Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, May 26, 2009

Kempen terancang menjolok 'sarang tebuan' @ PDRM.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Tuan tuan dan puan puan sewarganegara yang dihormati.

Saya ingin mengajak anda merenung sejenak akan satu perkembangan yang kurang sihat didalam negara kita sejak kebelakangan ini.

Perkembangan yang saya maksudkan adalah mengenai cara sesetengah pihak berperanan sebagai 'agent provocateur' @ pengadu domba didalam perkumpulan manusia manusia yang mempunyai agenda tertentu didalam mengadakan perhimpunan menunjuk perasaan terancang mengenai sesuatu isu atau perkara.

Cara penganjur demonstrasi ini beroperasi adalah dengan cara berkelakuan seolah teraniaya gila bila pihak berkuasa datang untuk menyuraikan mereka samada dengan cara aman atau kekerasan.

Bilamana saya menonton video video protes itu dan ini yang telah bermula sejak beberapa tahun kemudian, saya perasan satu kaedah kempen terancang memburukkan imej pihak berkuasa oleh pihak penaung dan penganjur protes protes tersebut.

Pertama kali saya perasan tentang modus operandi kumpulan ini adalah didalam peristiwa yang berlaku diantara pihak pelajar Cina di UPM bertindak seolah diri mereka dikasari oleh pelajar pelajar Melayu dengan berteriak ' Jangan gaduh! Jangan gaduh!'

Kalau tak salah saya pelajar Cina berkenaan turut muncul didalam beberapa protes anjuran aktivis Jerit dan juga beberapa siri demonstrasi jalanan lain.

Sila rujuk kembali kepada pendedahan saya tentang taktik pelajar pelajar ini cuba mencetuskan huru hara di kampus UPM dengan berlakun seolah diri mereka diserang para pelajar Melayu di universiti itu disini.

Cara mereka merancang semua kekecohan ini dengan menyediakan jurukamera Chew Siew Fong dari www.merdekareview.com, sebuah portal media bebas Cina siap merakam video menunjukkan seolah mereka yang menjadi mangsa perkauman padahal semuanya sudah sedia menjadi sebahagian perancangan mereka untuk mencetuskan pergaduhan kaum diantara para pelajar UPM.

Kini keadaan serupa sedang dilakukan oleh pihak 'agent provocateur' yang terdiri dari pihak aktivis sosial dan parti DAP serta lain lain dengan cara berkumpul menyalakan lilin dihadapan balai balai polis mengujudkan suasana kurang selesa memaksa pihak polis mengambil tindakan keatas mereka dan bilamana arahan bersurai diberikan penguasa polis di balai berkenaan, mereka degil dan terus duduk mencabar arahan polis.

Didalam kes melibatkan Adun Teratai Jenice Lee kita boleh lihat kesamaan cara yang digunakan oleh pihak pendesak siap sedia menjemput wartawan Malaysiakini merakam video ini untuk menunjukkan bahawa pihak polis yang berlaku salah terhadap mereka?

Apakejadahnya semua ini?

Dah dirancang menyediakan kek harijadi kononnya menyambut harijadi salah seorang dari aktivis mereka!

Bila masa pernah orang menyambut harijadi macam gini dihadapan rumah kedai atau pejabat?

Bukankah ini terang terangan satu usaha mencetuskan suasana kurang selesa didalam negara ini dengan menjolok sarang tebuan dan bila tebuan menyengat menjerit memekak mengadu di aniaya?

Ini sudah melampau!

Saya tidak menyokong cara mereka ini membuat kacau didalam negara kita dan berharap pihak polis tidak memberi muka terhadap mana mana 'agent provocateur' seperti ini dan mendakwa mereka menimbulkan kekacauan dikhalayak umum!

Pihak media seperti yang bekerjasama dengan 'agent provocateur' ini harus mengambil kira akan natijah menjadi tali barut dan bersubahat didalam mengujudkan suasana tidak stabil didalam negara!

