Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 06, 2009

Bahaya menghampiri Syirik terhadap Allah! Peringatan kepada Muslimin dan Muslimat!



Bismillahirrahmanirrahim.
Dengan nama Allah, Maha Pengasih, Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat sekelian.

Kebelakangan ini, suasana dan pergolakan politik di tanahair kita menunjukkan satu kecenderungan dikalangan ahli ahli politik Muslim baik dari pihak Kerajaan Barisan Nasional mahupun pihak kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS untuk berlumba lumba di antara satu sama lain didalam mengambil hati para penyokong mereka yang terdiri juga dari kalangan Kafir didalam negara.

Ramai yang tidak senang bilamana saya menggunakan perkataan 'Kafir' dan lebih rela menggunakan gantinama 'bukan Islam'.

Didalam Kitab Suci Al Quranul Karim yang menjadi Kalam Allah Subhanahu Wa Ta'ala untuk kesekelian manusia, Allah Rabbul Alamin menggunakan perkataan 'Kafir' terhadap makhluk yang enggan mempertuhankan Nya!

Allah tidak berdolak dalik didalam firman firman Allah terhadap golongan manusia yang enggan tunduk ruqu' dan sujud terhadap Keesaan Nya.

Sebagai seorang hamba Allah, Tuhan Maha Suci, Maha Agung, Maha Perkasa, saya hanya akur terhadap perintah Pencipta saya dan tidak ingin berdrama swasta didalam penyampaian pandangan saya terhadap apa yang sedang berlaku didalam negara ini sejak kebelakangan ini.

Perbuatan segelintir dari para pemimpin politik Melayu yang kita terima sekian lama ini sebagai saudara dan saudari seagama dengan kita telah menghampiri perbuatan terkutuk didalam ajaran Ad Deenul Islam iaitu menghampiri Syirik terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Baik dari peristiwa peristiwa dahulu dimana mantan Perdana Perdana Menteri Kerajaan Malaysia ini mengambil bahagian didalam upacara upacara umum yang bercampur baur dengan tradisi dan amalan kepercayaan kepercayaan mereka yang Kafir semasa merayakan majlis majlis perdana dimusim perayaan agama dan sosial didalam negara sehinggalah kepada peristiwa beberapa orang ahli politik pembangkang Melayu Muslim telah dirakam sedang tunduk turut serta bersama ahli ahli politik Kafir didalam pakatan mereka, menghormati gambar mendiang Teoh Beng Hock didepan meja persembahan 'ruh' simati tersebut.



Soal tunduk hormat kepada seorang yang telah mati baik yang Muslim atau pun Kafir tertakluk kepada peraturan agama kita.

Bilamana seorang Muslim baik lelaki atau perempuan berada didalam keadaan sepertimana ahli ahli politik Melayu harus lah tahu membawa diri supaya tidak terjebak didalam keterlanjuran perbuatan yang menghampiri syirik.

Walaupun niat kita adalah murni tetapi amalan yang menyerupai pekerjaan orang orang Kafir didalam upacara penyembahan mereka terhadap semangat ruh nenek moyang mereka atau mendiang Teoh didalam kes di atas boleh membawa kepada diri si Muslim ini jatuh berdosa besar seperti syirik.

Jangan mengambil mudah perkara ini kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala telah berfirman didalam Surah An Nisa Ayat 116 :









116. Inna Allaha la yaghfiru an yushraka bihi wayaghfiru ma doona thalika liman yashao waman yushrik biAllahi faqad dalla dalalan baAAeedan

116. Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan sesuatu (apa jua), dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan hukum-hukumNya); dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh.

Bukan perkara main main tuan puan. Bahaya syirik boleh membawa kepada seseorang Muslim jatuh berdosa paling berat iaitu tanpa sedar telah mempersekutukan Tuhan dengan makhluk ciptaanNya.

Kita hanya tunduk ruqu' dan sujud terhadap Allah sahaja.

Sedangkan Karpal Singh didalam video di atas tidak tunduk walau sedikit padahal ianya seorang berfahaman Sikh tetap tegak duduk menghadapi meja persembahan mendiang Teoh itu tetapi yang kita kira berpendidikan tinggi dan faham akan ajaran agama Islam dok terbongkok bongkok tunduk bersama Kit Siang dan pasukan nya yang Kafir sama sekepala tunduk terhadap makhluk selain Allah, Rabbul Alamin.

Kemana perginya segala kefahaman ilmu agama Islam ahli ahli politik Melayu Muslim diatas?

Tak kan tak tahu bahawa perbuatan tunduk menghadap potret mendiang Teoh itu sudah masuk bab menyembah ruh simati yang jelas bertentangan dengan akidah seorang Islam?

Astaghfirullah hal azhim. Na'uzubillah hi min zalik!

Mudah2an taubat mereka diterima Allah seandainya ada dikalangan mereka ini sedar akan kekhilafan diri dan memohon ampun dari Allah Rabbul Alamin.

Amin Ya Rabbal Alamin.

10 comments:

uop said...

Lani saya minat baca blog mahaguru kerana berani, tapi awat mahaguru lambat "grab" gambar ni, dah sebulan dah.. Ada banyak lagi perkara yang saya rasa tak patut di buat seperti oleh Nizar dan Zambri di majlis Thaipusam tempoh hari. Kalau islam sesama islam kuat, tak perlu takut kepada kafir laknatullah, itulah masalah Islam di malaysia sekarang.

puteri_islam said...

