Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, October 29, 2009

Rahsia kenapa ADUN dan MP PAS tak lompat parti?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini saya dijemput Ketua Penerangan PAS Selangor Saudara Roslan Shahir Mohd Shahir @ Roslan SMS untuk menghadiri majlis dailog ulung kali Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr.Hassan bin Haji Ali bertempat dikediaman beliau berdepan Masjid Al Ghufran d Pinggir Taman Tun Dr.Ismail.

Turut hadir bersama saya pada malam itu adalah Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, seorang ahli Muslim Bloggers Alliance.

Saya lah yang memanjangkan jemputan kepada beliau diatas permintaan Saudara Roslan SMS untuk saya menjemput sama ahli ahli MBA.

Tidak timbul soal bahawa Akhramsyah adalah Ketua Pemuda Cawangan UMNO Bendang Baru, Pulau Langkawi, Kedah Darul Aman.

Bukannya Roslan SMS atau Dato Dr Hassan Ali yang menjemput Akhramsyah secara terus.

Mereka tidak bersalah diatas jemputan itu. Harap jelas tentang perkara ini. Takkan Dato Dr Hassan Ali atau Roslan SMS nak menghalau tetamu blogger yang hadir? Jemputan terbuka!

Maka kena lah terima siapa sahaja yang hadir.

Sebenarnya saya telah menjemput ramai bloggers lain seperti :
  • Rockybru tengah demam selesema - tak dapat datang ~ kirim salam kpd Dato Dr Hassan Ali.
  • Sang Kelembai sms janji nak datang ~ tak hadir akhirnya.
  • Voice ~ jawab sms dan telefon kata tak dapat hadir.
  • Yusri Mohamad ~ tak jawab sms.
  • Azril Mohd Amin ~ sms kata tak dapat datang - ada urusan lain.
  • Dato Kamal Amir ~ sms kata mungkin hadir - tak dapat juga.
  • Zulkifli Noordin ~ jawab telefon kata mungkin datang tapi tak dapat juga.
  • Sis Zabrina ~ jawab telefon kata teringin nak hadir tapi dah ada program lain.
  • Syawal Yaacob ~ tak respon langsung!
  • GOMO ~ tak hadir tetapi telah memanjangkan jemputan saya itu kepada kenalan beliau - 2 orang dari Neutral Daily. Saya terima permintaan mereka untuk hadir setelah mereka menelefon saya dan meminta izin untuk bersama dimajlis dailog tersebut. Roslan SMS dan Dato' Dr Hassan Ali tidak tahu langsong tentang tamu 'bidan terjun' ini. Harap semua faham akan perkara ini. Terimakasih. *
  • Parpukari ~ tak jawab sms langsong dan tak hadir.
Mungkin jika kesekelian mereka yang saya jemput hadir, perang dunia ketiga blogosfera politik Malaysia akan tercetus gamaknya?

Ada hikmah tu!

Sekali yang sanggup datang Saudara Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi sudah cukup untuk meletuskan debat kontroversi didunia blog politik tempatan terutamanya dikalangan mereka yang Ustaz Nik Mohamad Abduh bin Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz perikan didalam tulisan beliau disini!

Gegak gempita jadinya bilamana pihak pihak ketiga yang sebenarnya tidak hadir membuat pelbagai macam andaian dan berperang mulut menyatakan itu dan ini tanpa mengetahui apa sebenarnya yang dibincang dan dibualkan didalam majlis dailog itu?

Sebenarnya tuan rumah @ Dato Dr Hassan Hj Ali telah meminta supaya kami yang hadir dimalam itu memegang amanahnya supaya tidak menghebahkan kepada umum akan isi kandungan beberapa perkara sulit yang beliau terpaksa ceritakan kepada kami akan usaha pihak pihak tertentu didalam pentadbiran kerajaan negeri untuk mengujudkan beberapa daerah dinegeri Selangor Darul Ehsan dimana ada perancangan yang bertentangan dengan ajaran Ad Deenullah.

Beliau adalah satu satunya penghalang kepada cita cita pihak pihak begitu dan tujuan beliau mendedahkan kepada kami yang hadir malam itu hanyalah supaya pihak penulis blog seperti kami faham akan apa sebenarnya kedudukan suara Islam didalam kerajaan negeri dimana beliau memikul tanggungjawab memantau akan segala perkara itu.

Seboleh mungkin saya tidak mahu melanggar amanah yang beliau letakkan pada kami tetapi ada satu perkara yang mengejutkan saya dan juga para bloggers yang hadir pada malam itu!

Hanya benda ini saya nak kongsi dengan anda pembaca budiman.

Ini pun setelah saya menelefon meminta pengesahan akan perkara ini dari salah seorang pemimpin tertinggi PAS yang merupakan sahabat saya.

Saya juga telah mendapat izin pemimpin PAS Pusat ini untuk menceritakan perkara ini didalam blog saya ini.

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!

Ini adalah diantara perkara yang didedahkan oleh pimpinan PAS dimajlis dailog itu.

Memang saya tidak menyangka sama sekali bahawa adanya peraturan seperti itu diwajibkan oleh PAS!

Memang brutal tetapi ternyata amat berkesan sekali!!!

Ibrahim Ali memang tak ada peluang le nak masuk PAS sampai bila bila! Hehehehe...

Hebat sungguh strategi PAS ini.

Saya rasa memang perkara ini akan dikaji oleh kesekelian parti politik dunia selepas pendedahan ini untuk memaksa dan memastikan tak adanya wakil wakil mereka yang berani nak belot selepas menang!

Walaupun untuk mengisytiharkan diri sebagai calon bebas!

Saya memang bersetuju dengan cara ini!

Kamu lompat parti?

Tertalak tiga lah kamu dari isteri kamu!

( Ikut hukum Islam memang tak elok tetapi dah begini cara sisayah duniawi manusia manusia yang kemaruk berpolitik! Nak buat macamana?)

Saya kurang pasti akan peruntukan untuk calon wanita?

Minta cerai fasakh dari suami masing masing, kot? Na'uzubillahiminzalik! :(


Teringat saya akan pengkhianatan 3 wakil rakyat di Perak tempohari!

Saya memang tak setuju cara mereka mengkhianati parti masing masing.

2 ADUN PKR dan seorang ADUN DAP!

Sepatutnya mereka dipecat dari jawatan masing masing dan pilihanraya negeri di adakan di Negeri Perak Darul Ridzuan.

Itu baru adil namanya.

Ini tidak! Sampai ke hari ini masih ada keadaan huru hara akibat kerajaan mi segera disana!


