Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, May 17, 2009

Warkah untuk PM 1 Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak






Assalamualaikum Dato Seri,













Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Bertugas kepada Dato Seri yang kami sedia maklum sedang berusaha sedaya upaya menyelesaikan seribu satu kemelut yang sedang melanda pentadbiran Dato Seri.

Biasalah. Dah namanya Jabatan Perdana Menteri. Sudah semestinya kalut dengan segala kerenah politik dan pentadbiran yang merangkumi seluruh Kerajaan Persekutuan dan juga kerenah Kerajaan Kerajaan Negeri yang dibawah kuasa dan pengawasan Dato Seri.

Dato Seri,

Saya selaku seorang warganegara yang prihatin tentang apa yang sedang melanda negara dan negeri ingin cuba memberikan Dato Seri maklumbalas tentang beberapa perkara yang pada hemat saya menjadi punca ketidakpuasan umum terhadap tindakan kerajaan dibawah perintah Dato Seri.

Yang paling utama menjadi masaalah yang membawa kepada penghakisan sokongan ummah terhadap UMNO dan Kerajaan BN adalah :

1. Kedudukan Agama Islam didalam pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Terus terang saya katakan disini dari pihak saya sendiri, memang tidak menyokong usul kerajaan BN sebelum ini dibawah pentadbiran Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi membawa konsep 'Islam Hadhari' seolah pemahaman umat Islam kita perlukan pembaharuan pandangan mahupun pembawaan secara kaedah baru tentang ajaran Islam yang maha sempurna dibawa oleh Nabi Muhammad ibni Abdullah, Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam, semulia mulia makhluk ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan yang kita semua mengaku taat dan setia terhadap Baginda Rahmatulil Alamin selama hayat kita.

Bilamana timbul pembawaan Islam Hadhari, maka saya percaya kebanyakan umat Islam yang menyokong UMNO mula tawar hati dan menjauhkan diri dari pemerintah yang pada hemat kami cuba memandai mandai memperbaharui ajaran Islam yang telah sedia sempurna.

Saya tidak akan sokong sesiapapun yang cuba membawa apa apa saja cara atau kaedah baru bersifat bida'ah lawwamah didalam cara menerapkan Islam kerana bagi saya Islam sudah sedia sempurna dan yang perlu adalah supaya pemerintah atau sesiapa sahaja Muslim yang berkuasa keatas kami, rakyat Malaysia berterusan melaksanakan perintah Allah seadanya dan usah memandai mandai merubah konsep atau cara memerintah kami hamba Allah menurut fikrah terpesong manusia akhir zaman seperti yang cuba dilakukan pentadbiran yang lalu.

Kebencian terhadap usaha terpesong 'Islam Hadhari' dokongan Abdullah Badawi membuatkan saya memilih tidak bersekongkol dengan orang yang cuba membawa satu kaedah baru didalam hidup secara Muslim sejati dan membawa istilah baru yang belum pernah ada sekian lama ini didalam kehidupan umat Islam sejagat.

Bagi pendapat saya, ini punca utama kenapa umat Islam serta warganegara pribumi mula menjauhkan diri dari menyokong UMNO dan BN.

2. Kelemahan penguatkuasaan undang undang sedia ada terutama yang melibatkan perbuatan orang orang kaffir menghina Islam dan umatnya didalam negara.

Saya percaya Dato Seri sendiri sedia maklum akan berpuluh puluh kes penghinaan keatas Islam dan ajaran ajarannya telah dilakukan oleh mereka yang bukan Islam dan juga oleh mereka yang Islam hanya pada nama tetapi kekadang lebih celupar dan kurang ajar terhadap kita yang sujud kepada Allah Azza Wa Jalla serta amat menghormati serta memuliakan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kenapakah tidak ada tindakan keras diambil pihak berkuasa keatas mereka ini dan selalunya hanya sekadar berjanji akan menyiasat kes kes ini tetapi akhirnya didiamkan begitu sahaja baik oleh pihak perundangan mahupun Polis Di Raja Malaysia?

Tindakan Majlis Peguam Malaysia didalam beberapa kes melibatkan kesucian Islam dan kes kes murtad tidak dikendalikan oleh pihak kerajaan secara tegas dan adil terhadap maruah umat Islam sehingga memaksa NGO NGO Islam dan orang kebanyakan mengambil langkah drastik berdemonstrasi terhadap petualang petualang ini secara sendiri!

