Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, May 28, 2009

Peristiwa Bukit Kepong - Jangan lupa pengorbanan PDRM!!!Hukum bunuh si Chin Peng laknat!!!

Bahagian 1

Bahagian 2

Bahagian 3

Bahagian 4

Bahagian 5

Bahagian 6

Bahagian 7

Bahagian 8

Bahagian 9

Bahagian 10

Bahagian 11 (Akhir)


Mana mana pengkhianat negara yang mahukan si Ketua Komunis Malaya kembali dan tinggal di tanahair ini , maka ianya atau mereka sama sahaja dengan komunis jahanam laknatullah!

Saya menyeru Kerajaan Malaysia mengambil tindakan sekeras kerasnya terhadap petualang ini!

Bagi mereka yang ada semangat cintakan negara dan tahu mengenang jasa, budi dan pengorbanan anggota polis negara kita, silalah melawat http://askarjahat.fotopages.com/?entry=1085654 untuk melihat dengan mata kepala sendiri bukti identiti para syahid PDRM di dalam Peristiwa Tragedi Bukit Kepong!

Chin Peng memang patut dibenarkan balik ke Malaysia ....balik untuk dihukum tembak sampai mampos!!!!

Para penyokongnya patut dibedil sekali. Biar hancur lunyai!!!!!Ini baru keadilan!

Jangan sampai sanggup menggadaikan maruah tanahair tercinta ini!

Alang alang hidup biar berjasa kepada negara ; jangan pula jadi talibarut komunis, seteru Allah!!!

Komunisma menidakkan Allah!

Jika anda seorang Muslim, haram bagi anda menyokong komunis Bintang Tiga!!!

17 comments:

Queen said...

saya tidak menyokong, saya tidak membangkang. Bagi saya setiap manusia perlu diberi peluang kedua. Dalam Islam pun perlu ada pengampunan. Seperti mana Saidina Umar yang dulunya jahil, tapi tetap diberi kemaafan. Kita bukan tuhan untuk menghukum. Kita sesama manusia biasa.

Tetapi sejauh mana Chin Peng sudah insaf? Sejauh mana ideologi komunis hilang dari pegangan jiwanya?

Justeru itu, letakkanlah iman di dada kamu, dan berfikirlah dgn hati yang tenang, tanpa rasa marah

Salam...

Adam said...

saya sokong dia diterima semula ke Malaysia...

selepas itu...terpulanglah..
Bukit Kepong tetap di hati!!!

Zanie said...

Anda mengatakan komunis tidak percayakan tuhan, apakah faham nasionalis, demokrasi menerima tuhan? Menerima Islam? hakikatnya faham apapun ia, sama saja disisi Allah S.W.T. Selagi ia bukan bernama Islam dari sumber Al Quran dan Hadis maka apapun nama ideologinya, tetap salah!

Komunis wujud di dunia menyaingi faham kapitalis dan demokrasi. malah sesetengan negara faham komunis lebih makmur dari kita. Di malaysia, faham komunis dilabel sebegitu buruk oleh propaganda British. Ini tidak sukar difahami kerana PKM Malaya, menjadikan British sebagai musuh utama mereka! British begitu berjaya menanamkan api kebencian yang memarak terhadap komunis melalui pakar perang sarafnya bernama C.C.Too sehinggakan perjuangan mereka dalam membebaskan Malaya dari cengkaman British dnafikan sama sekali. British menggunakan media eletronik dan cetak, menyebarkan risalah-risalah, menggunakan askar melayu untuk menghadapi perjuangan PKM. Sebab itulah mereka dibunuh komunis. Dalam perang itulah yang berlaku, anda membunuh musuh anda! Apa yang nak diherankan?

Kini Chin Peng sudahpun berusia 80-an, tidak bolehkah kita membenarkan beliau kembali atas dasar kemanusiaan? Mengapa menjadi begitu bebal dengan permainan propaganda ini? Bersikap rasionallah!

PAKMALAU said...

Ok.Setuju jangan bagi Chin Peng balik Malaya.Itu Chin Peng sorang saja.Tapi yang dok ada di Malaysia suku sakat dan kaum kerabat dia pun bangsa kita puja???? Apa cerita? jawab sat??

Awat yang dok ada ni..baik2 belaka ka? tak ada ka benih lanat tu ka? Awat depa yang dok ada ni insaf dah ka...mungkin tu bijak baca al-quran dok ingat kat bangsa kita.