Tetapi inilah satu satunya perkara yang paling mengejutkan saya dimalam majlis dailog Dato Dr Hassan Ali dan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dengan kami, bloggers yang hadir. Tentang kewajipan lafaz cerai taklik ini! Menggerunkan sekali!


Saya ada rakaman audio lengkap pada majlis itu tetapi masih menunggu lampu hijau dari Roslan SMS dan Dato Dr Hassan Ali untuk menyiarkannya di akaun Youtube saya.

Mereka termasuk seorang sahabat saya yang merupakan diantara pimpinan tertinggi PAS memohon saya agar jangan menyiarkan rakaman tersebut buat masa ini.

Kita tengok sahaja apa yang akan berlaku selepas ini.

Bawa bersabar didalam menangani masaalah masaalah yang timbul dan lebihkan fikir dan zikir dari melatah mengikut nafsu dan terlibat dengan adu domba serta kata mengata.

Tak elok untuk kita semua.

Dosa dosa kita yang sedia ada pun tak tertanggung ; sanggupkah kita menambah beban di pundak kepala masing masing?

Bawa bertenang sebagai umat Islam dan pertimbangkan kebenaran sesuatu perkara sebelum berkata apa apa, Insya Allah.

Nak meruntuhkan perpaduan ummah tu senang saja ; nak membina ukhuwwah Islamiyyah tu yang agak payah.

Fikir fikir lah kata kata saya ini wahai saudara saudariku yang tercinta. :)

Semoga Allah Subhanahu Wa Ta'ala membimbing kita semua, Insya Allah!

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

* Blogger Neutral Daily baru saja menelefon saya menyatakan bahawa mereka tidak mewakili GOMO semasa datang ke majlis dailog tersebut. Mereka mendapat tahu tentang jemputan saya itu melalui GOMO dan teringin untuk bersama dengan saya serta jemputan yang lain. Harap maklum.

** Untuk membaca satu pandangan bernas yang membincangkan implikasi lafaz taklik secara paksa ke atas calon calon pilihanraya PAS sila layari laman blog Cekati Tembaga disini.

58 comments:

MymassaVoice said...

masya allah,

takkan sampai macam tu sekali! apa dosa isteri kita tu? saya cukup tak setuju dengan cara yang pas buat ni! cukup tak adil! apa nak jadi kalau secara mengejut pas menjadikan kristian sebagai akidah rasmi? sudah tentu kita akan bermuafarakah! tapi isteri-isteri kita pula yang jadi mangsa!!! subhanallah!

MAHAGURU58 said...

Memang benar tuan.

Perkara ini didedahkan oleh pemimpin PAS yang hadir didalam majlis dailog tersebut dan saya ada rakaman audionya.

Perkara berebut jawatan dalam politik ni saya tak hairan sangat.

Memang dah lumrah didalam mana mana parti.

Tetapi bab menggadaikan masadepan sesebuah rumahtangga malah seluruh institusi keluarga yang melibatkan anak pinak ini amat memeranjatkan saya!

Saya periksa semula dengan menelefon sahabat saya pemimpin peringkat tertinggi PAS Pusat untuk mendapat pengesahan beliau melalui telefon.

Beliau mengiyakannya!

Saya pohon izin beliau menulis didalam blog saya ini tentang perkara ini sahaj dan beliau memberi restunya.

Bab rakaman audio penuh itu saya selaku seorang Blogger Muslim memang kena pegang amanah tidak menyiarkannya ke khalayak umum diatas prinsip!

Sia sialah usaha saya sekian lama ini jika mendedahkan kepada seantero dunia melalui Youtube!

PAS pasti terkesan teruk seandainya kami bloggers yang hadir pada malam itu mengkhianati amanah terhadap Dato Dr Hassan Ali.

Saya sokong Dato Dr Hassan Ali didalam usaha beliau menegakkan hukum syariah Islam di Selangor walaupun ianya cuma sekelumit dari apa yang di perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan dianjurkan Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam.

Hassan Ali mungkin tidak sesempurna mana tetapi beliau adalah satu satunya suara Muslim didalam Kerajaan Pakatan Selangor hari ini.

Jika ia dicantas, maka berpesta poralah segala kaffir harbi yang sedang menanti saja beliau tersungkur.

Berbalik semula kepada ikrar lafaz taklik talak 3 PAS yang diwajibkan mereka keatas mana mana calon pilihanraya yang mahu bertanding diatas tiket parti PAS, ianya memang amat brutal sekali!

Terfikir samada Ibrahim Ali ada sain ikrar tersebut semasa bertanding di atas tiket PAS tetapi kemudian isytihar diri sebagai calon bebas?

Apa sebenarnya keadaan beliau?

MANSOR JUNUS said...

Kepelikan kaedah tersebut terbukti amat berkesan kepada parti dengan tiada rekod ADUN atau MP melompat. Tetapi atas rasional apa yang Hassan Ali dengan penuh rela hati mendedahkan rahsia parti sendiri kepada umum. Kepada wartawan pula tu dan dia pula PJ Negeri. Memang pendedahan tersebut akan hebuh dan tentulah banyak tanda tanya akan menyusul selepas ini. PAS sedang dilanda gelombang, dia pula tambah jadi tsunami. Siapa sebenar Hassan Ali ini.

Jeffry said...

ASSALAMUALAIKUM TUAN HAJI..SAYA NAK BERTANYA SATU PERKARA..JIKA BENARLAH PAS MENGENAKAN SYARAT2 SEBEGITU RUPA, SOALAN SAYA..ADAKAH SYARAT ITU JUGA SEBAHAGIAN DARI PERATURAN MENGIKUT HUKUM AL-QURAN?..DAN JIKA ADA APAKAH NAS DAN DALILNYA

MANSOR JUNUS said...

Maklumat tersebut adalah 'rahsia' yang Hassan Ali dedahkan kepada kalian semua sahaja. Bukan untuk tatapan umum. Difahamkan juga Hassan Ali berpesan agar tidak di hebuhkan kepada sesiapa. Tetapi Mahaguru yang sentiasa menulis tentang agama, mengapa pula tidak pegang amanah tersebut. Saya sering juga mengikuti Blog Mahaguru58, kini saya tidak faham kenapa boleh jadi begitu.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Saudara Mansor Junus.

Soalan saudara memang ada asasnya dan saya sendiri ingin bertemu sekali lagi dengan pihak yang menjemput kami untuk mengetahui akan nawaitu sebenar mereka bertiga itu?

