Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, March 12, 2009

Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan, Pahang. Bhgn 2.

Assalamualaikum.

Ini sambungan rakaman gambar gambar yang sempat saya ambil di Pasar Tani Stadium Darul Makmur di Kuantan pada hari Ahad yang lalu.























Gerai menjual barangan anyaman tradisional.

















Ini sejenis akar herba yang dikikis sedikit demi sedikit dan dikapsulkan sebagai ubatan herba.

















Selalu kita tengok hero bagi bunga sekuntum dua kepada pujaan hatinya. Hah! Kawan ni bagi sepasu! Ambik engkau! Hehehehehe..























Anak muda ini adalah ejen langganan Astro. Dia siap promosi dengan memberitahu nama nama saluran Astro dan isi kandungan rancangan siarannya. Memang kepala boleh pakai. Memori dia bagus. :)























Lelaki ini menjual trinkets.

















Penjual sate.


















Wak beca membaca sms. Zaman berganti zaman. Sistem beca tetap bertahan. Pengangkutan jimat kos. Tak payah membakar minyak petrol. Membakar lelemak badan pengayuh beca sahaja.






















Umur tak payah fikir tentang bil serba serbi. Cuba lihat wajahnya yang comel kehairanan kenapa orang tua ini datang mengambil gambarnya? :P























Ni seorang lagi anak comel tengah khusyuk sedut air minuman didokong ibunya.

















Penjual sata, akok, pulut panggang, dsbnya.
















Menggoreng makanan disitu juga. Makanan di Pantai Timur terutamanya hasil laut memang segar dan berharga amat berpatutan sekali jika dibandingkan dengan harga kat Lembah Kelang terutamanya di persekitaran Kuala Lumpur.

















Kanak kanak perempuan ini bukan main malu bila kita hendak ambil gambar dia. Siap alih kepala ke sana sini akhirnya kena rakam juga! Hahahahaha....


















Ikan kering gelama yang berkualiti.

Nak cari makanan laut yang segar, pergilah ke Tanjong Api, sebelum masuk ke Tanjong Lumpur.


















Makanan masakan Melayu Pahang memang sedap. Siap dengan segala budu, cencalok, tempoyak, dsbnya.

Kami suami isteri makan tak sampai mahal mana! RM14 je untuk dua orang!

3 comments:

أزلان أحمد said...

Assalamualaikum

rm 14 utk dua org? mahal tu! kalau pergi kt kawasan luar sikit dari bandar ada yg lebih murah. mcm ke area beserah n balok. lagi murah. tanjong lumpur sekarang dah corrupt. mahal and tak segar mana. keropok pun meletup kalau goreng. kena belah dulu.

kalau nak keropok sedap kena pergi ke chendor kt sempadan kemaman. sana mmg sedap. makanan laut pun sedap, segar and lebih murah. its kuantan best kept secret. org luar tatau pasal kurang komersial setakat ni.

kurang komersial sbb tak ada nightlife. org kuantan suka nightlife. kuantan always busiest by night. mlm kita lebih meriah dari ipoh atau seremban.

tp overall makan kt kuantan ni agak mahal banding kl atau ipoh. kadang2 jb pun lebih murah.

Wasalam

MAHAGURU58 said...

Hehehehe...Lan...saya biasa bayar makan dua atau tiga kali ganda dari jumlah itu bila bawa isteri makan malam kat KL ni.

Kalau pergi makan kat Santai Tesco Ampang, kurang kurangnya RM25 ke RM30 dua orang makan.

Kalau pergi makan kat Nasi Padang Kg Baru kurang kurangnya RM20 ke RM25 untuk 2 orang makan gulai dan lauk pauk biasa.

Kalau pergi makan malam kat Nandos dah tentu didalam lingkungan RM45 ke RM50.

Jadi bagi saya bila kena caj RM14 tu memang tersangat murah lah bagi saya.

Lagipun Lan tak tengok berapa banyak sotong masak sambal yang saya makan masak segar tu!

Terasa kemanisan nya...hehehehe

Tu ada ikan bawal seekor, siap dengan harga minuman untuk 2 orang lagi!

Kami ada singgah kat Chendor beli kuih bakar panas panas dan juga akok sebelum sampai ke sempadan Terengganu.

Nanti saya muatnaikkan video rakaman saya menunjukkan cara asli penjual akok dan kuih bakar disana membakar kuih tradisi tersebut!

أزلان أحمد said...

Assalamualaikum

sifu, there is a cheap nasi padang available in kl. gombak to be precise. gombak is littered with minangs. you follow the old road to janda baik. or better you used the road to iium gombak. when you reach traffict light turn left to sg pisang and org settlement. at that junction there are many stall selling nasi padang with very cheap price. i know because i study and lived there for 5 years. i really miss gombak. i will always consider gombak as my adopted 'kampung'.