Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, April 28, 2009

Fw: Peringatan KM 148 (Lebuhraya Utara Selatan) hala ke JB

Assalamualaikum semua.

Saya menerima emel yang membuatkan saya rasa kandungannya perlu dihebahkan kepada semua pengguna Lebuhraya PLUS mengarah ke JB!

Sila baca dengan penuh perhatian pada isi kandungan emel ini. Ia mungkin akan dapat menyelamatkan nyawa anda serta sesiapa sahaja yang bersama anda didalam kenderaan anda seandainya anda sedang bercadang menggunakan lebuhraya ini ke arah selatan?

Emel ini dikirim oleh Saudara Emdy <mdkmn@yahoo.com>

******************************************************************************

Salam semua...

Bukan meminta simpati, sekadar peringatan untuk semua pengguna lebuh raya utara selatan....
















Jam 1.50 Petang....
Pada hari isnin 9-3-2009 baru ini saya melalui jalan dari KL ke JB, setibanya di antara Tangkak dan exit Pagoh KM 148 kereta yang saya pandu tiba2 hilang kawalan, berpusing dan berhenti selepas seketika berpusing didalam longkang besar di tepi h/way tersebut. Mungkin akan ada suara² nakal menyatakan saya memandu laju, mmg patut la termasuk dalam longkang tetapi semasa kejadian tersebut saya hanya memandu pada 100km/j sahaja...
















Semasa itu yang bermain difikiran adakah berlaku mechanical failure? tayar pancit ke? atau tayar tidak mencengkam jalanraya akibat waterpool dibahagian tertentu h/way tersebut...
Alhamdulillah keluarga saya selamat, anak yang sedang bermain2 dibelakang...... dengan izin Allah side curtain terbuka dan menghalang muka anak saya dari terkena cermin tingkap. (VOLVO FOR LIFE) hehehehe

Terima Kasih tidak terhingga pada Dino & Yambest yang sanggup datang dari JB....
Yambest - Terima Kasih tolong bawakkan barang2 aku n hantar adik2 ipar aku ke airport - sempat lagi diorang naik flight ke Sarawak

Dino - Terima Kasih amik aku kat tepi jalan h/way (bahaya tu melintas h/way) - masuk tangkak buat report polis, hantar aku ke bengkel pastu hantar balik ke JB...... takziah juga (mak dino sendiri accident n sekarang ni ada hosp. - patah tulang bahu n rusuk)
















Jam 2.30 petang
Seketika selepas mengambil gambar kereta saya dan setelah menghubungi polis serta PLUS sebuah kereta Peugeot berwarna silver dari lane kiri didepan mata saya juga berpusing nampak macam gerak perlahan je semasa berpusing.

Saya nampak dengan jelas kerana ketika itu saya duduk berhampiran dengan kereta anggaran kelajuan kereta tersebut hanyalah pada 60-70km/j sahaja... Anggaran kerosakan hanyalah sekitar RM2000- RM3000 sahaja, roda kiri hadapan serta fender kiri sahaja......... Adakah kebetulan mechanical failure atau kecuaian saya dan pemandu kereta kedua ini?

Jam 3.20 petang
Polis penyiasat trafik dari Balai Polis Tangkak sampai...
















Ketika saya dan 2 orang adik ipar saya berbual dengan owner kereta yg kedua, sebuah Honda City juga berpusing dan melayang kearah kami yg sedang berbual di seberang longkang.

Dalam keadaan kucar kacir tersebut kami cuba lari dari arah kereta yg datang dan spontan terus melompat menyeberang longkang h/way tersebut. Keadaan kereta Honda tersbut agak teruk dan nampaknya body Honda ni ringan melayang terus menyeberangi longkang dan melanggar 2 tiang kebun diberhentikan oleh pokok2 kecil seolah2 belukar diseberang longkang tersebut.
Adik ipar saya cedera akibat terjatuh semasa melompat......

Jam 3.30 petang
















Ketika kami membincangkan perkara2 yang perlu dilakukan selepas kejadian, tiba2 sebuah kereta Mercedes Benz S350 juga berpusing dan menghala juga ke arah kami nasib kami baik kerana kereta tersebut telah dihentikan oleh kereta Peugeot , jika tidak memang kami yg sedang berbual kena sapu dengan Merc tersebut............ Peugeot - telah remuk belakang, tepi dan hadapan (total loss).. Malang nasib pak cik tu... asal rugi 2k-3k terus total loss....
















Pegawai penyiasat trafik terus mengarahkan bomba datang untuk melihat keadaan jalan serta kami diarahkan untuk berdiri jauh dari kawasan kejadian... Jawapan bomba - Jalan raya tidak mempunyai minyak.......................... bomba terus pergi selepas tgk lokasi......................?????

Persoalannya disini adakah betul diperkatakan bahawa jalan tersebut disabotaj oleh tow truck yang cuba mencari keuntungan? atau, kecuaian dari PLUS yg tidak menyelenggara jalan dengan baik? atau, benarkah dakwaan penduduk tangkak bahawa KM 131 - KM 168 mempunyai sesuatu yang aneh? misteri? penunggu?

entahlah.... mcm mana pun nasihat saya berhati2 lah dengan jalan tersebut............................... (sekian laporan saya) ;-)
***********************************************************************************
Phew!!!