Tengoklah jika ada izin Allah SWT untuk merealisasikan hasrat saya ini?

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Jeffery.

Insya Allah jika ada rezeki saya akan saya tunaikan fardhu Haji bilamana mampu nanti.

Tentang soalan Jeffery samada Al Quran dan Hadis ada memperuntukkan sesuatu seperti apa yang dipaksa PAS ke atas calon calon pilihanraya kecil atau umum untuk berikrar lafaz taklik cerai talak 3 keatas isteri masing masing atau 'tuntut cerai fasakh' ke atas suami calon wanita sekiranya mereka mengkhianati parti dan lompat ke parti lain selepas menang pilihanraya, saya belum menjumpai sebarang ayat atau hadis membolehkan perkara itu.

Saya rasa ini ketentuan parti politik itu sendiri dan tidak berasaskan apa apa hukum hakam Islam.

Insya Allah akan saya buat kajian secara lebih terperinci nanti dan memaklumkan saudara sekiranya ada sebarang peruntukan didalam Syariah Islamiyyah untuk PAS memaksa ikrar taklik cerai talak 3 sebegitu?

Saya ingin menjemput mana mana ahli PAS yang boleh menerangkan dan menunjukkan bukti akan adanya peruntukkan sebegitu didalam Al Quran ataupun Hadis Sahih Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam untuk menuntut wakil wakil parti mereka berikrar sebegitu dengan mengirim komen berisi bukti dan hujah hujah mereka ke ruang komen ini.

Saya ucapkan ribuan terimakasih diatas kerjasama saudara pembaca budiman sekelian.

Belajar tentang ilmu duniawi ini penting juga bagi kita tetapi sebaik mungkin elok lah kita bersopan santun didalam perbincangan kita seperti ini.

Itu tanda tanda seorang Muslim yang beriman dan berakhlak mulia, tak gitu?

MAHAGURU58 said...

Saudara Mansor.

Yang Dato Dr Hassan Ali maksudkan bukan perkara ini.

Yang diminta rahsiakan adalah tentang perkara melibatkan urusan dalaman yang bersangkut dengan program yang bersangkutan dengan projek projek Kerajaan Selangor dimana beliau berkongsi sedikit dengan kami yang hadir.

Perkara berkait dengan Exco Selangor.

Bukan bab ikrar lafaz taklik ini.

Harap faham.

Terimakasih.

Insya Allah, selagi tidak di izinkan Dato Dr Hassan Ali tidak akan kami siarkan rakaman sepenuhnya mahupun sebahagian isi tentang 'bahagian' yang beliau minta kami rahsiakan itu.

Bukan bab lafaz talik ini.

Perkara lafaz taklik ini timbul bilamana kedua pemimpin PAS tersebut menegaskan bahawa mereka tidak ada sekelumitpun hasrat untuk masuk UMNO atau Kerajaan Perpaduan yang menjadi topik utama muzakarah malam tersebut.

Lafaz taklik tersebut didedahkan kepada kami untuk kami faham bahawa memang amat mustahil untuk mana mana ADUN atau Ahli Parlimen PAS untuk belot lompat parti.

Tuan kena faham perkara ini.

Saya minta supaya Mansor bawa bersabar dan tunggu dahulu sebelum merumuskan apa apa dari pendedahan saya ini.

Bab ini tidak masuk didalam 'bab rahsia' yang dimaksudkan Dato Hassan Ali.

Mudah2an saudara dan yang lain lain jelas akan kedudukan perkara.

Ada benda yang kami diminta tidak dedahkan pada umum tetapi bukan perkara ikrar lafaz taklik ini.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan siapa saya dan prinsip perjuangan saya didalam menyatukan kita sesama Islam.

Saya berterimakasih kepada Mansor di atas gaya bahasa dan cara tuan berbicara.

Semoga Allah SWT memberkati tuan sekeluarga.

Amin.

hanizam said...

salam kepada tuan punya blog @ kalian yang tulis komen-komen sebelumnya....

sebelum ni memang ada komen yang ditulis sendiri oleh pengundi di area gombak (kalau tak silap) mengenai isu ini....anggapan saya, mungkin hanya sekadar tulis je....tapi bila tuan punya blog menyiarkannya, barulah saya percaya...

bagi saya, amat menyedihkan ikrar begini digunakan sebagai perisai supaya tidak berpaling tadah...kenape rumah tangga YB dijadikan taruhan untuk kepentingan politik???nak kata jahil bab agama, tak jugak...semua mengaku islam sebenar...hilang hormat saya pada ustaz PAS...saya pun sekolah agama jugak, walaupun sampai form je, tapi takanlah sampai ikrar sebegitu???

tak sedih ke isteri-isteri YB PAS???murah sangat ke harga mahligai yang dibina???bagi saya macam dah takda harga...ikrar tersebut pada pendapat saya, macam sampah...busuk, penuh dengan ulat,lalat & sebagainya....(maaf ye, terover skit)

setakat yang saya belajar dulu, kalau kita cakap & sain ikrar tersebut, tapi niat dalam hati (tidak, aku tak niat langsung), rasanya ikrar tu tak laku...dalam kata lain tak sah...dalam islam pun kata jangan kita berniat @ bernazar dengan sesuatu yang buruk @ tak betul disisi agama..

ape pendapat tuan dalam hal ini???

bagi saya PAS banyak dah terpesong sejak bergabung dengan PR, terutama dengan dap...dahle masuk politik, agama dibawa sekali...sebab tu bila kafir laknat sesuka hati boleh baca ayat Qurran semasa berceramah..sedih melihat itu semua...lagi sedih ada tok guru yang menghalalkan aktiviti tersebut...takan nak tarik pengundi pun gunakan cara macam tu???

bayk lagi yang saya nak tuliskan pasal PAS mempergunakan islam sebagai senjata...tapi biarlah setakat ini...

sedih...geram...semuanya ada...

MANSOR JUNUS said...

Terima kasih kerana menjawab dengan segera. Sesungguhnya memang Mahaguru seorang yang tidak bertangguh2. Tentang isu 'lafaz talak' tersebut saya dengar telah lama dan ini sememangnya adalah rahsia parti. Yang Pesuruhjaya PAS Selangor dedah itu bagi maksud apa saya amat heran. Ini boleh menjejas imej parti dia sendiri. Atau adakah dia nak pulangkan paku buah keras balik kepada kepada bos dia. Pada pandangan peribadi saya, ini adalah satu kesilapan besar yang pemimpin berpendidikan tinggi, berkedudukan tinggi dan berhemah tinggi boleh lakukan. Saya memang sanjung beliau sebelum episod Kerajaan Selangor tercetus.

dinbangi said...