Tu benih sapa? awat? hari ni..dah baik sangat ke dia? boleh ke melayu pecaya?

Jangan cerita chin Peng le...Banyak lagi Chin dan peng yang patut kita jaga jaga.

Tetapi nak cakap apa ? Bangsa melayu juga celaka...sendiri buat sial dan dajal...

Alizul said...

Kepada semua yang simpati dan menyokong kepulangan Chin Peng:

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui, atau sengaja membutakan mata dan hati tentang, sejarah dan ideologi Komunisme, sila muat turun (download) dan tontoni video-video di tiga link-link berikut (copy & paste link-link ini ke browser anda):

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1239/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_1

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/1242/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM-2

http://us2.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/2857/THE_BLOODY_HISTORY_OF_COMMUNISM_-3

Kesemua video di atas membentangkan sejarah/ideologi komunisme dari sudut atau perspektif Islam.

Bagi blogger-blogger yang berhujah di atas perikemanusiaan, pernahkah
penganut-penganut mereka menunjukkan sikap keperimanusiaan ke atas mangsa-mangsa mereka? Tanyalah soalan ini kepada balu-balu, anak-anak, cucu-cicit dan keturunan mangsa-mangsa mereka?

Ada pula blogger yang menyeru atas nama Islam supaya memaafkan Chin
Peng. Pernahkah Chin Peng dan pengikut-pengikut memohon maaf atas segala kekejaman mereka? Memang benar Islam menitikberatkan sifat bermaaf-maafan, tetapi apa gunanya jika orang yang melakukan kekejaman tidak sedikit pun menunjukkan sifat itu atau mempunyai perasaan perikemanusiaan?

Mengapa pula Islam dikaitkan di sini? Tidakkah kita tahu bahawa komunisme itu jauh bertentangan dengan Islam? Komunisme menidakkan atau tidak percaya kepada Allah. Setiap penganutnya digelar "atheis", iaitu seseorang yang tidak percaya kepada kewujudan Allah. Oleh sebab itulah kita dapati penduduk-penduduk Islam di negara-negara kominis sentiasa ditindas dengan kejam. Satu daripada banyak contoh-contoh adalah penduduk Islam di Turkestan Timur di negara Cina. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai
penindasan orang Islam di Turkestan Timur, sila baca buku di link berikut (copy & paste link ini ke browser anda):

http://us1.harunyahya.com/Detail/T/EDCRFV/productId/582/COMMUNIST_CHINA%E2%80%99S_POLICY_OF_OPPRESSION_IN_EAST_TURKESTAN

Sebagai negara yang majoriti penduduknya adalah Islam, mahukah kita melihat anasir-anasir komunisme ini wujud di kalangan kita? Pernahkan orang-orang komunis melepaskan atau meninggalkan (renounce) fahaman komunisme mereka? Pernahkah Rashid Mydin, Shamsiah Fakir dan lain-lain berbuat demikian? Fahaman mereka sangat tebal. Kita patut bersyukur dilahirkan sebagai orang Islam di negara yang majoritinya penduduk Islam. Ada juga blogger-blogger yang sentiasa menuduh kerajaan tidak Islamik (atau kafir). Jika benar, mengapa kita orang Islam bebas mengamalkan agama Islam di negara ini? Mengapa wujud beribu-ribu masjid, surau, sekolah agama, dan lain-lain di
negara ini? Pernahkah kerajaan menindas orang-orang Islam seperti berkaku di Turkestan Timur?

Bagi blogger-blogger yang berhujah bahawa komunisme disama ertikan dengan samarata dan samarasa, tahukah anda bahawa konsep-konsep ini hanyalah pada teori atau di atas kertas saja?. Pada teorinya, memang komunisme menuju kepada kewujudan situasi sempurna (atau "utopia") di mana akan wujudnya konsep samarata dan samarasa ini. Tetapi lihatlah sejarah negara-
negara kominis (yang jelas ditunjukkan di video-video di atas), adakah konsep-konsep ini pernah diguna pakai? Jawabnya TIDAK. Apa yang sebenarnya berlaku ialah "utopia" yang diidam-idamkan tidak pernah wujud, malah para pemimpin negara-negara komunis menghancurkan negara mereka sendiri, seperti berlaku di negara-negara Cina di bawa Mao Tse Tung dan Soviet Union (sekarang Russia) di bawah Stalin.