Kenapa sampai begitu lemah sekali reaksi atau lemahnya tindakan dari pihak berkuasa agama?

Terus terang saya menyatakan disini bahawa nasib UMNO dimasa hadapan tergantung kepada langkah Dato Seri selaku Perdana Menteri Kerajaan Persekutuan mengendalikan urusan agama negara ini.

Salah bawa keputusan yang akan menjejaskan kedudukan Agama Islam didalam Malaysia ini akan membawa kepada penguburan UMNO dikancah politik hasil dari penangan undi umat Islam Malaysia didalam Pilihanraya Umum ke 13 yang akan datang.

Abdullah Badawi dengan konsep Islam Hadharinya ternyata membuatkan ramai umat Islam Malaysia jauh hati dengan percubaan nya itu dan membuatkan mereka berubah hati kepada menyokong pakatan DAP-PKR dan PAS walaupun DAP itu secara nyata menyatakan bantahan mereka terhadap pelaksanaan Hudud Allah yang dicita citakan PAS yang dahulu.

PAS sekarang nampak macam memegang konsep 'Bisa di atur Pak! Pokoknya kuasa!' :(

Entahlah Dato Seri.

3. Kemelut Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Dato Tajol Rosli dan Datuk Zambry beriya iya bertanyakan PAS Perak dibawah perintah Dato Seri Nizar akan kenapa tidak dilaksanakan Hukum Hakam Islam selepas berjaya memerintah Negeri Perak tetapi diwaktu yang sama buat buat lupa bahawa sejak Merdeka lagi UMNO yang memegang kuasa di negeri yang kini dirundung malang itu?

Apakejadahnya yang UMNO buat sekian lama memerintah Negara Malaysia ini?

Ini bukan soal siapa yang perintah? Dua dua mengaku pemerintah Islam tetapi masing masing hanya cakap berdegar degar sahaja ~ pelaksanaan Hukum Allah secara hakiki tiada!!!

Dua kali lima sama sahaja! Retorik kosong semata mata!

Susah benarkah hendak menguatkuasakan Hukum Allah sepertimana ada didalam Al Quran dan Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam?

Negara kita ini setiap tahun beriya mengadakan Musabaqah Al Quran dan sebagainya dan mendakwa memiliki beratus ratus malah ribuan alim ulamak yang sarat mengendong sijil sijil tauliah ilmu agama Islam tetapi tak ada bezanya dengan manusia kaffir yang gah dengan segala kedoktoran falsafahnya dengan segala tok nenek ilmu tetapi masih buntu hendak membawa kepada penguatkuasaan pelaksanaan Hukum Hakam Al Islam dibumi bertuah ini.

Apakah gunanya Dato Seri segala drama swasta dan rasmi ini?

Akan mati terkilan lah kami warganegara Malaysia beragama Islam menantikan Daulah al Islamiyyah dibumi Mamluk al Malaisie ini ya?

Memang begitulah nampak gaya negara yang kononnya berkerajaan Islam ini, bukan?

Gajah sama gajah berjuang, kami ni yang serupa pelanduk mati kering ditengah tengah!

Segala tanda tanda Kiamat sudah jelas kelihatan sepertimana di ingatkan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam didalam Hadith hadith Sahih Baginda tetapi pemerintah dan pemimpin pemimpin kerajaan BN dan PAS masih beradu domba macam tak sudah!

Dua dua pihak degil dan bersifat egois macam tak nampak nampak kesan dan natijahnya pada kami umat Islam sesama agama dengan Dato Seri dan pihak disana!

Nak tunggu kita 'menang sorak ; kampong tergadai' ke Dato Seri?

Memang dah nampak dah benda ni berlaku dibeberapa negeri. Nampak gaya akan semakin melarat didalam waktu terdekat ini.

Apa Dato Seri mahu melihat perkara ini berterusan? Sanggup ke nanti melihat segalanya hancur musnah dan nasib umat Islam disini menjadi serupa di Bosnia dan Herzegovina atau negara negara lain dimana penduduk asalnya hilang segala hak dan keupayaan?

Bawa bawa bermuhasabah sekejap Dato Seri!

Jika diturutkan nafsu, lesu jadinya. Ini bukan soal remeh. Ini soal masadepan ummah!

Saya utamakan bab bab melibatkan Islam didalam tulisan saya didalam warkah terbuka kepada Dato Seri kali ini.