Sebenarnya perkara tersebut memang ada sedikit sebanyak dicerita oleh bekas-bekas calon ADUN dan Parlimen PAS pada tahun 2008 dulu. Rasanya ada tambahan, 'mereka bersumpah akan akan di....'. Sebab itu YB-YB PAS hidup dalam ketakutan.

Kepimpinan PAS kini berpecah bila mereka merasakan Pakatan dengan DAP dan PKR memberi mudarat kepada mereka. UMNO tetap berjuang untuk meningkatkan syiar dan umat Islam walau dalam apa keadaan.

Perbelanjaan untuk masjid dan surau 'mereka' pertikaikan..

Selangor sewajarnya kembali kepada UMNO-BN...

^inas^ said...

astaghfirullah..

tuan.

what the heck??!

i am nobody but still want to comment.

..kerana sistem ciptaan manusia, diorg yg 'atas landasan agama islam' bleh buat mcm ni..

i'm so upset.

p/s: waiting for more news on this issue...

Maarof said...

Saya hormati prinsip PAS dalam isu lompat parti ini. Sekurang-kurang menyelamatkan keluarga mana-mana YB yang bercadang nak lompat daripada bercerai berai. Kalau begitulah pendirian PAS prinsip ini sepatutnya juga disampaikan kepada kawan-kawan pakatan mereka PKR dan DAP. Tetapi mengapa bila Anwar Ibrahim kata 'we've got the numbers' iaitu jumlah MP BN yang nak lompat kepada mana-mana parti PR PAS berdiam diri sahaja. Bukankah itu hipokrit namanya.
Begitu juga Nizar semasa menjadi MB Perak dulu senang hati menerima seorang ADUN BN masuk PKR (tetapi masuk BN balik).
Walau pun seperti yang saya kata tadi prinsip ini mungkin baik ia mengongkong seseorang, atau tidak demokratik. Mengapa pula parti 'demokratik' macam DAP boleh berkawan dengan PAS yang tidak demokratik ini?
Betullah anggapan saya parti-parti Pakatan Rakyat ni berkawan atas prinsip 'your enemey's enemy is your friend'. Persahabatan pun disebut 'Pakatan'. Bukankah dalam Bahasa Melayu 'berpakat' bererti bermuafakat untuk membuat kerja tak baik.

lann-b said...

dibenarkan bertaklik sedemikian, cuma talak tiga ada beselisih pendapat!

King-Fx said...

Salam tuan,

Lafaz yang dibuat akibat drpd paksaan orang lain adalah tidak SAH. Apa keparat sangat pemimpin2 PAS ni buat camtu.

Memang betul dah jadi Parti Ajaran Sesat. Untuk politik apa pun HALAL.

hanizam said...

Ianya adalah tentang kebenaran bahawa barangsiapa sahaja calon pilihanraya PAS yang dipilih untuk bertanding didalam Pilihanraya Kecil atau Pilihanraya Umum samada untuk jawatan ADUN atau Ahli Parlimen dibawah tiket PAS, maka mereka terlebih dahulu diwajibkan menandatangani ikrar lafaz taklik akan menceraikan isteri jatuh talak tiga SEANDAINYA mereka setelah menang pilihanraya tersebut mengelat mengkhianati PAS dan lompat ke parti lawan!


aku saje copy dari perenggan cerita tadi...kalaulah benda ni tersebar kepelusok malaya, aku yakin, PAS akan jadi haru biru bila pengundi yang "pangkah" dorang selama ni rupanya hanya berkepentingan politik je...bukan bekerja untuk rakyat...

mungkin ramai yang terkejut, parti yang kononnya memperjuangkan islam, suka-suka buat janji & ikrar bodoh dengan mempertaruhkan mahligai YB-YB PAS...itu kalau YB lelaki...kalau YB pompuan, ape agaknya ikrar supaya tak jadi katak...takan suruh jadi "P$%^CUR" murahan kat jorong HJ.Taib kot???

to inas, janganlah terkejut pasal isu ni, memang dalam PAS (Parti Akal Sempit) akan buat ape sahaja untuk politik...

din bangi, aku setuju sangat dengan pendapat ko...yang lain-lain teruskan bagi [pendapat yang bernas & membina untuk PRU akan datang...

Ahliahnizam said...

Astaghfirullah .... takkan semua benda nak di POLITIKKAN ..???!!

Kosing said...

Ada cerita bagitahu Arwah Tok Guru Haji Lah Pondok Lubuk Tapah semasa hayatnya pernah memberitahu kepada seorang Tok Guru Pondok Berangan, bernama Haji Yaakob ( iaitu ayah kepada Timbalan Menteri Besar Kelantan sekarang ) supaya mengawasi Nik Aziz. Katanya " Mu tengok molek sikit Nik Aziz ni, dia kuat berpolitik dan tak sempat mengaji dengan mendalam. Pengikut dia ramai dan kalau dia sesat maka sesatlah semua yang memujanya sebagai tok guru ".

Adakah kebimbangan ini berasas ?

hanizam said...

maarof & ahliahnizam...

begitulah gambaran sebenar mengenai pakatan rakyat sekarang ni...nama saje berkahwin, tidor 1 bantal, mimpi lain-lain...

mudah manabur segala janji tapi gagal tepati janji-janji itu...yang penting, dapat jawatan..maruah tergadai pun takpe...

sebar-sebarkan untuk tatapan seluruh pengundi yang dah bagi undi pada PRU 12 dulu...tu adalah realiti pakatan yang dihidupkan demi kepentingan peribadi...

hanizam said...

macam tulah kebimbangan arwah tentang tok guru nyanyuk tu, aku tak terkejut...

sebabnya, dah terbukti, si nyanyuk ni dak keluarkan macam-macam fatwa ikut suka hati dia...setiap ape yang dia cakap, pengikutnya akan percaya...

sampai kat dalam rumah, gambar dia pun digantung untuk tatapan tetamu yang datang...

patutlah ramai pengikut PAS sesat...tok gugunya pun sesat...kebimbangan arwah tok guru hj lah dah jadi kenyataan...

HHmm, suruh ngaji pandai-pandai, ko main-main, kan dah sesat...

