian lama ini, penulis blog ini cuba sedaya upaya untuk tidak menyentuh mahu pun menyerang balas mana mana pihak yang cuba menimbulkan masaalah kepada umat Islam dan memilih medan Dakwah al Islamiyyah untuk menyedarkan dunia pembaca tentang apa itu Islam dan apa yang tidak?

Saya seboleh mungkin tidak mahu mendorong sesiapa untuk menulis mendedahkan kekarutan yang terdapat didalam fahaman Kristian diatas dasar ingin meneruskan keharmonian masyarakat demi keamanan dalaman negara.

Namun apakah ini yang pihak Kristian hendak?

Apakah Gereja Kristian mahu saya serta para penulis blog Muslim yang lain mencemarkan dunia blogosfera kita dengan perang agama siber yang kemudiannya akan mencetuskan perang fisabilillah yang sebenar benarnya?

Saya seboleh mungkin merayu kepada pihak Kristian supaya hentikan lah semua ini.

Hentikanlah segala perang saraf di dunia blog dan media dan teruskan lah sahaja hidup kamu menyembah apa sahaja yang kamu sudah salah sembah sekian lama ini dan elakkan percubaan kamu untuk memecah belahkan keharmonian negara tercinta kita dengan dakyah kamu ingin mencemari kesucian nama Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menggelarkan benda benda yang kamu sembah sebagai 'Allah' juga!

Sesungguhnya jika kamu benar benar orang orang yang berakal dan berpijak dibumi yang nyata, kamu sudah tentu akan menghentikan perkara karut ini dan berhenti menimbulkan masaalah diantara kami orang orang Islam dengan kamu yang memilih untuk menyembah seorang makhluk ciptaan Allah dan kemudian menyalahtafsirkan ia sebagai anak Tuhan dan sebagainya!

Saya memang tidak sampai hati untuk menyerang kamu wahai saudara saudariku anak cucu keturunan Nabi Adam Alaihis Salam tetapi kamu harus sedar bahawa kesabaran kami umat Islam seMalaysia ada juga hadnya.

Harap harap pemimpin pemimpin gereja Katolik Kristian akan kembali ke fikrah rasional dan menghentikan cubaan mencemari keharmonian diantara kita sesama warganegara Malaysia.

Hentikanlah.

Semoga Muslimin dan Muslimat Malaysia akan sedar tentang bahaya mendiamkan diri bila kesucian agama Islam kita dicemari dengan dakyah dakyah Kristian ini dan bersatu didalam menyatakan yang hak sepertimana di tuntut oleh Allah Azza Wa Jalla dan dianjurkan oleh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Saya mengucapkan ribuan terimakasih kepada Dato Seri Syed Hamid Albar diatas penjelasan ini dan berharap supaya Dato Seri sentiasa peka dan berwaspada terhadap dakyah pemuka pemuka Kristian ini dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut peruntukan undang undang keselamatan negara tanpa berdolak dalik kerana sejarah telah membuktikan bahawa adalah amat merbahaya untuk membiarkan sebarang pencetus masaalah yang boleh menghuru harakan negara kita untuk bebas menyatakan itu dan ini yang akan menghiris kalbu dan jiwa kami umat Islam seMalaysia.

'Innad Deen na ind Allah hal Islam!'

Sesungguhnya agama disisi Allah hanyalah Islam!

Saya percaya Dato Seri juga memegang kepada amanat Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sama seperti kami.

Semoga kedaulatan undang undang terus dipelihara demi keamanan rakyat seMalaysia.

Amat buruk natijahnya nanti jika perkara sebegini tidak dicantas dan dihapuskan pada peringkat permulaan ini.

Percayalah!

Kami umat Islam seMalaysia tetap bersama 'Ulul 'Amri sekiranya 'Ulul Amri menjaga kesucian Ad Deenullah sepertimana diamanahkan kepada pihak berwajib.

Semoga sentiasa berwaspada dan proaktif memantau anasir anasir kuffar ini.

Kepada saudara sesama Islam dengan saya,

Saya berdoa semoga umat Islam seMalaysia akan lebih beristiqamah didalam menuntut ilmu Agama Islam dan didik diri masing masing dengan kebenaran Islam serta tidak termakan hasutan dan dakyah kaffir.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan isi hati kita ini dan akan menyoal kita akan setiap apa yang kita lakukan secara terang terangan mahupun yang kita cuba sembunyi.

Seboleh mungkin ikhlas lah hidup sebagai Hamba Allah dan cuba sedaya mungkin untuk hidup dan mati sebagai umat Islam sejati.

Insya Allah.

7 comments:

zh.ibrahim said...

assalamualaikum wrt. wbt. tuan,

saya nak tanya sedikitlah...dari pengalaman tuan, bagaimanakah org2 kristian n org yahudi @ agama2 lain di semenanjung tanah arab merujuk kpd tuhan mrk?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara Ibrahim,

Bilamana kita sudah sedia maklum akan kekarutan fahaman Kristian baik yang berbangsa Arab mahupun Yahudi di Timur Tengah, apakah perlunya kita menyelidiki tentang bagaimana mereka menggelarkan 'tuhan' imaginasi mereka?

