Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, May 05, 2009

Hukum Shariah Malaysia adalah tidak menepati Hukum Allah SWT!

Kategori : Seruan kepada Muslimin dan Muslimat Malaysia sahaja. Para pembaca yang Bukan Islam dipohon sekadar membaca sahaja. Ribuan Terimakasih.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Bismillahirrahmanirahim.
Dengan nama Allah, Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Saudara saudari, umat Islam tercinta sekelian.

Saya perhatikan bahawa sejak beberapa tahun ini, keadaan masyarakat Islam di Malaysia ini semakin lama semakin kalut dan berlakunya penyerapan budaya mungkar didalam dunia hiburan media massa tanahair dengan kadar yang amat membimbangkan.

Semuanya ini berlaku akibat ketidaktepatan Hukum Hakam Shariah didalam negara ini yang lari dari ketetapan Hukum Shariah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang sebenar!

Negara kita ini dicanangkan sebagai sebuah negara Muslim yang progresif serta menjadi simbol kejayaan sebuah negara 'Islam' mengikut perspektif oleh para 'sarjana dan ilmuan' duniawi baik didalam negara ini sendiri mahupun dari negara negara Timur Tengah yang mendabik dada sebagai negara negara Islam sebenar?

Iye kah begitu?





















Apakah kita ini benar benar sebuah negara Islam mengikut acuan dan garis panduan Al Qur'an dan Sunnah Rasulullah?





















Setahu saya, pemerintahan negara ini berpaksi kepada undang undang bukan Islam serta kedudukan Undang Undang yang diperakukan sebagai Undang Undang Shariah hanya sekadar bayang bayang sahaja dari Undang Undang Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang sebenar dan teramat jauh dari apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Sila betulkan saya jika sekiranya apa yang saya nyatakan disini adalah tidak benar dan dusta semata mata!

Saya ingin bertanya kepada para 'ilmuan Islam' didalam negara ini samada benar atau tidak kata kata saya diatas bahawasanya Undang Undang Shariah yang dimaktubkan didalam Hukum Kanun Sistem Perundangan Malaysia hari ini jauh panggang dari api didalam ertikata bahawa apa yang diwar warkan sebagai Undang Undang Shariah Persekutuan Malaysia adalah satu pemalsuan belaka dari segi unsur unsur perincian hukum jenayah yang disebut didalam Al Quran Al Karim dan keterangan didalam Hadis Hadis Sahih Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam?

Akibat kecelaruan dikalangan masyarakat kita terutamanya yang mengaku beragama Islam tetapi hidup mengalahkan orang orang kaffir dari sudut bebas melakukan maksiat dan jenayah amat membimbangkan sekali sejak akhir akhir ini!













































Rompak, rogol, bunuh, menyerang dan membelasah warganegara termasuk sampai menyerang balai polis dan merompak OCPD Polis Johor Selatan Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob di Taman Damansara Aliff, Johor Bahru baru baru ini menunjukkan betapa undang undang sedia ada yang berasaskan hukuman sekular British tidak berkesan sama sekali untuk mengekang mahupun membanteras gejala peningkatan kadar jenayah negara!

Nak tunggu apa lagi?

Sampai negara ini menjadi huru hara?

Jangan persalahkan orang awam yang terpaksa mengambil langkah langkah menjaga keselamatan diri sendiri sehingga tertubuhnya nanti pasukan pasukan 'vigilante' persendirian yang terpaksa pergi memerangi para penjenayah durjana yang semakin berleluasa sekarang!!!

Sila lawati http://mpk.rmp.gov.my/jurnal/2005/riseofcrime.pdf untuk melihat sendiri kadar kenaikan jenayah yang diterbitkan oleh pegawai tinggi Polis di Raja Malaysia sendiri.

Ini pulak kadar jenayah syariah :
http://www.islam.gov.my/informasi/statistikjenayahsyariahseluruhmalaysia.php

Ini pula kadar jenayah secara am :
http://www.nationmaster.com/country/my-malaysia/cri-crime

Ini laporan http://www.groundreport.com/Arts_and_Culture/Crime-Rate-Increasing-by-the-year-in-Malaysia

Saya menyeru pihak Kerajaan Malaysia supaya kembalilah kepada fitrah.

Tegakkanlah Syariah Allah didalam ertikata sebenar benarnya dan hentikan berdrama swasta didalam memerintah negara ini mengikut lunas undang undang ciptaan manusia dan kembalilah kepada Hukum Allah Azza Wa Jalla.

Ada caranya jika benar benar ikhlas ingin melihat negara ini aman dan makmur kembali!





















