Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, March 17, 2009

Perpaduan Ummah Malaysia - Apa yang menjadi halangannya?





















Logo ihsan malaysianunplug.

Saudara saudari sekelian.

Bilamana kita bercakap tentang hasrat kebanyakan dari umat Islam seMalaysia untuk melihat perpaduan ummah terjalin diantara UMNO dan PAS didalam negara kita, yang pertama sekali timbul adalah cakap cakap dari pemimpin tertinggi PAS bahawa mereka sudah serik!

Sudah serik dipermainkan oleh UMNO dan sebagainya?

Bagi saya, apa yang saya nampak adalah pemimpin PAS mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia walau apa sahaja yang perlu mereka lakukan!

Didalam bahasa Inggeris, 'At any cost!'

Walau terpaksa berpelok arab dengan pihak seteru Allah seperti DAP!

Ini yang saya nampak!

Bagi mereka tidak ada kompromi langsung dengan saudara seagama mereka didalam UMNO. Tidak sama sekali.

Walau apa sahaja usaha dijalankan oleh pihak pihak yang berhasrat melihat UMNO dan PAS duduk semeja, berunding tentang cara cara dimana kedua parti politik terbesar orang orang Melayu Islam Malaysia boleh bekerjasama mencari titik persamaan, akan ada sahaja jendalu yang datang untuk mencabut 'plug!'

Jendalu ini nama nya 'ego' dan sifatnya senantiasa takbur dan mendabik dada bahawa hanya ia sahaja yang sempurna agamanya dan maksum dari noda dan dosa.

Jendalu ini boleh menjanjikan syurga bagi sesiapa yang menyokongnya dan menjatuhkan hukum haram dan itu ini menurut kehendak nafsu murkanya itu.

Susah hendak kita hapuskan jendalu ini wahai saudara dan saudariku tercinta.

Jendalu ego ini bersarang didalam jasad yang pada bila bila masa, saat dan ketika akan dijemput makhluk yang bertugas diatas perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala namun Jendalu al Takburi ini seolah lupa akan ayat 'Qullu nafsin iza iqatul maut!'

Saya kira hanya bilamana jendalu ini sudah kembali ke sisi Allah Azza Wa Jalla, baru akan ada ruang dan peluang untuk UMNO dan PAS kembali bertaut rapat, sehati sejiwa dan sepasukan menjulang Daulah Islamiyyah.

Bersama samalah kita doakan saat tibanya hari bahagia itu nanti.

Sementara itu berwaspadalah terhadap jendalu yang bersarang penuh ego dan takbur bin riya'.

14 comments:

MoneyMatters@Nizam said...

Salam Tuan,

Bab ni memang peninglah sikit kalau nak difikirkan. Berpeluk dgn Kafir DAP dikatakan sebagai dakwah. Mencari titik persamaan dgn UMNO dikatakan sebagai 'SERIK'. Sedangkan UMNO itu Islam dan Melayu.

Mereka sanggup untuk tidur sebantal dgn puak yg terang2an MENOLAK ISLAM.Tetapi tidak sanggup langsung berunding dgn saudara seagama. Bagi sesiapa yg menghubungkan jambatan perpaduan, maka mereka akan diCOP dgn pelbagai gelaran dan jug sebagai pengkhianat parti.

Kasihan nasib umat Islam di Malaysia ini..

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum...satu pos yang menarik,Mahaguru.Cuma saya ingin menambah 1 perkara lagi,semua pihak baik UMNO atau PAS perlu punya sikap berlapang dada.Jangan perjuangkan perbezaan antara kita...carilah titik persamaan.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Nizam.

Bagi saya, tak lama lagi akan kita mendengar berita kepulangan sipolan bin sipolan yang menghalang perpaduan antara ummah.

Bilamana saat itu menjelang tiba, fajar baru akan menyingsing dibumi bertuah ini.

Percayalah.

Tidak tertongkat dek langit; tidak kan kekal makhluk yang hanya bersifat sementara.

Yang konon beraja dimata akan padam jua dan yang mengganggap diri sempurna kan punah jua.

Bersama sama lah kita menanti kabarnya.

Insya Allah!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam wahai Muhammad Fakhruddin.

Itulah yang kita sedang usahakan.

Biar ramai mana yang cuba menghalang, ketentuan Ilahi tetap akan terjadi.

Umat ini pasti bersatu!

Hanya menanti masa sahaja.

`Carik carik bulu ayam ; lambat laun bercantum jua'.