Sebagai umat Islam, kita harus tegas menjaga agar nama Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak digunapakai puak kaffir untuk menjadi gantinama sesuatu yang bukan Rabbul Alamin!

Apakah saudara akan setuju dan redha sekiranya seorang kaffir memanggil anjingnya dengan nama saudara?

Sudah tentu saudara akan murka melainkan ada yang tidak kena dengan saudara!

Saya tidak mahu berbicara sia sia tentang apa yang digunapakai Arab Kristian di Timur Tengah atau Semenanjung Arab kerana saya berpegang kepada Hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam supaya tidak berbantah bantah sesama kita mengenai perkara yang kita sedia maklum atau ragu ragu!

Bagi saya, penggunaan perkataan 'Allah' oleh Gereja Kristian Katolik di Malaysia adalah salah dan saya bersama sama dengan pihak berkuasa didalam negara kita untuk membanteras pekerjaan karut ini.

Apa yang pihak pihak kaffir asing nak lakukan di negara mereka tidak dapat saya lakukan apa apa kerna ianya diluar daya kuasa atau pengaruh kita.

Saya harap saudara tidak terus membincangkan perkara ini kerana saudara adalah saudara seIslam saya dan seboleh mungkin saya tidak mahu berdebat dengan sesama Muslim mengenai perkara karut anutan sang kaffir.

Tak ada faedahnya kita berdebat begitu melainkan saudara bukan seorang Muslim didalam ertikata sebenarnya dan hanya mahu mengadu domba semata mata.

Seboleh mungkin saya tidak mahu berburuk sangka terhadap sesiapa pun.

Harap faham pegangan saya tidak ingin berdebat dengan mana mana Muslim tulin mengenai perkara penggunaan perkataan 'Allah' oleh Kuffar Kristian!

Saya lebih terdorong untuk menyampaikan risalah agama kepada semua dan tidak akan melayan debat kosong atau yang tak ada gunanya bagi saya atau ummah didalam saki baki ruang waktu hidup saya ini.

Saya lebih suka menghabiskan waktu saya di jalan Allah SWT dari berdebat percuma dengan orang orang yang memang gemar membuang masa begitu.

Saya ada kerja kerja yang lebih penting untuk saya laksanakan.

Sila rujuk kepada kaki debat lain yang ada sekiranya mahu terus membicarakan perkara ini.

Seandainya Saudara Ibrahim mahu tahu lebih lanjut tentang apa apa berkenaan perkara ini, sila rujuk kepada salah seorang Alim Ulamak yang saya sendiri sentiasa bertanyakan itu ini iaitu Al Alim Profesor Datuk Dr Harun Din.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum wr wb.

cakapsiang said...

Syukur Alhamdulillah. Maha Suci Allah yang memberikan kekuatan kepada Pak menteri menarik balik ketelanjurannya.

Sebagaimana yang Tuan tekankan, biarlah mereka berterusan dengan kekufuran menyembah tuhan imaginasi mereka, yang penting kita umat Islam memelihara, mempertahan dan berjuang menegakkan Agama Allah walau hingga ke titisan darah yang terakhir. Kita tiada lain bekalan semasa ajal, kecuali Allah dan agamaNya.

Perjuangan kita masih belum selesai selagi nyawa dikandung badan.

YB Raz Gothic said...

Assalamualaikum..

Izinkan saya mengambil sedikit perenggan ayat dari blog saudara untuk diletakkan di blog saya.

sekiranya saudara tidak mengizinkan, sila maklumkan kepada saya.

Terima kasih.

MAHAGURU58 said...

Tuan Guru Cakapsiang,

Alhamdulillah syukur kita kehadhrat Ilahi Allah Tuhan Semesta Alam diatas pembatalan 'izin' dari pihak KDN kepada pihak Gereja Katolik yang berkuatkuasa sertamerta semalam.

Baru tadi saya bersama dgn Ketua Pengarah JAKIM di Masjid Negara dan kami berbincang tentang perkara ini sementara menantikan masuk waktu Zohor.

Kami disana menghadiri Majlis Tahlil Arwah Tan Sri SOK Ubaidulla, Pengasas Yayasan Ubaidi.

Insya Allah akan saya maklumkan kepada tuan puan tentang perancangan pihak berkuasa agama untuk menjalankan lebih banyak lagi aktiviti penerangan Islam kepada massa sempena Bulan Dakwah Kebangsaan sekarang ini.

Do'akan kami.

Insya Allah.

Jazakallah diatas nasihat Tuan Guru.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam YB Raz Gothic.

Tuan dipersilakan untuk menghebahkan apa sahaja artikel dari sini untuk kebaikan bersama.

Semoga Allah merestui kita semua.

Amin.

Reza Pahlavi said...

Salam ya Mahaguru.

Sewajarnya kita perlu bertanya kepada orang Kristian kenapa mereka ingin 'menyembah dan memuji Allah' tetapi:

1- Apabila berhadapan dengan pengikut sendiri, dikatakan pula bahawa Allah ialah nama dewa bulan.

2- Saudara seagama mereka di Amerika pula menghasilkan t-shirt Kill 'em all. Let Allah sort 'em out. Adakah dalam t-shirt ini Allah merujuk kepada tuhan orang Islam atau tuhan orang Kristian?