Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, September 15, 2009

Siapa Sisters In Islam? oleh Lajnah Penerangan Dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Subang

Sisters In Islam (SIS) ditubuhkan pada tahun 1990, apabila Dr Amina Wadud dan sekumpulan wanita yang sealiran dengannya yang merasakan wanita Islam tidak mendapat keadilan dari segi hukum Islam, bersepakat untuk menubuhkan sebuah NGO bagi memperjuangkan hak yang didakwa mereka.

Zainah Anwar menjadi Pengasas dan ketua SIS.

Tujuan menubuhkan SIS diterangkan oleh Zainah: "We are fighting for justice, (for) an Islam that is just, an Islam that upholds the principles of justice, equality, freedom and dignity of the human being, be it man or woman. But certainly, given the experience that we've gone through, our focus is on the rights of Muslim women." (Ibid: 11).

Keadaan ini berlaku semasa Amina Wadud menjadi pensyarah di UIAM beliau meyusupkan idea dan fahamnya kepada sekumpulan wanita yang sealiran dengannya.

Contoh hak berpoligami bagi lelaki dan suami berhak memukul isteri yang nusyuz. Mereka mendakwa sebagai kelas dua dan dinafikan hak.

Kumpulan wanita yang tidak puas hati merasa bertuah mendapat seorang mentor yang berjiwa sealiran dengan mereka.

Ini terbukti dari ungkapan berikut: ``We were very lucky that we had (Muslim theologian and scholar) Dr Amina Wadud, who had arrived to teach the Quran in UIA (International Islamic University).

She was teaching the Quran and she had done her PhD thesis on woman and the Quran. And so she helped us to go through the Qur`an, to go through the words, grammar, vocabulary, world view, the Qur`anic world view.

So she helped us develop this methodology and it was a great engagement because she's a scholar. But we bring our activist background.`` (The Sun Weekend, July 17-18, 2004: 10).

Ungkapan di atas adalah dari Zainah Anwar yang dari pengenalan dan pengajian beliau bersama kumpulan wanita tersebut.

Laman web SIS pula menerangkan aktiviti mereka sebagai:

‘Sisters in Islam is at the forefront of the women's movement which seeks to end discrimination against women in the name of religion.

The group's activities in research, advocacy and public education help to promote the development of Islam that upholds the principles of equality, justice, freedom and dignity within a democratic state.

The group writes letters to the editor, issues press statements and submits memorandum to the Malaysian government to influence laws and policies and the debate within Islam on issues such as equality, dress and modesty, polygamy, domestic violence, right to guardianship, women as judges, Islamic Family Law and justice for women, ShariĆ¢h Criminal Law and fundamental liberties, and apostasy and freedom of religion.’

Di tengah-tengah kedahagaan mereka berhubung dengan maklumat keislaman, mereka bertemu dengan watak yang lebih banyak mempersoalkan Islam dari mematuhi Islam.

Pemikiran SIS SIS berfahaman dengan fahaman sekular dan liberalisme walaupun bertopengkan nama Islam pada organisasinya.

SIS dicengkam dengan gaya berfikir cetusan ‘Enlightenment’ di Eropah beberapa kurun yang lalu.

SIS membawa fahaman liberalisme dimana sekularisme menyokong kewujudannya dengan berjayanya ajaran sekularisme yang menyisihkan kehidupan agama kepada satu amalan peribadi, manakala kehidupan sosiopolitik dan ekonomi dibebaskan dari cengkaman agama (Kristian).

Keadaan ini berlaku apabila Eropah melalui zaman pencerahan atau 'Enlightenment' dimana kebencian terhadap peranan agama dizahirkan dengan perluasan fahaman yang menyeru kepada kebebasan mutlak dari cengkaman agama.

Perlu diingat, zaman pencerahan adalah satu zaman pemisah untuk membezakan ‘dark ages’ (kegelapan) yang dikaitkan dengan kemunduran kerana penguasaan institusi gereja ke atas sosiopolitik Eropah.

