Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, August 25, 2009

Allahyarham Ustaz Mohd Asri Ibrahim ~ Permata Nasyid Malaysia yang istimewa







Allahyarham Ustaz Mohd Asri bin Ibrahim, salah seorang pelopor dunia Nasyid Malaysia dalam kenangan.

Hati ini masih merindui alunan suara insan kamil ini dan setiap kali azan maghrib berkumandang di RTM1, akan sayu hati ini menghayati setiap alunan lontaran suara Allahyarham, mengajak sekelian Mukmin mengerjakan solat.

Wahai sahabatku yang kini bersama kesekelian arwah arwah syuhada dan para anbiya, daku kan tetap mengingatimu dan senantiasa mendoakan kesejahteraan ruhmu disamping Ilahi.

Dikau insan yang istimewa, lahir dimuka bumi tanahair ini dan kini bersemadi didalamnya.

Semoga Allah Rabbul Alamin menghadiahkan untukmu Jannatul Firdaus selayak perjuanganmu mengangkat dan memartabatkan Ad Deenullah didalam hati nurani kami yang mengikuti usaha Nadamurni dan Rabbani pimpinanmu.

Amin Ya Rahman Ar Raheem.

8 comments:

sheikh teluk intan said...

Amin. Semoga roh beliau dirahmati Allah. Dia adalah pejuang dalam bidangnya.

NOOR MOHAMAD said...

Salam Tuan Haji,

Insan istimewa seperi Allahyarham Ustaz Asri sebenarnya tak ramai di negara kita. Tak semua orang mampu menyampaikan seruan islam melalui cara beliau selama ini, ramai yang cuba tapi akhirnya hanyut dek duniawi. Semuga rohnya ditempatkan ditempat orang beriman.

Satu persoalan pada Tuan Haji, apakah Tuan Haji kurang minat untuk mengupas isu-isu politik negara kita? tanpa berat sebelah di mana-mana pihak/parti? sekadar pertanyaan.

Terima Kasih.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Noor.

Sekarang ni bulan puasa. Ramadan al Mubarak.

Saya ingin mengekang diri dari menyentuhi soal soal politik sekurang kurangnya buat sebulan mulia ini.

Mudah2an ada hasilnya pada jiwa ini tenang mengerjakan amal ibadah sepanjang Ramadan ini tanpa mengusutkan fikiran tentang politik.

Insya Allah!

NOOR MOHAMAD said...

Tuan Haji,

Saya setuju dengan pandangan itu namun kalau kita teliti betul2 walaupun bulan Ramadan orang politik tetap dengan agenda mereka seperti biasa malah ada yang lagi teruk seolah2 tiada penghujungnya apatah lagi soal keinsafan. Ini semua membuatkan rakyat makin muak dan marah tapi apakan daya terpaksa bersabar dengan karenah mereka.

MAHAGURU58 said...

Saudara Noor,

Hanya kerana ada golongan gila politik yang tidak mahu berhenti dari mengadu domba, bermaki hamun, caci menghina serta terus berfitnah, tak bermakna kita ini perlu turut melayan kerenah mereka!

Ramadan adalah bulan suci dimana kita selaku umat Islam dilarang Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam dari terus bermusuh serta berlaku hina sesama kita apatah lagi bertabiat selaku orang yang jahil dan buta agama?

Penting bagi kita yang ada sedikit kesedaran agama membawa diri bermuhasabah dan menumpukan perhatian kita sepenuh hati terhadap amal ibadat kita yang tidak seberapa bagus sedarjat dengan amalan para solafus soleh dan anbiya Allah.

Seandainya ditakdirkan kita mati ketika sedang sibuk beradu domba dan fitnah memfitnah, maka buruk sungguhlah natijahnya pada ruh kita, Na`uzubillah!

Lebih afdal kita memberi keutamaan kepada yang hak iaitu pengisian amal dan ibadah kita didalam Ramadan al Mubarak ini.

Yang hendak terus bermusuh bertengkar seolah Ramadan ini tidak ada apa apa kekangan terhadap nafsul amarah mereka, kita serahkan saja urusan mereka itu kepada Allah, Rabbul Alamin.

Insya Allah.

MAHAGURU58 said...

Saudara Noor, panggil saja saya sebagai Mamu.

Kerana saya masih belum sempat mengerjakan Fardhu Haji ataupun Umrah sekalipun buat masa ini.

Doakan saya dan isteri saya agar kami sempat menunaikan rukun Islam ke5 itu sebelum meninggalkan bumi yang fana ini, Insya Allah. :)

NOOR MOHAMAD said...

Mamu,

Saya setuju dengan pendapat itu namun sebagai manusia yang betanggungjawab mungkin kita juga perlu memainkan peranan (setakat yang mampu) untuk menegur dan membetulkan golongan ini.

MAHAGURU58 said...

Inilah yang sedang saya usahakan. Menegur mereka secara berhemah kerana tidak mahu menyusutkan pahala puasa akibat menurut gejolak hawa nafsul amarah terhadap kekhilafan mereka.

Insya Allah, pagi ini akan saya hadir di Mahkamah Syariah Persekutuan memenuhi jemputan Sekretariat PEMBELA untuk bersama mereka didalam satu sidang akhbar mengenai isu kes Kartika Sari Dewi Shukarnor yang kini seolah menjadi polemik angkara ketidaksediaan pihak Kementerian Dalam Negeri untuk menjalankan perintah hukum sebat keatas dirinya dan pelbagai reaksi negatif yang timbul angkara pihak pihak yang buta agama mempertikaikan hukuman sebat tersebut!

Akan saya tulis tentang hasil sidang akhbar ini nanti.

Wassalamualaikum.