Seandainya Dato Seri Najib Tun Razak benar benar bersih dan sesuci embun diwaktu pagi, maka apakah yang perlu ditakutkan dengan Syariah Allah sebenar benarnya?

Ramai yang menuduh macam macam terhadap diri pencipta Wawasan 1Malaysia ini.

Soalnya apakah diri Menteri Perdana ke 6 Malaysia ini berani menegakkan panji panji Allah seperti selalu dilaung laungkannya atau ianya sekadar pengulangan retorik semasa yang semakin membasi dan lama kelamaan akan turut mengumpul debu dimuzium sejarah politik perjuangan mengisi tembolok masing masing?

Atau seperti biasa, tradisi salam berisi akan terus menjadi amalan tegar dikalangan pembesar negara?












Seperti biasa, yang boleh kita buat adalah tunggu dan lihat.

Tak gitu?

5 comments:

Zanie said...

Tak betul, kita tidak boleh hanya sekadar melihat...kita wajib berusaha menegakkan hukum Islam, ia adalah satu kewajipan seluruh umat muslimin. Bagaimana caranya? Sokong kumpulan yang bercita-cita hendak menegakkan hukum Allah melalui cara-cara yang dipersetujui ulamak muktabar. Jika kita boleh mengubah kerajaan melalui pilihanraya, maka itulah yang wajib kita lakukan..berjuang memberi undi kepada parti yang ingin menegakkan hukum Islam..ingat, kita wajib! Untuk ulasan lebih lanjut baca catatan Ustaz Asri,bekas mufti Perlis .

"Oleh : Ustaz Mohd Asri Zainal Abidin
(tulisan beliau ini disebarkan pada lingkungan tahun 2002, sebelum beliau menjadi mufti Perlis lagi)

Persoalan menjatuhkan kepimpinan atau pemerintahan yang dipegang oleh orang Islam adalah satu persoalan besar yang dibahaskan oleh para ulamak sejak sekian lama. Ini adalah kerana wujudnya hadith-hadith yang melarang dijatuhkan sesebuah pemerintahan yang dipegang oleh orang-orang Islam tanpa alasan yang kukuh, disamping penggulingan kepimpinan negara atau daulah boleh mengakibatkan pertumpahan darah dikalangan rakyat jelata.

Oleh itu, baginda Nabi s.a.w. melarang pertembungan demi merebut kepimpinan melainkan dengan alasan yang kukuh. Dalam hadith yang soheh diriwayatkan daripada Abi al-Walid Ubadah bin Somit r.a. katanya: kami telah berbaiah kepada rasulullah untuk dengar dan taat dalam keadaan susah ataupun senang, suka ataupun benci dan (dalam keadaan pemimpin) lebih mementingkan dunia melebihi kami.(Kami juga berbaiah) untuk tidak merebut kekuasaan dari pemerintah melainkan jika kami melihat Kufr Bawwah (kekufuran yang nyata) yang kami mempunyai alasan disisi Allah (kami juga berbaiah) untuk menyatakan al-Hak dimana saja kami berada dan kerana allah kami tidak takut kepada celaan sesiapa yang mencela. (Riwayat al-Bukhori hadith ke 7199, Muslim hadith ke 1836)

Hadith diatas menjelaskan kepada kita bahawa rasulullah meminta daripada umat Islam agar mentaati pemerintah dalam segala keadaan, sekalipun mereka melakukan kezaliman terhadap kita. Kita ditegah merebut kuasa melainkan apabila melihat Kufr Bawwah iaitu kekufuran yang dalil mengenainya jelas tanpa sebarang keraguan atau takwil. Kita pula dikehendaki menyatakan kebenaran dimana sahaja dan dihadapan sesiapa sahaja.

HUKUM MEMERANGI PEMERINTAH.

Pada asalnya syarak melarang umat dari keluar bersenjata memerangi para pemimpin yang fasik atau zalim sekiranya soal fasik atau zalim itu hanya terbatas kepada persoalan peribadi pemimpin sahaja tanpa melibatkan persoalan dasar kepada ajaran islam. Sebab kepada larangan keluar memerangi pemerintah tanpa sebab-sebab yang amat besar iaitu Kufr Bawwah ialah kerana kesannya yang amat merugikan.

