Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 04, 2009

Mahkamah Syariah disabotaj oleh media perdana!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat.

Saya rasa pihak media perdana didalam negara kita sudah mensabotaj usaha murni Mahkamah Syariah untuk membuka lembaran baru didalam sistem pentadbiran negara kita bila mengorak langkah mahu menghukum pesalah mengikut peruntukan undang undang sedia ada didalam Malaysia.

Walaupun hukum sebenarnya bagi Kartika Sari Dewi Shukarnor baru cuma 6 kali sebatan rotan yang jauh berbeza dari cara merotan bagi kesalahan jenayah yang di jatuhkan Mahkamah Sivil, media perdana Malaysia telah menggembar gemburkan perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan sehingga menjadi kontroversi dan dijadikan isu sensasi oleh akhbar akhbar yang ada!

















Gambar contoh hukum sebat

Bilamana saya membelek akhbar Kosmo hari ini, saya menggeleng kepala kehairanan dengan sikap akhbar ini yang seolah tiada bahan berita lain yang patut di utarakan tetapi kini telah begitu beriya sekali mensensasikan berita tentang susur galur keturunan si pesalah arak ini???

Niat murni Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan disabotaj oleh pihak media perdana sehingga si Kartika yang hendak dididik oleh hukuman sebat itu kini berubah menjadi bintang glamor dek kerana perhatian melampau pihak akhbar seperti Kosmo ini!

Dah lari fokus nampaknya!

Disatu pihak si pesalah itu telah sedia akur dan mahu menerima hukuman itu tanpa banyak kerenah tetapi pihak media seperti ini giat pula mencanang ke seantero dunia bahawa si polan itu berketurunan Ngah Ibrahim di sebelah bapanya dan Megat Terawis disebelah ibunya!!!

Apa kejadahnya semua ini?

Orang peduli apa tentang keturunan sipesalah syariah ini?

Biar dia keturunan maharaja sekalipun, yang perlu ditumpukan perhatian adalah usaha mendidik si pesalah dengan membuatkan dirinya terasa malu dengan masyarakat kerana salah meminum arak dikhalayak awam!!!

Ini tidak!

Dah dilarikan tajuk dan akhbar sebegini sibuk menjaja cerita keturunan si Kartika!

Semua ini membuatkan saya berkesimpulan bahawa pihak media didalam negara kita memang amat dangkal sekali kefahaman agama mereka dan mereka memang tidak ambil peduli tentang masa depan umat Islam negara kita.

Apa ke benda pun mereka mahu mensensasikan tanpa mengambil kira akan natijahnya terhadap maruah dan martabat sistem Kehakiman Syariah Negara.

Janji boleh buat duit dengan menjual lebihan naskhah surat khabar.

Tanggungjawab sosial dan terhadap agama tolak tepi.

Janji kita buat sensasi baru 'paper' laku!!!

Entah lah tuan tuan dan puan puan?

Mahkamah Syariah kita baru hendak menegakkan hukum Allah secara berperingkat tetapi nampak gayanya pihak media perdana macam nak mencantas saja tunas tunas Syariah yang baru berputik dengan penghakiman keatas peminum arak seorang ini!

Jika hukum syariah ini berjaya dilaksanakan, maka ianya akan menjadi 'landmark case' untuk memburu dan menyebat kesekelian lain yang turut berlaku ikut suka tanpa peduli akan hukum dan hakam agama kita.




















































Hero hero ini pun mesti seram sejuk tak senang duduk sebab bukti 'yam seng' dah lama dok ada didalam internet!

Alahai Mahkamah Syariah Malaysia....nampaknya seteru kita bukan setakat yang anti kepada penegakkan undang undang Allah tetapi dari kalangan mereka yang kononnya umat Islam itu sendiri tetapi berkelakuan mengalahkan kaffir, musyrik dan munafik!!!

Jangan jangan media perdana ni 'ada udang disebalik mi' bila mengemudikan isu Kartika nak kena sebat ni jauh jauh supaya hilang cerita hukum sebat ini kerana ada pihak VVIP turut sama malah lebih lorat mentekedarah segala mak datuk bir, wiski dan yang seangkatan dengannya?

Jangan pula dok lupa dengan 3 Melayu 'Muslim' yang berjawatan sebagai ahli Lembaga Pengarah Anchor Carlsberg Breweries Malaysia!

Yang tu lagi hebat dari isu si Kartika ini!

Soalnya pihak berkuasa agama negara kelihatan seolah tak bertaring nak gi pepak hak tu!

Kenapa ye?

Apakah orang orang bergelar tersebut bukan Muslim?

Hamba tak kisah jika mereka terdiri dari orang orang Kaffir ; dah lumrahnya makan minum hasil haram.

