Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, October 31, 2009

Biar ummah hancur ; janji kita dapat kuasai negara?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya merujuk kepada 'perang saudara' yang sedang berlangsung sejak sekian lama didalam negara kita ini di antara dua parti politik terbesar umat Islam Malaysia iaitu UMNO dan PAS.

Di kedua dua belah pihak parti politik yang rata rata ahlinya terdiri daripada majoriti kaum berbangsa Melayu beragama Islam dan sebilangan kecil bangsa bangsa lain seperti India, Cina, dan sebagainya ujud satu perasaan hasad dan dengki mencemburui pencapaian politik satu sama lain.

Yang menjadi penghalang utama kedua parti politik ini bergabung adalah rasa takbur dan ego tahap melampau.

Ego mendabik dada bahawa parti sekian lah yang lebih Islam dari yang lain tetapi di waktu yang sama kedua dua parti gagal menegakkan Syariah Allah didalam ertikata dan pengamalan yang sebenar!

UMNO sejak sekian lama masih gagal menegakkan Undang Undang Syariah Islam sebenar padahal bila kita kaji betul betul, ternyata mereka mampu berbuat demikian jika benar benar mereka ikhlas mahu melihat Islam didalam negara kita dipandang mulia dan disegani oleh baik sesama Islam mahupun rakyat kita yang masih kafir.

Kuasa yang ada pada tangan Sultan Sultan dan Raja Melayu walaupun terhad masih merangkumi keupayaan menegakkan Hukum Hakam Islam selengkapnya tetapi sayangnya masih diperingkat bayang bayang dan tidak ditegakkan menurut perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan menurut tuntutan Sunnah Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Kita semua tahu bahawa Hukum Syariah didalam negara kita ini tidak mencapai piawaian Allah Subhanahu Wa Ta'ala didalam ertikata sebenar benarnya.

Mahkamah Tinggi Syariah kita masih terbelenggu dengan seribu satu kerenah birokrasi dan tidak mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah pesalah jenayah Syariah mengikut hukum Hudud Allah.

Nak jalankan hukum sebat 6 kali sebatan ke atas Kartika Sari Dewi Shukarnor pun sampai sekarang masih terkial kial bagaikan kura kura patah kaki!

Macamana pihak kafir dinegara ini nak segan terhadap para penguasa di Malaysia yang kononnya mahu menerapkan nilai nilai murni Islam ke atas rakyat amnya?

Bila orang yang mengaku berkuasa ke atas kita memberi seribu satu alasan tidak mampu untuk menjalankan Syariah Allah keatas penduduk negara kita yang kononnya salah sebuah negara Islam termaju didalam dunia ini, siapa yang boleh kita harapkan lagi?

Begitu juga dengan PAS.

Kerajaan Negeri Kelantan Darul Naim yang digembar gemburkan sebagai 'Serambi Makkah' juga sampai kehari ini gagal menegakkan Syariah Allah walaupun sudah memerintah negeri dimana penduduknya bermajoriti Melayu Islam sejak 1990.

Kesemua ini dikatakan tertakluk kepada kuasa Parlimen dimana memerlukan undi majoriti untuk meluluskan sebarang pindaan terhadap Undang undang Tubuh Negeri untuk menukar sistem perlembagaan dari sekular kepada yang berlandaskan Syariah Islam.

Memang dah begitu cara penjajah British dahulu merangka dan memaksa keatas Sultan sultan dan Raja Melayu sekiranya mahu merdeka dari penjajahan mereka.

Soalan saya sekarang, apakah tidak ada ruang dan cara untuk negara ini yang kononnya sudah benar benar Merdeka untuk merdekakan diri didalam ertikata sebenar benarnya dan kembali menegakkan Hukum Kanun Melaka yang berlandaskan Syariah Allah?

Zainol Abideen @ Mahaguru58
Kuala Terengganu.
Sabtu 31hb Oktober 2009.

12 comments:

^inas^ said...

bile sebut pasal hudud teringat berita acheh baru2 ni.. "BANDA ACEH – Masyarakat Islam di wilayah autonomi Aceh yang ditangkap kerana berzina berhadapan hukuman rejam sampai mati. Turut diluluskan ialah hukuman kepada peminum minuman keras, pengamal homoseks dan perjudian."

tuan,
diorg yg tuan dok sebut2 tu, tak nak ade 'fikir dan risau' tentang umat ke?

Zanie said...

Seperti kata seorang ustaz tersohor Terengganu masa kini, Ustaz Azhar, kewajipan mendirikan negara Islam yang mengamalkan perundangan dan pemerintahan Islam adalah wajib terpikul di bahu semua muslim. Oleh itu bila ada pihak yang berjuang menegakkan syiar Islam, berjuang mendirian sebuah negara Islam, maka kita tiada pilihan. kita wajib menyertainya sebagai wadah mencapai cita-cita yang menjadi kewajipan umat Islam itu.

