Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, August 31, 2009

Ramadan bersama keluarga di Kuantan.



Kuantan, Pahang Darul Makmur.
9hb Ramadan 1430H bersamaan Ahad 30hb Ogos 2009.

Alhamdulillah. Semalam, saya bersama isteri selamat sampai ke kampong untuk menghadiri majlis berbuka puasa dan solat berjamaah Maghrib, Isya dan Solat Sunat Teraweh bersama ahli ahli keluarga kami.

Salah seorang anak saudara kami adalah 'Baby' Nurul Athirah yang cukup petah bercakap dan amat berbakat didalam menyanyikan lagu lagu nasyid serta hafal surah surah lazim dari kitab suci Al Quranul Karim. Alhamdulillah!

Begitu juga dengan seorang lagi iaitu Al Husna Batrisya. Anak saudara kami yang amat teruja ingin turut menunjukkan bakat dirinya pula.

Gambar menunjukkan 'Baby' Nurul Athirah dikiri dan Al Husna Batrisya dikanan.





















Akan saya muatnaikkan video Husna dan lain lain gambar yang sempat saya ambil semalam disini kemudian nanti. Insya Allah.

Ni tengah bersiap nak pulang ke KL. Doakan kami selamat kembali.

Amin.

2 comments:

a kl citizen said...

penari latar tu penat goyang tangan...

cute bebudak ni

MAHAGURU58 said...

Tenaga bebudak lah Cikgu!

Hormon tengah memuncak tu. Itu sebab nya tak kenal penat, letih atau lenguh.

Jenis main sepanjang masa dan kemudian bila dah penat, tidur ternganga....hehehehe.

Umur takde masaalah. Tak de nye nak pikir bil itu dan ini. :P

Si Husna tu menangis bila dilarang ibu dia untuk gi ke rumah Pak Lang Basir untuk turut serta didalam sambutan Merdeka 2009.

'Husna nak buat show....uah....teriaknya!

Terlepas nak rakam gelagat dia tika tu. :P