Insya Allah!

Kunang-Kunang said...

Salam,

Entah kenapa semua yang dicadangkan oleh UMNO akan ditentang habis-habisan. Mengajak ke arah perpaduan pun dikatakan ada udang di sebalik batu.

Kesudian TS Muhyidin meminta TG Hadi memperincikan cadangan kerajaan perpaduan menunjukkan bahawa UMNO ikhlas dalam usaha penyatuan umat Islam di Malaysia. Ia secara tidak langsung telah mengiktiraf PAS sebagai sebuah parti besar yang mewakili orang Melayu.

Sebagai orang Melayu, saya mengimpikan sebuah kesatuan umat Melayu. Sebagai seorang Islam saya mengimpikan agama Islam dihormati dan diletakkan pada taraf yang tinggi di negara ini. Hanya perpaduan dan permuafakatan sesama kita sahaja dapat merealisasikan harapan tersebut. Inilah yang sebenar-benarnya sebuah Harapan.

MoHd FaReQ RiZaL BiN MoHd FiSaL said...

Assalamualaikum,

Saya sebagai salah seorang golongan muda juga terfikir apakah ini mainan politik @ politik yang dituntut dalam islam.Memang each party tak sempurna,tetapi sekurang-kurangnya dapat memikirkan untuk kemajuan masyarakat islam di Malaysia ini,bukan hanya mengejar status politik atau kuasa semata-mata.Politik kotor ini telah membuatkan ramai pengundi-pengundi dikalangan belia tidak menunaikan tanggungjawab mereka pada hari mengundi kerana merasakan POLITIK ITU KOTOR.Kedua-dua belah pihak sama sahaja.

abi said...

Assalamualaikum,
kita takut dan risau atas beberapa perkara, antaranya sejarah masa lalu,juga kepada perkara2 yang belum kita alami,
dalam kes kerjasama ini PAS dah mengalaminya atau ada pengalamam bersama UMNO jadi PAS tak nak perkara ini berulang kembali.
mungkin juga PAS nampak yang UMNO belum bersungguh sungguh untuk bekerjasama lebih lebih lagi dalam hal memertabatkan ISLAM kerana dasar perjuangan mereka jelas berbeza, tak mungkin boleh duduk semeja selagi perjuangan atau tujuan masing2 tak sehaluan.

Semoga ALLAH menunjukan jalanya, walaupun susah bagi kita memikirkanya tetapi amat mudah bagi ALLAH untuk menyelesaikanya dengan syarat kita penuhi ketakwaan kita kepadanya.

Naha said...

Salam Tuan Guru,
Memang Sifat terpuji jika dapat mendamaikan dua puak ni.Masalahnya dua2 puak ada pengikut yang ramai yang masing-masing anggap mereka lebih bagus dari orang lain ,tidak boleh memaafkan nanti pengikut cabut.Mereka anggap berkawan dengan bangsa lain atas dasar idea politik yang sama ,boleh tetapi kalau sama bangsa (melayu)lain idea politik tak boleh sebab nya.....orang tu semua jahil hukum, perasuah dan lain2. Saya pun tak sokong orang2 macam ni sebab tu kita jangan pangkah mereka .Tetapi menjauhkan diri dan biarkan bangsa dan agama berpecah bukan idea yang bagus.

Burnie said...

mungkin kah bilamana umat islam tidak mengendahkan lagi soal-soal keadilan, mengiakan kepada kezaliman, Allah akan menurunkan umat yang lain untuk memerintah mereka. Seperti apa yang berlaku kepada Baghdad di hancurkan oleh tentera mongul walaupun pada mulanya mereka kafir, tetapi dgn tentuan Allah mereka memeluk Islam akhirnya.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua.

Sekarang satu Malaysia sudah tahu siapa dia batu penghalang kepada usaha penyatuan ummah?

Selagi Nik Aziz hidup, selagi itulah orang orang Melayu Islam akan berhadapan dengan keadaan ini.

Hadi awang hendak duduk berbincang tetapi Nik Aziz sudah berpatah arang.

Soalan saya, apakah sampai begitu sekali kebencian terhadap UMNO sehingga tidak mahu sama sekali bertolak ansur ataupun bermuzakarah mencari kebaikan untuk umat Islam negara ini yang kini semakin diasak dan dihimpit oleh puak kaffirin didalam soal siasah negara.

Bagi saya inilah dia jendalu yang saya maksudkan diatas.