Jika peperangan berlaku sesama Islam maka banyak darah muslimin yang akan tumpah, kekuatan umat menjadi lemah dan golongan kafir berkesempatan daripada peperangan saudara yang sedemikian. Kata al-Imam an-Nawawi dalam mensyarahkan hadith soheh muslim, Adapun keluar daripada mentaati pemerintah dan memeranginya adalah haram dengan Ijmak al-Muslimin sekalipun mereka itu fasik ataupun zalim. Ini semua jelas terbukti didalam hadith-hadith yang memberi maksud apa yang aku sebutkan. Kata para ulamak:Sebab tidak dipecat dan diharamkan keluar menentangnya adalah kerana membawa kepada fitnah dan tumpah darah dan kerosakan yang nyata, maka menjadikan kerosakan memecatnya lebih besar dari mengekalkannya.

Dalam mensyarahkan hadith lain pula an-Nawawi menyebut: Sesungguhnya tidak harus menentang pemerintah hanya sekadar zalim atau fasik selagi mereka tidak mengubah suatu daripada kaedah-kaedah Islam.(rujukan syarh soheh Muslim oleh an-Nawawi m.s. 540,552/jilid 12 cetakan dar al-khair beirut)

Ad-Dawudi pula menyebut: yang menjadi pegangan para ulamak mengenai para pemerintah yang zalim ialah sekiranya mereka boleh dipecat tanpa sebarang fitnah dan kezaliman, maka wajib dipecat, jika tidak, maka wajib bersabar.(rujukan Fath al-Bari oleh Ibn Hajr al-Asqalani m.s. 498/jilid 14 cetakan dar al-Fikr, Beirut)

KUFR BAWWAH

Berhubung dengan persoalan kufr bawwah maka para ulamak berbincang apakah yang dimaksudkan dengan perkataan berkenaan dalam hadith diatas dan hadith-hadith lain yang menggunakan perkataan yang sama yang kerananya membolehkan pemerintah ditendang dan dipecat.

Ada yang menafsirkan dengan mungkar yang terang yang melanggar kaedah Islam dan tidak ada sebarang alasan dan andaian lagi kerana begitu terang dan nyata. Ini adalah pendapat an-Nawawi. Mustafa al- khin dan Mustafa al-Bugha memegang pendapat an-Nawawi ini dengan kata mereka an-Nuzhah: Tidak boleh menentang para pemerintah kecuali apabila berlakunya mungkar yang pasti yang menyanggahi prinsip-prinsip Islam. Jika berlaku demikian maka wajib memenangkan yang hak dengan apa pengorbanan sekalipun(rujukan Nuzhah al-Muttaqin syarh Riyadh as-Sholihin,m.s. 171/ jilid 1.ctk. Muassasah ar-Risalh, Beirut)

TIDAK MELAKSANAKAN SYARIAT ALLAH

Persoalan tidak melaksanakan syariat Allah bahkan membelakangkannya lalu memilih perundangan kufur adalah topik yang serius yang diperkatakan dikurun ini. Hendaklah kita ketahui bahawa sepanjang sejarah umat Islam sememangnya pernah wujud para pemerintah yang memiliki keperibadian yang tidak baik, Namun sejarah tidak pernah memberi tahu dikalangan mereka yang menolak secara rasmi hukum-hakam al-Quran dan Sunnah sebagai asas perlaksanaan hukum dan perlembangan dalam masyarakat dan negara.

Kejahatan mereka bersifat akhlak peribadi.Tetapi Islam tetap menjadi teras dan asas undang undang negara. Tidak pernah dikalangan meeka mengistiharkan pengubalan undang-undang yang tidak bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Kalaulah ada pemerintah yang melakukan sedemikian pasti umat islam yang ada ketika itu mengistiharkan jihad besar-besaran terhadap mereka.

Hal ini dapat kita lihat kepada fatwa yang dikeluarkan oleh al-Imam Ibn Kathir terhadap pemerintah Tatar atau Monggol yang mengubal undang-undang ketika menawan Baghdad dengan mencampurkan undang-undang Yahudi, Keristian, Islam dan juga pemikiran pemimpin mereka iaitu Ginkiz khan.

Kata al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Ginkiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu , Yahudi, Nasrani,Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah ,sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-eAzim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70.Ctk. Beirut)

Dalam al-Bidayah Wa an-Nihayah yang merupakan kitab sejarah yang besar karangan Ibn Kathir sekali lagi beliau menegaskan perkara ini, katanya: Sesiapa yang meninggalkan hukum-hakam syarak yang diturunkan kepada Muhammad bin Abdillah, Nabi yang terakhir, lalu berhukum kepada syariat yang dimansuhkan (ajaran yang diturunkan kepada nabi yang sebelumnya) menjadi kafir. Bagaimanakah pula mereka yang berhukum kepada Yasa dan mendahulukannya keatas ajaran Islam? Sesiapa yang berbuat demikian maka menjadi kafir dengan Ijmak Muslimin(rujukan al-Bidayah wa an-Nihayah. Juz 12,m.s. 128.Ctk. Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, Beirut.)

