Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, May 29, 2009

PM 1Malaysia terkejut ? Biar betul brader....takkan lupa kot?



























Assalamualaikum Pak Najib!

Janganlah dok buat terkejut terkejut ni!

Itu sudah kira biasa ma...along memang itu maciam!

Kalau itu rakyat aa mau pigi pinjiam sama itu bank oo, memang manyak susah oo!

Mau mintak itu cagalan, mau mintak itu leposit aa, gerentor lagi maciam maciam oo.

Bila itu olang lamai aa, mau pinjiam sama kita ala la la long, kita tatak hal punyia!

Pinjiam satu libu aa, lapat 7 latut!

Itu munga aa ( bukan Ina Munge) jangan lupa oo...

Cukup mulan, misti bayar!

Lu tatak bayar aa, gua kasi hantam lu punyia kipala...

Sikalang aa, gua olang sutak terrer oo, kita ada lokap sendiri punyia.

Tatak kacau sama kilajaan.

Dia olang tak moleh mayar aa, kita lokap kasi tarok!

Lu pun ala cakap maa...tukar itu gaya hidop

Kita kasi dia olang tukar la!

Hidop Pak Najib!!!

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ha...itu mungkin dailog yang diucapkan oleh Along Along Malaysia pada Pak Najib, PM 1 Malaysia jika berjumpa.

Soalnya takkan Najib tak tahu bahawa ramai orang Malaysia ni hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, jika tak kais , kebulor sokmo!

Pak Najib mungkin tak perasan benda ni semua sebab macam orang kata, semua keperluan Pak Najib ditanggung beres dek Kerajaan Malaysia.

Makan minum semua di tanggung, ....saya tak sampai hati nak sambung pantun...pikir pikir lah sendiri.

Cuba ujudkan satu bank untuk membantu orang ramai yang susah ni ala ala Grameen Bank yang di tubuhkan oleh Professor Dr. Muhammad Yunus dari Bangladesh tu untuk memberi pinjaman mikro tanpa cagaran kepada rakyat Malaysia yang tengah susah ni?

Mahu tak mahu saja brader!

Cuba perah kepala otak tu skit untuk jayakan program ini, mesti masyarakat sanjung Pak Najib sebagai Bapa Bantuan Negara!

Biar lah berjasa pada rakyat Pak Najib!

Insya Allah, mungkin ada harapan sambung tugas lepas PRU ke 13!

Takkan nak jadi PM 1 penggal, kan?

Selamat berJumaat Pak Najib.

Rajin rajin lah salam dengan jamaah nanti!

5 comments:

Mohd.Rizal said...

Assalam wbt.

Saya turut terkejut dengan cerita ini.....ttp terkejut bukan kerana perbuatan si along2 tu. Saya terkejut apabila PM kita kata dia terkejut dgn perbuatan along2 tu. Nampak sgt PM kita tu berlakon....janganlah nak berpura2.....jika semua rakyat tahu siapa along itu, takkan PM kita baru nak tahu. Buat Dato' Najib, ikhlaslah dalam berdepan dgn rakyat, bak kata tuan mahaguru takut sepenggal aje kot. ( Nampak gaya kena tegur PM ni di blog 1Malaysia tu! )

Wallahu'alam.

Abuarif said...

Saya kira cerita ulangan seperti ini adalah kebiasaan di Malaysia.Apabila berlaku sesuatu perkara buruk maka semua orang terkejut dan melompat untuk ambil tindakan.Maka sekelian pekerja berkenaan pun berlarianlah kehulu dan kehilir macam nak buat kerja.Tetapi hasilnya entah kemana.Bila sejuk aje isu tersebut semua orang diam dan menunggu isu lain pula.Kita lihat lah sendiri isu-isu buang anak,pemandu motosikal gila,kemalangan tempat kerja,buli disekolah,buli di dalam angkatan tentera,kekejaman along,kes dera anak dan seribu satu macam tragedi...

Alias Mohd Yusof said...

hari-hari depan rumah kita ada saja kad nama (Business card) along diedarkan. Siap lengkap nombor telefon lagi. Tak cukup dengan itu poster dan banner along pun terpampang di simpang-simpang jalan. Along ni bukan menyorok, along buat kerja terang-terang. Tapi nak tangkap along punya la susah, sama susah macam nak tangkap Bala.

MoneyMatters@Nizam said...

Salam,

Mcm biasalah, mana pak2 Menteri pernah rasa susah. Dulu saya buat restoran, masa bisnes susah pergi bank, lahanat punya bank minta cagaran. Kalau ada cagaran takdelah saya susah2 minta pinjam wang.

Akhirnya ALONG juga tempat minta pinjam. Sekejap shj prosedur, dia dtg restoran, minta lesen dan RM10K terus diberi dan dgn itulah saya roll. Walau tau ianya berdosa sebab terlibat dgn riba, tapi sapa yg ambil peduli akan masalah saya?
Bank Islam yg namanya Islam pun tak boleh bagi pinjaman Qardhul Hasan.

Alhamdulilah, akhirnya saya berjaya selesaikan hutang tersebut dan bisnes kembali ok. Dan ALONG tersebut berasa BANGGA kerana dpt menolong org bisnes mcm saya.

Skg ni bila dah senang, banyak pula bank yg nak tolong. Cengkadak betullah. Mcm2 loan nak di bagi.. Mikro lah, housing, credit card, kereta dan lain2 lagi.

Najib jgn buat2 terkejut. Inilah masanya untuk dibanteras habis2an ALONG dan buat satu bank yg boleh bantu rakyat. Bukan BANK RAKYAT yg bagi pinjam pada KAKITANGAN KERAJAAN shj untuk 'PLAY SAFE'

fahmi said...

salam.. mmg Along semakin kejam.. tp sbb ekonomi kita x stabil, sbb tu makin byak jenaya berleluasa... org atas tu, mana ade difikirnya kite ni... klu diorang fikir, mesti xde org yg layak masuk citer bersamamu.. menyampah dgn politicians, tw cakap je, hasil tarak..