Dalam soal ini pihak manakah yang nampak jelas memperjuangkan Islam? Pihak manakah, pemimipinnya lebih mirip kepada sunnah rasulullah sama ada dari segi akhlak dan pakaian serta pergaulan dalam kehidupannya? pemimpin mana? PAS atau UMNO?

Ingatlah Datuk Nik Aziz pernah melaksanakan draf hudu Kelantan dan mohon diluluskan di peringkat parlimen, naum apa kata mahathir? Begitu juga dengan tuan Hj Abd, Hadi Awang. Malah draf hudud Terengganu sudahpun mendapat kelulusan sultan dan dewan negeri. Namun kemana dra itu selepas BN mengambilalih?

Mengapa kerajaan persekutuan berpusat di Putrajaya gagal meluluskannya?Mengapa menggunakan hambatan perlembagaan ciptaan Lord Reid dalam menafikan hukum Allah yang wajib ini? Mengapa?

Saya lebih rela malah amat berharap negeri Terengganu dapat berpisah dari Malaysia jika itu dapat memastikan hukum Allah tertegak di bumi kami ini!Malaysia adalah satu bentuk penjajahan yang baru selepas British!

azharjaafar said...

Pemimpin adalah hasil dari amalan rakyat.

Rakyat beriman dan beramal soleh, Allah jadikan pemimpin beriman dan beramal soleh.

Rakyat menzalimi diri dengan mengkufuri Allah, Allah naikkan pemimpin zalim untuk menambah kezaliman keatas mereka.

Asasnya iman dan amal soleh. Wallahua'lam.

syahir said...

Salam tuan,
pada pendapat saya, kalau hendak seribu daya, xhendak seribu dalih.

itu sahaja tuan, sekian dan terima kasih.

SHAH said...

salam
selagi mana masing2 inginkan kuasa dan kepentingan umat dibiarkan, selagi itu prpaduan sesama umat Islam payah untuk diketemukan.

kembara putih said...

Parti2 politik terjun dalam pilihanraya tentulah nak kuasa, kalau sekadar nak tegur2 kerajaan baik dia jadi NGO saja. Bila dapat kuasa memerintah Malaysia contohnya barulah dapat dimartabatkan Islam pada tempatnya, badan kehakiman dibebaskan dari pengaruh Eksklusif, SPRM, PDRM dan SPR boleh dibenarkan bekerja secara profesional dan tidak senget sebelah lagi. Ketelusan dan integriti barulah boleh didarjatkan. Menyedari hal inilah rakyat berpusu-pusu mengundi PR pada PRU lepas.

mulutmelayu said...

ustaz,

sebagai seorang Muslim yang mengamalkan 'Amal Makruf Nahi Mungkar' persoalan2 berikut selalu bermain di fikiran saya:-

1. Adakah hukuman 'rejam penzina hingga mati' itu hukuman Islam?

Persoalan ini berbangkit kerana saya dapati terdapat hukuman rejam sampai mati terhadap penzina (fornication/adultery) dalam Taurat (kitab orang Yahudi) dan Injil (kitab orang Nasrani)[Rujukan Old Testament dan New Testament dalam Bible] tetapi tiada plak hukuman ini dinyatakan dalam al-Quran.

2. Negara-negara Islam/penduduk bermajoriti Muslims manakah yang telah mengamalkan dan belum mengamalkan hukum 'Hudud' ini?

Berhubung "Enakmen Hudud Kelantan' sebagaimana saya faham TG Nik Aziz belum lagi menggazetkan tarikh kuatkuasa pemakaiannya hingga ke hari ini sebagai satu undang-undang yang sah (valid statute) manakala 'Enakmen Hukum Hudud Trengganu' plak telahpun digazetkan tarikh pemakaiannya oleh TG Hadi Awang dulu walaupun terdapat sedikit perbezaan senarai hukuman 'hudud' dibandingkan dgn 'Enakmen Hudud Kelantan' itu.

Sebagaimana saya pelajari tentang undang-undang Malaysia plak, untuk melaksanakan 'hukum Hudud' di Malaysia ini, pindaan kepada Perlembagaan Malaysia MESTI dibuat dengan kelulusan dua pertiga jumlah MP dengan mengubah bidangkuasa agama Islam kepada Persekutuan, tidak lagi kepada Raja-raja Melayu/negeri-negeri berkenaan (bukan lagi bidangkuasa negeri). Peruntukan lain yang bersangkutan MESTI juga dipinda untuk maksud melaksanakan hukuman hudud terhadap orang2 Islam di Malaysia ini.