Syeikh al-Islam Ibn-Taimiyyah, tokoh ilmuan yang agong, juga merupakan guru utama al-Imam Ibn Kathir, dengan lebih terperinci menyebut: Tidak syak lagi bahawa sesiapa yang tidak beriqtikad wajib berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah adalah kafir, Sesiapa yang menghalalkan untuk berhukum dikalangan manusia dengan apa yang dianggapnya adil tanpa mengikut apa yang diturunkan Allah, maka dia adalah kafirc Katanya lagi: Mereka itu jika mengetahui bahawa tidak harus bagi mereka berhukum kecuali dengan apa yang diturunkan Allah tetapi tidak mematuhinya bahkan menghalalkan untuk berhukum menyanggahi apa yang diturunkan Allah maka mereka adalah orang-orang yang kafir. (rujukan Majmuah at-Tauhid m.s. 205,206,Ctk. Dar al-fikr, Beirut.)

Dengan penjelasan Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah,maka jelas diperincikan bahawa yang menjadi kufur adalah mereka yang tidak menganggap wajib berhukum dengan sistem Islam atau yang menghalakan sistem yang selain Islam.Namun sesiapa yang beriktiqad wajib berhukum dengan syariat Allah dan ianya syariat yang paling sempurna dan adil tetapi tidak berhukum dengannya kerana kepentingan peribadi dan harta benda dunia maka mereka adalah golongan yang sangat fasik dan zalim.

PEMERINTAH MUSLIMIN SEMASA

Sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat Islam dan menghalalkannya maka ini adalah kufur, maka diwajibkan kita menjatuhkannya dengan cara yang benar-benar menguntungkan Islam dan kaum Muslimin. As-Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi didalam Fiqh ad-Daulah menyebut tiga kekuatan yang perlu wujud dalam menjatuhkan kerajaan di zaman ini.

Pertama: Kekuatan ketenteraan.

Kedua: Perlimen yang mampu mengubah dasar.

Ketiga: Kekuatan pergerakan rakyat yang menyeluruh yang tidak mampu dihalang oleh sesiapa, sekalipun angkatan bersenjata. Sesiapa yang tidak mempunyai kekuatan ini hendaklah ia bersabar dan bersiap sehingga mampu memilikinya. Dalam masa tersebut maka dakwah diteruskan dengan lisan, menulis dan segala ruang yang ada. (Untuk huraian yang lebih terperinci sila lihat Fiqh Ad-Daulah m.s. 125.Ctk.Dar asy-Syuruq, Qaherah.)

Bagaimana sekiranya sesebuah pemerintah tidak melaksanakan syariat allah tetapi tidak menghalalkannya. Para pemerintah yang mendukung selain dari sistem Islam mereka tidak boleh dianggap terkeluar daripada Islam selagimana mereka tidak melafazkan ucapan yang menghalalkan sistem kufur atau menghina sistem Islam.Dari segi aqidah mereka tidak terkeluar dari islam, dengan itu bagimana nilaian terhadap kerusi pemerintahan mereka?

Dalam persoalan ini Al-Qardhawi di dalam Fiqh ad-Daulah yang dengan jelas menyatakan tetap wajib menjatuhkannya kerana ini adalah persoalan besar yang membabitkan perkara dasar Islam, para ulamak Islam yang lain dizaman kini menyatakan perkara yang sama. Antara yang dinyatakan oleh as-Syeikh Mohammad Naim Yasin di dalam buku al-Jihad: Adapun sekiranya kefasikan pemerintah dan maksiatnya ialah mewujudkan suatu sistem (bukan Islam) untuk rakyatnya dan jelas darinya kepastian menyelewengkan umat dari berpandukan peraturan allah dalam persoalan aqidah, Akhlah dan dipimpin umat selain dari al-quran dan as-sunnah. Sesungguhnya bersabar terhadap kemungkaran tersebut adalah lebih dasyat dan besar fitnahnya dibandingkan dengan sebarang fitnah yang berpunca dari bangkit menentang dan menghunuskan senjata terhadap pemerintah seperti ini.Maka wajib bagi kaum muslimin untuk berjihad menentang pemerintah yang sebegini dan menggunakan sebarang cara yang disyarakkan untuk memecatnya dari tampuk kekuasaan serta digantikan dengan sesiapa yang akan meminpin mereka dengan agama Allah (rujukan : Al-Jihad, Mayadinuhu Wa asalibuhu, ms 203-204. Ctk. Dar al-Furqan, Amman, Jordan )

Perlu diingatkan bahawa perlaksanaan syariaat bermaksud mengistiharkan dengan jelas dan benar bahawa al quran dan as-sunnah adalah perlembagaan pemerintahan . Adapun kecacatan dalam proses perlaksanaan syariat setelah ianya diistiharkan yang berpunca daripada kelemahan pemerintah atau pengendalian, ini tidak membolehkan rakyat keluar menentangnya selagi kecacatan tidak menjejaskan prinsip atau boleh dibetul dengan mudah disebabkan sudah tertera dalam perlembagaan negara.