Keadaan ini terus terbawa-bawa oleh SIS yang mempersoalkan tentang :

1. ketidakadilan di dalam menghadapi hukuman di mahkamah syariah,

2. hak lelaki berkahwin lebih dari satu (poligami),

3. lelaki boleh memukul isteri yang durhaka,

4. tidak mempercayai Islam sebagai ideology politik yang boleh memerintah Negara,

5. mempercayai agama hanya sebagai nilai yang boleh mengawal politik, tetapi undang-undang dan hukuman bukan keseluruhan dari Islam,

6. menentang hudud,

7. menentang menahan orang yang mahu murtad dan hukuman terhadapnya,

8. menentang Negara Islam,

9. menentang penentuan dan pengawalan nilai ke atas masyarakat,

10.Negara tidak seharusnya mengadakan undang-undang atau polisi mengenai sexualiti yang mendiskriminasi dan membezakan dari segi hukuman dan berpegang pada kebebasan beragama (Ibid., 10-13).


Atas sebab inilah, tidak sukar untuk memahami pemikiran SIS mengapa SIS lantang menyerang sistem nilai Islam, termasuklah undang-undang syariah dan penguatkuasaan hukum Islam?

Disinilah SIS akan bertembung dengan sesiapa dan apa sahaja yang mahukan Islam, sebagai entiti peranan yang berwibawa, walaupun pihak tersebut adalah pihak kerajaan sendiri.

SIS adalah pejuang kebebasan individu yang membawa fahaman utilitarian dalam menentukan batasan 'akhlak' yang diizinkan. Utilitarian menganggap bahawa keseronokan maksima ‘maximum pleasure’ adalah pengukur moraliti.

Selagi ia menghasilkan keseronokan maksima, maka seseorang bebas untuk melakukan apa sahaja yang dikehendaki.

Fahaman ini menolak sebarang campur tangan mana-mana pihak menentukan bagaimana seseorang itu mahu dan boleh berseronok kerana kononnya ia adalah hak individu.

Mereka juga membawa pemikiran tuntutan persamaan hak ini di dalam sistem kekeluargaan.

Mereka memperjuangkan kebebasan berkeluarga, maka kehidupan berumahtangga yang berdasarkan agama menjadi longgar.

Kerana mengelak dari keterikatan, tanggungjawab dan beban yang ada dalam kehidupan berumahtangga, maka mereka memilih pasangan secara hidup bebas tanpa ikatan pernikahan dan fenomena anak luar nikah hasil dari penzinaan.


Gerakerja SIS:

Fokus sebenar langkah-langkah mereka ialah mempersoal, memperkecil dan meragukan masyarakat khususnya yang kurang pengetahuan mengenai pelaksanaan hukum-hukum Islam.

SIS menjalankan kerja menafsir Quran yang menyokong layanan sama rata wanita dengan menggunakan tiga taktik menggunakan media sebagai alat, menganjurkan bengkel dan menyebarkan maklumat melalui ceramah umum, diskusi, sesi latihan dan penerbitan.

SIS mengatakan bahawa hak wanita telah disalah ertikan oleh kaum lelaki.

SIS mendapat tumpuan media dengan menghantar lambakan surat kepada penerbit dalam akhbar-akhbar, sidang akhbar yang menghebahkan undang-undang berat sebelah, menulis dalam ruangan soal jawab dalam akhbar dan mengadakan sessi latihan untuk wartawan wanita.

Dengan cara ini SIS mendapat hubungan yang baik dengan pihak media dan dapat menggunakan media sebagai alat pendidikan.

Taktik SIS yang inovatif ini adalah sangat berguna untuk kumpulan-kumpulan yang ingin memajukan perjuangan hak asasi manusia dalam persekitaran kebudayaan atau keagamaan.

Kerjasama mereka yang bijak dengan pihak media boleh digunakan oleh kumpulan untuk mendapat suara yang kuat walaupun sumber dan peluang adalah terhad.

Antara memorandum yang pernah dibuat oleh mereka yang menimbulkan kontroversi dan bersifat mencabar Islam termasuklah:

1. Memorandum Perbandingan Rang Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003 dengan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri selangor) 1984 bertarikh 16 Mei 2003.

