Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, July 31, 2009

Koleksi Balong ~ Fesyen rambut sekarang.

Fesyen rambut lelaki sekarang dah berubah ikut zaman. Kekadang terasa lucu tengok gelagat remaja lelaki di tengah kota berjalan kesana sini dengan rambut tercacak macam trojan.

Cumanya sekarang ini lebih mirip kepada 'Balong Ayam'.

Image hosting by IMGBoot.com

Ini adalah koleksi balong balong yang sempat saya rakam sejak sekian lama ini :

Ianya bermula bila saya melihat bayi ini di East Coast Mall Kuantan.

Image hosting by IMGBoot.com

Ini balong semulajadi. Hehehehe...nampak comel dan memang kiut giler. :)

Image hosting by IMGBoot.com

Ini balong yang saya jumpa di Pasaraya Eng Hong, Jalan Bukit Ubi, Kuantan. Malu malu miaow hero kita ni bila saya minta izin beliau untuk dirakam gambar balong nya itu....hehehehe..

Image hosting by IMGBoot.com

Balong ini orang Kuantan juga. Nampak Meenachi kawan sekerja dia tak boleh tahan gelak dah tengok saya ambil gambar balong hero ini. Seingat saya masih didalam East Coast Mall, Kuantan.

Image hosting by IMGBoot.com

Yang ini pula Balong Tesco Ampang. Memang teruja sungguh hero ni bila saya minta dia posing sekejap nak rakam gambar balong dia. Hahahaha....fesyen.............

Image hosting by IMGBoot.com

Ini pula balong hero Tesco Ampang bahagian Elektrik. Sporting selamba je bila minta dia berposing. Mr.Balong Cool.....

Image hosting by IMGBoot.com

Jika di adakan pertandingan Balong, mekanik muda Bengkel Kereta Idola Jaya kat Dataran Dwitasik ni memang boleh menjadi juara! Balong King!!!

Image hosting by IMGBoot.com

Seandainya ada cicak yang malang jatuh keatas balong kawan kita ni, maka tak sempat mengucap gamaknya sang cicak.

Mati tertikam dek ketajaman balong hero muda ini....ish!...ish!..ish!..ish!!! Tajamnya!!! :P

Hahahahaha....

Hero balong yang ini pula minta identiti dirinya dirahsiakan. Terpulanglah pada tuan puan jika sempat mengenalinya. Beliau bertugas dikawasan persekitaran KL.
Image hosting by IMGBoot.com
Boleh tahan juga mutu balong diatas kepala nya ini.

Ini pula hero Kuantan. Saya ketemu dirinya bila ke majlis kenduri perkahwinan anak saudara isteri saya di kawasan Jalan Alor Akar.

Dia segan juga bila di minta berhenti sekejap untuk di rakam gambar balong nya ini.

Image hosting by IMGBoot.com

Ini Balong Restoran Asam Pedas, Chukai, Terengganu.

Image hosting by IMGBoot.com

Malu malu juga hero muda ni bila saya ngambil gambar dirinya. Hehehehe...orang Ganu...senyum sokmo!....

Saya terjumpa anak muda ini menggayakan fesyen balong semasa di Kolej Poly Tech MARA. Terus saya meminta beliau berhenti sekejap untuk merakamkan balongnya pula.

Image hosting by IMGBoot.com

Image hosting by IMGBoot.com

Saya akhiri topik ini dengan menyiarkan gambar Balong Bandar Tun Razak depan Kedai Pasaraya Pak Aji!

Image hosting by IMGBoot.com

Siap bertindik lagi hero muda ni...macam macam.....

Dunia Akhirul Zaman....Balong ayam jadi pilihan fesyen rambut mereka...

Lepas ni entah apa pula?

Fesyen Badak Sumbu pula ke?

Hehehehehe...

Macam macam ada.............

12 comments:

^inas^ said...

assalamualaikum..

mcm dlm iklan breelcream (cam ni ke eja?). tetap tegak je rambutnya wlupon tuan punya badan jatuh tersungkur. :-p

stghnye kata smart bile buat cam tu..................

Queen said...

anak sedara saya (just 1 month ++),
ade balung semula jadi...memang tegak tercacak, penat gosok bagi turun, tetap tercacak.


tapi kalau bakal suami saya berambut macam balung yang last tu, harus saya bagi kata dua...
Ubah..atau lupakan saya!..hehe..sangat la tak berkenan

duniasementara said...

hukum rambut macam ni boleh ke ustaz?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam inas.

Ejaan nya adalah 'Brylcreem'.

Hehehehe...ini adalah kesukaan semasa.

Orang orang muda yang masih ada rambut suka benar mengikuti 'trend' seperti ini.

Dulu zaman kemasyhuran Elvis Presley, ramai yang menyimpan jambul sepertinya.

Zaman Beatles, mereka menyimpan rambut panjang menutup dahi.

Zaman Alleycats, ramai simpan rambut Afro termasuk hero tua ini...hehehehe...

Sekarang zaman 'balong'....hahahahaha..

Ramai nak jadi ayam...kampong atau pun kota...:P

Fesyen...

MAHAGURU58 said...

Queen,
Saya ucapkan selamat kepada tuanhamba.

Cabarannya adalah samada bakal suami Queen itu jenis berambut lebat atau tidak?

Kaki fesyen atau kaki pakai kopiah atau ketayap?

Berjanggut atau tidak?

Semua ini akan memainkan peranan samada beliau itu jenis ikut perkembangan semasa atau ada identitinya sendiri?