Tuan tuan dan puan puan sekelian.

Hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala sahaja yang Maha Mengetahui apa sebenarnya yang sedang menyebabkan kemalangan kemalangan kenderaan di lebuhraya PLUS tersebut di atas tetapi saya pohon kepada anda yang akan melalui kawasan tersebut supaya membaca Ayatul Kursi dan berdo'a supaya selamat melepasi kawasan tersebut!

Subhanallah, semasa saya mengembara ke JB baru baru ini tak ada pula saya mengalami keadaan seperti diatas ini.

Mungkin disebabkan saya senantiasa mengamalkan pembacaan Ayatul Kursi bilamana saya memandu kereta kami disamping do'a memandu kenderaan.

Apa apa pun berhati hatilah semasa memandu.

Mudah2an kita semua selamat hendaknya!

Amin! Ya Rabbal Alamin!

Harap sebarkan maklumat ini diblog tuan puan. Terimakasih.

5 comments:

tomatoinc said...

dear mahaguru,

being an ardent believer of God, i would imagine you be a little more discernful about 'mysterious power'.

As far as i know, (i traveled up and down plus every now and then).. there are many sections of the highway that are exposed to what cross-wind..perhaps there was a sttrong wind current at that location as the cars drove by?
nevertheless..it is funny. haha

MAHAGURU58 said...

Dear tomatoinc,
There's no doubt about my total faith in Almighty Allah. That's why I recite my prayers every time I am in the driver's seat before starting a journey.

However, one has also got to come to terms about the existence of the Djinns for it is authenticated in the Holy Qur'an of the presence of such spiritual beings created by Allah as well apart from the rest of the Creation.

Personally, I have had my experiences with dealing with such unseen beings but have felt their presence.

What happened at KM 148 of the PLUS Highway heading down south is a mystery because even the Fire & Rescue Department verified that there was no oil slick on the road nor was there any cross wind instances!

Only those who experienced that disturbance can come and verify as to what exactly took place?

It might seem funny to us but those who became victims on that day would have a different outlook on it for sure.

My publishing this report is just meant to warn others to be careful when passing that stretch, that's all.

Let's pray that no one else suffers the same or worse get killed as a result of paranormal situations.

I'm sure you'd have no objections to this.

Be safe down there in Kiwi Land! :)

Peace.

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim said...

Assalam wbt.

Inilah yg dikatakan qada & qadar Allah swt. Kita tidak boleh terlepas daripadanya walaupun kadang2 sebab musababnya tidak masuk akal, di luar kewarasan manusia dan misteri! ....kerana suratan Allah telah tercatat begitu.

kita hanya mampu berdoa kepada-Nya agar dijauhkan musibah2 seperti ini. Hanya doalah senjata utama yg kita ada selain daripada berwaspada dan berhati2.

Wassalam.

SOFA said...

Assalam,

Kejadian ini tak pelik dan memang terjadi. ALLAH memberi kekuatan kepada JIN untuk melakukannya. Namun tak ramai yang tak tahu yang JIN boleh membaut perkara demikian. Bila mata tak nampak maka kita panggil "MISTERI" seolah ianya jadi sendiri. Jadi saya harap semua diluar sana mengetahui perkara ini dan ianya boleh dielakkan dengan berpegang pada ALLAH dari segi uluhiyah dan rubbubiyah dan bukan pada kekuatan JIN itu atau pun Kekuatan kita membaca zikir atau Al-Quran atau melawan sendiri.
JIN itu bilangan sangat ramai iaitu jumlah segala manusia + batu-batu + pasir pasri + tumbuh tumbuhan + binatang - binatang dari adam sampai sekarang. Jumlah semua ini baru 1/10 jumlah JIN. Maka ramai sgt mereka JIN ini.

Terima kasih atas peringatan itu dan ada ustaz yang boleh mengalihkan JIN tersebut.

Ternampak pulak macam ada construction tengah develop kawasan itu. Mungkin itu kawasan asal JIN tersebut maka ianya telah diganggu.

Nobody said...

Salam,

Saya ngan abang n adik saya otw balik KL Ahad lepas (07/05/09). Masa tu hujan. Sampai kat kawasan ni (KM150), keta kitorang tiba2 lost control & terpusing dlm 3 kali n masuk longkang tengah2 highway tu. Diorang ingatkan kitorang drpd arah KL tp snanye kitorang dah terbabas n hampir naik ke highway sebelah. Pas kua drpd kereta, tak lama tu polis dtg. Tengah cakap2 ngan polis, tiba2 satu lagi keta berpusing tak jauh drpd tempat kitorang n masuk longkang gak.

Mungkin road condition tak OK. Saya perhatikan, jalan kat situ masa hujan, air bertakung sikit sbb jalan tak berapa rata n bila laju, keta bleh lost control (depend pd tyre condition, weight kereta dsb). Saya rasa la..sebab keta2 lain yg lalu tu pun, sy tgk mcm tak stabil je bila langgar kawasan berlopak tu.

Apa2 pun puncanya, alhamdulillah semua selamat (istighfar je masa tu...). Berhati2 je la..