Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, April 24, 2009

Hidangan Arak di Pertunjukan Fesyen di Suria KLCC! (Dikemaskini)

Assalamualaikum saudara saudari Muslimin Muslimat sekelian.

Anda mungkin tidak kan terfikir bahawa didalam negara ini yang kononnya sebuah Negara Islam dan salah satu negara yang menjadi pemimpin didalam pertubuhan Negara Negara 'Islam' OIC, perkara perkara maksiat dan haram akan dibendung dan dicegah oleh pihak berkuasa dan Kerajaan Malaysia!

Namun kehadiran saya suami isteri ke Suria KLCC hari ini diatas keperluan membeli belah di Isetan telah dikejutkan dengan penghidangan arak secara terbuka oleh penganjur pertunjukan fesyen Salabianca ditengah tengah Concourse Suria KLCC!

















Yang membuatkan saya menjadi meluat dan benci sangat sangat adalah bagaimana pekerja pekerja dan pelayan pelayan pertunjukan fesyen 'show' itu yang rata rata nya terdiri dari lelaki dan wanita muda Melayu selamba derk saja menghidangkan arak jenis 'Jacob's Creek' dari Australia kepada para penonton pertunjukan fesyen itu!

Buta agama?

Jahil tahap gaban?

Ma'arof sintok kelas samdol?

Apa dia lagi gelaran yang hendak kita berikan kepada manusia manusia berbangsa Melayu dan berlabel Muslim ini tetapi tega menghidangkan minuman haram yang dilaknati Allah Azza Wa Jalla dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam?

Saya terpinga pinga melihat bartender berbangsa Melayu itu selamba saja menegok dan menelan wain dikhalayak ramai!!!
















Firman Allah Ta'ala :

Tafsirnya : " Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan permusuhan."
( Surah al-Mai'idah : 2 )

Adapun bertolong-tolongan di dalam perkara dosa dan maksiat bukan sahaja dilarang, bahkan Islam memerintahkan setiap orang Islam itu diperintahkan membanteras akan segala kemungkaran mengikut kemampuan masing-masing, sama ada dengan kekuatan tangan (kekuasaan), dengan lidah (nasihat) dan yang sekurang-kurangnya dengan hati iaitu dengan membencinya.

Ini jelas sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abu Sa'id al-Khudri, dia berkata :

Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda :"Sesiapa di antara kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya, jika sekiranya dia tiada berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya, jika sekiranya dia tiada juga berkuasa, maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya, dan yang demikian itu (iaitu mengubah dengan hatinya ) adalah selemah-lemah iman."

(Hadis riwayat Muslim)

Berkata Imam Ibnu Hajar al-Haitami di dalam kitabnya Fath al-Mubin li Syarh al-Arba'in dalam mensyarah kalimat di dalam hadis yang tersebut di atas bahawa mengingkari dengan hati itu ialah :

"Membenci akan kemungkaran itu dengan hatinya dan dia berazam jika dia berkuasa (mengingkarinya) dengan kata-kata atau perbuatan,(nescaya) dia akan menghapuskannya, kerana membenci maksiat wajib hukumnya.

Maka orang yang redha (tidak membenci) maksiat adalah (dikira) bersekutu dan bersubahat dengan orang yang melakukan maksiat itu.

Jika redhanya itu kerana menghalalkannya (beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram) sedangkan hukum kemaksiatan itu haram dengan ijma' dan telah diketahui umum iaitu ma'lum min ad-din bi adh-dharurah, maka dia dihukumkan kufur.

Manakala jika redhanya itu kerana menurutkan hawa nafsu ( tidak beri'tiqad bahawa kemaksiatan itu tidak haram), maka dia dihukumkan fasiq, tidak kufur dengannya.

Perkara ini ( membenci kemungkaran) adalah wajib 'ain ke atas setiap orang kerana semua orang berkuasa pada melakukannya".

Adapun hukum arak adalah jelas di dalam al-Qur'an, hadis dan ijma' ulama, sehingga pengharamannya itu telah menjadi sesuatu yang telah diketahui umum (ma'lum min ad-din bi adh-dharurah).

