Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, September 18, 2009

Risalah Aidil Fitri - Panduan Merayakan Hari Kemenangan Umat Islam dan Larangan2 Nya.

Image hosting by IMGBoot.com
Sila klik pada risalah untuk membaca dengan lebih jelas. Insya Allah. Sila cetak semula dan edarkan!


Assalamualaikum Ya Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat yang dikasihi.

Alhamdulillah, kita kini hampir selesai mengerjakan ibadah puasa didalam bulan Ramadhan al Mubarak, bulan penuh kemuliaan bagi umat Islam tanpa membezakan akan warna kulit, pangkat kedudukan serta keturunan masing masing.

Allah Subhanahu Wa Ta'ala berjanji mengampuni segala dosa dosa kita melainkan syirik bagi kita yang berusaha menebus dosa dosa kita seandainya telah kita menyempurnakan tuntutan Ramadhan iaitu berpuasa Hanya Kerana Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan bukannya berdrama swasta untuk meraih perhatian dan sanjungan manusia!

Syukur Alhamdulillah, saya dapat risalah Aidilfitri ini yang ditinggalkan entah Hamba Allah yang tidak diketahui di Masjid Al Najihin selepas menunaikan Solat Terawih terakhir saya disana sebab esok pagi sesudah subuh dah berniat untuk memandu menuju kampong halaman saya di Pulau Mutiara.

Makanya sesudah membaca kandungan risalah ini, saya membuat keputusan untuk berkongsi risalah ini dengan anda para pembaca saya yang amat saya hargai.

Saya pohon supaya mana mana bloggers yang membaca risalah ini untuk menyalin dan memuatnaikkan ke blog tuan puan masing masing sebagai pedoman kepada mereka yang kurang faham akan suruhan dan larangan semasa Berhari Raya kelak!

Mudah2an kita semua di ampunkan Allah Azza Wa Jalla dan disucikan jiwa kita dari noda dan dosa! Amin Ya Rabbal Alamin.

3 comments:

Alizul said...

Satu risalah yang amat berguna untuk diri dan keluarga. Terima kasih.

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin kepada saudara dan keluarga.

Sila lawat blog baru saya: http://alizul2.blogspot.com/

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Alizul!

Segala puji bagi Allah Tuhan Maha Pengasih, Maha Penyayang!

Saya doakan saudara Selamat Berhari Raya bersama keluarga tercinta!

Berhati hati di jalanraya dan sentiasalah bertawakkal kepadaNya!

Imarahkanlah jiwa anda dengan Zikrullah sentiasa.

Insya Allah anda sekeluarga kan selamat di dunia dan akhirat!

Salam ukhuwwah seIslamiyyah dari saya!

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin.

armouris said...

hari raya ni jangan main mercun, bahaya untuk kesihatan!! banyak lagi panduan kesihatan tentang hari raya kat sini - Hari Raya @ Info-Kesihatan-Anda