Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, April 23, 2009

Bibik dari Neraka! Awasi anak anak anda dari jenis ini!

Tanpa bunyi

Dengan bunyi


Assalamualaikum saudara saudari sewarganegara sekelian.

Ini ada satu rakaman yang pasti akan menyentuh hati anda atau menaikkan amarah anda seandainya anda seorang manusia normal pencinta anak anak.

Saya nasihatkan anda berusaha mengawal perasaan anda. Saya sendiri terpaksa berastaghfar berkali kali menyaksikan rakaman terlampau kurang ajarnya seorang bibik terhadap anak anak kecil majikan yang diamanahkan kepada si !@#$%^^&&!!! ini!

Saya terjumpa rakaman video ini secara kebetulan!

Mendidih, menggelegak darah saya menonton klip video ini yang saya rasa dari rakaman kamera CCTV statik yang dipasang oleh ibubapa kanak kanak malang ini untuk memantau kegiatan orang gaji mereka ini!

Aduh!!! Tidak berhati perut langsung si bibik bersifat kejam dan sadis tahap terlampau ini terhadap anak kecil itu!

Saya membaca pelbagai komen amarah penonton klip video ini dan saya sendiri tidak tahu samada boleh bersabar dari menghukum semaksima yang boleh terhadap manusia bersifat dajjal terkutuk ini!

Saya minta tuan puan yang mempunyai bibik untuk menjaga anak anak tuan puan semua supaya memasang kamera tersembunyi disekitar rumah anda untuk memantau kelakuan orang yang anda amanahkan menjaga permata hati anda!

Ini tahap boleh dihukum bunuh atau penjara seumur hidup kerana mendera dan menyiksa kanak kanak yang tidak berdosa!

@#$%^&!!!!!!

2 comments:

merah_s said...

salam buat tuan rumah ni, moga sihat n gembira selalu.

Itu bibi ar, tak berhati perut atau tak bertali perut..? Sudah hilang sifat kemanusiaannya.. Harapanku selepas tersebarnya klip video ni, akan menyedarkan semua pihak.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudaraku Saiful!

Jazakallah kerna sudi singgah dilaman hamba yang tidak sehebat mana pun ini.

Segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam yang sudi menciptakan kita.

Alhamdulillah.

Tentang bibik itu wajar dihukum dirinya setimpal dengan apa yang ia khianati amanah dan kepercayaan kedua ibubapa anak anak malang itu.

Saya bagaikan tidak mahu mempercayai apa yang sedang ditonton didalam klip rakaman video ini.

Ia wajib dihukum dengan hukuman keras tanpa belas kasihan sepertimana ia mendera kanak kanak itu!