Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, August 20, 2009

Kosmo menjaja aurat artis wanita ~ Tak serik serik lagi ke?

Bilamana saya membaca akhbar Kosmo hari ini, sakit terasa dihati melihat cara akhbar yang dibawah Kumpulan Utusan ini begitu tidak mengambil peduli akan keperluan menjaga maruah dan aurat seorang wanita Muslim yang dipaparkan didalam ruang hiburan hari ini!

Kasihan saya melihat artis wanita itu dipaparkan didalam akhbar edaran perdana seperti Kosmo ini dengan tidak mengambil berat akan natijah auratnya didedahkan seperti itu sekali!!!

Ingin saya bertanya.

Kosmo ini dimiliki siapa? Orang Islam atau Kaffir?

Apakah Ketua Pengarang suratkhabar Kosmo ini tidak prihatin langsung akan kewajipan sesama Islam menjaga maruah dan kehormatan wanita yang mereka tonjolkan sebegitu rupa?

Mana hilangnya sifat kasihan penerbit akhbar Kosmo terhadap diri seorang wanita Muslim yang didedahkan aurat tubuhnya untuk tatapan seluruh negara begitu?

Apakah wartawan, jurukamera serta pengarang mahupun penerbit akhbar Kosmo ini sanggup untuk memaparkan keadaan isteri ataupun anak dara mereka sendiri berposing posing begitu?

Akal letak dimana Syeikh?

Tak cukup ke bala bencana yang menimpa negara kita sekian lama ini?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala tidak akan membiarkan mana mana pihak pengambil kesempatan ke atas kenaifan seorang wanita bergambar sedemikian rupa hanya untuk mencari keuntungan diatas jualan suratkhabar menjaja kehormatan seseorang itu tanpa pembalasan!!!

Sharifah Sofia mungkin tidak sedar akan hukum hakam larangan dan batasan agama didalam keadaan dirinya sebagai seorang pelakon drama dan filem tetapi mana perginya akal dan pertimbangan kalian yang menerbitkan akhbar Kosmo itu sebegini?

Nak cerita tentang diri Sharifah Sofia hendak berkahwin?

Silakan! Tetapi apakejadahnya memaparkan gambar wanita Muslim itu sebegitu?

Bawa bawa berhenti lah menjaja maruah anak orang!!!

Ingatlah! Sanggup ke jika anak bini kamu pula didedahkan bentuk susuk tubuhnya seperti itu dan kemudian menjaja cerita dia hendak berkahwin dan sebagainya?

Kemana perginya adat resam dan kebudayaan Melayu kamu?

Apa sudah hilang ditelan zaman atau memang dah mangli, tak kenal mana satu maruah manusia seagama yang kamu jaja hanya untuk menambah jualan suratkhabar kamu?

Astaghfirullah hal azhim!

Saya berharap sangat sangat supaya hentikan lah mengeksploitasi maruah dan kehormatan mereka yang terlibat didalam bidang dan dunia hiburan ini.

Nak berhibur? Silakan.

Cuma jagalah pantang larang agama kita. Jika tidak tak ada bezanya kita dengan Kaffir Laknatullah!

Sama sama terdedah! Ingat ni Amerika atau UK ke? Nak jadikan akhbar kita seperti suratkhabar di negara barat?

Ish!!!! Kadang kadang naik semak otak kita dibuat nya memikirkan kecelaruan manusia di tanahair ini!!!

Nak kata bodoh? Masing masing mengaku belajar sampai universiti dan sebagainya...

Nak kata pandai, dok buat kerja ba alif ngang!!! Hish!!!!!..........

9 comments:

a kl citizen said...

selamat menjalan ibadah di bulan ramadhan ini

begitulah..
perasan tak?
RTM
tak ada pembaca berita wanita yang bertudung?
stesen TV3 yang dok berhibur saja tu pun ada..
sori luar topik
tapi ada sikit2 tempias

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum cikgu.

Terimakasih di atas ucap selamat menyambut Ramadan ini.

Begitu juga doa saya kepada Cikgu sekeluarga.

RTM itu masih didalam kerangka pemikiran 60an.

Zaman Sanggul karan atau Zaman Tok Nadoq!

Masaalah orang orang kita ni jenis sombong tak boleh di tegor, bodoh tak boleh di ajar.

Masing masing empunya ego lebih tinggi dari Gunung Kinabalu.

Makanya kita serahkan pada diri pegawai pegawai yang terlibat.

