Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, April 14, 2009

Aurat isteri Ulul Amri - Kenapa dayus menanganinya?






"Allahumma inni a'udhu bika min 'ilmin la yanfa' wa min qalbin La yakhsha' wa min du'a'in la yusma' wa min nafsin la tashba"

" Ya Allah! Aku berlindung dengan Mu dari `Ilmu yang tidak berfaedah dan dari hati yang tidak tawadhuk dan merendah diri serta do'a yang tidak didengari juga dari diri yang tidak puas!"

"O Allah! I seek refuge with You from knowledge that does not benefit, and from a heart that is not subdued and humble, and from a supplication that is not heard, and from a self that is not satisfied"

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan, saudara saudari seIslam dengan saya,

Semoga anda berkeadaan sihat sejahtera dan didalam kandungan Iman dan Amal yang sempurna hendaknya, Amin Ya Rabbal Alamin.

Ya ikhwanul muslimin na wal muslimat.

Saya ingin mengutarakan kekecewaan saya bilamana melihat para pembesar dan pemimpin negara ini yang berbangsa Melayu, beragama Islam nampak seperti dayus didalam menangani perkara melibatkan soal aurat isteri mereka bilamana berada dikhalayak umum atau disisi masyarakat.

Manusia manusia yang saya maksudkan ini terdiri dari kalangan tertinggi didalam susur galur masyarakat kita dari golongan istana dan kerabat diraja sehingga kepada pimpinan kerajaan tertinggi iaitu Perdana Menteri dan para menteri Kabinet Kerajaan Malaysia sendiri!

Kenapa boleh terus jahil tentang hukum hakam agama seperti ini?

Apakah mereka bukan umat Islam dan hamba hamba Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Apakah perintah Allah Azza Wa Jalla didalam Surah An Nur ayat 30 dan 31 didalam Al Quranul Karim tidak terpakai pada makhluk makhluk bergelar ini?






30. Qul lilmu/mineena yaghuddoo min absarihum wayahfathoo furoojahum thalika azka lahum inna Allaha khabeerun bima yasnaAAoona

30. Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.

30. Say to the believing men that they should lower their gaze and guard their modesty: that will make for greater purity for them: And Allah is well acquainted with all that they do.
















31. Waqul lilmu/minati yaghdudna min absarihinna wayahfathna furoojahunna wala yubdeena zeenatahunna illa ma thahara minha walyadribna bikhumurihinna AAala juyoobihinna wala yubdeena zeenatahunna illa libuAAoolatihinna aw aba-ihinna aw aba-i buAAoolatihinna aw abna-ihinna aw abna-i buAAoolatihinna aw ikhwanihinna aw banee ikhwanihinna aw banee akhawatihinna aw nisa-ihinna aw ma malakat aymanuhunna awi alttabiAAeena ghayri olee al-irbati mina alrrijali awi alttifli allatheena lam yathharoo AAala AAawrati alnnisa-i wala yadribna bi-arjulihinna liyuAAlama ma yukhfeena min zeenatihinna watooboo ila Allahi jameeAAan ayyuha almu/minoona laAAallakum tuflihoona

31.Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.

31. And say to the believing women that they should lower their gaze and guard their modesty; that they should not display their beauty and ornaments except what (must ordinarily) appear thereof; that they should draw their veils over their bosoms and not display their beauty except to their husbands, their fathers, their husband's fathers, their sons, their husbands' sons, their brothers or their brothers' sons, or their sisters' sons, or their women, or the slaves whom their right hands possess, or male servants free of physical needs, or small children who have no sense of the shame of sex; and that they should not strike their feet in order to draw attention to their hidden ornaments. And O ye Believers! turn ye all together towards Allah, that ye may attain Bliss.

Sadaqallah hal adzhim.

































Pemimpin negara yang paling lama memerintah Kerajaan Malaysia selama lebih dari 22 tahun masih gagal memerintah isteri untuk menutup auratnya bila dikhalayak ramai. Bagi manusia sekaya begini, berapa sangatlah nilai dan harga sehelai jilbab untuk menutup kepala yang kini memakai perhiasan mahkota wanita buatan?

Anggaran kos sehelai tudung paling koman spanar di Chow Kit pun tak sampai RM10! Celah gigi sahaja bagi hartawan serupa ini.

Sayang dan kasihan sungguh bilamana ego menguasai diri dari akur terhadap perintah Ilahi!

Apa guna berhujah berdegar degar menghentam itu dan ini dipentas dunia bila perkara semudah ini diabaikan dan tidak diambil berat oleh golongan aristokarat ini?

Semoga sebelum Izra'il Alaihis Salam datang menjemput mereka, dapat kiranya menurut 'Standing Order' Allah Azza Wa Jalla didalam Al Qur'anul Karim; # 24 : Surah An Nur Ayat ke 31.

Insya Allah!






















Saya berharap sangat supaya barisan pelapis pimpinan negara ini turut sama bercakap serupa bikin bilamana berjanji untuk membawa para pemuda harapan agama, bangsa dan negara mempraktiskan kepimpinan melalui tauladan dengan menjaga maruah isteri masing masing supaya tidak menjadi hidangan habuan mata seantero dunia ini!

