Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, March 22, 2009

Mensyaitankan UMNO ; Malaikat kah PAS?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Mensyaitankan UMNO ; Malaikat kah PAS?

Ini persoalan yang bermain dikepala kebanyakan orang Melayu Muslim di Malaysia?

Bilamana kita bertanya mana mana pengikut arus gelombang politik semasa tanahair, maka mahu tidak mahu kebanyakan dari mereka akan seolah tenggelam punca bila dibangkitkan perkara tohmahan dan label kebanyakan ahli ahli dan penyokong PAS terhadap parti terbesar Melayu dinegara kita.

Maka timbul soal, apakah boleh dikatakan begitu terhadap sesama Islam dengan kita? Secara semberono, pukul rata, tak kisah samada ahli UMNO itu warak dan baik orangnya ; asalkan dia ahli UMNO, dia syaitan!

Begitu pula sebaliknya. Asalkan seseorang itu ahli PAS, maka dia seumpama malaikat? Tidak kira samada seseorang itu tidaklah sesempurna mana iman dan amalnya, asal saja dia berperawakan bagaikan seorang ahli PAS, berkopiah putih dan berjanggut, maka boleh kita anggap bahawa ianya bila bila masa lebih baik dari seorang ahli UMNO?

Ini persoalan yang bermain dibenak fikiran kebanyakan pengikut perkembangan politik semasa.

Namun saya tidak semudah itu mengecap sesiapa sebagai itu dan ini. Baik ahli UMNO mahupun ahli PAS.

Bagi saya 'syaitan' atau 'malaikat'nya sesiapapun tertakluk kepada iman dan amalan masing masing.

Sedangkan diri kita sentiasa terdedah kepada salah dan silap akibat perbuatan kita sendiri, mana mungkin layak kita melabelkan sesiapa pun dari kalangan umat Islam kita sebagai itu dan ini?

Saya bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan dari semua aliran fahaman agama dan juga pegangan politik masing masing.

Bagi saya soalannya adalah individu itu sendiri. Ada yang baik, buruk dan busuk didalam mana mana kumpulan baik jamaah agama mahupun anggota parti parti politik ataupun NGO!

Ada syaitan dan malaikat didalam keseluruhan umat manusia.

Sebolehnya biarlah kita mencari kelebihan masing masing dan tidak hanya menumpukan pandangan kita untuk mencari keburukan sesiapapun.

Jika baik yang dicari, Insya Allah, baik juga akan kita ketemui nanti. Sebaliknya jika kita senantiasa meneliti dan meneropong akan kesalahan dan kesilapan orang lain, saya berani jamin kepada tuan puan bahawa seribu satu keburukan akan terserlah pada pandangan kita!

Apakah itu sahaja yang mampu kita lakukan? Asyik mencari kesilapan dan kesalahan orang lain sehingga kita alpa akan kekurangan pada diri kita sendiri!

Mudah2an hasrat saya untuk melihat perpaduan ummah akan terlaksana jua walaupun saya terpaksa menghadapi mereka yang jumud giler didalam fikrah mereka dan harapan saya agar sikap mengadu domba dan asyik meneliti kesalahan orang lain sebahagian besar anggota masyarakat kita itu akan beransur hilang dari sikap dan sifat kita bagaikan embun dihujung rumput tidak lama lagi.

Amin.

12 comments:

GAP KEMBALI said...

salam mahaguru

hmmm..teringat syiah bila baca tajuk ni. abu bakar r.a, uthman r.a dan semua sahabat dipanggilnya patung quraisy !

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum mahaguru...nampaknya mahaguru pun punya pandangan serupa dgn bapa saya.

Saya amat menyokong visi mahaguru untuk melihat berlakunya perpaduan ummah.Janganlah kita sampai ke tahap apa yang sudah berlaku kepada Hamas dan Fatah di Palestin.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudaraku GAP KEMBALI,

Bagi saya, barangsiapa yang tanpa perlu mensyaitankan saudara seagamanya sendiri dan berdakap berpeluk mesra dengan seteru seteru Allah seperti dari parti DAP, maka manusia itu ada masaalah pertimbangan dan perlu menilai semula setiap pegangan agama dan akidahnya.

Kerna apa saya berkata begitu?