Barangsiapa yang menghalang penyatuan ummah adalah musuh Islam.

Apakah pihak seteru Islam seperti DAP lebih mahu didakapi Nik Aziz dari saudara seagamanya didalam UMNO?

Apakah tidak ada lagi semangat ukhuwwah Islamiyyah didalam hatinya untuk membimbing mereka yang didalam UMNO merubah fikrah mereka ke arah memartabatkan Ad Deenullah?

Sedangkan kaffir harbi boleh diterima menjadi rakan seperjuangan politik Nik Aziz, kenapa pimpinan UMNO beliau tidak sanggup mentarbiyyah kejalan sebenar?

Kemana menghilangnya sifat kasih sayang sesama ummah dari dalam hati Nik Aziz?

Itulah sebabnya saya rasa selagi ia ada , selama itulah perpaduan ummah akan menghadapi masaalah.

Ini berdasarkan hakikat realiti semasa. Bukan saya ni bencikan Nik Aziz ke apa tetapi saya terkilan!

Terkilan kerana seorang pemimpin PAS sebegini boleh berkeras begitu sekali terhadap usaha penyatuan umat Islam dinegara ini.

Sanggup dia pentingkan kaffir harbi laknatullah dari insan insan sesama agama didalam UMNO walaupun mereka tidak setinggi mana pegangan dan pemahaman agama mereka.

Apa gunanya ilmu kita jika tidak dipergunakan untuk mentarbiyyah dan membimbing pihak pimpinan tertinggi UMNO kembali ke jalan yang kita berusaha kearahnya iaitu kearah mendaulatkan Islam didalam ertikata sebenar benarnya?

MAHAGURU58 said...

Burnie,

Apa yang jelas sekarang adalah orang orang Islam didalam UMNO hendak merapatkan jurang tetapi pucuk pimpinan PAS terutamanya Nik Aziz menolak dengan sekeras kerasnya untuk bersatu dengan kerajaan pimpinan UMNO.

Bagi saya ini sudah jelas bahawa yang menjadi batu penghalang penyatuan ummah ini adalah tidak lain dari sifat merasakan diri lebih sempurna dari orang lain.

Tidak ada manusia yang maksum didalam dunia ini termasuk kita sendiri.

Semulia mulia manusia adalah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Semua yang lain ada kekurangan kita.

Cara penghalang penyatuan ummah ini bertindak seolah tiada sesiapa lain yang lebih mulia dan sempurna dari dirinya.

Disini terletaknya punca segala keretakan didalam jamaah dan umat Islam seMalaysia.

Farah said...

Salam Mahaguru,
Semenjak akhir-akhir ini saya semakin meragui kredibiliti Tok Guru Nik Aziz. Bermula dengan mengatakan tak da salahnya Liz Wong berbogel dalam rumah sendiri, kemudian mengatakan tak da salahnya pemakaian perkataan Allah oleh orang kafir, dan seterusnya kali ini menentang habis-habisan penyatuan UMNO dengan PAS.
Hrmm.. apa motif Tok Guru ni sebenarnya, sudah nyanyok kah?

Farah

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Farah.

Farah telah nyatakan apa yang sebilangan besar umat Islam berkata didalam hati sekian lama ini.

Mereka diam makan hati sebab manusia yang menjadi jendalu ini seorang yang berlabel alim.

Bagi saya yang penting adalah kepentingan ummah secara am dan bukan kehendak ego seorang manusia semata mata!

UMNO dan PAS mesti bersatu sekiranya hendak terus melihat Ketuanan Melayu dan sekaligus Kedaulatan Islam tertegak ditanahair kita ini.

Saya bersama dengan ummah yang mahukan umat Islam Malaysia bersatu sebagai satu jamaah yang kuat dan bersatu dibawah panji panji Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Saya sokong penuh pendapat Farah ini seratus peratus!

Syabas!

MoHd FaReQ RiZaL BiN MoHd FiSaL said...

Assalamualaikum,

Sudah jelas disini,bahawa Tuan guru Nik Aziz membantutkan proses perpaduan ummah di Malaysia.Persoalannya sekarang, tidak adakah seorang individu pun di dalam parti islam ini yang dapat meneruskan proses perpaduan ummah ini dgn cara menegur atau menasihati sesama sendiri sepertimana yg dituntut dalam islam? Setakat ini,saya tidak nampak sebarang usaha membantah atau menegur melainkan masing-masing menunjukkan rasa tidak puas hati di warung-warung kopi atau di dunia siber sahaja.