2. Memorandum On the Syariah Criminal Code (II) 1993 State of Kelantan bertarikh 25 December 1993.

3. Officers' Action Cannot Be Seen As 'Islamic' bertarikh 23 January 2005.
"Moral Policing Violates Qur'anic Spirit and Fundamental Rights" bertarikh 1 Februari 2005

5. ‘The State Has No Role in Policing Morality’ bertarikh 23 Mac 2005

Apa yang membimbangkan ialah gerakan ini dilindungi oleh pihak yang mempunyai kewibawaan.

Seperti yang dapat dilihat dalam ‘Kempen Satu Suami-Satu Isteri’ yang digagaskan SIS, pelancarannya dilakukan sendiri oleh arwah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Endon Mahmud, beberapa tahun dahulu.

Kita yakin bahawa kumpulan seperti SIS dan beberapa NGO seperti ini mempunyai konspirasi dan gerakan terancang untuk menghapuskan sistem nilai dan perundangan Islam melalui pendekatan pemikiran dan tuntutan yang dibuat oleh mereka.
















Siapa Dr Amina Wadud?


Kejutan yang dicetuskan oleh Amina Wadud menjadi khatib dan Imam sembahyang Jumaat yang diikuti makmum dari kalangan lelaki dan perempuan berjumlah dalam lingkungan 100 jamaah di sebuah Gereja di Universiti Commonwealth di New York membangkitkan kemarahan umat Islam seluruh dunia.


















Dr Amina Wadud pemegang ijazah Ph. D di dalam kajian al-Quran ini berpeluang mendapat tapak permulaan menyebarkan faham liberalnya terhadap Islam apabila berpeluang menjadi tenaga pengajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) 1989-1991 yang mengajar di Jabatan Revealed Knowledge and Heritage di universiti tersebut.

Amina adalah berlatarbelakangkan pendidikan liberal dan sekular. Walaupun bidang pengajian dan kajian berhubung dengan Islam dan menghasilkan buku 'Quran And Woman" dia dipengaruhi pandangan sekular dan mempersoalkan tentang hukum hakam yang ditafsirkan oleh ulama terhadap al-Qur`an dan juga Sunnah.

Beliau seolah-olah menganjurkan penentangan, bahkan pemberontakan terhadap apa yang disifatkan ketidakadilan terhadap wanita. Oleh kerana pemikirannya yang bersifat kontroversi mengenai masalah-masalah Islam, khidmatnya hanya sepenggal selama tiga tahun dan tidak disambung kontraknya.

Pemikirannya sudah tentulah disebarkan di kalangan pelajar-pelajarnya yang mengkuiti kursusnya sebagai Profesor di dalam Pengajian Islam di Commonwealth University di Virginia, di New York.

Sikap Amina yang tidak menyenangkan khalayak berhubung dengan persoalan Islam dapat dinilai dari peristiwa di mana beliau dijemput kepersidangan mengenai HIV/AIDS pada bulan Mei 2003 di Kuala Lumpur membentangkan kertaskerja di samping kertas-kertas kerja perwakilan peringkat antarabangsa termasuk dari Afrika mengenai bagaimana Islam seharusnya menangani masalah HIV/AIDS.

Dalam membincangkan tentang penyebaran wabak AIDS, Amina menuduh hukum keluarga Islam telah menyebabkan kuman HIV tersebar tanpa kawalan kepada para isteri.

Keceluparan Amina yang menyentuh soal akidah membuat 20 perwakilan, kebanyakannya dari Afrika, termasuklah dari Malaysia dan United Kingdom menentang kertas kerja Aminah dan mendesak pengerusi menolak kertas kerja Amina bahkan menolak Aminah dari menyertai persidangan.

Mereka mahu namanya dipadam dari rekod Persidangan selama lima hari Second International Muslim Leader`s Consultation On HIV/AIDS.

