Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, June 09, 2009

Silat Seni Gayong Pusaka ~ Warisan Kepahlawanan Melayu




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Bilamana menonton video diatas terkenang kembali zaman hamba berguru dengan Tok Guru Hj Ahmad semasa di Jelutong Timur, Pulau Pinang.

Gelanggang Perguruan Persilatan Pasak Padang kami di padang Sekolah Kebangsaan Jelutong.

Sama macam tradisi ilmu persilatan lain, kami juga melalui upacara mandi minyak panas, kena hentak dengan tukul besi memecah bata diatas kepala, kena cucuh dengan batang pesi paip yang membakar merah menyala, kena uji dengan macam macam ujian termasuk turun mendaki bukit ditengah malam tanpa beralas kaki ataupun bersenjata dan tanpa sumber cahaya dian atau lampu suluh mencari keris Tok Guru yang tercacak di kubur lama berhampiran Bukit Bendera dan turun ke Kebun Bunga.

Ada seribu satu kenangan lain yang akan saya ceritakan dilain kali. Insya Allah!

Ini semua peristiwa lama, semasa muda remaja. Sekarang ini hanya tinggal kenangan sahaja semua kejadian kejadian bersejarah didalam kehidupan hamba.

Harapan saya agar anak muda sekarang akan sadar keperluan melengkapkan diri dengan ilmu kepahlawanan Melayu asli.

Jika tidak akan hilang segala ilmu persilatan ini ditelan zaman. Pemuda pemudi sekarang asyik dengan budaya hiburan memanjang sehingga sudah ramai yang tidak kenal dengan warisan seni mempertahankan diri pusaka bangsa.

Sayang sekali bilamana anak bangsa sekarang lebih gemar mengikuti seni luar seperti capoiera, tae kwan do, karate, dsbnya tetapi buta terhadap warisan sendiri.

Apakah tidak malu dengan orang barat yang datang mempelajari ilmu persilatan dari guru guru kita?



Tidak meremang ke bulu tengkok mendengar tiupan serunai dan gendang perang Melayu?



Tidak berderau kah darah menggelegak memanaskan jatidiri melihat persembahan silat kita dinegara luar?

Saya menyeru anak anak muda yang menonton video ini supaya tidak ketinggalan didalam memperkasakan diri dengan ilmu persilatan yang tuanhamba pilih demi untuk bersiap sedia mempertahankan diri, keluarga tercinta dan tanahair tanah tumpah darah kita dari ancaman musuh durjana!

7 comments:

kayumanis said...

Banyak kerja syirik dalam silat Melayu ni. Tok Guru tak halusi ke? Dosa bunuh orang pun tuhan ampun tapi syirik ...

cheguBard said...

bukankah Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan Ketua Imam Khalifah Seni Pusaka Gayong ini ?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara kayumanis.

Memang ada unsur unsur sebegitu didalam perguruan silat melayu yang lampau.

Namun sekarang ini kebanyakan perguruan sudah membersihkan ilmu persilatan mereka dari memuja dan memuji makhluk makhluk halus atau yang khurafat didalam perguruan mereka.

Ini adalah hasil peningkatan penghayatan ilmu agama dan ajaran Islam dewasa kini di tanahair kita.

Jika hendak dikatakan penggiat seni beladiri sekarang masih percaya kepada unsur unsur tahyul dan animisma, saya rasa tidak tepat kerana umat Islam yang bergiat didalam dunia persilatan sekarang ini lebih faham akan halal haramnya sesuatu ajaran itu berbanding dengan mereka yang hidup 4 ke 5 ratus tahun dahulu di Tanah Melayu ini.

Walau bagaimanapun, saya tidak menyangkal akan pendapat dan pandangan saudara tetapi berharap semoga tidak ada lagi sesiapa pun pendekar Melayu dizaman ini mengamalkan sebarang ajaran atau pengamalan yang boleh menjurus kepada dosa besar seperti syirik!

Na`uzubillahimin zalik!

Namun bila saudara membangkitkan perkara syirik ini, saya tak dapat tidak teringat akan kelakuan sesetengah penyokong tegar politikus tanahair sekarang yang memuja dan memuji seseorang pemimpin mereka sampai ketahap menganggap maksum ketua mereka itu.

Dah ada dah unsur unsur yang boleh menjurus kepada tahap syirik tu, wahai kayumanis.

Apa pandangan tuan tentang bab ini?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum cheguBard,

Bagi saya lah chegu, saya tak kisah siapa sahaja yang menjadi Ketua Imam ke ape perguruan Seni Silat Gayung Pusaka ini.

Dato Seri Anwar itu pun seorang bekas pejuang Melayu juga cumanya beliau sekarang ini lebih cenderung kepada merebut kuasa politik dari benar benar menumpukan perhatiannya kepada dasar memperkasakan bangsa Melayu itu sendiri.

Selaku seorang yang tidak membezakan diantara puak itu dan ini dikalangan ummah, bagi saya perlantikan Anwar itu sebagai Ketua Imam Khalifah Seni Pusaka Gayong itu adalah sekadar memenuhi amanat guru persilatan tersebut.

Bukan setakat Seni Pusaka Gayong sahaja yang patut setiap Melayu Muslim menyokong tetapi kesekelian perguruan Persilatan Melayu yang ada dimuka bumi tanahair kita!

