Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, July 23, 2009

PM 1Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak menziarahi Jamaah Tabligh

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini, kita menyaksikan perhimpunan Jamaah Tabligh sedunia berkumpul dilapangan berdekatan Kuarters Kakitangan Lapangan Terbang Antarabangsa Malaysia di Labu, Nilai, Negeri Sembilan.

Walaupun ada diantara kita yang tidak berkesempatan menghadiri perhimpunan pendakwah Muslimin dan Muslimat terbesar didalam negara kita yang kali terakhirnya di adakan di Kuala Terengganu 27 tahun yang lepas, kita masih bersyukur kerana dapat mengikuti perkembangan Ijtimak Malaysia 2009 melalui laporan bloggers yang sempat bersama Jamaah Tabligh sedunia disana.

Saya memperolehi rakaman gambar gambar ini dari blog rakan seperjuangan saya iaitu Saudara Kamaluddin yang menyajikan visual visual berkualiti tinggi ini untuk tatapan kita bersama.

Buat pertama kalinya kita melihat seorang Perdana Menteri Malaysia hadir bersama sama dengan ratusan ribu pendakwah Jamaah Tabligh secara sukarela dan bersolat secara berjamaah dengan mereka.

Saya ucapkan syabas kepada Dato Seri Najib dan juga TPM, Tan Sri Muhyiddin Hj Yassin serta DYMM Yang Di Pertuan Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Munawir serta lain lain pemimpin negara yang turut hadirkan diri bersama karkun karkun dan Amir Sahab sekelian.

Mudah2an akan ada lagi pertemuan sebegini diantara pemimpin negara dan pemimpin agama yang kita hargai.

Eratkan perpaduan; jauhkan perselisihan, Insya Allah, Daulah Islamiyyah akan terbentuk jua.











5 comments:

^inas^ said...

Assalamualaikum,

doakan atas sebab media memainkan peranan mereka dgn menyiarkan laporannya di akhbar dan tv, maka sambutan dprd masyarakat umum kpd jemaah yg keluar, insya Allah, baik hendaknya.

amin..

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Alhamdulillah. Dengan adanya kemudahan media baru seperti blog dan laman web di internet, maklumat berguna seperti ini dapat kita hebahkan kepada sedunia.

Tabligh itu adalah sunnah Rasul Sallalalahu Alaihi Wassallam.

Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk mengimbangi akan usaha agama dengan keperluan duniawi berteraskan ajaran dan amalan yang dianjurkan Islam sebaik mungkin.

Mana mana amalan yang tidak tepat boleh saja dibuang dari pergerakan jamaah Tabligh dan Dakwah yang lain, mengemaskini akan prinsip dan peraturan yang di ambil pakai oleh sekelian jamaah jamaah yang keluar berdakwah di jalan Allah.

Insya Allah.

mutakalim said...

salam mahaguru,

saya duduk depan sebelah kanan mimbar semasa PM berucap.

selain PM, hadir juga TPM, MB N9, MB Selangor, Hassan Ali, Anwar Ibrahim, YDP ADIM, YDP Negeri Sembilan, Zahid Hamidi dan lain-lain pemimpin kerajaan dan pembangkang.

masa tu saya baru balik keluar 40 hari.

onn said...

Sepatutnya sebelum pimpinan Malaysia nak jadi Pemimpin Negara... Elok benar sekiranya mereka diwajibkan keluar 3 hari atau seminggu...!!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum onn,

Cadangan first class! Hehehehe...

Soalnya, mahuke calon calon PM hendak bersusah susah bersama orang kebanyakan, tidur beralas tikar nipis atau foam bedding berbantalkan blow up pillow macam karkun lain?

Entah entah kayu miswak pun mereka tak pernah sentuh?

Tapi saya suka cadangan tu.

Walaupun ianya bertahap mustahil...hehehehe..