Demikian adalah secara ringkas perbahasan dalam isu reformasi menjatuhkan pemerintah menurut pandangan Islam.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum!

Hehehehe...menjadi juga taktik saya untuk memancing reaksi dan respons yang amat tepat sekali dari sesama ummah!

Syabas Zanie!

Pandangan yang memang berkualiti!

Jazakallah diatas komen saudara.

Wassalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh.

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim said...

Assalam wbt.

Walaupun ulasan saudara dan saudara zaine agak panjang lebar dgn hujah & nas masing2 tetapi hakikatnya selagi amal makruf dan nahi munkar tidak kita laksanakan secara lengkap-melengkapi, bersungguh2, jujur dan bertunjangkan lunas2 Islam maka selagi itulah kita tidak mengamalkan hukum Allah SWT yg sebenarnya. Kita - diri sendiri, keluarga,masyarakat dan negara.

Wassalam.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Rizal.

Saya bersetuju dengan kata kata Rizal.

Seperti contoh didalam peringkat asas projek pembinaan sebuah bangunan pencakar langit, asasnya perlulah kukuh.

Sedikit demi sedikit dibina lantainya sesudah kemas cerucuk ditanam sedalam yang boleh didalam dasar bumi untuk menampung beban beratnya nanti lapisan lapisan tingkat bangunan konkrit dan tetulang besi waja dibina setingkat demi setingkat dengan segala infrastruktur yang dikaji dan diperiksa teliti oleh para arkitek dan jurutera yang pakar serta amanah.

Begitu juga dengan asas pembangunan masyarakat kita.

Bermula diperingkat asas sesebuah keluarga dan harus dipantau serta dibimbing oleh setiap ketua keluarga dan disokong oleh ahli keluarga masing masing.

Jika ada yang memberontak dan engkar serta derhaka terhadap pemimpin keluarga itu, maka pincanglah institusi keluarga diperingkat asas gitu dan seterusnya gejala kerosakan ini akan menular ke keluarga yang lain dan seterusnya merosakkan susun atur masyarakat disekeliling mereka.

Bila masyarakat mula pincang, daerah dan negeri itu mula bergoncang.

Pemimpin tempatan dan peringkat atasan tak sudah sudah bersembang dan berbincang.

Akhirul kalam, mana mana yang terancang, tinggal seperti kulit ditinggalkan kacang.....

Habis sudah segala usaha tinggal memburuk dan usang.

Oleh kerana itulah, kesedaran masyarakat perlu disuntik.

Dengan usaha bloggers seperti kita supaya fikrah mendaulatkan Islam kembali berputik.

Mana mana yang molek ambil lah tauladan yang cantik.

Menegur pemimpin dengan cara ini Insya Allah akan ada hasilnya bilamana sampai juga kepada pucuk pimpinan negeri dan negara melalui media alternatif ini.

Sama sama lah kita lakukan setakat yang terdaya.

Inikan menuruti perintah dan hadis Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam supaya kita mencegah kemungkaran yang berlaku didepan mata kita dengan menggunakan tangan (kuasa) kita!

Sekiranya tidak mampu berbuat sedemikian, maka disuruh Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam supaya kita bersuara membantahnya ( ini salah satu cara bersuara ; kan?).

Jika yang ini (blogging) pun kita tak mampu, maka disuruh benci didalam hati (tahap iman paling lemah menghampiri kufur).

Maka ikut keadaan masing masing lah bersuara menangani masaalah sosial dan am negara.

Tak gitu?

abe MIE 'TERJAH' said...

http://pkrpasdap.blogspot.com

nak buat hudud pun kena minta approved dari DAP dan karpal singh..apatah lagi nak buat undang2 Islam...kan Malaysia sudah amal perundangan Islam misalnya sultan sebagai pelindung Islam dan agama Islam tetapi orang masih percaya speaker bawah pokok lagi dari sultan...

saya ingat kita jadikan Islam sebagai agama Aslam macam PAS buat...

setuju?