Mudah sahaja. Jika saudara seagama kita ada salah dan silap nya maka jatuh wajib keatas kita untuk berdakwah kepadanya dan mengajaknya kembali ke jalan Allah; bukan mensyaitankannya!

Ini tidak! Semberono sahaja kita lihat sahabat seagama kita dari PAS mengkufurkan sesama Islam dari UMNO tetapi mahu pula berpakat dengan puak seperti Karpal Singh dan Kit Siang yang terang terangan mencabar kita melangkah mayat mereka sekiranya kita hendak menegakkan Islam ditanahair kita sendiri!

Tak masuk akal langsung!

Bagaikan orang kena pukau atau kemaruk kuasa sehingga buta terhadap realiti semasa!

Jika sahabat sahabat kita dari PAS bersatu dengan UMNO, maka umat Islam seMalaysia akan perkasa didalam ertikata sebenar benarnya dan Insya Allah, Daulah Islamiyyah akan benar benar ujud di tanahair kita ini!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam muhammad fakhruddin,

Salam hormat dan salam perjuangan saya panjangkan kepada ayahanda tuan.

Katakan pada nya bahawa hamba Allah ini kirim salam.

Sesungguhnya kita boleh kuat jika bersatu dan berhenti menjadi sochai kepada musuh musuh Islam sepertimana sedang berlaku didalam suasana politik tanahair didalam DAP-PKR-PAS.

Saya hendak melihat umat Islam bersatu menjadi satu jamaah yang padu dan perkasa!

Akan saya teruskan usaha saya merapatkan jurang siasah diantara sahabat sahabat kita didalam UMNO dan PAS!

Saya sokong TG Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu bersatu dengan UMNO!

Umat Islam Malaysia amat memerlukan kesatuan ummah bukan adu domba dari mereka yang buta mata hati mereka!

Zanie said...

Mahaguru58,

Manusia yang berfikir tidak akan mahu dipatuk ular dua kali di lubang yang sama! Bukan PAS tidak pernah bergabung dengan UMNO! Sejarah di Kelantan telah menunjukkan bagaimana perpaduan yang dianjur UMNO itu digunakan pula untuk melemahkan PAS! Tok Guru Nik Aziz tidak akan semudah itu untuk tunduk pada UMNO yang masih dipimpin pemimpin yang rasuah, yang menipu rakyat apatah lagi yang bergelumang dengan maksiat dan kes pembunuhan!Kini apabila UMNO lemah maka dicanangkan sekali lagi perpaduan..kononnya!

Hanya ada satu jalan untuk Malaysia yang sejahtera..kembali kepada Al Quran dan Hadis.. Allah jamin selamat dunia akhirat!

MAHAGURU58 said...

Zanie,
Manusia yang ada sekarang ini termasuk saudara dan saya sendiri tidak mudah menelan apa sahaja berita dan cerita yang datang ke telinga kita.
Yang saya nampak PAS sekarang berjinak jinak dengan DAP seteru Islam. Apa DAP lebih Islamik pada mata PAS dari UMNO?
Apa Karpal Singh dan Kit Siang akan menyokong Islam ditegakkan dibumi Allah ini?
Saya masih yakin bahawa jika kena cara dan kaedahnya PAS berurusan dengan UMNO didalam menegakkan Hukum Allah seperti sepatutnya, Insya Allah akan ada harapan bagi kita mendaulatkan Islam di bumi tanahair kita ini.
Segalanya mungkin jika kita benar benar melihat kepada kebaikan dan bukan asyik mengomel sepanjang masa.
Bergeraklah kehadapan mendaulatkan Islam dan hentikanlah asyik menuding jari selama lamanya!

pez said...

Assalamualaikum tuan.
bukan nak meneguk di air yang keruh tetapi macam mana nak diceritakan UMNO dengan rakan seperjuangan MCA dan MIC yang menolak Malaysia sebagai negara Islam?
hmm...siasah,siasah.

Farah said...