Cuba tengok cara seorang politikus DAP mendakwa kedudukan Ahli Parlimen DAP itu lebih tinggi dari OCPD Brickfields!


Betapa angkuh dan sombongnya mereka ini! Apa kah sudah merasa diri itu kebal dari undang undang bila menjadi Ahli Parlimen?

Boleh saja mengadakan perhimpunan haram sesuka hati mereka dan merasa diri itu 'untouchables?'

Saya merasa ada kemungkinan cubaan pihak pihak pengacau ini akan membawa kepada trajedi berdarah didalam waktu terdekat ini jika terus dicuba mencemar maruah pihak polis dan mengasak mereka setiap hari sejak akhir akhir ini!

Silap haribulan akan ada yang meninggal karang disebabkan kekecohan yang kini sedang cuba dicetuskan!

Apa dah kemaruk sangat untuk merasai zaman darurat kembali?

Pepatah lama 'Sarang tebuan jangan dijolok' bukan main main. Silap haribulan bukan muka saja yang membengkak, nanti ada yang tamat riwayat akibat keadaan tidak terkawal!

Jika di zaman British, sudah lama komandan balai akan memerintah anak buahnya menembak mati puak puak yang degil berkumpul sebegitu?

Nasib mereka ini agak baik sebab setakat ditangkap dan disumbat kedalam lokap sahaja! Entahlah!

Manusia didalam negara ini kekadang tak sadar diri di untung!!!

Berani buat ; berani tanggung lah!

Sendiri mau ingat aa! Jangan bila dah kena peluru sesat ke apa, baru nak menyesal!

Jika gatal juga hendak pergi jolok sarang tebuan, maka bersedialah merasai sengatnya!!!

10 comments:

fahmi said...

salam.. harapnya semua pihak baik kerajaan, & seluruh rakyat Msia berpolitik dgn baik.. asyik2 bertelagah, rkyat marhaen naik menyampah? mungkin Mamu juga rasa begitu?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Saudaraku Fahmi.

Memang tepat bagai dikata.

Hamba sudah mula naik menyampah tengok gelagat dan kelaku para pendesak dan pencari pasal dengan pihak berkuasa serta pemerintah ini.

Masa yang berharga di sia siakan dengan menganjurkan demonstrasi dan tunjuk perasaan yang membazir dan membawa kepada suasana huru hara didalam negara.

Produktiviti terjejas, ekonomi negara terkesan juga dan ramai dari kita menjadi kurang selesa dengan tindak tanduk petualang dan pengkhianat negara ini semua.

Mereka ini menjadi ejen provokasi pihak pihak tertentu yang mempunyai agenda menghuru harakan negara dan mencetuskan perasaan benci dikalangan massa terhadap agensi keselamatan negeri dan negara seperti Polis Di Raja Malaysia.

Ini usaha terancang dan saya sungguh tidak suka melihat perbuatan ini semakin melampau dari hari ke sehari.

Saya sokong pihak PDRM supaya lebih tegas terhadap pengacau pengacau dan pencari pasal ini!

Seandainya asyik menimbulkan suasana yang boleh mencetus kepada ketidakstabilan negara, natijahnya teramat buruk kepada kehidupan kita semua.

puteripencinta_islam said...

Assalamualaikum tuan,
Bersirap darah saya terlalu geram atas kebiadapan puak2 yang tidak diuntung sebegini..sebak saya memikirkan anak bangsa saya, kenapa mereka masih lagi ingin bermain dengan api, mejolok sarang tebuan ini, saya takut api akan menjadi marak dan tebuan akan menyerang dengan sengat berbisa, takut terjadi peristiwa yang lebih parah pada 130569,hati kita sudah lama berdarah terguris,tunggu masa meletup,tahap kesabaran kita ada hadnya, ada batasnya, kalau sampai maruah dan agama tergadai WAJIB kita perangi musuh2 itu dan syahid menunggu kita...
cuma kita tetap sabar dan berdoa, moga dijauhi tuhan atas segala bahaya dan mala petaka, semoga tuhan terus pelihara keamanan dan kesejahteraan negara kita selamanya...

