Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, March 25, 2009

Tata Motors delivers 'Nano' costing US$2500 - the world's cheapest car















My heartiest congratulations to Mr. Ratan Tata, CEO of India's Tata Motors for delivering the Tata 'Nano', the world's cheapest compact family car!

It costs just US$2500! Seats 5 passengers!

I dare say that this car is going to be the world's most popular family car when it is launched all over the globe!

Congratulations Mr. Ratan Tata!

Congratulations India!

Slumdog Millionaire may have made Academy Awards history but it is nothing but just a motion picture!

This here is more of what the world needs to know of India!

That instead of just building nuclear missiles and strutting your stuff ready to go to war with your neighbor Pakistan, India has much more to offer the world than a glimpse into the polluted sewers and slums of Mumbai, India has geniuses like Mr.Ratan Tata who have come up with such life changing conveniences like this spectacular motorcar that will surely bring much needed change to billions of people all over the world!

I for one will love to buy it when it comes to Malaysia!

Syabas India!

Now...if only we can have the same done here by our national carmakers?

Part 1

Part 2

Part 3






6 comments:

MoneyMatters@Nizam said...

Salam tuan,

Apa sudah jadi dgn Proton dan Perodua yg slogannya MALAYSIA BOLEH? Kata mereka dahulu adalah mustahil hendak keluarkan kereta di bawah RM10K. Terbukti skg ni INDIA BOLEH. Memalukan. Kalau betullah Proton boleh keluarkan kereta di bawah RM10K takdelah rakyat kebanyakan di Malaysia Boleh ini berhutang sampai mati.

Saya bimbang nanti TATA NANO masuk Malaysia sudah jadi RM50K.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Nizam.

Ini merupakan tamparan hebat kepada pembohong nasional. Hendak seribu daya ; tak hendak seribu dalih!

Jika India boleh keluarkan kereta canggih sebegini walaupun tanpa aksesori yang utama seperti tanpa power steering, tingkap berkuasa, hawa dingin, dsbnya, ianya masih boleh menjadi kenderaan pilihan bagi mereka yang kurang kemampuan untuk membeli Proton atau Perodua.

USD$2500 itu bersamaan lebih kurang RM8750 je.

Kos mengimpot kereta Tata Nano itu lebih kurang RM2000 sebuah pun masih tak mahal tara mana.

Campor itu ini masih saya rasa kurang dari RM15000.

Mesti ramai rakyat Malaysia yang hendak membeli kereta Nano ini.

Biarlah tak canggih mana pun tetapi kan industri aksesori cap ayam banyak kat Malaysia?

Hehehehe...secara tak langsong akan mencetuskan satu revolusi pembinaan kereta mampu beli untuk seluruh dunia.

boysepang said...

yg 1 lark nie adalah very basic model, side mirror n aircond pun x ad...

n kt kn ingat, 1 lark ialah harga kluar dr kilang n belum campur kos penghantaran, komisen jualan etc...

untuk pasaran eksport kereta nie akan dipanjangkan skit kerangka n masuk mcm2 eksesori keselamatan... n harga dah tentu naik tinggi...

tuptap...tuptap... = harga kancil 660... hehe...

salam...

MoneyMatters@Nizam said...

Kalau masuknya NANO ke Malaysia dgn harga RM15K, Perodua nak tak nak drpd bungkus , akhirnya ia akan jadi tukang pasang shj di Malaysia.

Saya suka kata2 Pengerusi TATA, " Promise is a promise"

mutakalim said...