Ini terang tang tang berbangsa Melayu, beragama 'kunun'nya Islam, macamana boleh dok gi tercatok kat Lembaga Pengarah kilang pengeluar arak terbesar di seantero rantau Asia ni?

Hairan bin ajaib! Sekian lama ni takkan tak perasan kot?

Tak ada pun mereka bersembunyi atau berdrama swasta. Siap bergambar lagi dengan penyata kira kira syarikat arak yang teramat lah gah tersebut!

























Mahaguru58 sekadar memperingatkan sesama ummah supaya tetap fokus dan Mahkamah Tinggi Syariah Malaysia jangan jadi lemah!!!


Daku tetap bersamamu!

Selagi hayat dikandung badan. Insya Allah!

Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Peguam Pembela Islam @ PEMBELA, ACCIN dan kesekelian pejuang pejuang serta mujahid mujahid Allah hendaklah beristiqamah bersama sama dengan seluruh Institusi Kehakiman Syariah Malaysia didalam menegakkan Syariah Allah di-tanahair kita ini!

Alang kepalang berjuang menegakkan yang makruf, tidak berundur barang setapak demi Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam!

Takbir!!!

ALLAHU AKBAR!

18 comments:

Queen said...

setuju sepenuhnya!

onn said...

Media Perdana perlu diberi kursus di IKIM. Supaya mampu menulis secara waras...!!

The Boss said...

mari kita terus berjuang ats nama islam

Emmanuel said...

girl next to nazri junior quite cute, but the guy on top drinking beer looks a lot like MENJ, bro! :P

SAS - The Semutar Man said...

Takbir ! Allahu akbar !

Anonymous said...

Ironi Rela Kartika.
______________________________

Kepada Kartika yang terleka
menghirup dosa dicangkir noda
dibalik deru dan hempas angin
menyapu dingin pantai Cherating
ketika Kartika melepas kepingin
ada mata yang lapar terpancing.

Mengheret dia ke kamar bicara
dijatuh hukum kerana angkara
menghirup dosa dicangkir noda
…tak lah setimpal mana
cuma denda lima ribu Ringgit Malaysia
dengan sebatan enam sahaja.

Kartika terima dera dengan rela
terdetik untuk membersih dosa
eh, kenapa Sharizat yang gundah
Najib pula yang gulana?

Hishamuddin dalam cunggap ternganga-nganga
dengan sinis pula bersuara
“Pihak penjara belum bersedia!”, katanya.

Amboi, hilang keris hilang bengis
pasal arak semua menepis
mungkin takut bahana percedent durja
manalah tahu…
akan datang mereka pula yang kena?

Kartika terima dera dengan rela
terdetik untuk membersih dosa
eh, kenapa pula hakim leka durhaka
hudud Allah hendak dipersenda
dengan hukum entah apa-apa
berdalilkan akal dan nafsu segala?

Oh, inikah lagak musang berjanggut
dalam serabut menjaga gendut?

Kartika terima dera dengan rela
malang, ia tidak menebus dosa
tiada zawajir, tiada jawabir
yang ada hanya hukum si pandir.

Sejahil-jahil Kartika yang rela
jahil lagi pemerintah sekular mentadbir negara!

Dalam dakapan Ramadhan
1430 hijrah.

muslim warrior said...

tuan...dari mula lg kes ini diketengahkan,ana dah agak perkara ini akan berlaku...sesetengah akhbar2 dimalaysia hanya mencari keuntungan semata2..bukannya menyalurkan sumber yang benar dan telus...mereka ini x akan berubah.... tengoklah selepas ini..apa pula cerita yang diketengahkan...

Harimau-Menaip said...

Saya bersetuju dengan Tuan. Biarlah Kartika itu berkturunan Bani Hashim, kita peduli apa?

Kita peduli dengan nasib Agama Islam yang sering dipermainkan.

Anonymous said...

Insaf saya, tuan akan pendedahan ini....masya allah...semuga memberi kesedaran kepada mereka-mereka itu

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Queen.

Kebenaran mestilah kita nyatakan kerana jika ianya dibiarkan terpadam dek manipulasi pihak media perdana, kes Kartika ini mungkin lenyap dan dilupakan massa.

Insya Allah takkan hamba biarkan.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara Onn.

Perkara memutarbelit sesuatu isu atau kes ini selalunya ada sangkut paut dengan pihak orang berkepentingan didalam kerajaan.

Jika Kartika berjaya disebat, ianya akan menjadi asas titik tolak memburu dan menghukum pesalah pesalah tegar lain yang kebanyakan nya terdiri dari pihak bergelar.

Ini sebabnya kita wajib menegur pihak media yang memainkan isu ini sehingga lari fokus.

