Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, September 06, 2009

Bila 'Ketua Agama' ralek ; Exco Agama pula kena 'bedek'!

Saya merujuk kepada laporan The Star Online yang menyatakan bahawa Exco Agama Islam Selangor, YB Datuk Dr. Hassan Ali, merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor yang mengarahkan pegawai pegawai masjid di negeri Selangor Darul Ehsan untuk berkuasa menangkap orang orang Islam yang meminum arak di khalayak umum dititah mengadap 'Ketua Agama' Selangor di Istana Bukit Kayangan semalam.

Arahan mengadap Sultan Sharafudin Idris Shah dikatakan berpunca dari ketidakpuasan hati Sultan Selangor diatas keputusan Datuk Dr. Hassan Ali tidak berunding untuk mendapat perkenan Sultan terlebih dahulu.

Soal pihak istana yang tidak menjalankan tugas dan tanggungjawab membela dan mempertahankan kedudukan Agama Islam di dalam negeri masing masing sudah lama saya dengar malah pernah dimaklumkan akan kebenaran keadaan ini oleh pegawai tertinggi agama negara kita sendiri.

Pihak istana dikatakan akan mempersoalkan mana mana pegawai agama yang berani menguatkuasakan peruntukan perundangan Islam didalam negeri negeri berSultan dan berRaja Melayu?

Dailog nya dikatakan lebih kurang begini : ' Apakah kamu mahu merampas kuasa beta?'

Wallahu alam sama ada begitu lah lumrah nya sekatan yang di letakkan pada pegawai pegawai agama kita oleh Sultan dan Raja Melayu?

Namun, sudah sekian lama saya lahir, membesar dan hidup di bumi tanahair Melayu ini, belum pernah lagi saya mendapat berita akan mana mana Sultan atau Raja Melayu benar benar berusaha menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar didalam negeri masing masing?

Bilamana Datuk Dr Hassan Ali berani menegakkan suruhan Allah Subhanahu Wa Ta'ala, sepatutnya Sultan memberi sokongan kepada beliau dan bukannya mempersoalkan atau mempertikaikan niat murni Exco Agama Selangor itu tentang nawaitunya mengarahkan pegawai pegawai masjid untuk berkuasa menangkap peminum arak tegar dikalangan umat Islam negeri itu?

Harapkan pagar ; pagar buat derk je terhadap padi!

Harapkan Sultan Sultan dan Raja Melayu untuk menjaga kedaulatan Agama Islam didalam negara yang mengaku 'Islam' ini bagaikan mengharapkan orang yang 'sum mum buk mum om yom fahum laa yar ji uun' untuk memantau Ad Deenullah!

Musuh musuh Islam semakin berani mempertikaikan itu dan ini berkenaan Islam tetapi tak terdengar barang sedehem sekalipun dari pihak istana istana yang kununnya 'Ketua Hal Ehwal Islam' di dalam negeri masing masing?

Beginilah jadinya bila 'Ketua Agama' ralek ; Exco Agama yang buat kerja pula kena bedek?

Fikir fikirlah akan hakikat semasa ini.

“Daripada Aishah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda dalam rumahku ini, “ Ya Allah, sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, kemudian ia melakukan kezaliman ke atas mereka, maka kembalikan kezaliman itu ke atas mereka. Sesiapa yang mentadbir sesuatu urusan pemerintahan umatku, dengan menunjukkan kasih sayang kepada mereka, maka kasihilah orang tersebut”.
Riwayat Muslim

Huraian

1. Orang yang dilantik menjadi ketua atau pemimpin hendaklah menjaga kebajikan orang ramai dan haram menindas serta menzalimi mereka.

2. Setiap rakyat harus menasihati dan menegur pemerintah dengan teguran yang membina demi untuk memajukan negara. Rakyat juga berhak menyuarakan pendapat, serta boleh membantah sekiranya pemerintah melakukan kezaliman terhadap rakyatnya.

3. Pemerintah hendaklah menunaikan semua tanggungjawabnya sebagai pemimpin dengan melaksanakan tugas-tugas pemerintahan dengan adil untuk kepentingan semua rakyat dengan menyediakan segala kemudahan, demi untuk pembangunan, kemajuan, keselamatan, dan kemakmuran negara.

4. Setiap orang akan disoal di akhirat tentang tanggungjawab yang telah diamanahkan ketika di dunia.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Image hosting by IMGBoot.com

Kepada Datuk Dr Hassan Ali, Mahaguru58 mengucapkan 'Syabas!' dan teruskanlah mujahadah Datuk!

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala memberkati diri Datuk dan kesekelian pegawai pegawai agama dan masjid negeri mahupun negara kita dan memperkasakan tuan tuan serta puan puan semua!