Kalau dah sampai msia, mmg saya nak beli.
Tapi apa yang berlaku bagi kereta import biasanya ialah cukainya dinaikkan maka kereta tu jadi mahal bagi memastikan harga kereta buatan malaysia dapat letak harga tinggi sikit dan berdaya saing dan dilindungi kerajaan.
Padahal kualiti buatan msia byk yg kadang kala cap parang jika dibandingkan kualiti kereta import.
Ini namanya bersaing secara pulas tangan, bukannya berusaha sungguh2 lawan kualiti kereta import.
Kalau datang kereta Tata ni, Savy, Myvi (kereta kecik2)..etc mungkin jenama paling pasti merasa kesannya. Ditambah pun dengan kelembapan ekonomi global yg kemungkinan besar orang mahu kereta yang jimat dan murah.
Begitupun, aspek keselamatan perlu juga dilihat, jgn hanya murah tapi merbahaya.
Selain itu, daripada naik moto lebih baik naik kereta Tata ni. Dulu depa dah umumkan nak buat keta macam ni, hari ni dah berjaya. Industri automatif negara macam mana? Pi mai pi mai tang tu...

MAHAGURU58 said...

Soalnya tuan tuan yang saya hormati,
Tata Motors telah membuktikan bahawa kos pembuatan kereta kompak untuk keluarga dengan harga mampu beli sebegitu bagi pasaran dalaman India tidak mustahil untuk mereka jual dengan harga 1 lakh @ 100,000 rupees.

100,000 rupees India bersamaan dengan 7142 ringgit. Anggaran nilai tukaran wang 100 rupee bersamaan 14 ringgit.

Walaupun sekiranya dicampur itu ini dan dikenakan cukai dan segala tok neneknya, saya rasa masih jauh lebih murah dari harga Kancil 660.

Soal keselamatan perlu diambil kira juga tetapi jika diperbandingkan dengan sesebuah keluarga naik motosikal kapcai ramai ramai ~ saya selalu tengok keluarga rakyat Malaysia di kawasan Cheras naik 4 orang semoto, tak ada bezanya dari keluarga 4 orang naik motosikal serupa di kotaraya Mumbai yang sibuk giler.

Tetap merbahaya. Terdedah kepada bahaya tak kira samada di Mumbai, India ataupun di Bandar Tun Razak, Cheras, KL.

Kenderaan kos rendah sebegini tetap perlu dan patut diperbuat dan dipasarkan ke seluruh dunia.

Tentang penaikan harga oleh pengedar dan pemasang tempatan, saya rasa sekiranya dapat dijual dengan harga siling bawah dari RM15,000.00 bagi sebuah kereta Tata Nano, ianya masih akan dapat memberikan sedikit keselesaan bagi keluarga keluarga miskin serata dunia.

Kejayaan syarikat Tata Motors ini patut dihargai dan diberikan ucapan sekalung tahniah oleh seluruh dunia.

Yang penting adalah keupayaan pengangkutan yang selamat bagi keluarga keluarga berpendapatan rendah dimana mana sahaja dimuka bumi ini.

Saya teringat semasa saya susah dahulu di Pulau Pinang ketika saya membawa anak isteri saya menaiki motosikal membawa anak lelaki saya Muhammad Zikri dihadapan ibunya yang membonceng dibelakang. Anak anak tiri saya dua orang, Dawood Mustaqim dan Muhammad Nasir naik basikal mengekori kami.

Hujan turun selebat lebatnya membasahi kami sekeluarga.

Terketar ketar kami kesejukan meredah hujan selebat itu.

Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang tahu bahawa didalam hujan lebat itu, saya sedang menitiskan airmata saya berjurai jurai mengenangkan kemiskinan kami ketika itu, tidak mampu memiliki sebuah kereta.

Bila anak saya Nurzaimah sedang dikandung ibunya, kami berazam membeli sebuah kereta walaupun yang terpakai.

Kereta pertama yang kami beli adalah sebuah kereta Proton Saga model pertama enjin Orion bernilai RM14,000.00.

Alhamdulillah, dengan kereta itu kami mampu kesana sini dengan selesa.

Jadi, bilamana saya mendengar khabar ini tentang Tata Motors mengeluarkan kenderaan bernilai hanya lebihkurang RM7500, bagi saya ini adalah berita paling menggembirakan bagi keluarga keluarga berpendapatan rendah dimana sahaja.

Semoga Tata Motors terus berjaya didalam perniagaan mereka!

Tabik spring kepada Tuan Ratan Tata dan Negara India!