Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, August 29, 2009

Protes Penduduk Islam Seksyen 23 - Perlu berhemah didalam cara membantah! ( Dikemaskini)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin yang dikasihi.

Saya merujuk kepada soal protes pembantahan penduduk penduduk Muslim di Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan semalam.

Memang terasa rimas melihat video yang disiarkan oleh Malaysiakini.tv, memaparkan adegan pembantah pembantah terbabit membawa kepala lembu yang masih berdarah sebagai tanda simbolik protes kumpulan terbabit terhadap perancangan Kerajaan Selangor untuk membina kuil bersaiz lebih dari 20,000 kaki persegi di kawasan perumahan yang majoriti penduduknya berbangsa Melayu dan beragama Islam.

Lembu adalah haiwan sembahan orang orang India beragama Hindu dan pembawaan kepala lembu itu adalah simbolik penghinaan secara terbuka terhadap kepercayaan mereka.

Ramai yang menganggap bahawa bilamana saya tidak mengutuk secara tegas perbuatan membawa kepala lembu itu oleh pembantah pembantah yang terdiri dari umat Islam Seksyen 23 seperti saya merestui perbuatan itu!

Sebenarnya tidak.

Saya tidak gemar melihat provokasi yang dilakukan dengan sengaja terhadap kefahaman orang orang India berkepercayaan Hindu itu dan saya memang tidak boleh terima penjelasan yang diberikan oleh pemimpin protes semalam bila diajukan persoalan akan maksud membawa kepala lembu dan memijak nya dengan maksud simbolik menghina simbol penyembahan orang orang Hindu sedunia!

Pembantah pembantah semalam sedang berpuasa dan waras ketika berdemonstrasi semalam.

Setiap patah perkataan dan ucapan mereka dilakukan dengan penuh pengertian dan faham akan setiap apa sahaja yang mereka ucap dan laungkan!

Tidak boleh diterima alasan tidak tahu tentang siapa yang bertanggungjawab membawa kepala lembu itu!

Ia tidak datang melayang menyerahkan diri kepada pendemonstrasi dengan sendirinya!!!

Betul tak?

Maka, memang tak boleh diterima alasan tidak tahu akan siapa yang membawa kepala lembu tersebut.

Bilamana pemimpin demonstrasi semalam memijak kepala lembu itu, perbuatan itu dilakukan dengan simbolik memijak kepercayaan penganut ajaran Hindu.

Ini realitinya. Kebenaran wajib dinyatakan! Sebagai umat Islam malah sedang berpuasa lagi!!!

Bayangkan perasaan kita jika orang orang Hindu diseluruh dunia pula menghina kitab suci junjungan kita yakni Al Quranul Karim?

Sudah tentu kita marah dan mahu saja memerangi mereka!

Nah! Begitu lah natijah nya bertindak secara semberono melakukan sesuatu perkara yang sudah tentu mengguris hati dan perasaan mereka yang berfahaman Hindu didalam negara kita mahupun diluar negara.

Saya faham akan kekecewaan yang mendorong pembantah pembantah semalam bertindak sedemikian rupa tetapi saya tetap tidak setuju dengan cara mereka menggunakan simbol kepala lembu kepercayaan orang orang Hindu itu diperlakukan sedemikian rupa.

Kepala lembu yang dibawa dan dipijak semalam biarpun ianya hanya sesuatu objek dan bukan kitab suci sesuatu agama tetapi ianya adalah lambang simbol ketuhanan kepercayaan orang orang Kaffir!

Mereka yang bertanggungjawab mengepalai protes semalam harus meminta maaf dengan segera dan secara terbuka kepada rakyat Malaysia berketurunan India yang berfahaman Hindu dan menyatakan kesal diatas kesilapan mereka bertindak sebegitu.

Walaupun saya tidak ada kena mengena secara langsung dengan cara protes semalam, selaku saudara seagama dengan penduduk Islam Seksyen 23, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, saya memohon maaf bagi pihak mereka kepada mana mana warganegara Malaysia berkepercayaan Hindu diatas kesilapan pembantah pembantah didalam protes berkenaan.

Ingin saya memperingatkan kesekelian umat Islam seagama dengan saya akan Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam kitab suci kita Al Quranul Karim - Surah An `Aam ayat 108 yang bermaksud :

108. Wala tasubboo allatheena yadAAoona min dooni Allahi fayasubboo Allaha AAadwan bighayri AAilmin kathalika zayyanna likulli ommatin AAamalahum thumma ila rabbihim marjiAAuhum fayunabbi-ohum bima kanoo yaAAmaloona

108.Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.

108. Revile not ye those whom they call upon besides God, lest they out of spite revile God in their ignorance. Thus have We made alluring to each people its own doings. In the end will they return to their Lord, and We shall then tell them the truth of all that they did.

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat, Mukminin na wal Mukminat,

Perkara menghina kepercayaan orang orang Kaffir ini bukan lah sesuatu yang enteng dan boleh kita biarkan begitu saja tanpa menegur dan menasihati saudara saudara kita yang sudah terbakar hati dengan perancangan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor Darul Ehsan untuk membina sebuah kuil yang bersaiz besar secara sah di kawasan penempatan umat Melayu Islam Seksyen 23 Shah Alam sebagai gantian untuk sebuah menggantikan kuil kecil di Jalan Ladung 19/28, Seksyen 19 ke lokasi yang dipertikaikan (lot industri) No.2, Jalan Dividen 23/6, Seksyen 23, Shah Alam.