Sembahyang Jumaat berkhatib dan berimamkan wanita dengan makmun dari kalangan lelaki dan perempuan sebagaimana diperkatakan di atas memperlihat betapa Amina jauh menyimpang mempersoalkan hukum hakam Islam yang dianggap tidak adil terhadap wanita dan menurut pandangannya diletakkan sebagai kelas dua.















Siapa Zainah Anwar?


Zainah merupkan pengarah eksekutif SIS dan dia juga adalah merupakan ahli Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia.

Zainah berpendidikan Fletcher School of Law and Diplomacy, Tufts University, Boston University dan Institut Teknologi MARA, dalam bidang hubungan antaranbangsa dan kewartawanan.

Dia juga pernah menjadi Chief Programme Officer, Political Affairs Division, Commonwealth Secretariat, London; Freelance Writer; Senior Analyst, Institute of Strategic and International Studies, Kuala Lumpur; Political and Diplomatic Writer, The New Straits Times, Kuala Lumpur.

Dia juga pernah menerbitkan buku ‘Islamic Revivalism in Malaysia: Dakwah Among the Students’ yang menjadi rujukan beberapa pemikir dan universiti di negara ini.

Zainah Anwar sendiri pernah mengemukakan pendapat mengenai golongan profesional Melayu wanita yang tidak berkahwin.

Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot.

Lelaki Melayu kata beliau masih dibelenggu dengan pemikiran kolot yang memaksa isteri untuk melakukan tugas-tugas tradisional yang membosankan.

Isteri terus dilihat sebagai kilang pengeluar zuriat, petugas dapur dan buruh rumah tangga tanpa bayaran yang membeban dan membosankan, katanya.

Berasaskan kenyataan ini kata Zainah beliau sendiri memilih untuk tidak berkahwin dan bertekad untuk terus hidup membujang tanpa suami.

Pemikiran ini yang mencabar hukum-hukum Allah ini dinyatakan dengan jelas oleh intelektual Melayu ini dalam tulisan beliau Ending of Patriarchy yang disiarkan dalam majalah Time keluaran 10 Mac 2003.

Tulisan ini mencabar hukum-hukum Islam semasa yang didakwa Zainah sebagai hukum ciptaan ulamak lelaki dan bukannya hukum sebenar daripada Allah SWT.

“Saya tidak percaya bahawa Tuhan memberi kuasa kepada suami untuk memukul isteri, dan hukum bahawa seorang isteri yang mengongsi suka duka bersama suami mendapat hanya satu perlapan daripada harta yang mereka usahakan bersama apabila kematian suami,” katanya.

Para ulama' kata Zainah mengada-adakan hukum bahawa hak menceraikan isteri adalah hak mutlak suami tanpa soal dan si suami boleh mengambil isteri kedua, ketiga dan kempat sesuka hati.

Antara kenyataan-kenyataan Zainah yang bersifat menghina Islam termasuklah: "They have been socialized to accept that the religious authorities know best." Source: Zainah Anwar, "Modern, and Moderate, Islam," Asiaweek, September 16, 1997, p. 34.

"I don't see any contradiction in that." Source: Zainah Anwar quoted by Anthony Spaeth, "Trouble in Purdah," Time International, April 8, 1996, p. 2 of online version.

“Well to me it’s a question of choice. Islam does not believe in force. And freedom to wear what you want to wear, I mean to recognise that right, I think it’s important, and faith imposed by coercion to me is not faith.” Zainah Anwar quoted when asked whether SIS had gone far from the real teaching of Islam? www.umnoreform.com/arkib_ogos.htm.26 April 2005

Sumber : Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Pemuda PAS Subang.

*****************************************************************

Pandangan saya :

Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh.

Saudara saudari yang saya hormati.

Islam adalah Ad Deenullah yang diwahyukan terus dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada makhluk ciptaanNya yakni manusia.

Bilamana Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan manusia pertama iaitu Ayah Kita @ Sayyidina Adam Alaihis Salam, lelaki pertama dan Khalifah Allah ke atas sekelian kehidupan lain di atas muka bumi ini termasuk yang hidup didalam air, makanya kedudukan lelaki itu sudah termaktub sebagai pelindung terhadap sekelian kehidupan didunia ini.