Biar mereka tanggung natijah tidak mentarbiyyah para penyampai berita dan hos tv mereka itu sendiri.

Sama kes juga dengan apa yang saya kabar kat atas.

Nak kata cerdik dok macam tu juga?

Nak kata bangang, ada yang terasa ngilu dia sampai ke sumsum tulang!!

Kes naya ni...

^inas^ said...

bukan kosmo saje tp hampir semua. to list down everything is so difficult.

payah sungguh kan..

org pompuan sndri pon tak kesah, so cam ne.

aaahhhhhh takutnyaaaaa..

p/s: SALAM RAMADHAN!

MAHAGURU58 said...

Inas,

Ayuh kita dedah setiap satu penerbitan yang mendokong kelucahan seperti ini.

Enough is enough! Time to expose all these smut peddlars for who they really are?

mutakalim said...

saya setuju dgn mahaguru... hari2 hati saya panas je tengok perbuatan media massa memperdagangkan bahan-bahan macam ni...

MAHAGURU58 said...

Dah tak boleh tahan dah dengan kebiadapan akhbar perdana memperdagangkan susuk tubuh wanita wanita didalam negara kita sesuka hati mereka ini demi mengejar apakejadah entah?

Kemaruk sangat nak mengeksploitasi bentuk tubuh wanita!

Tak ada bezanya dengan Cina yang dok jual cakera padat lucah @ hardcore pornography dengan mereka ini yang memperdagangkan softcore pornography melalui suratkhabar mereka!

Dosa besar mengaibkan wanita wanita kita sebegini!!!

Saya sudah tidak boleh terima semua ini.

Kerana akhbar picisan sebegini, kita semua turut terpalit kena dosa bersyubahat dengan segala maarof sintok kepala bingai dan bengap tahap gaban!

Minta maaf le...saya tak boleh terima kerja kerja durjana begini berterusan ditanahair kita!

Akan saya susuli dengan pihak berwajib.

Saya seru sekelian anda yang sama serasa dan marah seperti saya supaya turut menghentam mereka ini penjual maruah wanita Malaysia didalam ruang blog anda masing masing dan saya minta supaya kita semua membantah secara ramai ramai tentang jenayah kemungkaran ini dengan menyampaikan aduan tuan puan kepada Menteri berkenaan!!!

lan said...

alamak mujur belum puasa lagi if tak kurang pahala puasa ehe

awangdeman said...

kalau majalah mangga lagi hebat dekat dengan kolam mandi... lagi nak muntah kalau tgk. ni pun anak syarikat utusan. harap mahaguru dapat beri memorandum kat utusan sebagai sebuah ngo.

norzah said...

Antara godaan paling besar dalam dunia ni ialah harta, kuasa dan perempuan.Ketiga-tiganya paling mencabar dan cepat sekali memikat hati. Perang, pembunuhan, hasut menghasut, aniaya menganiaya semua berpunca dari salah satu dari tiga perkara itu.

Surat-surat khabar, majallah dan buku-buku cerita
penuh dengan kisah kegilaan manusia mengenai salah satu atau ketiga-tiga perkara itu. Surat khabar dan majallah-majallah tidak laris tanpa kisah harta, kuasa dan perempuan. Ketiga-tiganya diekploitasi sebanyak mungkin dan yang paling mudah untuk digambarkan ialah tubuh perempuan.
Semakin mendedakna aurat semakin hangat.

Perempuan kebanyakannya gila dengan fesyen pakaian. Tetapi mereka memakai untuk menarik hati lelaki, untuk disunting, dicumbui dan dipisahkan dari pakaiannya.Seperti kata peribahasa Inggeris, 'Ladies dress to be undressed'.

Mereka sanggup mendedahkan aurat untuk memikat dan akhbar-akhbar serta majallah-majallah mengeksploit keadaan itu untuk menjadi laris. Walaupun semua orang Islam berasa amat tersinggung dengan perbuatan wanita Islam mendedahkan aurat itu, dapatkah kita menghalang
perbuatan itu dengan nasihat saja tanpa kuatkuasa undang-undang.

Sebaik-baiknya diadakan undang-undang saja supaya wanita Islam yang mendedahkan aurat dalam akhbar-akhbar, majallah-majallah dan buku-buku (termasuk filem) boleh didakwa di Mahkamah Syari'ah. Media yang menyiarkan gambar-gambar mereka juga boleh didakwa bersama.

Apa kata Dato' Mahaguru?