Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 29, 2009

Musim buah kembali! Jom ke Hulu Langat!





























































Bagi sesiapa yang tinggal berdekatan Cheras dan persekitarannya, mungkin tuan/puan tergerak hati nak cari buah buahan tempatan segar dan berharga berpatutan?

Sila lah menuju ke Warung Effa, Nasi Campor Minang, depan Taman Seri Nanding, Batu 14, Hulu Langat kerana ayahnya ada menjual cempedak dan rambutan dari dusun mereka sendiri.

Saya sering ke Warung Effa menjamu selera kami dengan makan nasi kampong masakan mereka.

Harga memang jauh lebih murah dari KL.

Nak makan nasi tengahari, elok lah bergerak seawal jam 11pagi. Masakan di Warung Effa memang cepat habis sebab para pengunjung ke Hulu Langat pasti singgah dahulu sebelum ke Sg Pangsoon dan sebagainya.

Jika hendak merasa masakan asli orang orang Minang, maka jangan sampai lewat. Takut tinggal periok je. :P

7 comments:

rem said...

lama dah tak ke hulu langat ni.
terima kasih kerana mengingatkan saya tentang tempat saya dulu berendam air panas, makan durian kampung dan duduk tepi sungai.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum reme,

Tempat favorite saya bro. Desa terdekat dengan KL.

Masih dipelihara anak sungai yang air nya deras mengalir serta suasana nyaman kampong.

Memang kita kan lupa sekejap kesibukan kota bila merendam kaki didalam sungai yang sejuk dan masih tidak berapa tercemar di Sg Pangsoon.

Saya kerap kesana untuk menikmati masakan Effa di warungnya depan Taman Sri Nanding, Bt 14 Hulu Langat.

Air panas di Dusun Tua masih menggelegak cuma persekitarannya perlu di naikkan tahap kebersihan.

Akan saya muatnaikkan lagi gambar gambar dan rakaman video sungai disana didalam artikel akan datang.

Terimakasih diatas kesudian singgah ke laman blog hamba yang tak seberapanya ini.

Wassalamualaikum.

bear_crawler said...

God really has a soft spot for Malaysia. When I look at those guys at the gerai, I think to myself that they are the true people of Malaysia, that keep it going.

MAHAGURU58 said...

bear_crawler,

You are spot on brother. I totally agree with you on this.

The simple unassuming 'accepting us as we are' and 'can do' attitude of the villagers there is what I love most about going to Hulu Langat and all the other rural places here in Malaysia.

The city is getting a bit too polluted nowadays.

The kampongs are the only remaining areas where we still get to taste how life was back in the greener 60s and 70s.

Just hope that they still remain so for the future generation of Malaysians. :)

bungaraya said...

awatnya buah cempedak saje. Mana buah durian!!!!

MAHAGURU58 said...

Tak adalah pula saya teringat nak tanya?

Ada orang orang lain yang menjual durian, manggis, rambutan, duku, dsbnya sepanjang perjalanan ke Hulu Langat.

Saya selalu singgah beli pisang emas kat gerai buah Bt 10. Sebelah dengan Warung Nasi Padang kat sana.

Warung Effa Bt 14 depan Taman Sri Nanding itu khusus jual cempedak dan rambutan je setakat yang saya tengok tempohari.

MAHAGURU58 said...

Tak adalah pula saya teringat nak tanya?

Ada orang orang lain yang menjual durian, manggis, rambutan, duku, dsbnya sepanjang perjalanan ke Hulu Langat.

Saya selalu singgah beli pisang emas kat gerai buah Bt 10. Sebelah dengan Warung Nasi Padang kat sana.

Warung Effa Bt 14 depan Taman Sri Nanding itu khusus jual cempedak dan rambutan je setakat yang saya tengok tempohari.