Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, May 13, 2009

Talqin - Soalan bocor serta soalan yang tidak akan ditanya Malaikat Mungkar dan Naqir.






Bismillahirrahmanirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa, Maha Suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Cuba tonton video ini tentang satu kejadian melibatkan janazah seorang remaja yang digali semula hanya selepas beberapa jam dikebumikan dan saksikan kesan 'azab kubur' pada jasadnya?



Ingatlah! Bahawa sekalian makhluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang Maha Besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala.

Ini adalah bacaan talqin bilamana kita sudah dikuburkan nanti, Insya Allah.

Wahai (simati) bin (nama ibu), wahai (simati) bin (nama ibu),wahai (simati) bin (nama ibu), hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai (simati) bin (nama ibu), apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir, maka janganlah berasa gentar dan takut, janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka akan bertanya (soalan bocor) :
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Apakah kiblat kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
  6. Apakah pegangan iktikad kamu?
  7. Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
  1. Allah Taala Tuhanku,
  2. Muhammad Nabiku,
  3. Islam Agamaku,
  4. Kitab suci Al-Quran ikutanku,
  5. Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
  6. Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
  7. bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah Muhammaddur Rasulullah".

Wahai (simati) bin (nama ibu) tetapkanlah hatimu, inilah dia suatu dugaan yang paling besar.

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh, sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semua untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai (simati) bin (nama ibu), bahawasanya:
  • mati ini adalah benar,
  • soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
  • bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
  • berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
  • dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
  • minum di kolam air nabi adalah benar,
  • ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya ; begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham dulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati :








185.Qullu nafsin itzha-iqatu almawti wa-innama tuwaffawna ojoorakum yawma alqiyamati faman zuhziha AAani alnnari waodkhila aljannata faqad faza wama alhayatu alddunya illa mataAAu alghuroori

185. Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

185. Every soul shall have a taste of death: And only on the Day of Judgment shall you be paid your full recompense. Only he who is saved far from the Fire and admitted to the Garden will have attained the object (of Life): For the life of this world is but goods and chattels of deception.

http://www.sacred-texts.com/isl/quran/00319.htm

Malaikat Mungkar dan Naqir tidak akan bertanya :
  1. Kamu ini Melayu ke Mamak?
  2. Kamu ini China ke India?
  3. Kamu ini Tuanku ke Tengku?
  4. Megat ke Raden?
  5. Tun ke Tan Sri?
  6. Dato Paduka ke Dato Seri?
  7. Kamu ni UMNO ke PAS?
  8. Kamu ni PKR ke AKIM?
  9. Kamu ni oghe Kelate ke orang Perak?
  10. Kamu ni naik Mercedes ke Camry?
  11. Kamu ni orang Barisan ke Pakatan?
  12. Kamu ni itu ke ini?
Tidak sama sekali tuan tuan dan puan puan.
Kita tidak akan disoal tentang siapakah kita?

Yang sudah pasti adalah kita kan disoal tentang apa yang ditulis di atas dan saya terbitkan semula disini:
  1. Siapakah Tuhan kamu?
  2. Siapakah Nabi kamu?
  3. Apakah agama kamu?
  4. Apakah kiblat kamu?
  5. Siapakah saudara kamu?
  6. Apakah pegangan iktikad kamu?
  7. Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?
Saya mengesyorkan supaya kita sediakan jawapannya dan disematkan didalam hati seraya selalu mengulangkaji jawapan bocor kepada soalan soalan pasti ini.

Insya Allah.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Ta'ala Wabarakatuh.

Lawati juga:

6 comments:

fahmi said...

assalamualaikum... sgt bagus post ini kerna setiap org pasti akan melaluinya.. semoga kita semua diberkati Allah dunia & akhirat kelak...
jazakallahu khairan

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Fahmi.

Ianya berasaskan hakikat dan berteraskan apa yang telah disampaikan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Tujuan saya menerbitkan semula disini adalah kerna adanya dikalangan kita yang bangga diri dengan pangkat dan keturunan, menganggap diri itu terlebih istimewa dan memandang rendah pada orang lain padahal besar kemungkinan mereka yang di anggap remeh itu lebih tinggi darjat dan kedudukan mereka di sisi Allahu Ta'ala?

Jazakallah di atas sokongan dan kefahaman Fahmi. :)

Semoga apa yang dido'akan Fahmi dimakbulkan Rabbul Alamin.

Amin.

puteripencinta_islam said...

saya setuju dengan post ni,jarang orang islam hari ini nak fikir tentang hal yang besar dan penting seperti ni.
Saya ada satu kemusykilan, adakah terpesong akidah kita apabila kita menganggap yang memyokong dan memangkah PAS akan masuk syurga?
dan menganggap orang yang menolak pas dianggap kafir,
minta penjelasan dari ustaz,

semoga perjalanan hidup kita lancar menuju akhirat. Aminn ya rabbal alaminnn

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum.

Saudari puteripencinta Islam.

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala merahmati anda dan memberikan Taufik dan Hidayah Nya kepada tuanhamba serta kesekelian kita yang sujud terhadapNya Rabbul Alamin.

