Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, July 22, 2009

Wanita MCA mahu KDN menghalalkan anak haram?

Saya merujuk kepada laporan Malaysiakini bahawa Wanita MCA kini mendesak Menteri Dalam Negeri Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk memberi status 'sah' kepada anak diluar nikah mendiang Teoh Beng Hock!

Apa dah gila ke Wanita MCA sampai menuntut sedemikian rupa terhadap Kementerian Dalam Negeri?

Saya sedang memerhati agenda dan cara satu demi satu pihak didalam negara kita ini yang semakin naik tocang, menuntut itu dan ini ; lupa diri dan semakin melampaui batas kesopanan dan kesusilaan mengikut nafsu serakah masing masing sejak kebelakangan ini.

Apa kejadahnya semua ini?

Apakah pihak berkuasa Malaysia sejak dibawah pemerintahan Abdullah Badawi yang lalu dan kini beralih kuasa kepada Najib Tun Razak sudah tidak tahu mengatakan tidak kepada permintaan yang semakin melampau ini?

Kemanakah perginya suara suara ulamak yang ada didalam negara atau apakah benar mereka sekadar bagaikan ular didalam semak?

Tidak berani bersuara kerana dayus takut kehilangan pangkat dan kedudukan sementara dunia ini?

Saya harap kekhuatiran saya ini akan terbukti salah kerana selepas terbitnya artikel ini akan kedengaran suara sang mufti, menyatakan yang hak dan menyangkal yang batil!!!

Seandainya diam membisu juga selepas saya selaku seorang warga negara Muslim ini bersuara masih juga tidak kedengaran mana mana mufti negeri berkata apa apa mengenai cadangan celupar ini, maka sah lah bahawa bijak pandai ugama didalam negara ini hanya sekadar hiasan dinding sahaja di setiap pejabat agama negeri dan negara!

Bayangkan tahap kejahilan puak wanita MCA ini menuntut supaya seorang anak yang sah sah bertaraf haram diluar perkahwinan mahu dirasmikan secara sah?

Jika Menteri Dalam Negeri akur terhadap permintaan sebiadap ini, maka tengoklah nanti natijahnya macam mana?

Setiap anak haram yang akan lahir didalam negara ini akan menuntut hak yang sama!

Seandainya Hishamudin akur terhadap permintaan ini, maka semakin hancurlah institusi kekeluargaan didalam Malaysia yang kononnya negara Islam ini bilamana semakin ramailah nanti pasangan pasangan bersekedudukan tanpa nikah dan melahirkan anak anak diluar nikah tanpa malu dan segan kerana sudah boleh berbinkan bapa kandung yang tidak kahwin dengan ibu mereka!!!

Tak kiralah agama mana sekalipun didalam dunia ini, saya rasa tak ada nya sebarang agama atau fahaman yang membenarkan pasangan tanpa nikah atau kahwin secara sah berlaku zina sesuka mereka dan kemudian menerima pula anak hasil zina itu sebagai anak yang sah dan boleh diterima masyarakat mereka.

Mungkin masyarakat yang tak ada sebarang agama atau kepercayaan, hidup didalam hutan rimba ikut suka mungkin boleh terima tuntutan Wanita MCA ini?

Namun saya rasa masyarakat Orang Asli sedunia sekalipun ada adat dan resam mereka dan tidak akan membiarkan mana mana pasangan bersekedudukan tanpa berkahwin secara rasmi mengikut kepercayaan mereka!

Beranikah Hishamudin Tun Hussein Onn melawan perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan memenuhi permintaan puak ini?

Saya nak tengok apa keputusan KDN? Beranikah menghalalkan yang haram? Sanggup kah menerima azab dan bala bencana dari Allah Azza Wa Jalla nanti?

Nampaknya semakin celupar puak puak seteru Allah kebelakangan ini....

Bagaikan cacing kerawit naik ke mata!

Bagaikan kadok naik junjung!

7 comments:

MoneyMatters@Nizam said...

Salam Tuan,

Cacing kerawit sudah naik ke mata. Semakin melampau permintaan puak2 komunis ni.Harapan saya mesej tuan mesti disampaikan terus kpd MENTERI DALAM NEGERI. APA SUDAH JADI MALAYSIA NI? INSTITUSI KELUARGA DIPOLITIKKAN? DI MANAKAH LETAKNYA MARUAH BANGSA.. Nampaknya dlm hal ini MCA dan DAP boleh pulak bersatu..

Hilang sudah Prinsip Rukunegara, Kesopanan dan Kesusilaan. Rupanya Cina di Malaysia ini merestui BUDAYA ANAK HARAM dan memaksa kerajaan mengiktiraf BUDAYA tersebut. Laknat Allah pasti akan tiba..

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Begitulah realiti sekarang....pemimpin bangsa lain akan sekata dan seiring sejalan dalam memperjuangkan kepentingan bangsa mereka tanpa mengira fahaman politik ......pemimpin bangsa kita?

Wallahu'alam.

AnTi AljUbuRi said...

Selepas membaca saya ada rasa pening pening sikit..

Apa pun setiap anak yang dilahirkan adalah seumpama kain putih, ibu bapa merekalah yang mencorakkan mereka!!

Apa pun saya percaya Tuan tidak menghina anak itu tetapi saya dan tuan sama sama benci dengan perbuatan terkutuk dan tidak sekali kali membuka jalan kepada 'penghalalan' kerja keji emak dan bapak mereka itu ..

Kerja kerja keji dan terkutuk ini telah berlaku, sedang berlaku dan akan terus berlaku .. bagaimana kita mahu menghadapinya???

Zina sedang berleluasa .. sedangkan mereka hanya sebuk mencongak dan berebut kuasa!!!!

Emmanuel said...

Should the child have to pay for the mistakes of the parents?Also, they are not Muslims.The child is innocent,already lost a father mysteriously,and they had planned to legitimize the child's status the next day, anyway.Of course if its a Muslim, Islamic laws apply, but is it wrong to alleviate the suffering of the bereaved family?

MAHAGURU58 said...

What has happened to your Christian sense of morals, my dear Brother Emmanuel?

Tch.tch.tch!!!

Have Christians here in Malaysia become so corrupted with the ways of the liberalists that a major sin such as sex outside marriage is now no longer a crime for you?

A bastard remains one no matter how anyone attempts to whitewash him or her?

Compassion doesn't mean you try and challenge the Almighty God's forbidding against adultery or fornication out of marriage!!!

Emmanuel said...

Bro Mahaguru,



I respectfully disagree that we need to impose our set of morals on people who do not share our faiths ;/

You know I'd agree wholeheartedly with the sex before marriage being wrong part, but I don't believe in punishing the child no, he or she did not do anything wrong to deserve a lifetime of social stigma :(

If anything wrong was commited, it was the parents, no?

Either way bro, have you checked out Ronnie's blog?And we have a long overdue teh tarik session! With much having happened in the country since, I am sure we have much to talk about!Would you happen to be around Bangsar on Friday evenings?

MAHAGURU58 said...

Dear Brother Emmanuel,

The comment column here has limited space to contain my reply to you, so I have published it as a new article here:
http://mahaguru58.blogspot.com/2009/07/what-does-christian-bible-have-to-say.html

Kindly refer to it and understand what I am trying to share here with you?

Thank you.

About the get together, it has to be within 10am to 3pm, any of the weekdays.

Best spot to meet : Midvalley Megamall, between Bangsar and Cheras.

Sms me.

Cheers.