Saya kurang pasti akan status kuil asal itu di Jalan Ladung tetapi dari pengalaman lampau, ianya kelihatan seperti mana mana kuil yang dibina tanpa izin di tanah simpanan kerajaan dan bilamana datangnya pihak berkuasa untuk memusnahkan nya, maka di tuntut tapak lain secara gantian yang sah! Rujuk kes Peristiwa Kampong Rawa di Jalan Patani, Pulau Pinang.





























Ini modus operandi golongan yang mempunyai agenda tertentu mendirikan seberapa banyak rumah rumah ibadat ditepi parit, bawah pokok, batu pelik pelik dan sebagainya dan kemudian bila tempat yang dibina secara haram itu hendak diroboh, maka di minta kerajaan negeri memberikan tapak gantian secara sah!

Didalam bahasa Inggeris, ianya ditafsir sebagai 'land grabbing'. Rampasan tanah secara muslihat dan tidak halal.

Bukannya tidak boleh di adakan rumah rumah ibadat selain Islam didalam negara ini tetapi haruslah berpada pada dan tidak membiarkan mereka yang tidak bertanggung jawab mencetuskan suatu keadaan yang boleh membawa kepada pergaduhan etnik dan antara agama!

Saya berharap kejadian ini akan dapat diselesaikan secara aman dan dengan bijaksana oleh pihak berkuasa yang terlibat.

Semoga keharmonian diantara kaum dan agama di dalam negara kita terus di jaga dan dipelihara oleh kesekelian warganegara Malaysia didalam bulan suci dan mulia Ramadhan al Mubarak ini dan juga didalam semangat menyambut ulangtahun Kemerdekaan Negara kita Malaysia, tanahair kita bersama.

Amin Ya Rabbal Alamin.

* Sila ke blog GAP untuk melihat sendiri dokumen dokumen rahsia yang berkenaan perkara ini.

* Lawati juga Minaq Jinggo @ Photojournalist #1 Malaysia untuk melihat rakaman gambar gambar yang di ambil beliau disana semalam.

6 comments:

onn said...

Perlu ada 'wisdom' dlm hal ini. Kelakuan dan sikap melambangkan keperibadian seseorang itu.

Bagaimana kita nak berdakwah sedangkan perbuatan kita tak sama dengan amalan seorang muslim...!!

Lebih melukakan hati di Bulan Ramadhan ini dengan tulisan mempersendakan laungan TAKBIR...!!

Semoga ALLAH mengampuni dosa mereka...!!

Amara said...

Ertinya janganlah bina masjid kat tempat ramai bukan muslim

Rahman Hariri said...

Bro Zainol Abideen

Take you for clarifying your stance here with the new entry and for dropping by. I have frequented your blog the past years, tho most of the time I was just a lurker. There are many issues I found in complete agreement with you and and was glad that you had said it out loud (wishing I have you courage to say), a few I disagree, but I guess everyone is entitled to an opinion, so I thought I would respect that at least.

I found the memijak kepala lembu disgusting. I for one love to makan daging lembu (and if I were at a minang restaurant would never forget to ask if they have otak lembu) and they are part of our yearly korban, so why degrade the animal at all.

There is one temple built a couple of years ago near the Hussein Onn water reservoir, I presumed illegally, so I can understand some of the issues you have mentioned.

But as it has been said before, there is a need to have proper allocation of all rumah ibadat and this case highlight the need.

Again, thank you for dropping by and for the kind words.

Trashed said...

According to a Bernama report, it is estimated that Indians make up 40% of the people living in Section 23.

Also, the kuil is more than 100 years old and was built to cater for the workers on the plantations. We should all understand that development has taken place around the temple and not the other way around.

Thus, from a objective and practical aspect, it seems reasonable to relocate the temple, don't you think ?

The argument that some may put forward is that no one complains about mosques being built but why make a a big fuss over this ? If we all accept each other's religions as in the old days, Malaysia would be a truly beautiful country.

Perhaps the burning question is whether Islam was insulted or ridiculed OR was it just the provocation of certain elements for political gain ?

I think most fair minded Muslims have no issue about the relocation of a Hindu temple per se. So what is the issue really for these Section 23 residents ?

MoneyMatters@Nizam said...

Salam tuan,

Saya berpendapat bahawa ikon kepala lembu itu merupakan manifestasi kekecewaan protestor terhadap kedunguan, kebodohan pemimpin di SUK yg ibarat lembu dicucuk hidung.

Saya tidak nampak ianya sebagai ikon penghinaan kepada agama Hindu kerana kepala lembu tersebut bukanlah diletakkan di dalam Kuil seperti mana kes babi yg diletakkan di dalam masjid.

Ia menjadi isu agama apabila SAMY VELLU melenting dan di api-apikan oleh media2 LIBERAL. Akhirnya umat Islam juga dipersalahkan.

Jikalau begitulah, selepas ini, kita tidaklah boleh lagi mengadakan ibadah korban secara terbuka kerana bimbang ianya MENGHINA AGAMA HINDU.

Dan apakah logiknya penganut2 hindu di Kg Buah Pala mengusung LEMBU2 SUCI mereka untuk dijadikan halangan supaya pemaju tidak merobohkan perkampungan mereka. Bukankah lembu itu suci dan tidak boleh dipergunakan.

Think about it. Ini semua permainan politik PECAH dan PERINTAH tuan.

MoneyMatters@Nizam said...

Satu lagi tuan, pernahkah SAMY VELLU menasihatkan penganut2 Hindu supaya jangan sesukahati membina kuil2 haram?

I think you have the answer already..