Jadi bagi blogger-blogger yang mempertahankan kepulangan Chin Peng atau komunisme, lengkapkan diri dengan ilmu tentang sejarah komunisme sebelum menulis sesuatu tentangnya.

Zul said...

Salam....Saya sama pendapat dgn saudara "QUEEN"...saya tidak menyokong penganas Komunis ..sebagai org Islam kita berilah mereka peluang kedua..sifat membalas demdam bukan lah cara Islam....Peace

Zul said...

Salam....Saya sama pendapat dgn saudara "QUEEN"...saya tidak menyokong penganas Komunis ..sebagai org Islam kita berilah mereka peluang kedua..sifat membalas demdam bukan lah cara Islam..bapa saya yg berkhidmat dlm Rejimen Askar Melayu DiRaja RAMD pernah cedera semasa operasi di serawak ..Peace

PAKMALAU said...

QUEEN.SETUJU PUN TIDAK SOKONG PUNTIDAK.

Dalam kemelut politik hari ini.Sebenarnya Chin Peng adalah Isu yang cuba dimainkan oleh jalang2 politik yang berkepentingan.

Balik atau tidak chin peng ke MALAYA itu bukan soal utmanya.Tetapi yang kita perlu renung dengan akal dan mata hati.Kemelut politik yang sedang melanda..Chin Peng adalah DANA politik Jalang.

Andainya kes KUGAN boleh dipolitikan oleh jalang2 politik murahan bangsa melayu.Tidak terfikirkah Chin Peng adalah DANA politik jalang hari ini.

Inilah yang perlu kita renung dan tenung.Kesan dan akibatnya.Untung atau rugi.Membawa kebaikan atau sebaliknya...

PAKMALAU said...

CHIN PENG-DANA untuk politik jalang...tidak lebih dari itu.Inilah DANA untuk kesinambungan Agenda "HAK KEBEBASAN" ISLAM LIBERAL yang didalangi Yahudilaknatullah yang perlu kita sedar sedang melanda bangsa dan Agama tanpa kita sedari.

Pengaruh DAJAL ini amat halus dan licik bagai laser tajamnya..Merosak tanpa rasa.Melinkup tanpa sedar.

Akhirnya Agama dan bangsa tertiarap.Chin Peng..bukan isu kemanusian.......tapi lebih pada DANA DAJAL cipta politik yahudi.

Fikir fikirlah Akal Yahudi lebih bijak dan licik dari akal bangsa kita...

PAKMALAU said...

Chin Peng. Hanya DANA politik jalang pembangkang.Tidak lebih dari itu.

PAKMALAU said...

Wartawan yang membuat liputan semasa Majlis Perjanjian Damai antara Kerajaan Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM) pada 1 Disember 1989 di Hatyai Thailand, berkata:

“ Antara soalan yang saya masih ingat saya ajukan kepada Chin Peng ialah: "Apakah saudara masih seorang Marxist-Leninist?" Chin Peng dengan wajah yang hampir-hampir tersenyum menoleh ke arah saya dan menjawab: ''Ya."...Chin Peng menambah: ''Kami hanya meletakkan senjata bukan membubarkan PKM ataupun fahaman komunisme.''

PAKMALAU said...

Pada Pemimpin PAS dan PKR yang setuju Dajal Pembunuh NO:1 ini balik.Sedarlah hari kamu sebagai pemimpin kamu bukan Mat Gian atau Mat2 Terab.Berilah luahan pandangan yang munasabah dan masuk akal.Kalau setakat ini pandangan kamu...dan keperihatanan kamu.Sekarang tolehlah kearah Rakyat...Puak2 kamu menipu dan memutar belit pun kamu tidak mampu untuk bersuara dan menegah!Berilah keperihatinan pada puak2 kamu terlebih dahu terutama di Kedah.
Pertingkatkan Usrah mingguan banyak2 lagi jangan asyik menipu dan memutaq belit.Kerana sikap segentir pemimpin kamu juga hari hampir sama pengaruh Chin Peng yang kamu sendiri tidak mampu membendung.

Jangan Asyik bercerama dan mengingati rakyat.Kenalilah diri anda.Hari ini pemimpin kamu sendiri tidak segan dan silu menipu dan memutaq belit fakta.Bukankah mereka itu dikalangan Ustaz dan Ulama? sila lawati laman:

www.sungguhka.blogsport.com.