Laki laki yang menjaja kehormatan isteri dikhalayak ramai harus muhasabah dirinya samada terjatuh didalam kategori dayus kerana gagal menjaga kehormatan isteri dan membiarkan isteri mendedahkan auratnya seperti terpapar didalam gambar ini.

Gambar ini bukan dirakam oleh saya kerana ianya diambil semasa mantan Menteri Perdana ayahanda kepada wanita diatas meraikan aristokarat dan jemputan ternama ke satu majlis istimewa eksklusif bernama 'Merdeka Soiree 2007' dikediaman rasmi berbelanja sakan walaupun bergelar pembawa fahaman Islam al Hadhari dan berperanan sebagai Imamul Akbar fahaman Bidaah al Lawwamah ini!

Mana mana bijak pandai Islam pemakan gaji kerajaan yang menghalalkan fahaman karut Islam Hadhari itu hanya menempah nama didalam senarai mereka yang mengadakan sesuatu yang baru didalam konsep pemahaman Islam dan boleh dikategorikan sebagai 'Al `Ulamak `Suuq'!

Harapkan pagar ; pagar mentekedarah padi!

Maka saya berdo'a agar para pempimpin kerajaan baru ini bertaubat nasuha dari terus menjadi sochai isteri masing masing yang akan menyebabkan diri mereka percuma sahaja menjadi 'guest list' Neraka Soiree' kelak kerana engkar akan 'Standing Order' Allah Subhanahu Wa Ta'ala tersebut di atas?

Mudah2an sadar diri hendaknya, Insya Allah.















Apakah kesinambungan kealpaan pemimpin lama didalam kegagalan mentarbiyyah isteri diperturunkan kepada Menteri Perdana terkini?

Nampaknya begitu, bukan?

Namun, jika benarlah Dato' Seri Muhammad Najib bin Tun Abdul Razak ingin benar membawa prinsip 'Kepimpinan melalui Tauladan' menjadi hakikat sebenar era pemerintahannya kini, maka moleklah sekiranya beliau mulakan dengan orang rumahnya dahulu.

Tidak molek seorang isteri pemimpin utama sebuah kerajaan yang mengaku berteraskan ajaran Islam membiarkan pelanggaran Perintah Allah didalam Ayat ke 31 Surah An Nur diteruskan sebegini malah mencemarkan protokol di Istana Negara seperti dibawah!
























Sedangkan DYMM Raja Permaisuri Agong kita sendiri boleh menjaga aurat baginda di khalayak umum, apakah pula alasan isteri Perdana Menteri?













































Sekurang kurangnya DYMM Seri Paduka Baginda Tuanku Mizan Sultan Zainal Abidin seorang lelaki tulin dan contoh yang baik sebagai pemimpin Muslim yang pandai menjaga maruah isteri baginda tidak seperti kebanyakan pembesar Melayu yang lain! Tahniah Tuanku!

Do'a dan harapan saya supaya para pembesar negara dan negeri menjadi pemimpin yang betul betul boleh kita ikuti dan menjadikan mereka sebagai contoh tauladan didalam ertikata sebenar.

Jika sebaliknya dan golongan aristokarat ini terus mangli dengan teguran teguran ikhlas seperti ini dan hidup lupa kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Sunnah Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, maka lupakanlah hasrat untuk terus memerintah didalam era PRU ke 13 yang akan datang!

Pemimpin yang cakap tidak serupa bikin hanya menuju kepada satu ketentuan iaitu akan hilang ditelan zaman bila perkara semudah mengarah anak bini menutup aurat pun gagal dilaksanakan mereka!

Apakah mereka akan sedar?

Wallahu `alam bissawab.

13 comments:

khalifah72 said...

Peringatan itu adalah perisai bagi seorang mukmin. Mudah-mudahan mereka yang ditegur secara ikhlas ini menginsafi kesalahan mereka dan menjalankan perintah Allah yang amat mudah ini.

rahman,ahchong,muniandy said...

Kepada rakyat yang masih sayangkan Malaysia, janganlah disokong Pakatan Pengganas. Kerana setiap sokongan kepada mereka akan menghancurkan masa depan anak cucu. Setiap sokongan membawa kehancuran kepada Malaysia, menolak Islam sebagai Agama Rasmi malah mengusir orang Melayu daripada tanahair sendiri.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia dan bersatulah menolak anasir anasir jahat dan lindunglah kedaulatan Negara dan Raja Raja Melayu. Peliharalah agama Islam dan Perlembagaan Malaysia. Lindungilah anak anak dan keluarga kita dari pengaruh jahat mereka. Semoga Allah s.w.t melindungi kita dan negara daripada kejahatan mereka.

onn said...

saya pun setuju... Keutamaan agama didahulukan...!!!

MAHAGURU58 said...

Amin Ya Rabbal Alamin.

Jazakallah khalifah72!