Salam Saudara Mahaguru,

Sungguh rasional sekali tulisan saudara kali ini. Harap dapat dibaca oleh penyokong parti-parti politik yang Maha Fanatik sekalian.
Sungguh kelakar bila saya baca blog PAS... lompat dr UMNO ke PAS dikatakan HIJRAH... lompat dr PAS ke UMNO dikatakan sesat dan telah diumpan wang yang banyak.
Kerjasama DAP - PAS halal, UMNO - dan lain-lan komponen adalah haram. Maka undi keatas UMNO adalah HARAM.
Secara logiknya, kerjasama DAP-PAS, sepatutnya undi keatas PAS juga haram lah.
Segala macam masalah dalaman PKR, PAS, DAP berpunca dr konspirasi UMNO dan BN.. bila disiasat, rupa-rupanya salah sendiri masing-masing..
Haih, pening lah politik ni.. asyik bergaduh sana sini.. ekonomi makin buruk..
Tak gitu Mahaguru?

Farah

Parpu Kari said...

ASSALAMUALAIKUM MAHAGURU58,

SAYA ADA CERITA SIKIT NAK SHARE DENGAN TUAN...DENGAN IZIN..

SAYA ADA TERIMA SATU SMS TADI, IANYA AGAK MENGEJUTKAN SAYA LA, SMS NI DALAM BAHASA INGGERIS DAN IANYA AGAK PANJANG, BEGINI LEBIH KURANG BUNYINYA....

"LEBIH KURANG JAM 9.30 MALAM SEMALAM BERTEMPAT DI PJ HILTON, AGEN ALI RUSTAM DAN AGEN MAT TAIB TELAH MENGADAKAN PERTEMUAN! TUJUAN DIADAKAN PERTEMUAN INI ADALAH UNTUK KEDUA BELAH PIHAK INI BERGABUNG! AGENDA PERTAMA MEREKA ADALAH UNTUK MENCARI JALAN SUPAYA DELEGASI YANG MENYOKONG ALI RUSTAM MENGUBAH SOKONGAN TERSEBUT KEPADA MAT TAIB! AGENDA KEDUA ADALAH UNTUK SEMUA JENTERA POLITIK ALI RUSTAM TERUS DIGUNAKAN UNTUK MENYOKONG MAT TAIB! ALASAN YANG DIBERI KERANA BANYAK WANG TELAH DILABURKAN OLEH ALI RUSTAM DAN SELEPAS INI IANYA AKAN DIJADIKAN SEBAGAI PELABURAN MAT TAIB PULA, MEMANDANGKAN ALI RUSTAM SUDAH PUN MELABURKAN KESEMUA PELABURAN BELIAU, ALI RUSTAM AKAN MENGHALALKAN PELABURAN INI DAN AKAN TERUS MELABUR UNTUK MAT TAIB BAGI LIMA HARI YANG MENDATANG, MEMANDANGKAN ALI RUSTAM SUDAH PUN DIKENAKAN HUKUMAN, MANA BOLEH HUKUM DUA KALI KAN?

MACAM SUSAH PULAK KITA NAK PERCAYA KAN SENARIO DIA ATAS TU, TAPI DALAM POLITIK PERKARA BEGINI ADALAH 'BIASA' TAMBAHAN PULAK SETELAH ALI RUSTAM DIKENAKAN TINDAKAN, MAKA JENTERA BELIAU BERGERAK SECARA 'UNDERGROUND'

DUA HARI LEPAS SELEPAS SEMBAHYANG JUMAAT LEBIH DARI DUA RIBU PENYOKONG-PENYOKONG PAS DAN PKR TELAH BERARAK KE PEJABAT KETUA MENTERI MELAKA UNTUK MENDESAK BELIAU UNTUK MELETAKKAN JAWATAN BELIAU. MENURUT MEREKA SEORANG PERASUAH TIDAK LAYAK MENJADI KETUA MENTERI LAGI.

MENURUT SMS ITU LAGI, ALI RUSTAM INI IBARAT SUDAH JATUH DITIMPA TANGGA PULAK! YA LAH MANA TAKNYA, DAH LA NAK TANDING TPM PUN TAK DAPAT, PASTU PIHAK PEMBANGKANG PULAK MENDESAK BELIAU MELEPASKAN JAWATAN KETUA MENTERI, ALI RUSTAM JUGA TELAH MENGATAKAN BAHAWA BELIAU TELAH BERJAYA MEMENANGI KESEMUA KERUSI UMNO YANG DITANDINGI SEMASA PRU KE 12 HARI TU. PELINYA YANG DATANG MENDESAK BELIAU UNTUK LETAK JAWATAN ADALAH TERDIRI DARI 95 % MELAYU PEMBANGKANG..."