Jadi kena tunggu dan lihat le...:P

Kalau jatuh didalam kategori berjanggut dan berkopiah, balong takde harapan le nak timbul....

Kalau kena yang jenis melaram, dok asyik sikat jambul atau balong supaya menegak sepanjang masa, nampak gaya akan ada masaalah perhubungan nanti...

Manakan tidak?

Pantang jumpa cermin, dia akan belek balong.

Tegak ke tercondong?

Hahahaha...

Hilang fokus pada Queen nanti, kan tersiksa jiwa nan lara?

Hehehehehe....

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum sahabat saya duniasementara,

Ala...seganlah dipanggil ustaz...

Panggil Mamu lagi mesra. :)

Lagi pun saya ni orang kampong saja. Belajar tak le tinggi tara mana..

Ni Alhamdulillah...dah masuk kolej pada usia senja.

Belajar Multimedia/Web Design.

Doakan saya.

Tentang hukum menyimpan rambut macam ni tak ada lah pula sebarang larangan, sebab ianya bukan amalan agama mana mana kaum.

Ianya boleh diterima. Dilarang tidak ; digalak pun tidak.

Terpulang kepada individu Muslim itu untuk menjaga penampilan dirinya.

Sekiranya peringkat usia remaja, pelajar kolej atau universiti, saya rasa tak ada larangan disana.

Cumanya jika dah bekerja dan berjawatan tinggi.

Saya rasa kurang elok le didalam penerimaan masyarakat niaga.

Sekali tengok pengurus syarikat datang dengan rambut balong.

Akan terhakis sedikit kepercayaan pelanggan atau bakal rakaniaga terhadap peribadi dan kematangan individu tersebut.

Saya tidak lah menyatakan bahawa setiap penyimpan rambut fesyen balong ini 'kureng' tahap ilmu dan kepakaran mereka tetapi secara dasarnya, akan ada kemusykilan mereka yang bersifat dan bersikap secara profesional untuk mahu berurusan dengan sesiapa yang berketrampilan luarbiasa seperti berambut fesyen balong ini.

Ianya terpulang kepada setiap individu.

Dari segi hukum agama, saya belum jumpa larangan khusus berfesyen rambut begini bagi lelaki Islam.

Cumanya dari segi praktikal, tak sesuai le sebab akan membuatkan orang sangsi terhadap kematangan atau keperibadian individu tersebut.

Ini kebarangkalian sahaja dan tidak lah bersifat hukum agama.

Cuma pandangan saya sendiri sahaja.

Wallahu`alam bissawab.

Hormat dari Mamu. :)

Wassalamualaikum wr wb.

Emmanuel said...

There's a reason I keep a BALD head bro :P

MAHAGURU58 said...

Easy to maintain ah bro?

Save money too ~ not needing to go to the barber...hehehehe...

My wife won't let me go bald.

Says I'd look like a djinn at night!

Hahahahahaha!

Djinn berjanggut!

Hohohohoho!

ahong said...

Salam,

Maybe fashion ni disebabkan ramai orang nak lindung/cover male pattern baldness.

Tak nampak botak sangat.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam ahong.

Boleh jadi lah ahong.

Anyway, it's just a social observation on my part.

Yang saya tak berapa gemar adalah datangnya satu komen tak beradab dari seorang berok makyeh beridentiti sbg ssrahman yang menuduh saya ni mental, dsbnya kerana menulis tentang perkara ini.

Sukahati saya lah nak menulis apa ke benda pun didalam blog saya sendiri!

Asal tak memfitnah orang, lantaklah apa benda yang blogger seperti saya nak tulis!

Ini contoh parasit yang ujud didalam kelompok masyarakat kita yang jenis sombong bodoh tahap gaban, hidup menyusahkan orang!

'Kecik kecik tak nak mampos ; sudah besar menyusahkan orang' ~ Ahmad Nesfu didalam 'Seniman Bujang Lapok'.

Tepat sekali! :P

puteri_islam said...

salam....

Lama saya tidak menjenguk blog mamu,wahhh hebat article kali ini,lain dari yang lain laa...hensem apa fesyen balung ayam ni..silap haribulan ayam jantan pun seronok tengok ramai lelaki berfesyen macam dia;)

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam puteri,

Mamu memang mahu menjadi lain dari yang lain didalam dunia blogging Malaysia.

Dari asyik menulis dan komen tentang politik sepanjang masa seperti kebanyakan bloggers sosio-politik, Mamu lebih suka menulis tentang kepelbagaian kerenah manusia didalam negara kita yang tercinta ini.

Ada pelbagai lagi perkara yang boleh kita menulis tentangnya bagi mengisi ruang blog kita.

Bagi Mamu, ruang blog Mamu mesti mencerminkan peribadi Mamu yang suka pada konsep menulis untuk menghargai apa yang ada disekeliling kita dan meraikan kelainan itu.

Ini lebih memuaskan hati Mamu dari turut bersama dengan segelintir blogger cap ayam yang rajin memaki hamun orang lain serta mengadu domba ikut suka hati mereka.

Mamu adalah individu tersendiri yang mempunyai pandangan berbeza dari mereka.

Mamu menulis demi kepuasan hati sendiri dan jika boleh mahu mengetengahkan keistimewaan yang ada didalam negara kita dengan seribu satu keunikan warganya.

" Let's celebrate what we have instead of constantly griping about this and that!"

Terimakasih diatas kesudian puteri singgah kembali dilaman Mamu!