Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, April 25, 2009

Masjid Al Najihin, Bandar Sri Permaisuri, 56000, KL.






Bismillahhirrahmannirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh!

Wahai Muslimin dan Muslimat, Mukminin dan Mukminat sekelian.

Ketahuilah tuan puan bahawa telah siap dengan amat sempurnanya sebuah masjid jamek di Bandar Sri Permaisuri, Cheras, 56000, Kuala Lumpur bernama Masjid Jamek Al Najihin.

















Insya Allah, masjid ini akan dirasmikan didalam seminggu lagi dan bolehlah kita bersolat Jumaat disana nanti.
















Buat masa ini, kami penduduk Bandar Tun Razak terpaksa bersesak di Masjid Jamek Saidina Othman Al Affan dan Insya Allah akan dapat solat dengan selesa didalam seminggu lagi di Masjid Jamek Al Najihin nanti.

Ini adalah rakaman gambar dan video yang sempat saya ambil semasa menziarahi dan menunaikan solat berjamaah disana.
















Semoga kita akan dapat mengimarahkan masjid masjid Allah selama hayat kita, Insya Allah!

Ribuan terimakasih kepada pihak berkuasa yang mendirikan masjid ini. Syukur Alhamdulillah!


6 comments:

Roswita said...

Salam Tuan,

Saya menanti komen tuan mengenai isu terkini iaitu pertukaran agama dan hak2 jagaan anak2 serta agama mereka. Khusus mengenai ARAHAN oleh KABINET yg mengatasi undang2 Allah SWT. Celakalah ke atas orang2 yg bersekongkol di dalam Kabinet Dapur tersebut semata2 untuk memenangi hati2 kafir laknatullah.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudari Roswita.

Saya sebenarnya sedang didalam proses mencari maklumat rasmi mengenai keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan juga akan menyusul perkara ini dengan pihak JAKIM sebelum menerbitkan pandangan saya pula.

Kelaziman saya selalunya menyiasat akan kedudukan perkara sebenar sebelum menulis tentang apa apa perkara.

Oleh kerana ianya melibatkan soal perundangan negara maka sebagai blogger yang berjuang untuk Ad Deenul Islam, saya harus berdiri diasas yang berteraskan ajaran Islam didalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.

Insya Allah akan saya penuhi hasrat Roswita tidak lama lagi.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Maarof said...

Wow, hebat masjid tu. Tiga tingkat pula. Masjid tiga tingkat mengingatkan saya pada Masjidil Haram di Makkatul Mukarramah. Bila lagi agaknya saya dapat kesana...
Tetapi saya harap Masjid baru ini akan mengikut manifesto Cendol Leman Dawi di Seremban tu - 'Politik Tak Main'.

Roswita said...

Salam Tuan,

Terima kasih. Bukan apa, jika benarlah seperti apa yg diperkatakan oleh mereka yg berkuasa tersebut, pilu dan sedih sungguh hati saya mengenangkan nasib umat Islam skg ini.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Abang Haji,

Saya memang amat bersyukur sekali kerana masjid yang saya harap harapkan telah siap dan Alhamdulillah telah saya sempurnakan hajat bersolat didalamnya.

Sebolehnya begitu juga harapan saya agar tidak berpuak puak nanti jamaah anak kariah kami ini mengikut mazhab politik masing masing.

Saya akan berusaha membantu pihak pentadbiran masjid seandainya tenaga saya diperlukan.

Mudah2an saya juga dapat sampai ke Masjidil Haram dan Masjid Nabawi satu hari nanti.

Doakan saya Abang Haji.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

MAHAGURU58 said...

Roswita,

Jangan lah saudari gusar kerana Insya Allah negara ini masih ada lagi para pejuang Islam yang tidak akan membiarkan kaduk naik junjung atau ular lidi menjadi naga!

Demi Islam dan Allah Subhanahu Wa Ta'ala jutaan ummat disini sedia membujur lalu ; melintang patah!

Tawakkaltu alallah!

Wala hawla wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim bil sultaanik!