Anak Perelih said...

kerana untuk kepentingan pengundilah diadakan perjanjian tersebut... ianya bukan untuk kepentingan peribadi... yang demi kepentingan peribadi adalah yang lompat parti... sendiri mau kaya... rakyat yang undi dia dia tinggalkan... dan lepas tu takut melawat kawasan .. takut kena pelangkong dengan kasut buruk....

lebih banyak orang bercerai dari orang lompat parti... orang lompat parti ni selalu bermusin... bila nak election.. tapi orang bercerai ni tiap tiap hari...

Jadi kalau parti yang dia sayang sehngga boleh jadi YB dia boleh khianati dan tinggalkan... apa lagi interi yang boleh ada 'slot' sampai 4...??? oleh itu, jika YB itu melompat parti, itu tandanya beliau bukan suami yang baik... bila bila masa dia boleh tinggalkan isterinya.... mungkin cari yang muda, bergetah dan anak dara....

Oleh itu... syarat menceraikan isteri jika lompat parti memang logik dan praktikal.... UMNO tak nak buat sama ke...?????

Kama said...

Astahgafirullah....

rnizam said...

Salam,

1. Saya xterkejut ape yg Hassan Ali ckp mengenai talak 3 ni, sbnrnye dia dh ckp dlm ceramah beliau sblm PRU12 yg lepas, sy dgr live di Pandan. Mungkin yg masuk sini kebykan xturun ceramah PAS.

2. Ramai di dlm ni sy yakin masih memandang PAS hanya sbg parti politik, bukan wadah mmperjuangkan agama dan hukum Islam. Mengapa? Ape hukum belot dlm peperangan? Adakah lompat parti bg ADUN/MP PAS boleh disamakan dgn org yg belot dlm peperangan. Mmg xde krjn Islam naik dgn sistem demokrasi ni, sistem itu pun bukan sistem Islam, tp ini wadah perjuangan yg terbaik skrg, ade org yg xsetuju dgn saya? Jadi, apakah salah pimpinan PAS mewajibkan taklik sedemikian?

3. Kenapa Hassan Ali mempertikaikan taklik ini skrg, bukan sblm beliau jd calon dahulu? Adakah sbb dia takut xdipilih jd calon kalau xsetuju? Kalau itu jawapan beliau, dia xikhlas berjuang, jd kita leh tahu di mana tpt beliau skrg.. Adakah dia pertikai skrg kerana nk join BN xdpt, nk jd MB xdpt, sbb taklik ini? Jd, sy rasa anda semua leh nampak keberkesanan taklik ini..

4. Kenapa dia buat pertikaian dihadapan bloggers/press? Kenapa dia xbincang dlm parti masalah2 dlm negeri Selangor dgn pimpinan pusat? Ape guna ade pimpinan pusat/ majlis syura kalau Pesuruhjaya PAS ade masalah xleh rujuk kpd mereka? Adakah populariti yg dicari? Adakah dia terlalu lembik utk pimpin PAS selangor sehingga tidak tahu ape perkara sesuai dibawa ke press, ape yg perlu disimpan?

4. Personally, sy xbrape berkenan dgn Hassan Ali drp awal dia join PAS, ade org pertikai. Mengapa ahli PAS lain perlu melalui proses usrah, program2 kecil di peringkat caw, kawasan dan seterusnya, tetapi dia terus dipilih ke jawatan penting? Inilah resultnya.

5. Adakah salah bai'ah dgn PKR, DAP? Cuba ingat baik syirah Islamiah, ape yg nabi buat apabila hijrah ke Madinah? 3 perkara penting termasuk bai'ah dgn bukan Islam... Jgn lupa, tp ape hukum belot? Kita marah apabila bukan Islam belot? Apa pula gerangan org Islam yg belot, kalau xikut bai'ah kerana pihak yg satu lagi melanggar perjanjian mungkin leh diteruskan ,ttp itu pun perlu diputuskan oleh majlis syura.. bukan keputusan segerombolan org sahaja..

latecomer said...

salam kpd semua pembaca,

jgn salah tafsir. mengapa sampai begitu berani bersetuju cerai taklik jika keluar pas?
kerana mereka tidak akan keluar dr parti pas!mereka mmg teguh, dan mereka sayangkan pas seperti mereka sayangkan isteri dan keluarga.sila fikir2kan.

maafkan saya sekiranya komen ini kurang tepat.

wassalam.

MUSANG BERJANGGUT said...

aku tak fikir ini satu rahsia sebab perkara lafaz taklik ni pernah di ceritakan di dalam ceramah-ceramah pas.Ramai orang yang sering mengikuti ceramah pas dah tahu lama dah.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua.

Insya Allah akan saya jawab satu persatu komen komen tuan puan kemudian nanti.

Saya akan ke Pantai Timur pagi ini dan kemungkinan sempat buka pc petang nanti bila sampai ke destinasi. Insya Allah.

Perkara lafaz taklik ini mungkin diketahui oleh ahli ahli PAS tetapi tidak oleh orang awam dan ahli parti politik lain.

Mungkin dari segi strategi politik mengelakkan apa yang berlaku di Perak, parti PAS telah bertindak mewajibkan calon calon pilihanrayanya menandatangani syarat taklik sebegitu tetapi dari segi implikasi terhadap masa depan sesebuah keluarga YB YB yang terbabit, ianya pasti menjadi titik tolak kehancuran keluarga YB YB tersebut bilamana mereka berubah hati terhadap cara dan kelaku parti PAS itu sendiri.

Dari segi ajaran agama kita, ianya tidak ada asas setahu saya dan boleh diklasifikasikan sebagai kejam.

Namun bilamana kita melihat perkara ini dari kanta politik semasa, saya rasa ini adalah cara parti PAS mengawal wakil wakil mereka dari belot terhadap perjuangan mereka secara satu pasukan.

Saya bersahabat dengan seorang dua pemimpin tertinggi PAS tetapi tidaklah sampai senantiasa mengikuti hal ehwal dalaman parti ini.

Makanya bab lafaz taklik ini tidak saya ketahui sehingga majlis dailog tersebut.

Nantikan jawapan saya bagi komen komen tuan puan yang belum saya perhalusi. Insya Allah.

Sementara itu saya pohon sangat sangat agar gaya bahasa yang digunakan oleh penghantar komen selepas ini berpaksi pada budi bahasa kita selaku umat Islam dan penghayati budaya Melayu yang kaya dengan sopan dan santun.

Mudah2an dapat pertimbangan tuan puan sebab mana mana komen yang tercemar dengan maki hamun atau kata nesta tidak akan disiarkan malah sipenghantar komen sebegitu tidak akan dilayan lagidisini.

Teruskan berbincang tetapi degan cara berhemah.