Firman Allah Ta'ala :






90. Ya ayyuha allatheena amanoo innama alkhamru waalmaysiru waal-ansabu waal-azlamu rijsun min AAamali alshshaytani faijtaniboohu laAAallakum tuflihoona

Tafsirnya : "Wahai orang-orang yang beriman ! Sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya."
( Surah al-Ma'idah : 90)

Pengharaman arak itu bukan sahaja kepada orang yang meminumnya, bahkan ia meliputi kepada apa jua bentuk pertolongan yang boleh membawa kepada peminuman arak, kerana dosa menolong kepada berlakunya peminuman arak, walaupun dia tidak meminumnya, samalah juga dosanya seperti orang yang meminum arak.

Sabda Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam daripada Anas bin Malik Radhialllahu 'Anhu dia berkata :














Maksudnya : "Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam melaknat berkenaan dengan arak sepuluh golongan :
  1. Orang yang memerah arak ;
  2. Orang yang minta diperahkan arak ;
  3. Orang yang meminum arak ;
  4. Orang yang membawa arak ;
  5. Orang yang minta dihantarkan arak ;
  6. Orang yang menuangkan arak ;
  7. Orang yang menjual arak ;
  8. Orang yang makan harga arak ;
  9. Orang yang membeli arak ;
  10. Orang yang minta dibelikan arak."
(Hadits riwayat Ibnu Majah dan Tirmizi)

Maka dengan ini adalah jelas bahawa umat Islam tidak boleh sama sekali terlibat dengan industri arak didalam apa cara sekalipun bahkan apa sahaja jenis minuman yang diharamkan oleh syara', haram hukumnya menyertai perusahaan atau perniagaan tersebut kerana dengan secara tidak langsung ia menandakan bahawa kita redha, menyokong, memberi pertolongan kepada penyebaran (mempromosi dan mengiklankan ) minuman tersebut, walaupun kita tidak berniat sedemikian.

Malah adalah wajib bagi orang Islam tidak ikut serta perniagaan tersebut berdasarkan kepada mafhum hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah dan Tarmizi yang tersebut di atas, kerana tidak ikut serta adalah di antara tanda-tanda kebencian (mengingkari) dengan hati.

Hukum ini samalah juga memakai baju yang memaparkan lambang jenama minuman keras, kerana ada unsur redha dan mengajak kepada peminuman minuman haram itu.

Maka demikian itu pula qiyas memakai baju yang berjenama minuman keras atau memaparkan jenama dan lambang persatuan-persatuan dan simbol-simbol Kristian adalah sama hukumnya seperti yang diterangkan di atas, kerana penggunaan dan pemaparan jenama-jenama dan lambang-lambang itu tidak sunyi daripada tujuan mempromosi dan mengenalkan minuman keras (arak) dan syarikat pembuat arak yang berkenaan, supaya ianya lebih dikenali dan lebih diminati sehingga pada akhirnya membawa lebih laris dan lebih laku minuman arak itu.

Orang Islam mestilah berhati-hati dan peka serta bersikap tegas dengan perkara-perkara yang berhubungkait dengan agama, lebih-lebih lagi yang kena mengena dengan aqidah , kerana disebabkan oleh kelalaian, meringan-ringankan dan sambil lewa akan hukum hakam agama , orang Islam terutama para lelaki dan wanita Melayu seperti dibuktikan didalam gambar gambar yang saya rakam tadi memilih untuk terjerumus ke dalam kemungkaran.

Mereka ini sebenarnya bukannya tidak mahu mengikuti ajaran-ajaran agama, tetapi disebabkan kurang pengetahuan, pendedahan dan penghayatan kepada hukum-hukum agama itu, membawa mereka terpesong dan terjebak kepada mungkar.

Maka disinilah peranan ibu bapa dalam menunaikan dan memberikan penghayatan Islam ke dalam jiwa anak-anak mereka. Ini adalah tugas yang terpenting sekali ke atas para ibu bapa.

Firman Allah Ta'ala :







6. Ya ayyuha allatheena amanoo qoo anfusakum waahleekum naran waqooduha alnnasu waalhijaratu AAalayha mala-ikatun ghilathun shidadun la yaAAsoona Allaha ma amarahum wayafAAaloona ma yu/maroona

Tafsirnya : " Wahai orang-orang yang beriman ! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya ; manusia dan batu (berhala)."
( Surah at-Tahrim : 6)

Mengikut para ulama tafsir, bahawa memelihara keluarga daripada api neraka itu ialah dengan cara mengajar dan mendidik mereka dengan perkara-perkara kebajikan serta menyuruh melakukan apa yang diperintah dan melarang apa yang dilarang oleh Allah.
(Tafsir Ibn Katsir 7/58 dan ad-Durr al-Mantsur fi at-Tafsir al-Ma'tsur 8/224).

