Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, August 25, 2009

`Awek Inside!'




Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara pembaca,

Baru baru ini ketika saya memandu di Jalan Cheras, saya ternampak satu stiker dicermin belakang kereta didepan saya.

Nampak macam stiker 'Intel Inside' yang biasa kita tengok dikomputer.

Bilamana saya perhati betul betul, bukannya 'Intel Inside' tetapi 'Awek Inside!'







Isyh! Isyh! Isyh! Isyh!

Dunia sekarang ni macam macam pe'el manusia Akhir Zaman.

Zaman saya dulu tak adanya orang perempuan mengiklankan diri sebagai 'Awek!'.

Bunyi macam orang nak muntah!!! :P

Awekkk! Awekkk! Uwekkk!!!

Apalah nak jadi dengan gaya bahasa dan budaya orang orang Melayu semasa ini?

Makin lama semakin lingkop gaya tuturcara bahasa dan gelaran diri.

Kalau disebelah utara semenanjung, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang, kami gelar anak gadis yang diminati dengan 'marka'.

Ini kat KL , digelar 'Awek!'

Takde kelas langsong!

Uwekkk!!!! Macam orang dah mengandung......

Isyh! Isyh! Isyh! Isyh!!!!

Mengiklankan diri semacam ini?

Saja nak mengundang musibah....

Sikit punya banyak ke buaya tembaga yang berkeliaran kat KL ni?

Hai....memang dah sahih terbukti hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam tentang keadaan manusia di Akhir Zaman ini...

Perempuan akan melebihi lelaki didalam nisbah 50 orang perempuan berbanding 1 orang lelaki makanya tanpa segan dan silu mencari pasangan mengikut cara tersendiri...

Ini kira 'iklan semasa' ye?

6 comments:

NOOR MOHAMAD said...

Salam Tuan Haji,

Setuju sangat dengan pandangan tu. Orang perempuan sekarang makin menjadi-jadi malah boleh dikatakan lebih sudu dari kuah. Lepas tu sibuk mengadu kena rogol, raba dan sebagainya. Apa nak buat nasib kaum adam. Kita doa je la yea.

SELAMA BERBUKA UNTUK TUAN HAJI SEISI KELUARGA.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Noor.

Itulah! Susah hati benar hidup di zaman ini.

Segala perkara yang Nabi Salallahu Alaihi Wassallam peringatkan kita sudah berlaku didepan mata.

Ini tanda tanda kecil dan besar akan hampirnya Yaum al Qiyamat yang akan menghancurkan bumi ini serta kita seisi penduduk dunia!

Tetapi seperti dikabarkan Nabi tidak ramai yang ambil peduli akan amaran amaran dan peringatan Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam! :(

Musuh musuh Islam semakin naik tocang akhir akhir ini dan ditambah pula dengan sesama ummah kita yang hanyut dengan keseronokan duniawi ini....

Selaku penulis blog, saya hanya berupaya menulis memperingatkan diri dan sesama ummah.

Barangsiapa yang sadar akan keadaan Insya Allah mungkin mahu memperbaiki diri.

Yang lain, lakum dinukum waliyadin.

Selamat berpuasa tuan.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

^inas^ said...

salamun'alaik..

mine is 'iman inside, islam 4 all' (instead of 'intel inside, pentium 4').. bought at pasar during a ceramah umum by Kerajaan Pakatan.

hehhe.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam inas.

If only there were more like you, this nation would be alright!

May Allah bless and protect you my dear!

Always!!!

Ramadan Mubarak.

Having tears in my eyes going through Allahyarham Ustaz Asri's nasyeeds and Zikirs.

May Allah bless his soul!

I miss him so....:(

BUJANG SUSAH said...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan.. tengok jgn x tengok.. sila
klik disini. Semoga bermanfaat insyaAllah..Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain(Hadis riwayat Al-Qudhi).

blog anda bagus...!!! Teruskan menulis.. dan semoga sejahtera sentiasa.
selamat menjalankan ibadah puasa.. semoga sentiasa diberi keberkatan.. insyaAllah. wassalam.

Anonymous said...

Bukannya apa, awek ni merupakan slang budak-budak KL untuk perempuan. Takde maksud apa-apa selain ianaya senang/cepat disebut. awek 2 syllables. perempuan 4. :P