Mohd.Rizal bin Abdul Rahim said...

Assalam wbt.

Sebenarnya setiap tindak-tanduk golongan ini telah mendapat perhatian, sokongan dan pembelaan golongan2 tertentu ( mungkin parti2 politik, NGO2 atau organisasi2 di luar negara yg ingin melihat Malaysia tidak tenteram dan gagal ) sejak dari dahulu lagi.

Modus operandi mereka ini memang sudah dikesan oleh pihak berkuasa ttp disebabkan slogan hak asasi yg kian memuncak dan sering dilaung2kan kini menyebabkan kesukaran membendung dan mencegahnya, ditambah pulak dengan penggunaan perundangan yg kian popular sekarang menjadikan seolah2 golongan ini kebal untuk bermaharaja-lela dan melakukan apa sahaja.

Pendedahan yg saudara utarakan ini sedikit sebanyak boleh menyedarkan warga kita akan bahananya ( itupun jika rakyat kita mahu menerimanya ).

Wassalam.

syaifulz si pedang said...

assalamualaikum, setuju sekali lah saya akan penulisan mamu berhubung dengan jenis - jenis makhluk pengacau kestabilan negara.mau disumbat aja dalam lokap, tapi depa ni nanti mengadu domba kat press cakap polis lah jahat,itu dan ini..polis just jalankan tanggungjawab aja..hehehehe,sendiri buat sendirilah tanggung..
Menyampah dan meluat tak terkira saya dengan provokatif,samseng dan sikap jalanan mereka ni,macam tak dak keja lain yang nak dibuat untuk bangunkan negara, cuma reti nak merosakkan perpaduan yang ada.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan puteri,

Sebenarnya semua ini terjadi kerana pihak berkuasa negara terlalu ingin menjaga hati mangkok mangkok hayon ini yang kononnya merupakan tuan kepada mereka dengan membayar cukai itu dan ini.

Bayar tak sampai berapa ringgit eksyennya melebihi tuan empunya tanah!

Ditambah pulak dengan puak petualang dan pengkhianat negara yang menjanjikan seribu satu imbuhan kepada puak puak pencacai dan pengadu domba ini dengan mengimpikan dapat menduduki kerusi Perdana Menteri walau terpaksa bergolok bergadai atau menjual langsung saki baki maruah bangsa dan agama apatah lagi institusi Kesultanan Melayu yang ada!

Kesalahan turut terletak pada Sultan Sultan dan Raja Melayu kerana alpa mempertahankan maruah ad Deenullah bila di perkotak katikkan mereka yang mempunyai agenda dan perancangan menjahanamkan negara ini demi segenggam kuasa politik dan menjadikan harta, pangkat dan kedudukan sebagai matlamat kehidupan mereka!

Kepada PDRM yang merupakan salah satu benteng terpenting menjaga masadepan negara ini, saya berseru agar mereka tidak gentar terhadap seteru seteru negara dan Ad Deenullah ini!

Ingat bahawa tuan puan didalam PDRM menjunjung lambang Allah dan Muhammad pada lencana tuan puan!

Alang alang berkhidmat untuk negara dan Ad Deenullah, biar mati bergalang tanah dari hidup berputih mata!

Allahu Akbar!!!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Rizal dan Syaifulz,

Saya menulis demi Allah dan Rasul! Kebenaran dan kedudukan perkara sebenar hendaklah menjadi teras perjuangan setiap blogger Malaysia yang berusaha menyampaikan maklumat dan buah fikiran masing masing!

Kerja kerja jahat dan provokasi terhadap anggota PDRM terang terang didalangi mereka yang berkepentingan politik dan ingin menyemaikan rasa benci dan permusuhan massa terhadap anggota polis dan pasukan keselamatan yang bertugas siang dan malam menggadiakan nyawa mereka demi kita semua.

Saya tak rela mendiamkan diri melihat keterlampauan puak puak subversif dan anarkis ini.

Bersama samalah kita berusaha secara kita membanteras budaya kurang ajar ini!