Berusahalah kita untuk menyedarkan sesama Islam dengan kita untuk menghindari dari hidup dengan rezeki haram yang dilaknati Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan ditegah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam!

Pernah saya terbaca bahawa terkutuk dan terlaknat seseorang itu seandainya termasuk didalam perutnya walau setitik arak selama 40 hari 40 malam! Ia senantiasa berada didalam keadaan berdosa besar dan andainya ia mati didalam jangkamasa itu, maka dirinya ( ruh) akan tiada sekatan ke Narr al Jahannam!!!

Na'uzubillahiminzalik!

Kepada mereka itu saya ingin menasihati supaya berhijrahlah!

Berhijrahlah ke arah mencari rezeki halalan bil toyyibban!

Biar tidak glamor dengan pesta pestaan dan keseronokkan berpeleseran diduniawi, tetapi sayangi lah diri anda, suami isteri anda dan anak anak zuriat keturunan anda!

Tak masuk akal kamu sanggup menyara hidup kamu dan mereka dari hasil haram yang tidak ada sebarang manfaat darinya malah mencemarkan keturunan kamu selama lamanya melainkan kamu bertaubat!

Taubat Nasuha tidak akan mengulangi lagi jenayah ini!

Kerajaan cuma boleh memantau untuk sekian waktu dan ruang yang tersekat! Diri sendiri yang menentukan samada hidup didalam lingkungan ajaran Islam atau bergelumang dengan segala yang haram!

Memang sedap ; memang seronok semasa sedang mabuk dunia tetapi bila ajal sudah sampai ke kerongkong, maka baharulah akan kamu sedar bahawa diri kamu sudah kamu sendiri yang aniaya!

Pilih lah yang halal ; jauhi dari arak dan judi. Ianya cuma akan membawa kepada kehancuran diri kamu sendiri, anak isteri, kaum keluarga dan seterusnya umat ini akan pincang, hancur institusi dan negara dek angkara maksiat yang seiring dengan segala najis ini.

Anda boleh mengubah nasib anda sendiri. Jika tidak malulah kamu dengan semua pendatang asing ke negara ini yang datang dari jauh beribu ribu batu untuk mencari rezeki halalan bil toyyibban dengan mudah manakala kamu anak anak bangsa Melayu memilih menghancurkan maruah diri kamu dengan mentekedarah yang haram!

Semoga yang terlibat akan segera bertaubat!

Insya Allah!

19 comments:

nightcaller said...

Salam sejahtera....

Terkejut juga apabila membaca posting nie...tapi kalau difikirkan mungkinkah ini "transformasi" yang diuar-uarkan oleh PM 1Malaysia kita yang baru?

Takkan pertunjukkan itu tidak mendapat kebenaran dari pihak berkuasa? Kalau ada, apa pula pandangan JAIS dan JAWI da;lam perkara ini?

Tetapi apa yang benar2 merunsingkan saya ialah dengan keputusan kabinet mengenai status agama anak2 yang salah sorang dari ibu bapanya memeluk agama Islam. Dilapurkan bahwa status agama anak2 itu tidak berubah...apa pandangan sedara dari sudut agama dan pandangan persendirian sedara?

Hingga ketemu lagi...selamat malam M'sia...dimana jua anda berada...

fahmi said...

assalamualaikum... sekarang ini mmg ramai anak muda lebih2 lagi yg terlibat dgn jualan arak terutamanya pelayan2 di hotel & restoran mewah.. saya kecewa kerana ade kawan2 saya yg terlibat sama.. alhadmulillah saya tidak ikut bekerja di sana & alhamdulillah mereka telah berhenti dari kerja itutidak lama selepas itu.. sewajarnya proses saringan kerja mestilah dibuat dlm industri ini ke atas pekerja Islam.. pekerja juga mesti bijak mencari pekerjaan yg halal & suci demi Allah.. terima kasih atas blog ini

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum mahaguru,
Syabas atas beberapa pendedahan mahaguru terhadap isu-isu yang tak kelihatan di mata masyarakat. Teruskan usaha mahaguru
Seeru ala barakatillah

Queen said...

i was there last night. Memang terkejut, tgk wine diserve secara terbuka. Lepas tu tetamu yang hadir bukan sekadar yang beragama selain ISlam, tetapi yang bertudung cantik pun ada.. Yang saya peliknya, kalau dah tahu buat dekat open space. Tempat public, kenapa mesti dihidangkan arak? Juice tak boleh?