Diatas kerjasama semua, saya ucapkan ribuan terimakasih.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Qaseh Bonda said...

Saya setuju sangat tu...kan senang macam tu...amanah yang di pikul adalah wadah perjuangan menuju kesana...kalau takut tak payah jadi calun...tak payah nak menjerit menegakkan kebenaran...

Cuma tak faham kenapa hasan ali takut sangat menggalas rahsia ini...

Perkara biasa saja kalau kita renung kembali...

Syabas PAS yang ada identiti yang kukuh...

SHAH said...

sampai mcm tu sekali bunyinya. fuh cayalah PAS. paya sgt la tu mereka ni nak keluar parti. asyik bertahan je dengan pelbagai karenah pihak dalaman sendiri.

tak kan terus bersama dalam kepincangan skiranya ada antara adun ataupun mp yang ikhlas/amanah dalam perjuangan.

aljo said...

Apa nak heran... cuba tengok dalam sijil nikah masing-masing pun ada lafaz taklik yang lebih kurang macam tu. Mungkin PAS dapat idea dari situ kot?

Saya rasa itu pun tak kurang brutalnya.

azreen said...

"rnizam said...

Adakah salah bai'ah dgn PKR, DAP? Cuba ingat baik syirah Islamiah, ape yg nabi buat apabila hijrah ke Madinah? 3 perkara penting termasuk bai'ah dgn bukan Islam... "

bagaimana pula penyatuan umat islam?? mendokan kehancuran sesama islam??

MANSOR JUNUS said...

Terdapat banyak komen2 yang memperlihatkan rasa kurang senang dengan taklik talak tersebut. Hassan Ali sudah buat satu kesilapan besar. Soal mempergunakan agama oleh PAS sama sekali tidak timbul kerana:

1. Tiada paksaan oleh mana2 pihak untuk lafaz tersebut. Ia hanya syarat yang dikenakan bagi menghalang daripada lompat parti, yang sekiranya berlaku keadaan akan jadi celaru. Lihat apa yang berlaku di Perak, akibahnya dahsyat.

2. Dari perspektif lain pula, ini akan menjadikan rumah tangga YB lebih selamat.

3. 'At least those imposter candidate would not take PAS for a ride' selepas menang pilihanraya lompat parti, macam 2 orang badut di Perak. Kalau untuk tujuan menyelamat perjuangan parti dan Islam, apa salahnya. Kalaulah mereka itu YB PAS, Perak akan masih berada dalam Pakatan. Apa macam ?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Saudara Hanizam,

Saya kini berada di Kuala Terengganu. Datang bercuti sekejap, beralih angin, merehatkan minda bersama isteri tercinta.

Saya merujuk kepada soalan saudara:
'setakat yang saya belajar dulu, kalau kita cakap & sain ikrar tersebut, tapi niat dalam hati (tidak, aku tak niat langsung), rasanya ikrar tu tak laku...dalam kata lain tak sah...dalam islam pun kata jangan kita berniat @ bernazar dengan sesuatu yang buruk @ tak betul disisi agama..

ape pendapat tuan dalam hal ini???'

Bagi pendapat saya, berikrar sebegitu tanpa memaksudkannya bererti seseorang calon pilihanraya itu melakukan dosa berpura pura dan mempermainkan kepercayaan isterinya, orangtuanya, anak anaknya serta kaum keluarga kedua pihak.

Melakukan sesuatu sepenting lafaz taklik itu meletakkan calon itu ke golongan munafik kerana berpura pura akur terhadap tuntutan partinya dan ianya termasuk melanggar amanah kesekelian orang yang menaruh harapan dan mempercayainya.

Walaupun parti PAS setakat ini tidak menghadapi masaalah wakil parti mereka khianat atau belot terhadap parti mereka dengan adanya kekangan sebegini, namun dari segi keikhlasan perjuangan menegakkan Ad Deenullah, mereka telah secara tidak langsung memaksa wakil wakil mereka meletakkan masadepan dan kebahagiaan keluarga sendiri sebagai satu pertaruhan demi ingin mengekalkan kuasa politik mereka.

Namun, ini cuma pandangan peribadi saya.

Terpulang kepada ahli ahli PAS yang berkenaan samada untuk setuju berikrar sepertimana diwajibkan parti mereka sekiranya mereka ingin bertanding diatas tiket PAS.

john said...

ambo raso lafaz taklid tu dibenarkan dalam islam. takkan tok guru spt Nik Aziz, TGHA, TG Harun Din tak bangkang kalau bercanggah dengan syariat. cuma kita yang jahil je nampak benda ni pelik! inilah namanya mengambil risiko kecil (amanah keluarga) dari mandapat risiko yang lebih besar (amanah rakyat). dah kalau rasa bertentangan dengan hukum ape ke jadahnya wakil2 rakyat ni setuju..tepuk dada..tanya tok2 guru!

^inas^ said...

"silalah berfikir menggunakan wahyu.. kerana guna akal semata hanya mengundang syaitan dan nafsu menjadi ahli penasihat"

- nasihat yg selalu sy terima.

:-|

LeeMalay said...

Saudara Hanizam, inilah harga yang tak ternilai perlu dibayar jika cuba belot pada parti. Jika calon rasa isterinya terlalu murah jika dibaningkan nilai wang yang di beri oleh pihak lawan.... maka murahlah nilai isterinya. Murah bagi calon itu tapi bukan bagi PAS.
Kenapa selepas menang baru terfikir mereka ini tidak sesuai menjadi ADUN/MP PAS?
Mereka ini perlu komitmen untuk terus bersama sehingga habis penggal mereka sebagai calon... nak tak nak terpaksa juga....
Jika betul, saya pasti ianya bukan paksaan jika mereka tidak mahu perjanjian itu.
Jika mereka tak sanggup maka jangan sain...
Mengapa PAS perlu buat begini.. kerana politik sekarang terlalu kotor...tengok apa yang berlaku di Perak. Walaupun ada ikrar dan surat perjanjian, tapi mahkamah tak dapat buat keputusan yang adil.

Man Ysf said...