Insya Allah!

Anonymous said...

Assalamualaikum..

Tuan bukan saya nak mengajar bab-bab agama dan urusan pentadbiran majlis agama negeri tetapi APAKAH FUNGSI PUSAT ZAKAT dan BAITULAML??

Bukankah umat ISLAM yg miskin ini adalah termasuk didalam ASNAF yang berhak? Apakah mereka ini tak layak menerima bantuan?

Seperti di Selangor ramai ibu tunggal dan fakir miskin yg tiada rumah tetapi banyak rumah (flat PKNS dan pemaju lain) yg terbiar tak terjual yang harga dah jatuh bawah RM10k..kenapa tak beli dan serahkan rumah itu kepada mereka-mereka ini?? Kenapa pula perlu bina BANGUNAN yg besar sebagai PEJABAT PUSAT ZAKAT dan BAITULMAL sampai berjuta-juta ringgit tetapi jika digunakan untuk membeli "raumah-rumah murah dan flat murah" saya rasa masalah menempatan ibu-ibu tunggal dan fakir miskin telah selesai..ini termasuk lah di SEMUA NEGERI DI MALAYSIA.. perkara-perkara remeh seperti jauh daripada punca rezeki bukan satu alasan utk membantu mereka..hendak seribu daya.
Namun semua yang HAK ini telah di POLITIK kan oleh semua pihak termasuk UMNO/BN dahulu.

Harap tuan dapat membuat kajian yg mendalam terhadap cadanagn saya ini.

Mintalah nasihat daripada MUFTI PERAK dan semua MUFTI-MUFTI dan semua ahli ULAMA' (jgn lama sangat) dan sediakan garis panduan utk dijadikan contoh kepada semua Pusat Zakat,dan kemudiannya minta PERKENAN ke SEMUA KEBAWAH DULI RAJA-RAJA MELAYU untuk melaksanakannya..

Buat kempen ZAKAT utk mengalakkan UMAT ISLAM berzakat..

Harap tuan sebarkan perkara ini kepada semua PEMIMPIN UMNO ISLAM,PEMIMPIN PAS ISLAM dan PEMIMPIN PKR ISLAM untuk memikirkan perkara ini tetapi BUKAN PEMIMPIN ISLAM YG MUNAFIK.

wassalam


p/s: saya masih tak dapat menerima hakikat apabila melihat BANGUNAN PUSAT ZAKAT BERDIRI MEGAH BERJUTA RINGGIT tetap ramai UMAT ISLAM FAKIR MISKIN,IBU TUNGGAL tidak mendapat pembelaan sewajarnya..

p/ss: jgn la bila masuk TV macam program BERSAMAMU baru nak muncul kena lah pro aktif..Itu AMANAH yg BERAT.. dan sepatutnya semua KAKITANGAN PUSAT ZAKAT dan BAITULAMAL berfikir BAGAIMANA HENDAK memberi kapak atau jala kepada MEREKA bukan TERUS MEMBERI KAYU dan IKAN.

MAHAGURU58 said...

Saya membiarkan soalan luar topik di atas oleh Mr.Ketam di atas dasar keperluan membahaskan perkara ini didalam posting saya selepas ini dimana soalan soalan di atas ini saya terbitkan semula sebagai satu teribtan khas. Insya Allah.

MoneyMatters@Nizam said...

Salam Tuan,

Semenjak puak2 liberal ini mendapat sedikit kuasa, budaya2 barat di persembahkan dengan sesuka hati. Daripada perhimpunan haram, 'candle vigil' dan entah apa2 lagi.

Suka memainkan isu2 sensitif dan menyentuh hal2 kaum lain terutamanya Bangsa Melayu. Melayu RACIST dibumi sendiri.

Bagi sayalah, setiap kebebasan ada HAD nya. Jika tidak, manusia ini akan menjadi lebih teruk drpd Haiwan. Kebebasan melampau merupakan tajaan puak2 liberal dan disokong dan ditanggung halal oleh PAS.