Yang kat atas pentas golek2 tu memang tak boleh kata apela. Tapi kan tak bagus kalau budak2 tgk. Nanti suatu hari nanti anak2 kita dah tak malu bila tengok peprempuan telanjang. Nauzubillah. Dan saya juga takut satu hari nanti anak2 saya tidak bisa membezakan antara wine dgn juice.

Nightcaller, PM kita lebih suka ade acara2 macam nie. Saya tak pastilah apa pegangan die.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan nightcaller, saudara fahmi dan muhammad fakhruddin.

Jazakallah kerna sudi mengirim komen bernas dan berguna tuan tuan semua.

Biar saya menjawab secara am kepada semua.

Sebenarnya perkara ini sudah berturun temurun sejak zaman Almarhum Tunku Abdul Rahman lagi sehinggalah ke zaman ini!

Tidak ada seorang pun Perdana Menteri Malaysia yang bersungguh sungguh membanteras maksiat secara terbuka kerana diperingkat kehidupan aristokrat yang semakin berkarat, maksiat sebegini adalah asam garam kehidupan mereka di istana istana mereka, hotel bertaraf 5 ke 6 bintang, kelab kelab eksklusif dan bermacam tempat khusus lagi!

Gejala minum arak secara tersembunyi ditempat tempat berkawal sebegitu selalunya disertai mereka yang bergelar dan berkedudukan tinggi disisi masyarakat tetapi amat rendah disisi Allahu Ta'ala.

Sebagai manusia Muslim yang berusaha membaiki diri ini dan juga sesama Islam dengan saya, maka saya menulis mendedahkan keadaan sebenar demi menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang yang menyeru kepada Al Islam.

Saya berusaha sebegini kerana diperingkat kerajaan, pegawai pegawai agama baik didalam kerajaan negeri mahupun negara, menghadapi pelbagai sekatan protokol dan politik pejabat.

Penyakit hasad, dengki dan irihati serta khianat tetap ujud walaupun didalam jabatan jabatan tersebut kerana manusia ini walau se alim mana sekalipun tetap terjejas dengan penyakit tersebut.

Saya telah mengenali pegawai pegawai agama dari yang rendah sampai ke tahap tertinggi yang menghadapi 'firewall' dalaman yang orang kebanyakan tidak nampak dan sedar akan ujudnya suasana dimana sekiranya seseorang pegawai agama itu kelihatan terlalu tegas hendak menjalankan tugas dan tanggungjawabnya selaku orang yang di amanahkan menjalankan tugas penguatkuasaan perintah dan undang undang menurut peruntukan yang ada, maka tidak lama lah ia dapat berlaku begitu.

Akan ada sahaja sekatan dan larangan yang ia akan terima dari pegawai pegawai atasannya yang menerima arahan dari mereka yang terlibat didalam gejala gejala maksiat sedemikian dari peringkat tertinggi sekali!

Siapakah dia yang diberikan amanah menjaga urusan hal ehwal Islam disesebuah negeri berSultan atau berRaja Melayu?

Bagi mereka yang arif tentang keadaan perundangan dan legislatif negeri, sudah tentu keadaannya bagaikan 'sudah terang lagi bersuluh'!

Maka ketahuilah semua bahawa ramai pegawai pegawai agama yang sudah sekian lama terpaksa mengeluh!

Masih ingatkah akan nasib Allahyarham Datuk Mufti Selangor Datuk Ishak Baharom?

Allahyarham menjadi mangsa permainan politik pihak tertinggi negeri ketika itu kerana Allahyarham mengarah ambil tindakan keatas pelakon filem Jeslina Hashim yang bersaudara dengan orang bergelar dinegeri Selangor dan ditangkap pegawai penguatkuasa JAIS di kelab malam dan pusat maksiat Zouk di Jalan Ampang, tidak beberapa meter sahaja dari Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, KL!

Ada juga peristiwa penangkapan 3 orang peserta 'Ratu Cantik' berbangsa Melayu yang ditangkap pegawai penguatkuasa JAIS juga terpaksa dibebaskan kerana tekanan dari pihak bergelar negeri dan negara!