Assalamualaikum Mamu..

saya sependapat dengan mamu, ahli politik sekarang sanggup melacurkan agama sendiri demi kepentingan politik dan cita-cita untuk berkuasa..

justeru tidak hairanlah kita sekarang ditimpa bermacam-macam bala dari ALLAH, dari wabak denggi yang xpernah hilang, wabak chikukunya dan sekarang pedemik selsema babi..

sudah terlalu banyak dosa yang puak-puak kita lakukan..

sampai bila kita harus begini menanggung kesalahan dan dosa yang mereka lakukan?

betullah kiamat sudah dekat..

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum uop,

Bukannya pasai lambat nak grab berita itu dan ini, tetapi dok pikiaq perlu kah tidak Mamu ulas tentang perbuatan mereka ini?

Nak kata bodoh, masing masing belajaq tinggi sampai peringkat Master dan PhD!

Nak kata tak reti hukum hakam agama Islam, masing masing dok jadi ketua itu dan ini didalam parti masing masing?

Nak kata jahil, nanti ramai yang terbakaq pungkok, tak suka ditegoq secara terbuka macam ni!

Jadi, Mamu serbasalah nak tegoq kah atau buat derk saja?

Bila tegoq, depa kata Mamu anjing UMNO!

Depa kata Mamak nak jadi Melayu.

Muka Mamu dah cukop dah Allah cipta macam ni, Mamu tak teringin pun nak ubah keturunan Mamu atau pi celop warna kulit macam arwah MJ!

Raplah jingga jadinya dengan tokoh tokoh politik berkenaan, kalau biaq jadi syubahat dengan kekeliruan mereka didalam nak tunjuk hormat dan semangat 'esprit de corps' dengan rakan pakatan mereka!

Kalau Mamu 'sound' nanti ada yang gatai mulut maki Mamu macam tu macam ni!

Memang Mamu tak seronok nak smash sapa sapa dalam bab ni tapi Mamu terpaksa demi kebenaran dan keadilan Islam!

Nampak gaya, orang orang macam Mamu kena nasihat juga teman teman seperjuangan nak menegakkan Amar Makruf Nahi Mungkar supaya kompas depa tak lari dari matlamat Islam!

Sapa nak terasa, terpulang lah kat depa.

Janji, tanggung jawab Mamu terlaksana demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan sebab Mamu masih sayang dan terasa kasihan kat depa, sesama ummah dengan kita.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam puteri,

Mahu tak mahu kita kena berikhtiar menyelamatkan akidah sesama ummah dengan kita agar mereka tidak jauh terpesong dari ajaran Islam didalam kemarukan mengejar pangkat, kedudukan dan kuasa politik sehingga sanggup dok pergi menyembah meja persembahan memuja roh simati iaitu mendiang Teoh Beng Hock!

Islam melarang keras mana mana umatnya pergi menghormati mana mana simati samada Muslim atau Kaffir didalam apa cara sekalipun!

Ianya perbuatan menghampiri dosa besar syirik yang dilaknat oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

ahong said...

Two thumbs up for the article!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Brother Ahong,

All praises be to Almighty Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

I am just another servant of Him who prefers to speak as it is and set the record straight.

There is no room for compromise in the matter of Aqeedah.

A Muslim, male or female, does not submit to any other except Allah Azza Wa Jalla.

Those Malay Muslims from Pakatan who were paying homage to the altar of the deceased Teoh Beng Hock have committed a grievous mistake that can be considered as having committed syirik towards Allah, a sin that Allah SWT says that He will not forgive!!!

Dare we change His ruling?

onn said...

Bagaimana dgn Fatwa penghormatan di Tugu Negara dan Rokok itu HARAM...masih tidak diambil peduli...!!!

Termasuklah ramai Ustaz yg merokok ...!!!

Rasanya JAKIM perlu mainkan peranan lebih aktif lagi memperhebatkan lagi peringatan...!!!

Perlu juga ada garis panduan untuk semua muslimin dan juga KAFIR dari segi adab kenduri kahwin. kematian dan perayaan bagi faedah bersama...!!

MAHAGURU58 said...

Onn,

Saya dah hampir give up dengan semua jabatan jabatan agama ni sebab dah berbuih mulut dan beribu artikel saya tulis tegor itu dan ini tetapi seperti biasa kita berhadapan dengan setan setan bisu.

Buang masa je.

Takde faedah!

Masuk angin keluar asap!

We can't depend on any of these stoneheads to change.

Watashi surrender bro....nampak gaya tak akan berubah pihak pihak ~sum mum buk mum om yom fahum la yar ji un~ ini semua.

Pandai pandailah kita jaga hal ehwal masing masing.

onn said...

Cabaran hampir setiap hari sdr...!!!

Teguran dan kritikan hendaklah diteruskan...!!!

Mungkin tak berfaedah ketika ini....tapi amat berguna dimasa akan datang..!!!

Sdr telahpun menunaikan tanggungjawab sdr...!!!

muslim warrior said...

teruskan...

selagi nyawa dikandung badan...
terus kan perjuangan mu.."mamak ganas"...