Memandangkan Kerajaan BN yang diketuai oleh UMNO sehingga hari ini tidak pernah mengusulkan Rang Undang-undang (Bill) Hukum Hudud Malaysia, saya percaya PAS patut mengemukakan Private Bill Hukum Hudud Malaysia di Parlimen. Saya juga percaya semua MP Muslims UMNO akan menyokongnya sebagaimana sokongan padu ADUN UMNO dalam meluluskan Bill Hudud Kekantan dan Trengganu dulu.

sekian, terima kasih

ziarah76 said...

salam mahaguru58,

pendapat saya, jangan kita suka salahkan pemimpin kerana sebenarnya orang UMNO bagus, orang Pas pun bagus, PKR bagus.
Masalah yg timbul adalah kerana asbab amalan orang Islam kerana kita secara umumnya masih belum dapat mengamalkan ajaran agama dgn sempurna waima yg asas.
Dalam soal yang basic seperti solat pun, begitu ramai yang cuai meninggalkannya. Maka kalau perkara yang asas pun tak dapat dibuat (padahal takde mana2 pihak di Msia menghalang solat, kalau ada kes terpencil), maka tak hairan untuk memperjuangkan yang lebih daripada itu menemui kesukaran amat sangat.
Maka jika ada orang nak menegakkan hukum2 sudah barang pasti kerana kelemahan iman orang Islam, maka sebahagian orang Islam juga yang mula2 mempertikaikannya atas alasan yg pelbagai mengikut kepentingan masing2. Orang bukan Islam akan lihat, jika org Islam sendiri ada yg tak setuju dgn hukum Islam maka kenapa pulak mereka yg bukan Islam nak bersetuju?
Ini kelemahan iman dan amal orang Islam. Keyakinan kepada Allah dan sunnah Nabi SAW dlm kehidupan.
Janji Allah, ialah jika penduduk sesuatu negara beriman dan bertaqwa maka Allah akan turunkan rahmat dan bantuan, sebaliknya jika amal orang Islam rosak maka Allah akan turunkan musibah kepada penduduk muka bumi dan yg terkena adalah semua termasuk orang alim, org alim2 kucing, org fasik dan sebagainya.
Allah lihat amal-amal orang Islam. Masa Nabi SAW dlm perjalanan israk mikraj, Nabi telah lihat sesuatu bercahaya naik ke langit dan diikuti sesuatu bercahaya turun ke bumi. Bila ditanya, jibril bagitau, itu adalah amalan orang Islam yang soleh naik dengan bercahaya maka turun rahmat dan kebaikan bercahaya ke penduduk bumi.
Dalam hadis sahih, Nabi SAW bersabda, apabila umat Islam mengagung2kan dunia maka kehebatan Islam akan tercabut, bila mereka meninggalkan amar maaruf nahi mungkar maka mereka akan terluput drpd keberkatan wahyu, bila mereka caci mencaci satu sama lain maka mereka akan gugur drpd pandangan Allah (Tirmizi).
Jika amalan orang Islam buruk, maka ia boleh jadi asbab musibah utk mereka.
Jika maksiat, zina berleluasa, Allah akan datangkan bencana alam, gempa bumi etc, jika orang Islam tak bayar zakat maka Allah akan tahan hujan, rosakkan tanaman (maka harga barang naik sbb demand food increase, supply decrease), jika umat Islam tidak menyeru dan mengamalkan amal soleh maka Allah akan datangkan pemimpin yang zalim.
Ini adalah akibat tangan2 manusia sendiri.
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum jika mereka sendiri tidak akan mengubahnya.
Apa yg perlu ialah mengubah amal manusia kepada kesolehan dan kesolehan datang bila ada iman yg kuat.
Maka usaha atas iman adalah penting dilakukan oleh semua orang Islam sama ada dia PAS, UMNO, PKR, Melayu, Cina, India, Amerika, Jepun, Rusia, Eropah..etc sama ada org berpangkat, pemimpin atau orang biasa, berpelajaran atau tak berpelajaran. kalau kita nak mengharap orang lain seperti pemimpin atau parti tertentu untuk berbuat sesuatu tetapi kita hanya releks je maka tak jadi juga, sebab setiap individu ada sumbangan kepada agama dan dalam kubur malaikat akan tanya manusia yg masuk kubur bukan Pas, UMNO atau apa2 organisasi sebab organisasi ni takde yg dimasukkan ke kubur. Tetapi orangnya itu.
Jadi semua kan buat usaha agama yg hak. Ini bukan usaha kumpulan, kelab tertentu, ini adalah usaha semua orang Islam. Usaha dakwah yg hak akan menyatupadukan orang Islam atas satu kalimah yg akan mengislahkan amalan kita dan Allah akan mengampunkan dosa kita.
Dgn cara itu, kita akan mendapat keselamatan di dunia dan akhirat.
....alamak sorry la terpanjang, ini semua Mahaguru pun dah tahu. he he.
Wallahualam. ini sekadar pendapat saya saja.
http://ziarah76.blogspot.com/2009/08/selesaikan-masalah-dgn-perantaraan-amal.html