Hendak harapkan media perdana membela JAIS?

Minta maaf le. Akan ada kepala editor yang kena cantas nanti oleh tangan tangan 'ghaib' yang berkuasa dan berpengaruh nanti!

Setakat blogger seperti saya ini, bos saya adalah Pencipta saya. Allah, Subhanahu Wa Ta'ala.

Majikan saya ini akan menghumbankan saya ke api neraka Jahannam seandainya saya kecut 'ehem ehem' menyatakan yang hak dan membanteras yang batil!!!

Bilamana saya meninggal dunia nanti, Malaikat Mungkar dan Naqir tidak akan bertanya samada saya ni Melayu ke India Muslim?

Mereka tidak akan bertanya samada saya ni ahli UMNO ke ataupun PAS?

Untuk pengetahuan semua, saya ahli kedua dua parti politik ini.

Carilah didalam senarai nama ahli mesti jumpa. Saya tidak bercadang menarik diri dari mana mana parti ini.

Bagi saya, saya sayang kedua duanya. Walaupun dua dua parti ini ada cacat dan cela masing masing, saya tidak mahu ambil peduli!

Saya memilih mencari kebaikan dari dua dua parti umat Islam ini.

Saya mungkin boleh dianggap bermimpi disiang hari tetapi biarlah sebab saya memilih untuk melihat kedua parti ini sebagai adik beradik yang sedang bersengketa disebabkan ada jendalu sombong egois tahap terlampau didalam PAS dan juga UMNO!

Satu pihak merasakan diri terlalu maksum, suci sesuci embun di waktu pagi dan senantiasa berkokok berdegar degar akan kesyaitanan pihak satu lagi!

Pihak satu lagi akan pula meneropong buntut pihak lawannya dan berkata 'Ah!! Lebai sangkut ini pun dua kali lima dengan aku juga!'

Hasilnya?

'Stalemate' yang menjumudkan masyarakat kita yang semakin pincang dan terpisah oleh nafsu.

Nafsu angkara kesombongan diri sendiri dan ujub terhadap diri bahawa hanya dirinya pejuang itu dan ini dan tidak mahu bermuhasabah akan kedudukan hakikat peribadi dari kacamata Islam yang sebenar benarnya?

Maka itu, ketahuilah wahai saudara saudari seIslam dengan ku bahawa selama mana kita bertelagah sesama kita, selama itulah puak puak pengusaha maksiat al Laknatullah akan terus subur dibumi bertuah ini.

Mahaguru58 tidak pernah mengaku diri ini sempurna mana ataupun sombong mendabik dada bahawa aku ini bakal ahli syurga!!!

Hello?????

Excuse me please!!! Setiap dari kita sudah pasti akan merasa bahang api neraka seandainya ada barang setitik, secebis, se zarrah rasa bahawa diri kita ini almaksum suci dari noda dan dosa!!!

Terpulang kepada Allah, Tuhan Sang Maha Pencipta, Maha diatas segala Maha, untuk memutuskan samada kita ini 'going to Heaven atau going to Hell!'?

Bilamana saya menegur didalam blog ini tandanya bahawa saya sayang akan seseorang itu dan mengambil peduli akan nasib dirinya atau kumpulan yang berkenaan.

Bukannya benci habis!

Jika benci tahap takleh nak pandang atau kait sekalipun, maka tak akan terbit didalam blog ini barang secebis berita tentang orang berkenaan!

Tanda watashi tak nak ambil tahu! Biar mereka terjun dengan labu labu mereka!

Untung sabut timbul ; untung batu tenggelam!!

Nggak bisa ditolong pak!

Mentelah hamba dok masih bernyawa, masih berupaya melihat, mendengar, memikir dan berblog ini, maka Insya Allah akan hamba berusaha menyampaikan kebenaran dan mendedahkan akan kepincangan masyarakat kita supaya akan terbit secebis kesedaran!

Akan tertampar kat dahi sipolan dan sipolan bahawa kita ini yang menentukan arah tuju ruh kita bila ianya berpisah dari jasad kita yang bersifat hanya terlalu sementara ini?

Marilah kita berhenti terus melakukan dosa dan menganiayai ruh kita ini dengan terus alpa, leka dengan segala kemewahan dan keseronokan sementara ini.