Kemudian Allah Subhanahu Wa Ta'ala menciptakan pasangan bagi Adam Alaihis Salam iaitu Ibu Kita @ Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha bagi melengkapkan hadirnya Adam Alaihis Salam sebagai Khalifah Allah dibumi yang fana ini.

Adam dan Hawa diciptakan sebagai satu pasangan, saling lengkap melengkapi diantara satu sama lain. Tidak akan ujud sekelian kita dimuka bumi ini jika tidak diciptanya Allah Subhanahu Wa Ta'ala akan pasangan Ayah dan Ibu kita semua dengan segala kesempurnaan yang ada.

Dilengkapi jua dengan ilmu pengetahuan yang di ajar terus dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala kepada Ayahanda Kita Nabi Adam Alaihis Salam dan di ajar pula oleh Nabi Adam Alaihis Salam akan Ibu Kita Sayyidatina Hawwa Radhiallahu Anha dengan ilmu pengetahuan yang diperlukannya.

Ada perkara perkara yang hanya kaum lelaki boleh lakukan tetapi tidak oleh kaum wanita dan begitu juga disebaliknya.

Dewasa ini timbul keadaan dimana puak puak seperti SIS mempersoalkan fitrah semulajadi hakikat kehidupan manusia dengan menuntut itu dan ini sehingga sampai ke tahap berani mencabar Sunnatullah!

Nasib mana mana perempuan yang tidak mahu mempersuamikan lelaki dengan alasan mereka berfikiran kolot dan sebagainya hanya akan mensia siakan keujudan dirinya sebagai seorang wanita dimuka bumi ini.

Ianya bagaikan sekuntum mawar yang berputik, kemudian kembang dan dibiarkan kering layu di atas tangkainya.





























Tidak dihisap madunya dan diperdebungakan oleh sang kumbang ; akhirnya akan kering hancur layu jatuh kembali ke bumi dan hilang dari alam nyata.


Sama sahaja dengan wanita seperti yang disebutkan oleh Dewan Pemuda PAS di atas sanggup menidakkan fitrah Ilahi ke atas mereka.

Jika kepuasan seksual di idamkan wanita wanita ini, apakah akan dilakukan mereka?

Adakah dengan mempersuamikan 'dildo' @ perkakas buatan manusia menyerupai alat kelamin lelaki atau bertindak lebih dari itu iaitu melibatkan diri dengan seks rambang diluar nikah bagi tujuan pelampiasan nafsu serakah mereka?

Iya mungkin? Tetapi sampai bila dan apakah natijahnya terhadap maruah dan kehormatan diri mereka?

Mungkin di negara barat seperti Amerika Syarikat, UK dan Eropah, kelakuan seperti itu menjadi perkara biasa bagi kebanyakan masyarakat Barat yang sudah hilang nilai moral dan sosial mereka.

Tetapi bagaimana pula penerimaan masyarakat Timur disini yang masih tahu menghargai institusi kekeluargaan mengikut fahaman agama masing masing?

Masyarakat Cina sudah semakin longgar didalam mengekalkan institusi kekeluargaan mereka tetapi Melayu, India, Sikh dan lain lain masih utuh pegangan agama dan adat resam mereka.

Apakah nasib wanita wanita liberal dan sekular ini?

Saya hanya melihat kebanyakan dari mereka hidup membujang, menghabiskan sisa sisa hayat mereka dengan kerugian. Kerugian kesunyian dan akhirnya mati tanpa meninggalkan zuriat.

Keturunan keluarga mereka bertitik noktah dengan keluarnya nafas terakhir dari jasad jasad mereka yang akan di sambut tanah kubur dengan azab sengsara akibat dari penderhakaan mereka terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan engkar terhadap Suruhan Allah Tuhan Maha Pencipta dan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Ini saya simpulkan akan nasib wanita wanita ini yang kononnya beragama Islam.

Jika yang bersikap sebegitu adalah wanita kaffir, kita tak nak ambil tahu. Itu pilihan mereka yang terang terangan bukan Muslim jadi tak payahlah kita nak memeningkan kepala, risau akan masadepan puak begitu?