Percayalah! Saya tidak memusuhi mana mana puak didalam jamaah Islam kita.

Musuh saya adalah sesiapa sahaja yang ada agenda dan perancangan untuk melingkupkan umat Islam!

Saya akan berusaha memerangi mereka dengan cara dan upaya yang ada pada diri saya ini selagi ada hayat dikandung badan.

Masa dan keadaan menetukan segalanya.

Dizaman umat Islam tertindas di zaman perang dan darurat dahulu, perbezaan fahaman siasah dilupakan sementara demi menyatukan kudrat, memperkasakan ummah melawan musuh yang nyata.

Peristiwa di Kampong Rawa, Jalan Patani, Pulau Pinang adalah bukti akan penyatuan ummah dan jamaah melawan musuh yang datang menerpa.

Jangan kita mudah leka atau alpa!

Bilamana kuasa politik mengelabui mata sidia sehingga sanggup menggadaikan masadepan ummah demi kuasa sementara, maka natijahnya kuranglah semangat didalam diri ini untuk memberikan sokongan kepadanya yang sanggup menidakkan sejarah, mengandaikan bumi ini sebagai milik sang penghijrah.

Selaku generasi yang lahir dimuka bumi tanah berdaulat ini, hamba sadar diri, menyanjung ketuanan Melayu.

Bak kata pepatah lama, 'Dimana bumi dipijak ; di situ langit dijunjung!'

Barangsiapa yang mengengkari maksud tersurat dan tersirat didalam ungkapan bersejarah ini harus bermuhasabah diri, menilai kembali jatidirinya hidup di Tanah Melayu ini yang masih tertera di geran geran tanah pusaka anak bangsa!

Seruan saya agar anak bangsa negara ini menghayati dan mengamalkan seni silat perguruan seMalaysia bukan khusus untuk menjadi ahli Seni Silat Pusaka Gayong sahaja tetapi merangkumi kesekelian perguruan persilatan Melayu yang ada.

Semoga lebih jelas kini akan kedudukan perkara dan apakah nawaitu saya bila menulis warkah di atas ini.

Insya Allah.

Jazakallah kepada saudara cheguBard kerna sudi singgah dilaman hamba yang tak seberapa ini.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

shams bangi [014-99 33 SSG] said...

Saya amat setuju dengan saranan mahaguru58 mengenai silat. bagi saya silat bukan untuk kekuatan tetapi ia suatu platform untuk dakwah dan bagaimana orang melayu membentuk generasinya yang lebihbaik mahupun dari sudut budaya dan agamanya.

Orang melayu melihat silat sebagai tahyul dan khurafat kerana kita lupa itu antara agenda penjajah semenjak Portugis mengambilmasa untuk turun dari kapal biarpun ditemani meriam besar. Mungkin kita lupa mengenai penjajahan di Tanah Melayu, kita ekori tanpa soal apa yang dirancangkan penjajah.

Kita senang menyatakan silat itu syirik sedangkan sejarah mengajar jelas kepada kita semenjak kecil bahawa kesemua pahlawan dan pandai silat kita yang bangun membela tanah air kita adalah orng-orang yang beragama, baik Imam dan sebagainya.

Diakui ada silat yang berkompromi dengan maklhluk halus tetapi kenapa memlihnya dan menggunapakai jumlah silat yang kecil itu untuk menolak silat sebagai alternatif disiplin kepada anak Melayu.

Saya teringat dalam majalah Senibeladiri Disember 2009 ada disebut oleh guru lama bahawa silat ini mencari kepada keredhaan. Semakin tinggi belajar semakin dekat kepada Tuhan. Itu maksudnya. kalau itu yang diterapkan kepada kita memilih senibeladiri lain.

Sebagai contoh didalam Silat Seni Gayong (mohon laluan Tuan Owner), perkara pertama ialah membaca Quran. dan penekanan kepda agama. Perkara yang tidak pernah saya dengar dalam senibeladiri asing.Gurulatih pun sanggup halau pelatih nya pergi sembahyang dahulu sebelum silat kerana kepentingan solat. peringatan ini tiada dalam senibeladiri lain.

Malah saya pernah lihat dan menegur ibubapa bagaimana boleh kebanyakaan melayu menghantar anaknya belajar taekwondo pada jam 7-8 malam. bila maghribnya? Saya lupa Jawapannya tetapi bermaksud "budak lagi"..

Dengan perkembangan semasa, saya melihatsilat adalah penting dalam diri anak Melayu. Bukan untuk hebat atau ilmunya, tetapi lebih kepada kesan pada akhir latihan yang mungkin suatu hari nantikita terfikir rugi tidak mengambil tindakan awal.

salam
www.kssgayong.com

feisal said...

Assalamu'alaikum...
Bagaimana dengan mereka ini yg cuba melingkupkan umat Islam dengan menggadaikan hampir keseluruhan tanah rezab Melayu di KL.
Bukankah di Tanah Melayu ini Islam itu hampir sinonim dgn bangsa Melayu itu sendiri.
Sila lihat video ini http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=f2cUCK5OoBM
Adakah kita perlu berusaha memerangi mereka dengan cara dan upaya yang ada pada diri kita ini selagi ada hayat dikandung badan?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam feisal,

Sila ke http://mahaguru58.blogspot.com/2012/01/menteri-wilayah-raja-nong-chik-dicabar.html