Marilah kita ruku' dan sujud dengan ertikata sebenar benarnya nanti pada waktu solat Jumaat yang mulia ini nanti, menyesal diatas segala dosa yang kita telah lakukan secara sedar ataupun tidak?

Sedarilah diri bahawa hidup kita ini hanyalah diatas ehsan Rabbul Alamin!

Kita ini akan mati mungkin didalam beberapa saat saja lagi?

Tak ada 'guarantee' atau 'warranty' bahawa mahaguru58 akan hidup sampai ke zohor ini nanti ataupun sampai ke asar dan selanjutnya?

Maka itu saya tidak ambil peduli akan kata nesta makhluk makhluk tempatan yang merasakan diri mereka maha sempurna dan mencaci maki hamba Allah ini?

Mereka ini tergolong didalam kes 'ayam kokok berderai derai; ekor bergelumang najis!'

Dah angkuh menganggap diri teramatlah sempurna; maka pandai pandai lah mentafsir maksud peribahasa, ya?

Saya berpegang kepada lafaz:

"La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultannik!"

KedahLaNie said...

kepada tuan tanah..
kami ambil artikal nie utk tatapan semua..semoga di berikan kebenaran..

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan KedahLanie,

Hamba izinkan dengan penuh rela demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!

Mamu nak tanya skit?

Bila KedahLanie nak usaha supaya Duli Tuanku Sultan Kedah nak tuntut ambik balik Pulau Pinang dan Seberang Perai serap balik ke Jajahan Takluk Kesultanan Negeri Kedah Darul Aman?

Awat yang dok biaq pulau dan tanah seberang Perai ni dok terpajak lebih beratus ratus tahun dan lani dah mereka sejak 1957, dok biaq lagi tergadai macam tu kat Kerajaan Persekutuan?

Takkan takut Siam mai langgaq lagi kot?

Mamu sebagai anak negeri Pulau Pinang nak tengok Sultan Kedah perkeraih balik tulang belakang, mai tuntut Penang dan Perai serap balik masuk jajahan Negeri Kedah menuntut hak yang memang tak dak sapa nak boleh bantah!!!

Merdeka ke apa kalau tanah Seberang Perai dan Pulau Pinang dok biaq jadi macam anak terbuang, dok main pakat diperintah orang yang tak berdaulat saja sekian lama ni?

Cuba cerita skit, Mamu nak dengaq!

KedahLanie sanggup bersatu usaha kah dengan Mamu?

The Boss said...

inilah kesan satu malaysia.

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim said...

Assalam wbt.

Inilah petanda dan kebenaran ayat2Allah swt. Iaitu: " Kefakiran itu akan membawa kekufuran".

Demi mahukan wang lebih, 'respect' lebih ( daripada kaum lain- kononnya ) dan 'life style' lebih ( gaya barat -kononnya)- ada umat Islam kini tidak akan teragak2 melakukan apa sahaja walaupun ianya menyalahi hukum dan adat. Golongan ini termasuklah pemimpin2 dan rakyatnya yg telah lupa daratan.

Ya Allah berilah kekuatan kepada kami untuk menempuh cabaran dan dugaan-Mu ini dan tunjuk serta kekalkan kami di jalan-Mu. Amin.

Wassala.

WY Kam 甘永元 said...

Hi,

One quick question:

1) is it wrong to serve alcohol drinks to non-muslim in a public area?

It may be religiously wrong for the Muslim bartender to drink alcoholic drinks..i won't argue that. (though i might ask, is he behaving wildly - as mabuk would do?).

anonymous said...

Tak terkejut baca berita macam ni. Tengok lah jajahan PAS di selangor. Terang terangan kilang calrsberg dibiarkan sahaja.
Jajahan PAs di wilayah persekutuan (rata rata di menangi PAS) dan area KLCC pun serupa dalam PAS.
UMNO pun apa kurangnya.
Jadi di malaysia, mana ada orang atau orginisasi yang sanggup tahan benda macam ni. Masing masing jaga perut masing masing.
Eloknya tak payah siar berita macam ni. Org melayu tu, tah tah org bumuputera sabah dan sarawak. Lagipun demo kat tepi KLCC dulu dari kaum india sampai le melayu anwar berani buat, tapi tak berani pulak buat demo dalam KLCC.
UMNO dan PAS, seropa la.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Queen,

Syukur Alhamdulillah ada juga Allah Subhanahu Wa Ta'ala hantar saksi kejadian semalam untuk menyokong pendedahan saya disini.