Kami yang menyembah hanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan mengikuti suruhan Rasul Allah Sallalahu Alaihi Wassallam kan tetap bersama Datuk dan mana mana sahaja pegawai kerajaan yang berani menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar tanpa mengira samada mereka dari PAS atau UMNO!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR!!!

10 comments:

izat said...

saya setuju dgn mahaguru, tindakan hassan ali wajar dipuji, dibela dan dicontohi

Anonymous said...

untuk komen pedas sangat pasal raja-raja, nanti kena akta hasutan. cuma saya dengar cerita ramai golongan kerabat2 merupakan peminum arak yang tegar. mereka menjadikan arak salah satu menu harian mereka. fakta juga menunjukkan seorang kerabat yang hampir menjadi raja di sebuah negeri adalah merupakan salah seorang pengarah syarikat arak yang terkenal.banyak lagi yang saya ingin katakan tapi negara kita bukan seperti UK yang bebas mengkritik Queen Elizabeth.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Puan Izat Syah.

Sebagai umat Islam, wajib kita menyokong siapa sahaja yang berusaha membela Ad Deenullah.

Kes arak di Shah Alam, Datuk Dr Hassan Ali kena terok dengan pihak Pakatan DAP-PKR-PAS memaksa beliau 'berkompromi' dengan si Ronnie Liu.

Apa guna bergelar Muslim jika dibiar Kaffir memporak perandakan hal ehwal Islam di bumi tanah Melayu ini?

Maka saya sokong usaha Datuk Dr Hassan Ali yang tabah terus berusaha juga untuk memperkasakan pegawai masjid supaya ada kuasa ditangan mereka untuk menangani gejala arak di negeri Selangor.

Takkan nak harap pegawai masjid hanya sekadar jadi bilal, siak dan imam solat sahaja?

Tugas para pemimpin Islam disemua peringkat kehidupan adalah untuk menegakkan Hukum Allah bukan kehendak musuhNya!

The Boss said...

kalau lupa pada al-quran dan sunnah nabi s.a.w janganlah kita harap orang itu akan menegak islam. Sultan cuma adat melayu, sedangkan pemimpin yang sebenar yang kita lihat di dalam sirah islam bukan terdiri dari keturunan raj-raja yang maha agung kononnya. Contoh terdekat, khulafa ar rasyidin dan umar badul aziz. itulah contoh pemimpin.

MAHAGURU58 said...

Saudara BelokKiriKanan.

Yang wajib kita akur adalah kepada Allah, Tuhan Semesta Alam bukannya kepada makhluk ciptaanNya yang menjadi pengkhianat kepada Seruan Allah Rabbul Alamin.

Apakejadahnya kita nak hairankan hukum buatan manusia yang jelas berkiblatkan kehendak kaffir penjajah dan membelakangkan kehendak Allah Subhanahu Wa Ta'ala?

Seandainya Sultan dan Raja Melayu benar benar menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan Allah kepada mereka, takkan berani mana mana pihak memperlecehkan Islam di bumi tanahair kita ini!!!

Hidup dan mati saya diatas izin Allah!

La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adhim bil sultanik!

Saya menulis demi kebenaran.

Kebenaran tentang keadaan didalam negara kita ini yang dilanda musibah kemelut politik menghina Ad Deenullah ini wajib kita nyatakan tanpa berselindung lagi!

Siapakah yang perlu kita takut?

Allah Subhanahu Wa Ta'ala atau makhlukNya yang telah menjadi penghalang kepada pelaksanaan Syariah Allah di Malaysia ini?

Saya percaya jauh didalam lubuk hati umat Islam disini masing masing tahu bahawa haram bagi kita menjadi manusia durjana pembelot kepada Allah Rabbul Jalil dengan menidakkan Perintah Nya!

Saya menulis untuk menegakkan yang makruf dan mencegah yang mungkar.

Beranikah kita untuk Derhaka terhadap Allah semata mata kerna takutkan perundangan manusia?

Qullu nafsin iza iqatul maut!

Setiap yang bernyawa pasti kan Mati termasuk sesiapa sahaja yang berkuasa sementara dimuka bumi ini tak kira samada ia itu seorang sultan, raja, perdana menteri atau pegawai tertinggi tentera, polis, dsbnya!

Cukuplah Allah bagi diriku.

Hasbunallah wa niaqmal wakil ; wala haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim!!!

MoneyMatters@Nizam said...

Tuan,

Jika kita mencari REDHA ALLAH di atas kemarahan Manusia nescaya Allah SWT akan membantu dan memberikan kemenangan kpd kita.

