Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 29, 2009

Gambar2 Kenangan di Majlis Dailog Bloggers ~ Datuk Dr Hassan Ali.

Alhamdulillah!

Akhirnya sampai juga emel kiriman Neutral Daily mengandungi gambar gambar yang mereka ambil tempohari dimajlis dailog yang kini digembar gembur seribu satu andaian pihak pihak yang tidak hadir dan dianyam segala macam kontroversi.

Bagi saya ianya merupakan satu pendedahan kepada kepelbagaian ragam dan kerenah manusia sesama Islam dan juga seperanan sebagai penulis penulis atau penerbit blog.

Saya bersyukur kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas tidak melatahnya diri saya ini atau terturut nafsu melihat kelaku manusia di alam siber ini dan mengambil sikap tunggu dan lihat.

Alhamdulillah. Ianya membuka mata saya akan sikap manusia di dunia blog politik tempatan ini dan sedikit sebanyak mengajar saya supaya lebih berwaspada bilamana pertama kali bertemu muka dan berkenalan sesama 'blogger'.

Muqadimahnya memang bagus sekali bilamana bersua kali pertama dan bersalam salaman serta berkenal mesra, bertukar peluk dan menjalin ikatan silaturahim semasa bersama.

Namun, didalam peredaran masa dan membaca rumusan atau 'post mortem' pertemuan bloggers di majlis dailog bersama pemimpin PAS Selangor serta PAS Pusat, saya mendapati bahawa ada juga insan insan blogger ini yang pepat diluar ; rencung didalam.

Sungguh tak kusangka. Namun saya bersyukur bahawa sekurang kurangnya saya kini telah belajar seperingkat yang baru didalam perhubungan sesama manusia apatah lagi sesama blogger yang beridentiti Muslim Melayu Malaysia.

Walau bagaimanapun, biarlah segala badai dan ribut taufan hasil prasangka manusia ini berlalu ditelan dedaun masa dan patut saya serta rakan taulan yang hadir ke majlis itu jadikan sebagai iktibar dan panduan hidup kami selaku Bloggers mewakili Perikatan Penulis Blog Muslim @ The Muslim Bloggers Alliance. Insya Allah.




3 comments:

shafie_abduh said...

salam

pertamanya kawe nk bgi komen skt psl lafaz taklik yg dibuat oleh calon Pas sebelum b'tndng dlm pilihanraya..
bagi kawe ia skt pun x salah n ini mmg tepat krna mrka jika mereka menang sbb undi rakyat kpda parti yg mrka b'tndng n bknnya kpd calon 2..

jdi kat sni timbul AMANAH rakyat kpda parti n bukannya kpda calon 2.
klu mrka x nk lafaz pun blh tp mrka jdilah calon bebas.
2 pun xleh nk fkr ke.

tp skranya mrka b'tndng atas tiket pas n menang..
sekiranya mrka nk melompat or kluar parti mrka blh letak jawatan sbgai adun yg dimenangi atas tiket pas
jdi x timbul jatuh talak ko isteri
yg nk g melompat ko parti lawan 2 apasal?

ingt skt kita sbgai seorg Islam perlu pegang kpda janji..
klu x jdi munafiklah kita..
ingt skt org munafik ni akan jdi kayu api dlm neraka Allah...

is said...

Kalau ye pun tak kan lah sampai macam tu sekali dalam mengejar impian politik. Zaman nabi dulu ada ke macam tu? Yang belot dalam peprangan pun tak delah sampai jatuh talak.
ni islam neraka namanya

pendekartua said...

Jatuh ke talak lafaz taklik yang dibuat secara paksa tu?

Kalau talak 3 pun, boleh pi Mahkamah Syariah di Perlis sebab di sana talak 3 masih dikira jatuh satu saja.

Boleh confirm tengok dengan Dr. Asri.