Namun, sebagai blogger, hanya peringatan sebegini sahaja mampu kita lakukan. Terpulang kepada `Ulul `Amri untuk melaksanakan hukum syariah keatas puak pelampau agama ini.

Ya, mereka ini melampau didalam penghayatan agama dengan memasukkan unsur unsur liberal dan sekularisma didalam hal ehwal agama Islam didalam negara ini.

Ada peruntukan undang undang bagi menangani masaalah ini.

Soalnya adalah sepertimana tuan puan sedia maklum, Ketua Ketua Agama Negeri dan Negara yang dok ada jenis Yakpur Salam!

Sama kes dengan mengharapkan pagar ; pagar mentekedarah padi atau buat derk je kat padi!

Macamana lah tikus seperti ini tak berpesta pora sesuka hati?

Entah lah manusia...

Akan sedar ke tidak puak puak ni atau tunggu je saat sakaratul maut nanti?

Wallahu `alam bissawab.

Anak anak muda yang dok baca ni, harap ambil perhatian dan jauhkan diri dari puak puak yang sengaja mencari nahas dengan engkar terhadap Sunnatullah!

Percayalah! Takde faedahnya dok degil macam nak mampos ni!

Tak guna menyesal bagai nak rak bilamana ruh dah sampai kat kerongkong?

'Time tu' sorry....its too late baby! :)

Sementara masih muda dan sihat wal`afiat tu, bernikah lah kamu. Nescaya kamu kan selamat!


























Mahaguru58 tak pula mengesyorkan tuan dan cik puan kahwin tanpa usul periksa!

Cari yang sesuai dengan tahap intelek masing masing. Cari yang sesuai sebab nak hidup bersama bukan untuk sehari dua. Kita nak hidup bahagia bersama. Nak bergurau senda, sembang segala benda. Nak kongsi idea, tanya pendapat, mengadu hal, bermanja dan sebagainya.

Seronok hidup berkahwin ni tetapi pasangan kena 'best' aa. Tak guna gi kahwin terburu buru kemudian meredap 'makan hati berulam jantong' sepanjang hayat, menyesal tak sudah!!!

Mahaguru58 tak tahu le samada si Amina Wadud, Zainah Anwar & Gang ni pernah kecewa dengan teman lelaki mereka jika ada?

Sampai 'frust' dan 'give up' beriktikad tak nak nikah?

Kesian kan?

Mahaguru58 berdoa lah sempena hari baik bulan baik ni supaya ahli ahli Sisters in Islam dilimpahi 'Nur Ilahi' dan ketemu jodoh masing masing, bertunang dan bernikah nanti bila sampai seru!

Mari kita sama sama aminkan do'a Mamu!

Amin! Ya Rabbal Alamin.

Manalah tahu?

Berkat kita dok berpuasa ni , Allah sudi perkenankan?

Insya Allah!

Tok tok guru, Ustaz Ustaz, Al Fadhil, Sahibus Samahah yang dok ada kena lah guna 'approach' @ pendekatan yang baik dan boleh di terima pakai didalam menegur Sisters in Islam ni!

Takkan dah lupa kot cara cara nak tackle 'marka'?

Tak salah eh guna kaedah yang boleh digunapakai didalam menawan hati manusia demi menyeru mereka ini kembali ke jalan Allah!

Pihak berkuasa agama kat negara kita ini macam dah kena kes sembelit.

Muka sorang sorang serius macam tak 'clear system' seminggu!

Cengeh tak tentu arah!

Macamana le Sisters in Islam nak layan? Tengok pun menyampah kot?

Asyik dok 'smash' mereka tak sudah sudah.

Cuba buat macam P.Ramlee.. hehehehe..

Ayat kena susun elok elok.

Bagai menarik rambut dari tepong.

Rambut jangan sampai terputus ; tepong jangan sampai berselerak!

Kena ada cara beb!!!

Kita ni kalau nak berdakwah, kena ada ilmu pemikat. Memikat hati manusia.