Saya rasa media perdana ini memerlukan tarbiyyah secara berterusan dari pihak berkuasa agama terutamanya pihak Kehakiman Syariah.

MAHAGURU58 said...

The Boss.

Inilah yang sedang saya dan rakan rakan didalam PEMBELA, ACCIN dan lain lain jamaah sedang usahakan.

Diharap Feckry turut serta.

Insya Allah.

MAHAGURU58 said...

Brother Emmanuel,

MENJ might be crazy at times but he is not into that sin.

He is a teetotaler and for you to infer that he is a drinker is not fair, bro.

I know the man.

He might not be your favorite Muslim but he has his principles and I respect him for that but he is nowhere near maksiat as the depicted chaps here.

May Allah bless him and his fiance with marriage soon.

Amin.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Haji Safian a.k.a. The Semutar Man.

Takbir!!!

Allahu Akbar!

Mudah2an keadilan tetap tertegak di bumi tanahair kita ini dan Syariah Allah dijayakan semua.

Amin.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan fikru.

Madah pujangga pribumi sejati,
Tanda karyawan Melayu tidak terus mati,
Mampu bangun mengetuk pintu hati,
Agar AdDeenullah terus diamati.

Walau silih zaman berganti,
Syariah Allah wajib ditaati,
Jika ada yang tidak menghormati,
Wajar dicantas, ditegur, diperhati.

Peringatan tuanhamba amat saya hargai,
Kerna tersirat dan tersurat isihati,
Musuh Islam wajib kita perangi,
Biar berlengkar jasad kita nanti.

Wassalamualaikum.

MAHAGURU58 said...

Muslim warrior, Tok Rimau dan Rammers,

Selaku Blogger Muslim, jatuh wajib diatas kita untuk menyanggah pihak yang cuba mengalih perhatian umum dari pelaksanaan hukum Syariah Allah.

Walau tidak seratus peratus menepati piawaian allah, namun kes sebat ini memainkan peranan besar didalam perjuangan menegakkan Syariah Allah di Malaysia.

Marilah kita bersama sama menegakkannya dengan menyokong pihak Kehakiman Syariah Malaysia.

muslim warrior said...

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Dalam persoalan arak ada sepuluh orang yang dikutuk kerananya iaitu pembuatnya, pengedarnya, peminumnya, pembawanya, pengirimnya, penuangnya, penjualnya, pemakan hasil wangnya, pembayarnya dan pemesannya ” riwayat anas....Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: ”Arak ialah setiap yang merosakkan akal fikiran.” riwayat al-bukhari & muslim....sumber jakim...renungkan hadith ini saudara-saudara ku....

Mohd. Rizal said...

Assalam wbt.

Banyak sebab mengapa media massa perdana dilihat sengaja mensensasikan isu ini.

Antaranya :
1. Meraih keuntungan. Selagi isu ini diperpanjangkan maka selagi itu masyarakat akan terus mengikutinya maka untungnya meningkat.
2. Arahan pihak atasan & pemerintah. Pemerintah yang tiada kekuatan samada dari segi teori atau amali untuk melaksanakan hukum ini masih tercari-cari kekuatannya itu. Takutkan sindiran pihak pembangkang jika tersalah lakukan melebihi daripada takutkan Allah swt jika tidak dilakukan.
3. Kejahilan dalam tuntutan beragama. Sebenarnya pihak media ini bukannya jahil dalam hukum-hukum agama cuma hukum-hukum agama ini akan diguna-pakai hanya jika menguntungkan mereka....inilah kejahilan yang sebenarnya iaitu melebihi dari 'bodoh'.
4. Tunjuk-ajar dan kekangan dari musuh-musuh Islam. Musuh-musuh Islam sebenarnya amat suka apabila melihat umat Islam dan negara Islam bersituasi sebegini. Kekangan ekonomi dan pengaruh perniagaan terhadap media-media massa kita memaksa mereka menerima tunjuk-ajar serta nasihat musuh-musuh ini di dalam menangani isu-isu sebegini.
5. Memakan diri sendiri. Semua tahu bahawa media merupakan medan terbaik menyampaikan dakwah kepada masyarakat....jika syariat Islam ini berjaya ditapakkan maka syariat-syariat lain juga akan mulai dibangkitkan di negara ini sehingga menjadi akhirnya terhukumlah syariat Islam secara total di Malaysia. Ini amat tidak disukai oleh musuh-musuh Islam yang menjadi penasihat dan pendokong media-media masssa ini. Selain daripada itu, ini akan menjadikan industri media yang kini berteraskan hiburan akan lingkup.....kuranglah keuntungan mereka. Juga mereka takut hukuman ini akan kena batang hidung mereka sendiri.

Wallahualam.