Terima kasih di atas pendedahan pihak tuan. Cukuplah sekadar itu, usah dipersoal soal detailnya..

isu2 begitu barangkali sudah dikupas dan dibincang secara panjang lebar di dalam kepimpinan..

di saat kita pun tak fasih tentang syariah, technicalities of taqliq pun kita tak tahu..jadi tak payah kita tambah benda yg kita sendiri pun tak tahu apa yang hendak ditambahnya..

dan tak yah lah nak speculate org sebarangan as it is a norm to issue 'hukum2 derive' berdasarkan Al-Quran dan Hadith spt rokok itu haram .. hmm berapa kerat yang ikut ye, yg rasuah jelas haram tu pun ramai dok sokong, atas dasar maslahat jugak ke..pandai nampak wat hukum..

tak yah lah nak kata naya keluarga sbb kalau negara hancur (akibat talam dua muka, berpaling tadah) maka takde punya keluarga tu.. semua bertempiaran merempat mak tah ke mana bapak tah ke mana, alhamdulillah kita tak sampai tahap itu tapi integritinya wajib dijaga..

tapi apa yang pasti.. jika ada isu besar yg amat, Dr. Hasan patut push Haji Hadi utk bawa ke meeting Pakatan, kalu tak jln biar Haji Hadi buat kenyataan media..biar ianya dilihat sbg suara PAS, bukan suara Hasan Ali..itu lebih baik utk mengelakkan situasi sebegini..

seraiwangi said...

Dalam mesyuarat baru2 ini adakah Hassan Ali bercerita hal tersebut pada semua AJK PAS yang ada di depan TGHA dan TGNA?? kalau ada masakan ramai yg bersetuju utk beliau meletakkan jawatan?

kalau Hassan Ali tak suka cara taklik PAS kenapa dia bersetuju utk jadi calon PAS dulu? Kenapa sekarang di persoalkan tentang cerai taklik? Sebab memang ada hati nak tarik beberapa Adun PAS lompat ke UMNO ker?

AZMI said...

Lepaih ni Hassan Ali dan geng boleh le isi borang UMNO semula. Tiket dah dapat dah. Memang disitu lah tempat secocok bagi orang seperti mereka.

*~De' Reza Family~* said...

lafaz cerai taklik adalah satu perkara yg diharuskan oleh islam...

malah masa kita kawin dulu pun...tok2 kadi mintak kita baca lafaz cerai taklik...so...kita baca...

awat kita tak politikkan tok2 kadi tu??...tak timbul ker soal dipaksa??...tak timbul ker soal lafaz yg entah kita baca tu...paham ke idak??...

yang penting...pompuan tu...jadi bini...

lafaz taklik dibenarkan....so apa masalah nyer???

banyak lagi lafaz2 dan perkara2 yg diharamkan masih lagi berleluasa...awat kita tak bising???...apa yg kita buat???

zaman sekarang...manusia walaupun berpelajaran dan bertamadun tinggi...tapi masih tak boleh dipercayai....

dengan lafaz2 sedemikian...manusia akan memikirkan tentang risiko yg akan dialami agar pengkhianatan terhadap Islam melalui wadah PAS tidak berlaku...

Jika boleh melakukan pengkhianatan besar terhadap Islam...mustahil pengkhianatan kecil terhadap keluarga pun manusia2 ini boleh lakukan...adalah lebih baik mereka bubarkan saja ikatan pernikahan tersebut....

Tiada salahnya...berpegang kepada janji adalah muslim yg berkualiti...kenapa tidak berfikir ke arah itu???

WA

Malaysian Makcik said...

Salam.
Rasanya perkara ini tidaklah menjadi rahsia sangat kerana Haji Mohd Sabu telah beberapa kali menyebut syarat2 ini dalam ceramah beliau. Siapa yang rajin dengar ceramah beliau mungkin perasan.

jamal said...

Alamakk...relek laa..
macam hudud gak mencurik potong tangan..berderau tu dgr potong tangan..berzina bagi org yang sudah berkahwin..di rejam SAMPAI MATI..org yang melalui tempat tu pulak di WAJIBkan merejam..tgk kejam ke tak kejam undang2 tu..

TAPI kene igt undang2 or perjanjian tu di buat bukan untuk dilanggar tapi di hindari kita melakukan bende tu..mencegah lebih baik dari mengubati..biar manusia TAKUT melakukannya..

kalau tibe2 PAS amik ajaran kristian tu sebagai pegangan..so xde la jatuh talak..umpama kita sebagai anak sentiasa kita mesti mengikut kata2 ibu bapa SELAGI tidak bertentangan dengan ajaran islam..apabila dah bertentangan dengan ajaran islam kita boleh tak ikut dah kata2 ibu bapa..

Jadi suma aku bersetuju ape pun syarat atau janji yang pas nak calon die buat..sebab tujuan utama hanya lah nak calon die setia..kalau calon xsetia jgn jd calon..itu sahaja..bende simple jangan dipening2 kan..

tzul said...

1. Tiada paksaan keatas mana-mana 'nakal' calon PAS utk menjadi calon. Jadi isu cerai taklik bukan isu yang sepatutnya digembar-gemburkan.

2. Saya pernah beritahu rakan-rakan bukan Islam tentang mengapa tiada calon PAS yang melompat/keluar dari parti -- mereka telah berikrar lafaz taklik.

Respon dari mereka ini yang Bukan Islam amat menarik -- mereka respect sangat-sangat komitmen calon-calon PAS. Mereka kata calon parti lain pun buat macam tu.

Tapi saya balas bahawa ikrar ini hanya efektif utk calon-calon yang benar2 yakin adanya Tuhan dan amat takut serta patuh pada Tuhan. Dan itulah kelebihan yang ada pada calon2 PAS.

mulutmelayu said...

Berkaitan janji taklid kepada Allah swt dan manusia lain tu, apa halnya dengan ADUN/MP PAS yang mempunyai lebih daripada satu isteri seperti Hadi, Azizan, Hassan Ali dan lain-lain tu?

Sorry, aku tak pandai jawab dalam hal tu.

Andainya seseorang ADUN/MP dipecat dari parti PAS oleh Nik Aziz, taklid tu sudah tak terpakai lagi kepada mereka dan mereka bebas hidup dengan isteri/isteri-isteri mereka tanpa sebarang gangguan fikiran.

Tetapi bagi yang keluar parti PAS dengan sukarela, gangguan seumur hidup akan berlaku kepada mereka kerana itu adalah janji mereka kepada Allah swt akan jatuh 3 talaq kepada isteri/isteri-isteri (serentak).

Bila sahaja mereka mengadakan hubungan kelamin (selepas mereka keluar dari PAS) dengan isteri/isteri-isteri soalan perlakuan zina tetap bermain dikepala (jika ister/isteri-isteri mereka tidak mengetahui akan perakuan taklid suami mereka)

Boleh tolong cerita bagaimana plak sumpah calon ADUN/MP wanita PAS plak?

zeezan said...