Jika hati dah tertawan, yang lain lain tu bisa di atur.

Tengok style 'hero bunga' Jawa tu. Al Ustaz Dr.Fadhilah Kamsah.

Sentiasa senyum memanjang. Dia smash skit, pujuk skit! Barulah orang tak lari!!!

Ini tidak serius memanjang, macam baru telan jadam!!!

Mamu pun akan lari juga....malas nak layan. :P

Hehehehe...

Hendak seribu daya Syeikh! Tak hendak? Sorry lah...buang masa je nak nasihat!

Mudah2an dapat perhatian yang berkenaan.

Selamat berpuasa ; jangan nambah dosa. :D

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

8 comments:

qariah kg bermban said...

Salam tok mahaguru.

bagus komen tok. saya suka. setuju juga.

nak komen sikit pasal 'hero bunga' tu. memang setuju pun dengan stail ceramah dia, khasnya pasal bab nak ambik hati dan pikat hati laki2 dan perempuan.
saya berpendapat memang berkesan sungguh tunjuk ajar beliau. mau tidak, anak buah dia pun guna ilmu ambik-mengambik hati lelaki sampai tersangkut ngan laki orang beb! pecah tembelang satu hari, kecoh sebab bini kepada lelaki tu dapat story pasal laki dia ada affair ngan anak buah beliau. yang parahnya, anak buah dia dah kahwin. so, laki orang ngan bini orang punye hal ler..dah, dua2 gatal dan miang, tanggunglah sendiri kan.. kan..

pada pandangan saya, ilmu yang baik itu memang boleh disalahgunakan oleh hati2 yang rosak.
dan, kadang2 kalau terlebih2 sangat nak bukak rahsia memikat hati antara lelaki dan perempuan boleh menyumbang kepada keruntuhan rumahtangga oranglain.

baiklah dihentikan ceramah2 dan siri2 tv pasal mencungkil rahsia itu dan ini. bukan semua jenis manusia boleh diturunkan ilmu rahsia ni. yang layak dan matang otaknye je yang mampu membawa ilmu rahsia ni.

betul tak tok?

Maverick SM said...

Hi Mahaguru,

Selamat Berpuasa. Selamt Hari Raya Adilfitri.

BTW I had tag you on an article today at my blog.

mutakalim said...

salam,
saya doakan agar SIS mengubah hala tuju perjuangannya menjadi gerakan yang menceritakan kebaikan poligami dan berkahwin. Dan apa2 objektif penubuhannya yg tak baik bertukar kepada baik. Dan presiden dan ahli2nya semua berkahwin, berpoligami, dapat ramai anak.
Saya doakan juga agar semua mereka menutup aurat, memakai purdah dan mendakwahkan kepada wanita lain kepentingan aurat, purdah.
Didoakan juga semoga 'semua' orang Islam termasuk ahli2 SIS memohon ampun dan bertaubat kpd Allah dan dapat masuk syurga Allah pada hari akhirat nanti. Amin.
Saya rasa ahli2 SIS orang baik2 tapi ada tersilap dari segi kefahaman agama, itu boleh dibetulkan, semoga Allah memberikan taufik dan hidayat.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam qariah kg bermban,

Soal ilmu berdakwah ini bukan semua orang yang sanggup mengajar kepada orang lain kerna setiap individu mempunyai cara 'approach' yang berbeza.

Ada yang membanggakan diri mempunyai kebolehan menyampaikan sesuatu dengan gaya berlawak, bergurau senda dan membuat orang ketawa tetapi ada kemungkinan cara sebegitu mungkin tak lekat dihati insan insan yang diketemuinya.

Cara bengis bengis macam gaya dahulu sudah tidak berkesan lagi.

Masyarakat awam zaman ini sudah ramai yang celik IT dan tahu akan serba serbi tetapi dari segi kefahaman agama secara ilmiah dan praktikal memang agak kurang golongan yang mahu cenderung ke arah itu.

Maka tinggal lah segolongan ahli agama yang masih berfahaman bahawa cara lama mereka menyampaikan ilmu itu adalah tetap terbaik dan enggan berubah mengikut keadaan zaman.