Media perdana selalunya tidak berani mendedahkan perkara perkara ini kerana akan ada timbal balik dari kabel kabel besar yang berkaitan!

Mahaguru58 sekadar melaporkan hakikat sebenar negara 'Islam' Malaysia ini untuk kesedaran semua.

MAHAGURU58 said...

The Boss,

1Malaysia ini belum pun berakar umbi apatah lagi bertunas?

Segala punca maksiat ini sebenarnya sudah bercambah sejak zaman berzaman dahulu kala lagi.

Dulu orang orang yang tidak beragama Islam minum tuak dan mabuk todi bergelimpang disana sini.

Sesudah Islam dibawa ke Semenanjung ini oleh pedagang Arab Yaman dari Hadramaut dan pedagang pedagang India Muslim dari benua India ke Kesultanan Melayu Melaka, barulah Melayu yang beragama Hindu memeluk Ad Deenul Islam satu persatu dan Islam tersebar ke seluruh pelusuk negeri negeri Melayu di Semenanjung ini.

Di Negeri Kedah dahulunya dikenali sebagai Kerajaan Hindu Langkasuka dan sampai ke hari ini di Lembah Merbuk ada kesan artifak Candi Hindu.

Di Negeri Perak dahulunya terdiri Kerajaan Hindu bernama Gangga Negara. Letaknya disekitar Beruas dan jajahan takluknya.

Maka perkara arak ini bukan baru semalam empunya cerita.

Bila Portugis datang menakluk Melaka, sedikit sebanyak budaya minum arak ini menular dikalangan para pembesar negeri dan sesudah Portugis dikalahkan pihak Belanda, maka sama sahaja budaya mabuk brandi dan wiski pula mengambil alih dari tuak dan samsu.

Datang pula si Inggeris, menakluki Negeri Negeri Tanah Melayu dan sekian lamanya Mat Salleh Inggeris pula membudayakan para pembesar aristokrat Melayu untuk turut serta 'enjoy' bersama mereka meminum segala macam rum dan brandi apatah lagi wiski, bir dan seangkatan dengan nya.

Di Kelab Sultan Sulaiman di Dataran Merdeka, kalau tak silap saya, orang orang Inggeris zaman Kolonial akan mabuk berpesta pora bersama sama dengan golongan 'elit' aristokarat Melayu bergelar dan kaya raya.

Kalau tak salah saya minuman kegemaran mereka adalah wiski dan digelar 'setengah'?

Ini semua dapat saya ketahui dari meneliti naskah naskah penulisan lama para penulis dan pengarang buku buku Inggeris sendiri.

Umum menyatakan bahawa kerabat Negri Sembilan merupakan pewaris pewaris budaya Kolonial Inggeris ini dan dari cara dan gaya aristokarat terbabit, dapat dirumuskan bahawa ada kemungkinan perkara ini memang benar berlaku?

Saya mendapat maklumbalas dari pegawai kerajaan N9 sendiri bahawa itulah keadaan sebenar disana dan beliau setuju dengan pendedahan saya tentang Lembaga Pengarah Carlsberg Malaysia Berhad yang ada seorang kerabat terbabit.

Najib ini baru hendak memanaskan punggung kat kerusi idaman setiap ahli politik negara baik dari UMNO mahu pun PAS dan PKR?

Politikus bukan Melayu jangan dok mimpi lah hendak jadi PM kerana ini bukan Amerika dimana Obama boleh menjadi Presiden.

Selama mana adanya Sultan Sultan dan Raja Melayu bersemayam ditakhta masing masing, maka eloklah sedar diri menampar sedar masing masing akan kedudukan setiap seorang dipersada pemerintahan negeri dan negara?

Negara ini akan terus macam apa yang ada, menurut pandangan saya.

Tidak akan berlaku penyatuan ummah sepertimana yang saya impikan!

Memang mustahil orang orang suci dan maksum didalam PAS hendak mencemarkan duli bersemeja dengan syaitan syaitan UMNO kerana begitulah pegangan dan pendirian segelintir dari pucuk pimpinan Parti Insan Insan Suci SeMalaysia.

Mereka boleh sahaja menerima Ullamak Ullamak dari DAP sebagai rakan kongsi pengejaran kuasa politik mereka tetapi bab nak terima UMNO, sorry!

No way! Ambo tok se!