Sama samalah kita doakan kesedaran 'ulul `amri kita semua.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

MAHAGURU58 said...

rahman,ahchong, muniandy,

Memang tepat seruan tuan.

Masaalahnya kat Malaysia ni ramai yang merasa diri mereka maksum dan tuanpunya bumi tadahan wahyu!

Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam sudah kabar kat kita supaya berwaspada akan satu zaman dimana akan datang para nabi nabi palsu?

Dah tiba gamaknya zaman itu, ya?

MAHAGURU58 said...

Saudara onn,

Saya setuju 100% dengan tuan!

add said...

Tahniah dan syabas kepada Mahaguru..
kerana berani mengeluarkan artikel berserta dengan nas-nas dalam kitab yang semua umat islam menjunjungnya...

Saya pernah berkali kali memberi komen dan pandangan berkaitan pemakaian tudung oleh mak mak menteri dan isteri isteri menteri serta sultan, tapi apakan daya kita rakyat jelata sahaja... namun kalau ditanya diakhirat maka lepas la tanggungjawb kita sebagai rakyat kerana telah mengesyorkan dalam blog (iman yang paling lemah).
Sehausnya post mahaguru kali ini di link kan ke semua blog dan dihantar atau dicetak secara komersial untuk perhatian umum .

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan add,

Nawaitu saya ikhlas hendak melihat para pembesar negara kita berubah melaksanakan perintah Allah!

Seandainya masih tebal iman didada, ssudah tentu suara rakyat seperti kita ini harus didengar mereka!

Seandainya masih tetap 'sum mum buk mun om yom fahum laa yarr ji uun' maka nampak gaya akan tamatlah alkisah para pembesar Melayu Muslim memerintah negara ini kerna selepas ini semua tok nenek akan bersuka ria bergegak gumpita dengan kejayaan menang sorak ; kampong tergadai!

Kita tegur kerana kita prihatin terhadap mereka.

Seandainya kita tak ambil peduli ; maka jangan mengeluh dibelakang hari bila peradaban Melayu Muslim hanya tinggal jadi bahan pameran di muzium muzium sahaja?

Ketika itu nasi sudah menjadi bubur dan ketuanan Melayu Islam sudah terkubur.

Berani kerana Allah tuan.

Ia sahaja Rabbul Alamin dan ditakdirkan hamba mati menegakkan ajaran agama kita, maka hamba rela.

Insya Allah!

fahmi said...

assalamualaikum... teruskan usaha murni ini agar islam terus dimuliakan seuma umat manusia..

saya sentiasa menyokong tuan punya blog!!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam saudara Fahmi.

Didalam usaha kita membaiki diri dan membetulkan kesilapan kita, dianjurkan juga membantu saudara seIslam dengan kita berhijrah ke arah kebaikan dan membetulkan keadaan.

Teguran ikhlas kita usah disalah tafsir sebagai mencari keburukan mereka kerna Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda agar kita mencegah keburukan yang berlaku didepan mata dengan tangan kita jika kita mampu lakukan sedemikian.

Sekiranya kita tidak berkuasa melakukan seperti itu, maka kita disarankan Nabi supaya menegur cara lisan ( atau menulis seperti ini) dan seandainya itu pun tidak mampu dilakukan seseorang yang mengaku diri sebagai Muslim, maka untuk membenci perkara keji dan maksiat itu didalam hatinya.

Ini tahap paling rendah keimanan seseorang dan ianya menghampiri tahap kufur. Na'uzubillah!

Terimakasih kerna sudi menyokong mujahadah saya yang tidak seberapanya ini.

Hanya Allah jua yang saya harapkan untuk memelihara diri ini dari seteru kita yang terdiri dari jin, syaitan dan manusia.

Insya Allah.

Teruskan usaha Fahmi untuk menjadi insan yang soleh.

Saya do'akan kejayaan tuan.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

ahong said...

Assalamualaikum,

Saya sangat bersetuju dengan mahaguru. Kadang-kadang saya tertanya-tanya mengapakah kita orang Muslim memilih pemimpin yang memberikan role model yang sedemikian. Bukankah pemimpin yang harus mendukung dan memelihara Islam? Jika benar maka kita telah memilih pemimpin yang tidak cintakan Allah maka kita telah memilih pemimpin yang akan menambahkan kemarahan Allah S.W.T.?

Mengapakah Barat dijadikan sebagai ikutan dalam pentadbiran negara walhal sentiasa mengatakan bahawa Malaysia sebuah negara Islam? Saya berasa susah hati dan tidak mahu melibatkan diri politik Malaysia.

iman said...

Assalamu'alaikum tuan Mahaguru

I like the doa at the beginning of your article (aurat isteri ulul amri). I would appreciate it if you could give the arabic version of the doa or, if it is taken from the qur'an, could you quote the surah it is taken from ? Thank you and may Allah bless you for your efforts.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudara Iman,

Do'a ini dipetik dari kitab Hadith;

Sila rujuk kepada laman web berikut:

http://www.ummah.com/forum/showthread.php?t=150482

Insya Allah.