BEGITULAH LEBIH KURANG MESEJ YANG TERAMAT PANJANG TELAH DI TERIMA SAYA, SAMA ADA BETUL ATAU TIDAK, ITU SAYA TAK TAHU.

NAMUN AGAK MERAGUKAN JUGAK BILA KITA DAPAT MESEJ-MESEJ SEBEGINI KAN? YALAH KALAU TAKDE ANGIN MASAKAN POKOK BERGOYANG, KAN?

NAMUN BEGITU SAYA PERCAYA, BAHAWA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI MOHD ALI RUSTAM NI ADALAH DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BAIK DAN MEREKA TAK AKAN MELAKUKAN SEPERTI YANG TERSEBUT DALAM MESEJ TERSEBUT!

SEDIKIT PERINGATAN UNTUK PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI ALI RUSTAM, BEBERAPA HARI LEPAS SAYA JUGA ADA MENERIMA SMS MENGATAKAN BAHAWASANYA ORANG-ORANG MAT TAIB LAH YANG TELAH MEMBUAT LAPORAN MENGENAI KES POLITIK WANG BELIAU, KALAU TAK SILAP SAYA LAH ADA KURANG LEBIH DALAM 500 ADUAN YANG DI TERIMA OLEH LEMBAGA DISIPLIN UMNO!

SAYA BUKAN NAK MENGAPI-APIKAN KEDUA DUA BELAH PIHAK YA, NIAT SAYA CUMA JANGANLAH ORANG YANG TAK BERSALAH PULAK DI HUKUM DALAM PEMILIHAN NANTI, SEPERTI YANG TELAH SAYA KATAKAN TADI, SAYA PERCAYA PENYOKONG-PENYOKONG DATO SERI MOHD ALI RUSTAM ADALAH ORANG-ORANG YANG BAIK CUMA BERHATI-HATILAH YA, INI SOAL MASA DEPAN UMNO/BN...JANGANLAH DI IKUTKAN HATI DAN PERASAAN YA.

TUN DR MAHATHIR PUN DAH BERPESAN BANYAK KALI, PILIHLAH PEMIMPIN YANG BERSIH CEKAP DAN AMANAH YA...KITA TAK NAK LAH PEMIMPIN YANG DAH ADA PELBAGAI KES MASA DAHULU KAN?..SO FIKIR-FIKIRKANLAH..

DEMI BANGSA, AGAMA DAN TANAHAIR! HIDUP MELAYU!

Roswita said...

Tuan,

Allah tidak memandang seseorang itu daripada keturunan mana, jenis apa dan parti mana. Yg dipandang oleh Allah SWT adalah semata mata AMALAN dan TAKWA. PAS ini bagi saya merupakan parti MELAMPAU dan SYOK SENDIRI.

Saya sendiri BEKAS ahli PAS..

Ita

Abuarif said...

Assalamualaikum,

Saya sangat setuju dengan saranan dan usaha Mahaguru.Moga ALLAH meredhai usaha yang murni ini.

Saya teringat satu pesanan Guru saya yang mengatakan pada akhir zaman orang Islam akan suka memushi sesama sendiri dan boleh berpelukan dengan musuh Islam.Pesanan ini berlaku pada awal 70an.Dan pada hari kini kita melihat perkara ini jadi kelaziman terutamanya ahli politik kepartian.

Dalam kita membuat saranan untuk umat Islam bersatu,perdamaian dan beberapa perkara yang baik,kita tidak dapat lari dari jadual ALLAH melaluli pesanan Nabi Muhammad SAW.

Walaupun kita tahu dan berusaha untuk mencapai kehendak kita tetapi Yang Maha Kuasa yang menentukannya.Untuk kekuatan kita pesanan berikut elok dibuat panduan:Allah tidak tanya kita hasilnya,tetapi yang ALLAH nilai adalah usaha yang kita lakukan untuk mencapai matlamat itu.

Reza Pahlavi said...

Saya bersetuju dengan tajuk artikel ini.

Cuma pada pendapat saya, kalau nak tengok yang mana lebih 'obvious' dan terang bersuluh, tengoklah yang mana lebih baik amalnya semasa diberi ujian sama ada dalam bentuk kekalahan atau kemenangan.