Saya ini seorang Abdillah yang masih belajar tentang Ad Deenul Islam dan mana mana yang saya telah belajar dan rasa saya faham dengan keupayaan terhad yang ada pada diri ini, saya sampaikan melalui laman blog saya ini, Insya Allah.

Saudari harus faham bahawa PAS yang ada sekarang ini bukan lagi PAS yang kita kenali dahulu.

PAS sekarang dikatakan oleh salah seorang pemimpinnya sendiri bahawa PAS tidak pernah bercadang mengujudkan negara Islam seperti yang kita semua sangka dan menjangka?

Sila rujuk kepada rakaman video berikut : http://www.youtube.com/watch?v=LbvAO7muHJQ

Saya tidak mahu berdebat dengan sesiapa pun tentang kenyataan pemimpin PAS ini kerana ianya cuma akan mendatangkan perbalahan memanjang tentang apa yang PAS atau UMNO sudah lakukan untuk Islam didalam negara ini?

Saya amat menghormati ulamak PAS iaitu Alfadhil Al Ustaz Professor Datuk Dr Harun Din dan saya adalah seorang peminat beliau dek kerana ketinggian ilmu agamanya.

Bagi saya soal undi PAS masuk syurga bangkang PAS masuk neraka tidak lagi timbul kerana pada hari ini PAS sudah menggadaikan prinsip perjuangan untuk mendirikan Daulah Islamiyyah didalam negara Malaysia ini dan telah sanggup berpakat dengan seteru Islam yang nyata seperti DAP yang mencabar kita untuk melangkah mayat mereka sekiranya kita hendak menegakkan Hukum Hududullah di Malaysia ini.

Saya berjuang cara saya. Menegur mana mana pihak tidak kira mereka itu UMNO ke PAS; JAKIM ke siapa ke? Istana ke atau mana mana Jamaah sekalipun hanya demi Allah Azza Wa Jalla!

Saya syorkan saudari meneliti dasar perjuangan mana mana parti yang ada sekarang dihadapan kita dan melihat apakah prinsip dan polisi mereka terhadap penegakkan Syariah Allah?

Yang berusaha menegakkan panji panji Islam kita sokong ; yang berdrama swasta dengan berpura pura memperjuangkan Islam, kita bangkang sedaya upaya kita dan jika perlu kita perangi bersama!

Allahu Akbar!!!

puteripencinta_islam said...

salam ustaz..
terima kasih atas penerangan itu,sekarang yakinlah saya bahawa siapa yang berjuang bermatian untuk memelihara kesucian islam,telah lama saya sematkan dalam hati bahawa PAS sudah terpesong dan tidak salah kalau kita katakan bahawa PAS itu sesat dan menyesatkan. saya berkata begitu besebab. saya berasal dr kelantan, dulu ayah saya seorang imam kampung adalah penyokong tegar PAS tetapi sudah menyokong UMNO. satu peristiwa yang menyebabkan ayah saya berpaling tadah ialah apbila satu kenyataan oleh salah seorg pemimpin pas bhawa orang UMNO kafir, haram makan sembelihannya,dn jenazahnya kena tanam dekat jirat cina,xsah nikah kawin dgn kadi/imam kerajaan.
ayah saya berfikir bagaimana saudara seagama layak memkafirkan saudaranya sendiri sedangkan sama2 ucap shahadah, solat5waktu,puasa zakat, haji.semenjak itu ayah saya meninggalkan puak2 pas, dan mereka memulaukan keluarga kami dan kalau di jemput untuk mkn kenduri,mereka tidak hadir, malah untuk bertegur sapa pun tidak.
walau apapun yang mereka katakan kami tidak pernah amik peduli.
sekarang saya lagi sedih dan berdukacita apabila kawan2 rapat saya menyatakan "mu xtakut mati ker sokong BN/UMNO?"apakah jawpan yang lebih sopan dan tegas untuk menjawab soalan sebegini ustaz, saya tidak mahu mereka faham syurga neraka diukur dgn parti politik sesat ini.

mohon di jauhi ALLAH dari segala jalan yang menyesatkan kami.
AMIN..

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam puteripencinta Islam.

Bilamana seseorang itu diselubungi rasa ujub dan takjub terhadap keislaman dirinya sendiri dan mula memandang serong atau rendah terhadap saudara seagama dengannya, maka terbuktilah peringatan Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan mereka yang angkuh dan sombong terhadap saudara seIslam dengan mereka didalam :

Surah al-Hujurat ayat 11-12 yang bermaksud :

Wahai orang-orang yang beriman!

Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah ia beriman.

Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Wahai orang-orang yang beriman!

Jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain.

Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?

(Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya.)

(Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani.

Sadaqallah hal adzhim.

Saudari puteripencinta Islam,

Pedulikan lah mereka yang berpenyakit didalam hati mereka dan tumpukan perhatian terhadap apa sahaja usaha yang boleh kita lakukan untuk menambah baik ilmu pengetahuan pada diri sendiri serta bermujahadah melawan bisikan bisikan iblis yang bertopeng 'alim' itu kerana adakalanya yang merasakan diri itu terlalu alim berubah menjadi maha zalim terhadap dirinya sendiri dan juga orang lain.

Kita bertawakkal sahaja kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala Al Aliyyul Alim dan teruskan hidup kita ini menurut perintahNya.

Insya Allah.