Kamu nilailah dengan mata Hati...Maaruf atau mungkar yang pemimpin kamu lakukan.

Kemudian kamu tolong jelaskan pada Rakyat? Inilah wajah2 Ulama dan pemimpin?

aliya said...

Assalamualaikum,
Sekiranya Chin Peng berjaya ditangkap ketika zaman British atau selepas Merdeka, adakah dia akan bebas seperti hari ni? Tentu sekali tidak. Dia masih seorang penjenayah negara dan patut dihukum sebagai seorang penjenayah. Biarkan dia balik sekiranya itu yang dia mahu, tetapi balik untuk menerima hukuman gantung sampai mati atas segala jenayah yang dirancangkannya. Tolong jangan heretkan agama Islam ke dalam hal ini kerana ini bukan kaitan dengan Islam. Ramai orang Cina bukan Islam juga tidak setuju dia dibenarkan pulang begitu sahaja, kerana ramai saudara mara kami yang telah menjadi mangsa kekejaman komunis.Ini isu seorang penjenayah negara yang dilobi ahli politik untuk dibenarkan pulang ke Malaysia setelah berpuluh-puluh tahun hidup dalam buangan. Kalau seorang pengedar dadah boleh dihukum mati, mengapa Chin Peng perlu dimaafkan atas segala jenayah yang dilakukan semata-mata kerana dia sudah tua? Memaafkan sesama manusia memang digalakkan dalam Islam tetapi itu tidak bererti penjenayah boleh melepaskan diri daripada menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan.

isman said...

aku ingat lagi cite bkt kepong di pawagam sekitar thn 1982, lakonan Jins Shamsudin.
takda org melayu yg tak menangis tgk cite tu..
KALAU CHIN PENG PULANG PASTIKAN DIA HANYA MAMPU BERNAFAS 3 MINIT SHJ
Wahai pejuang bangsaku, agamaku dan negaraku. Aku terhutang budi dan menyanjung
tinggi pengorbanan kalian semua...aku hanya mampu berdoa ke hadrat illahi semoga keturunan
kalian dilindungi drp menjadi pembelot dan pengkhianat bangsa, agama dan negara.
Aku doakan semoga roh kalian dan semua pewira yg terkorban di tempaTkan bersama orang-orang
yang beriman..Amin.. ALFATIHAH...

fahmi said...

salam, komunis?? sudah lama terkubur di Malaysia.. tanpa komunis, kisah sejarah negara kita mungkin tidak lengkap... namun, cukup2lah kita terus memusuhi mereka.. tidak jauh beza antara kita dgn komunis andai kita masih terus berdendam atas kisah lama itu... harap kita semua lebih rasional dlm buat setiap keputusan.. bukan menyokong komunis, bukan menyokong kapitalis, tp hanya seorang manusia biasa shj yg tiada apa2 kuasa...

PAKMALAU said...

MB kedah sokong Chin Peng Tak balik.Tapi macam mana kalau dia balik masuk KELAB PENYOKONG PAS? Setuju dak MB dia..Yang tak setuju tu sebab Chin Peng tak masuk Kelab Penyokong PAS.Kalau Chin Peng Jadi ahli kelab Penyokong tentu MB kedah setuju macam pemimpin diatas dia juga.

Queen said...

Tak setuju dengan pendapat Pak Malau yang terakhir. Banyak yang 'kalau' nya..
Benda tak pasti duk ulang kenapa?

Rasulullah SAW sendiri bg kata dua kepada tawanan perang. Kenapa kata kita cuma satu?

Memang saya pun merasakan adanya agenda tersembunyi disebalik isu Chin Peng pulang nie...
Tapi macam Pak Malau katalah..Yahudi nie licik... Tak semestinya yang satu pihak lagi satu tu bukan Yahudi. Ada terpikir?

Nak pikir sampai sudah pun tidak dapat. Yang patut kita buat, tetapkan hati. Jihad ini adalah semata2 kerana Allah SWT. Laksanakan seperti mana Sunnah Rasulullah serta sahabatnya.

Yang baik kita ambil, yang tak baik kita nasihati. Betulkan. Bukan menghukum.

Saya cuma anak muda yang memerhati. Kalau ada kekasaran bahasa dan kekurangan harap dimaafkan..

Salam