Disini lah terletaknya titik tolak berbeza diantara ulama yang tahu tentang hukum hakam agama tetapi kurang ilmu menawan dan memikat hati masyarakat untuk hampir dan mengenali sekelian cabang ilmu sebegitu.

Hasilnya?

Ujud jurang amat dalam di antara ulama dan ummah.

Barangsiapa di antara ahli agama yang cuba untuk menghampiri masyarakat umum dengan gaya dan cara autokratik mereka pasti kan gagal didalam misi dan visi mereka.

Saya pernah menasihati beberapa imam supaya mereka merubah gaya penyampaian khutbah Jumaat mereka dari sudut sentiasa tegas dan bengis kepada gaya yang lebih mesra ummah namun agak susah untuk melentur buluh buluh tua gini.

Namun, kita tak boleh 'give up' begitu saja. Pokoknya terpulang kepada usaha kita. Buluh tua pun jika direndam dengan larutan yang sesuai tetap kan boleh dibentuk jua. :P

Mahu tak mahu je.

Doakan saya berjaya didalam mujahadah saya mengajak ahli agama mengubahsuai cara mereka menjalankan misi dakwah masing masing ke arah yang lebih mesra ummah.

Insya Allah, umat Islam kan lebih terdorong menghayati ajaran ajaran Islam.

qariah kg bermban said...

Amin ya rabbalalamin.

Mungkin masyarakat kita patut melihat dan mendengar cara bercakap sebagaimana sheikh yusuf estes bercakap. menggunakan perkataan yang mudah difahami dan nada yang lembut dan bersahaja dengan muka yang selalu tersenyum. macam tok mahaguru juga, saya lihat suka tersenyum.

doa saya buat tok didalam usaha dakwah tok semoga berterusan dan mendapat kejayaan besar hendaknya.
Amin.

Salam tok, dan selamat menyambut aidil fitri.

al-lavendari said...

"Zainah menyifatkan kebanyakan golongan terpelajar Melayu tidak memilih untuk berkahwin bukan kerana tidak ada jodoh semata-mata tetapi kerana menolak berkongsi hidup dengan lelaki yang dianggap kolot".

Saya ingin berhujjah dengan menggunakan logik akal sahaja disini. Andainya semua wanita bersetuju dengan pemikiran itu, dan bertindak tidak mahu berkahwin dan beranak pinak, maka dalam masa kurang dari 100 tahun dari sekarang akan tiadalah seorang pun manusia di muka bumi ini. Saya tahu bukan semua wanita berfikiran begitu. Just to proof may point sahaja. Contohnya mudah sahaja, katalah kita ada 10 ekor lembu betina dan seekor lembu jantan, dan andaikan semua lembu betina itu tak mahu mengawan, maka selepas habis semua lembu2 itu mati, tak akan adalah lembu2 lagi di kandang kita. Nasib baiklah lembu2 tu tak berfikir macam orang yang Mahaguru sebut tu. Kalau tidak, raya ni tak makan daging lembulah kita!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum qariah kg bermban.

Hidup kita didunia ni sekejap sahaja.

Tok Mamu rasa tidak ada gunanya kita bermasam muka sentiasa walaupun kekadang ada ramai warganegara ini yang marang perapu keponden parang sekeper menaikkan darah kita dengan kelakuan mereka yang memang tak boleh diterima!

Jadi Tok Mamu cuba sedaya upaya untuk menenangkan diri lebih lebih lagi di dalam bulan Ramadan nan mulia ini.

Doakan saya agar dapat terus begitu. Insya Allah!

MAHAGURU58 said...

al-lavendari.

Nampak gaya kita kena biasakan makan kambing lah pula ya?

Entah lah! Kadang kadang rasa macam nak 'give up' je menasihati puak puak ini tetapi tak sampai hati lah pula?

Kita hanya mampu menegur je ; yang degil keras kematu, kita kena bior aje lah.

Ikut suka masing masing nak jadi tua kertu ke apa?