Namun secara peribadi saya memang tidak selesa melihat kacau bilau yang sedang melanda Negeri Perak Darul Ridzuan yang kini beralih kembali kepada perintah BN secara teknik.

Cara berkuasa diatas penyelewengan ADUN ADUN yang terlibat itu bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan bagi seorang pemerintah Islam yang sebenar.

ADUN ADUN yang mengkhianati pengundi pengundi mereka ternyata tidak layak terus berada didalam kedudukan mereka.

Begitu juga ADUN ADUN pakatan DAP dan PKR yang berlaku biadap tempohari didalam sesi persidangan DUN Perak yang baru berlalu.

ADUN PAS mujur tidak keloloh seperti kebanyakan yang lain semasa huru hara persidangan yang berlangsung tempohari.

Jika sekiranya akan diadakan pilihanraya semula, saya pohon Dato Seri meminta mereka yang terbukti bersalah laku dihalang bertanding semula dan dipilih calon calon lain dari parti parti yang bertanding supaya layak digelar Yang Berhormat.

Yang saya nampak tempohari hanya lah Yang Biadap semata mata.

Saya tidak mahu menulis terlalu panjang didalam warkah spontan ini kepada Dato Seri.

Seandainya Dato Seri ingin melihat umat Islam didalam Malaysia ini menyokong Kerajaan 1Malaysia Dato Seri maka usahakanlah berbincang dengan Ulama PAS untuk menegakkan Hukum Allah didalam negara ini atau bersedialah melihat PRU ke 13 menjadi paksi perubahan kuasa politik negara.

Semoga ada usaha yang baik dari pihak Dato Seri memelihara kedudukan Islam di Malaysia.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Abdillah,
Zainol Abideen @ Mahaguru58,
Bandar Tun Razak, 56000, Kuala Lumpur.

6 comments:

fahmi said...

assalamualaikum.. surat ini diharap dpt dibaca oleh pihak yg dituju.. jika tidak, sia-sia lah ia ditulis...semoga usaha tuan & kita semua dlm menegakkan syiar Islam akan tercapai... saya suke sikap tuan yg suke menegur, mmg itulah yg dianjurkan dlm Islam, saling menasihati sesama kita..

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam fahmi.

Tujuan saya menulis sebegini adalah untuk memaklumkan pemimpin negara bahawa sokongan ummah terhadap dirinya dan parti yang diwakilinya merosot sejak pentadbiran dahulu membawa konsep 'Islam Hadhari' yang sebenarnya tidak ada faedahnya terhadap mendaulatkan Al Islam sebenar,

Ianya lebih kepada mempromosikan pentadbiran dahulu itu sebagai kerajaan yang kononnya berciri Islam tetapi pada hakikatnya lebih menjurus kepada membuka ruang kepada musuh musuh Islam memperlekehkan Ad Deenul Islam itu sendiri dan membawa kepada bida'ah al Lawwamah iaitu mengada adakan pembaharuan didalam ajaran Islam yang sudah sedia sempurna dibawa Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam sendiri.

Dimasa Islam Hadhari dicanang canangkan, perpecahan didalam ummah lebih teruk dan bertambah lebar jurang diantara puak pemuka agama Islam dengan puak yang menegakkan fahaman Assabiyyah perkauman.

Sayang seribu kali sayang kerana kini natijahnya terserlah dengan kedudukan umat Islam lebih terpinggir dari tampuk kekuasaan yang hasil dan faedahnya dikecapi cuma oleh segelintir dikalangan pemerintah sahaja manakala umat Islam dan warganegara ini semakin tertekan dan dihimpit kemiskinan.

Inilah diantara punca kenapa sokongan terhadap pemerintah sudah begitu merosot sama sekali dan hampir tumbang kerajaan ini ke tangan mereka yang mengimpikan kemusnahan kedaulatan Islam di bumi bekas Tanah Melayu ini.

Teguran saya ikhlas ingin menyedarkan pemimpin. Itu sahaja.

Tanggungjawab saya untuk menegur `Ulul `Amri sudah saya tunaikan.

Terpulang kepada pihak yang memantau isi isis blog seperti saya ini untuk menyampaikan kepada pemimpin itu sendiri seandainya beliau memang bukan jenis pembaca blog suara rakyat marhaen seperti saya ini.

Berani kerana benar ; takut hanya kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

puteripencinta_islam said...