Anonymous said...

salam

Saya nak tambah sedikit. Kita nak hukum hudud dilaksanakan tetapi

(1) Nak haramkan arak di kawasan majoriti Melayu pun susah (banyak polemik)

(2) Nak buat tangkapan khalwat pun banyak polemik

(3) Nak buat pengasingan lelaki dan perempuan di kaunter pasaraya pun banyak polemik

(4) Ramai lagi terlibat meminjam/melabur/menggunakan sistem riba' padahal alternatif banyak. Ingat dosa terlibat dalam riba' bukan sebarang dosa.

(5) Belum lagi cakap pasal kembali merujuk pada ulama' (yg hanya memberi fatwa bukan atas kepentingan politik). Boleh pilih-pilih pula fatwa, kalau kata Yoga haram, banyak pula polemik dan 'songeh'nya. Bila cakap tak payah sumpah untuk orang2 tertentu dalam kes2 tertentu, sealiran dengan halwa politiknya maka disokongnya, dsb

(6) Soal nak benarkan/mengharamkan penggunaan 'Allah' sebagai ganti Tuhan dalam kitab2 agama2 tertentu pun banyak songeh nya

(7) Saudara-saudari yang budiman boleh tambah lagilah, nak menunjukkan iman kita tahap mana kesediaan kita nak buat hudud. Hatta Taliban di Afghanistan di dalam masyarakat yang suasana beragama lebih dari kita pun, ditekan/dipropagandakan dan sebagainya akhirnya jatuh oleh golongan kafirin dan pakatan Dajjal

Bukan nak kat tak wajib perlaksanaan hudud ini, tapi bagi yang cakap berdegar-degar tu, cermin dahulu masyarakat Islam di negara kita ini. Bab-bab yang tak dianggap 'kontroversi' oleh penganut sistem Dajjal ini pun, kita tak boleh nak buat sepenuhnya(cthnya jgn makan/terlibat dalam riba, pergaulan bebas, jaga solat)

Kesimpulannya saya setuju dengan komen AzharJaafar, kita punya iman tahap mana daa.."small-small things" pun takleh buat

Wassalam, Allah Lebih Mengetahuinya.

Abdullah said...

Salam Tuan Ma..guru,

Saya sokong niat dan cita-cita tuan, apakata jika Pas dan Umno Bubar dan tubuh parti baru yang berpegang kpd Al-Quran Dan Sunnah semata-mata...
Ada berani...
Sekian

Suara Maya said...

Merujuk kepada ZANIE: anda nampak sangat terpengaruh gila dengan cakap2 pemimpin PAS yng kata mahathir tolak hudud. Anda tahukah keseluruhan isi surat mahathir itu?
Sebenarnya PAS telah selewengkan faktanya. Mahathir bkan duduk di thinking chair SEORANG DIRI dan mengatakan tidak kepada hudud di kelantan. Kalau balik kepada Hudud yang dibubarkan kat kelantan, memang terdapat perubahan ketara dalam sistem hudud tersebut. HUKUM HUDUD X BLEH DIUBAH cik oii. wlaupun sbesar kuman. Tapi apa yng trjadi pda sistem hudud kt kelantan tu. PENYELEWENGAN HUKUM HUDUD. Sebab tu la mahathir menghantar surat balas mengatakn tidak dibenarkan hudud kerana ingin mempertahankan kesucian agama ISlam dm hukum hudud dan mewakili jgak para mufti. tpi malang,PAS brkata tdak benar tntng mahathir. sebab tu lah PAS punya sokongan terumbang ambing, 50 thun lebih doakan BN hancur tpi x hancur2 pon. malah lebih kuat lgi. Kelantan tu tnggu masa ja nk tmbang.

*ada ke patot hudud dilaksana untuk orng Islam saja, orang bkan Islam tidak dkenakan hukum hudud. Itulah penyelewengan. Lagi zalim la undang2 tu. Ornag PAS kena ingat. Ulama2 bebas selalu membantu UMNO dn orng ramai yng musykil ngan PAS. Mereka x bleh memdabik dada merekalah yng trbaik agama....

MOBYDICK said...

kita bermusuh kerana dasar,UMNO dengan dasar kebangsaan,pas pula atas dasar islam