Biar gi mampuh tobat tak sudi ambo kelih mahupun tengok muko sekor sekor Ameno!!!

Maka berakhir sudah impian Mahaguru58 hendak tengok perpaduan ummah selama hayat hamba.

Memang tak akan terjadi!

Dah konfem. Beginilah nasib kita umat Islam Malaysia.

Menjadi mangsa pengkhianatan para pemimpin yang mengaku Islam tetapi hati masing masing penuh hasad dendam tak sudah, kaudu tahap hebiaq!

Nak faham maksud istilah, tolong pi cari Brother Nobisha!

Dia boleh tarbiyyah secara terperinci, maka The Boss, kita bagi sedikit masa dulu kat hero baru di Seri Perdana.

Tengok samada dia ada kemampuan untuk merubah keadaan kat rumah dia dulu?

Achi kat rumah baguih punya rambut mengerbang!

Jadi tuan Big Boss cepat sangat dah bedai sebijik kat hero baru PM tak sampai 100 hari pun?

Bagi chance skit kat Hamba Rakyat # 1.

Tengok samada dia baguih skit dari Al Imamul Hadhari atau lagi Raplah bin Jingga?

Warranty time dok ada lagi syeh! :P

Kita ushar dulu no?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudara Rizal.

Pandangan yang bernas! Tahniah!

MAHAGURU58 said...

WY Kam @ Mr.Tomato,

Hi to u too!

Yes brother, it is wrong for a true Muslim to be involved in any way with the alcohol industry or business.

Good of you to come ask me this.

According to Sunan Ibn-I-Majah Volume 3, Book of Intoxicants, Chapter 30

Hadith No. 3380.

It was reported by Anas (may Allah be pleased with him), that Prophet
Muhammad (Peace be upon him) said:

“God’s curse falls on ten groups of people who deal with alcohol.

1. The one who distills it,
2. The one for whom it has been distilled,
3. The one who drinks it,
4. The one who transports it,
5. The one to who it has been brought, 6. The one who serves it,
7. The one who sells it,
8. The one who earns money from it,
9. The one who buys it and
10. The one who buys it for someone else.”

So, to answer your question, it falls under prohibition # 6.

Whomsoever claims him or herself to be a Muslim, must never come near alcohol or be involved in its sale or business.

Those who do are cursed and their gains from their involvement in it is haram! Forbidden.

Thank you for asking.

Take care.

Abd Bashid Harun said...

Inilah cara dan gaya pengikut PKR yang membimbangkan saya

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Cikgu Abd Bashid,

Saya tak faham kenapa Cikgu berkata begitu?

Komen siapa yang Cikgu maksudkan sebagai pengikut PKR?

Harap jelaskan.

Terimakasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

nahs said...

for your info, most disco in KL full with malays like in bangsar, and DV8 ( sabash club),PJ. i was working there (DV8)for 1 month and resign because cannot stand cigarrette smell. in that 1 month i see malays ( girls and boys) simply drink liquor ( stout is most malays favourite), kissing,breast sucking in front of many. not only normal malays, there are a lot of celebrities, police personnel and government officers there.

Anonymous said...

Pemimpin Melayu mengejar syurga dunia. Sehingga terlupa dunia ni hnyalah mimpi dari tidur yg lena(sebelum terjaga utk menghadapi realiti sebenar iaitu akhirat). Pemimpin melayu mengejar kemahuan/kesenangan dlm ekonomi. Tapi tak sedikitpun kemajuan dlm kerohanian Islam iakni pembaharuan terhadap perlaksanaan hukum syarak.Raja2 melayu semakin hari semakin tak relevan. Mereka memegang jawatan tertinggi Majlis agama Islam negeri, tp kemana perginya wang kutipan zakat rakyat? Dan sbb tulah berlaku kes2 hindrance Islamic Law enforcement. Apa semua ni?? Mereka mmg tak boleh digelar yg maha mulia. Kerana yg Maha Mulia itu hanyalah al-Malikul-Mulk yg satu. Tak ada perantara the Creator and His creations. Dalam kubur nanti ditanya kita "who is your Lord/God?". Tidak ditanya siapa raja melayu kamu, dari negeri mana raja kamu. Sesungguhnya hidup dan mati kita ini kerana-Nya. TQ and sy Setuju sgt dgn pendapat mahaguru dlm blog yg sy bru jumpa ni. Jazakallah khair...