Tetapi jika kita mencari REDHA MANUSIA dia atas KEMURKAAN ALLAH, tunggulah saat dan ketikanya di mana balasan Allah amat pedih untuk dihadapi.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum wahai sahabatku Tuan Nizam.

Semoga Allah memberikan kita kehidupan yang bermakna diatas muka bumi ini dan Insya Allah di Akhirat kelak.

Amin Ya Rabbal Alamin.

Sementara itu kita teruskan saja menyatakan yang Hak dan memerangi yang Batil tanpa mengambil kira samada yang batil itu terdiri dari kaum Kaffirin, Musyrikin ataupun Munafiqin yang berketrampilan sebagai Muslim tetapi berlaku durjana terhadap sesama ummah?

Anak Perelih said...

Mahaguru58... apa yang boleh diharap dari towkey Hard Rock Cafe/hotel concorde untuk membela Islam... saya pernah sentuh isu ini sedikit masa lalu bila isu Board Of Director Carlsberg muncul.

saya pernah memberi komen ini di blog saudara.. betul tak apa yang saya cakap...?
http://mahaguru58.blogspot.com/2009/04/kerabat-diraja-negeri-sembilan-dan-lain.html

"2. Saudara memberi cadangan untuk dipersembah kepada Sultan Selangor... sebenarnya, Sultan Selangor pun 2 kali 5 jugak... sepupu saya pernah jadi driver dia di Langkawi masa dia masih jadi Raja Muda... mabuk sampai kena pimpin balik hotel...

Didalam isu arak ini memang terdapat halangan dari beberapa pihak dalam PR sendiri, ini adalah kerana mereka ini adalah bukan Islam... tetapi jika dibandingkan dengan masa BN/UMNO dahulu, sekarang ini dibawah PR adalah lebih baik keadaannya dan apabila saya menegur posting saudara di Isu arak di Selangor/Shah alam - jawapan kepada Mahaguru58 http://anakperelihblog.blogspot.com/2009/08/isu-arak-di-selangorshah-alam-jawapan.html
adalah kerana saudara mengambil pukui rata kepada PR - termasuk PAS dan Hasan Ali sendiri... itu yang saya tegur... sebab saudara tidak meneliti isu ini dengan teliti... dan jika dibandingkan dengan zaman UMNO/BN dahulu, sekarang ini adalah lebih baik kerana mereka mereka itu juga harus mengambilkira faktor PAS didalam pakatan... sebab itu saya mengatakan " ianya lebih baik (far better) dari zaman UMNO/BN..."

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara Anak Perelih.

Terus terang saya katakan disini bahawa saya penyokong Daulah Islamiyyah

Seandainya PAS kembali berjuang menegakkan Syariah Allah secara tidak bergantung harap kepada musuh musuh Islam didalam DAP dan golongan 'komsi komsa' didalam PKR, saya bersumpah akan menyokong kepimpinan Ulama menerajui negara ini.

Tuan Guru Professor Datuk Haji Harun Din tetap menjadi pilihan saya untuk dilantik menjadi Amirul Mukminin di Daulah Islamiyyah Malaysia itu nanti.

Saya tidak rela mana mana orang lain menjadi pemimpin kita.

Itu impian saya.

Tak ada sesiapa boleh menghalang saya bercita cita begitu, bukan?

Bagi saya Tuan Guru Professor Datuk Harun Din memiliki segala ilmu, kecekapan dan kebolehan untuk mentadbir Malaysia ini mengikut Syariat Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

'No other person comes close to his `Ilm.

Anak Perelih said...

Bedasarkan keadaan masyarakat kita sekarang ini yang hapir 50 tahun dibentuk oleh acuan yang sama, dan kerana masyarakat majmuk berbilang agama di negara inilah menyababkan kesukaran PAS untuk berdiri sendirian untuk memerintah. usaha ini bermula dengan berkerjasama dengan parti parti lain... bila dah ada kuasa... sedikit sebanyak boleh dilaksanakan disamping memberi penerangan kepada rakyat serta bukan ISlam.. Ianya adalah lebih susah untuk menyedarkan puak puak yang Islam tetapi tidak mahu menerima hukum Islam dari memberi kefahaman kepada bukan ISlam untuk bersetuju dengan hukum Islam...

Walaubagaimana pun... saya ucapkan Alhamdulillah, posting saudara pada saya sudah seperti seperti dahulu... saya tidak berharap saudara menyokong segala dari PAS, tetapi cukuplak saudara seperti dahulu dimana, mana tidak betul samada PAS,PKR atau UMNO dan "atas atas tu" ditegur dengan kajian teliti dahulu...