Assalamualaikum...
Mamu, saya berharap dan mendokan surat terbuka ini akan sampai ke sasaran yang dituju, betul..kita hanya rakyat biasa yang tidak mempunyai kuasa dan pangkat didunia ini hanyalah mampu menegur pepimpin dengan cara yang termampu kita lakukan,semoga niat kita untuk memajukan negara dan memartabatkan islam akan tecapai. Insya Allah..

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum Mahaguru,
ingin menambah sedikit pada warkah magaguru tu...
Dato' Seri,
Apa gunanya para ilmuwan dan mufti kalau sekadar diemat bintang Dato' dan Tan Sri,kalau sekadar jadi penghias pejabat agama dan universiti.Libatkan mereka secara proaktif dalam pembentukan dasar Dato' Seri,insya Allah dengan bimbingan taufiq dan hidayah Allah,Malaysia bukan sekadar negara maju bahkan penuh nilai Islami.
sekadar melontar pandangan mahaguru...^_^

mutakalim said...
This comment has been removed by the author.
MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tuan tuan.

Sesungguhnya teguran secara ikhlas begini amat penting bagi kita membantu pihak berkuasa berhenti sejenak dan memikirkan akan arah tujuan pentadbiran kerajaan ini yang semakin hari semakin kusut jadinya dengan langkah entah apa apa?

Saya pun hairan juga dengan idea idea tahap bengong kelas papadom yang diambil pihak pemerintah dengan mengeluarkan dasar dasar dan konsep yang tak masuk akal seperti hendak pejuangkan 'Islam Hadhari' dan sebagainya?

Bilamana Islam disentuh dan pemerintah seakan mereng membuat keputusan yang membangkitkan kebencian ummah terhadapnya, maka natijahnya bila tiba hari mengundi di Pilihanraya baik yang kecil mahupun yang umum, maka umat Islam yang geram dengan kerajaan sudah semestinya undi pihak lawan akibat kecewa dengan pemerintah yang bertindak membabi buta mengikut suka membuat kerja gila!

Itulah punca 5 negeri jatuh ke tangan pembangkang!

Bukannya rakyat jelata mendapat apa apa faedah pun dari penukaran kerajaan.

Sama sahaja nasib mereka. Yang makan gaji kena terus kerja jga. bil bil cukup bulan mereka juga yang membayar nya.

Tak adanya sebarang perubahan dari segi apa pun!

Saya yang duduk di Bandar Tun Razak mengundi si Khalid Ibrahim didalam PRU yang lepas.

Tak adanya sebarang perubahan yang saya rasa. Sama sahaja.

Malah menambah sakit hati lagi ada le tengok dua dua belah pihak macam tu juga. Tak ada sebarang faedah pun bagi penduduk disini.

Nak harap apa dari ahli politik macam ini?

Setakat sembang deraih berdegar degar lepas tu hilang balik gi duduk kat Pejabat MB.

Saya dah naik mangli tengok perangai dan kelaku sekor sekor ni.

UMNO Bandar Tun Razak pun sama je. Asyik asyik nak rentang sepanduk kat depan Masjid Azzubair puji melangit dan mengucap tahniah kepada Ketua Pemuda mereka si Rizalman tu di lantik jadi Ketua Pemuda Wilayah Persekutuan?

Siapa peduli apa kawan tu jadi Ketua itu dan ini?

Apa faedahnya kepada penduduk Bandar Tun Razak?

Ada dengan tak ada sama sahaja!

Jenayah semakin meningkat. Maksiat semakin menular.

Mangkok mangkok hayon ahli politik ni semua tak adanya nak buat apa apa membantu pihak polis membanteras benda ni semua!

Ditambah pulak dengan masaalah Kerajaan dibawah perintah Dato Seri Najib lepas PM kaki tidor dulu!

Islam semakin dikotak katikkan oleh puak puak pendajjal kaffir harbi dan puak munafik serta liberal yang itu dan ini!

Umat Islam dan rakyat semakin pening kepala dengan semua ini tetapi mereka yang berkuasa terus hendak bersandiwara dengan kita semua!

Itulah sebabnya dah tak boleh tahan tulis juga warkah terbuka ini.

Untung sabut timbul ; untung batu biarlah tenggelam!

Janji kita dah buat bahagian kita, terpulang kepada yang berkenaan mengambil langkah langkah seterusnya.