Assalamualaikum Tuan,

Sesebuah parti politik bebas menentukan undang2 sendiri dalam menentukan yb tidak lompat parti tak terkecuali parti pas. Mempunyai ilmu tak semestinya seseorang itu bijaksana dan berpandangan jauh.

Bagi ahli pas perkara ini mungkin biasa bagi mereka jika tidak dah lama mereka keluar parti.

Pada pendapat saya pula yang bukan dari mana2 parti soal taklid jatuh talak semasa akad nikah berbeza dengan taklid calon pas untuk bertanding pilihanraya kerana taklid semasa kahwin adalah utk kebaikan wanita itu sendiri kerana tidak memberi nafkah dan sebagainya.Sebaliknya bagi pas digunakan untuk keburukan wanita bermaksud menganiyai wanita setelah berpuluh tahun berkahwin sedangkan dalam islam perkara halal yg dibenci adalah cerai itupun kerana dah tak sehaluan apatah lagi yg berkasih sayang tetiba terima talak 3 pulak tu.

Fikir2lah sendiri.

Saya rasa banyak lagi cara yang pas boleh lakukan utk mengelak wakil rakyat lompat parti..

Ada sesiapa yang bersependapat dengan saya.

Sekian terima kasih

Naufal Tarmizi said...

lawak betul aku tengok korang yang 'bodoh' kerana tak tak belajar...

Ada pulak manusia yang konon berlagak sokong Islam tapi mengata dalam sokongan itu...boleh pulak orang yang hanya belajar agama sampai form menyatakan politik dan agama itu berbeza...kalu lu tak belajar agama pun,lu boleh cari kamus dwibahasa...cari maksud politik tu apa....

---penulis adalah BAKAL PEGUAM SYARIE HEBAT---

Kebodohan manusia yang jelas apabila melabelkan tindakan Pas berkaitan ta'lik tu merendahkan taraf isteri...sedangkan ta'lik itu belum berlaku... jika ta'lik tu berlaku,bermakna YB Pas telah melompat dan masih boleh berpolitik..maka ia boleh dikata taraf isteri telah dimain2kan...tapi jika dipandang bahawa YB Pas itu xlompat,maka taraf isterinya lebih tinggi dari mendapat kemewahan atau kesenangan selepas melompat...lihat...

Tiada siapa yang memandang bai'ah ini sebagai yang positif... Maka jika cara Pas ini dianggap salah, aku tanya korang adakah perbuatan Saidina Umar menyatakan talaq 3 itu jatuh talaq 3(bain kubra) sedangkan nas al-Quran dan Jumhur Ulama kata talaq 3 itu jatuh satu talaq adalah salah?

Kena tengok jugak keadaan semasa zaman Saidina Umar mengapa talaq 3 dikatakan jatuh 3. sebabnya pada zaman itu,umat Islam kerap main2 dengan talaq 3. Maka fatwa Saidina Umar itu dianggap sebagai siasah syar'iyyah...sebagaimana hukuman sebat yang xsampai 40 sebatan bg hukum minum arak,kenapa? sebab mentaliti manusia di Malaysia masih pikir sebat itu sperti sebatan sivil yang menyakitkan.....

Think positif... tak guna korang still anggap Pas ni macam pengawas atau AJK kerohanian kat sekolah menengah...xsama la....

kalo dia sayangkan isteri, dia xkan melompat...so kalo dia melompat? adakah dia xsayang isteri?---persoalan yg selalu ditulis dalam drama,novel dan filem....bagi aku, kalo orang tak buat ta'lik pun,da ramai yg cerai-berai...

Analoginya,tindakan pas ini mencontohi amalan Saidina Umar yang mendidik umat Islam untuk serius dalam isu talaq... Jika suami itu sayangkan isterinya,sudah tentu suami itu akan xlompat atau xmenjadi calon selepas tamat tempoh 5 tahun.... Tapi kalo dia tak sayang isteri,maka sudah lama dia lompat parti...so bukankah lagi tepat dengan analogi begitu...

izzan83 said...

Salam...

Kepada Mahaguru58 dan yg lain2..saya ada beberapa perkara yang elok direnung dan fikirkan bersama..
1) Kenapa mahaguru58 mesti menghebohkan perkara ini?adakah betul perkara ini & hal2 'rahsia' lain diceritakan oleh Dr. Hasan Ali kepada blogger semua? Jika hal tersebut rahsia, mestilah ianya hal besar berkaitan dengan pentadbiran negeri dan kepimpinan PAS negeri. Maka eloklah dibincangkan secara musyawarah dengan kepimpinan, bukannya dipecahkan rahsia kepada blogger yang hadir.

) Hal lafaz taklik janganlah diperbesarkan oleh kita semua yang cetek hukum hakam Islam.. Lagipun hal taklik tiada yang memalukan/menjatuhkan maruah PAS. Kita semua bertaklik semasa nikad..Perjuangan pemimpin dalam PAS adalah sama dengan kepimpinan kita semua kepada isteri dengan memberi nafkah zahir dan batin.. Jika kita lari dari perjuangan tersebut (nafkah kpd isteri), maka taklik jatuh. Begitu juga dengan kepimpinan PAS, sekiranya adalah yang melompat parti, pemimpin tersebut tidak berjuang untuk nafkah kepada partinya, maka jatuh taklik...

3) Memang betul kerajaan Islam dulu2 tiada yang ditegakkan melalui demokrasi, kerana demokrasi hanyalah cipta abad 20..Tetapi saudara harus ingat, hanya dengan sistem ini sahajalah sekarang ISLAM dapat ditegakkan dan hanya PAS sahaja yang sekarang memainkan peranan menegakkan ISLAM di MALAYSIA...UMNO??? tidak, 50thn lebih perintah malaysia, apakah ISLAM telah tertegak?diterima oleh semua rakyat beragama lain sebagai agama rasmi?adakah hukum2 ALLAH telah ditegakkan oleh UMNO selama mana mereka memerintah MALAYSIA? Saudara-saudara seagamaku sekalian, yakinlah bahawa PAS sahaja sekarang yang berjuang menegakkan ISLAM di MALASYSIA... bagi memanapkan lagi gerakan ini, Pakatan Rakyat diwujudkan..

maaf jika komen saya xelok/xbest..tapi perjuangan PAS tetap saya dan anak2 muda lain akan dokong. TQ.

*~De' Reza Family~* said...

akhir kalam...buat mahaguru..hanizam dan pro UBN...lafaz sebegini ada asas pertimbangan dan keharusannya...

ulamak haraki...seperti yg ada dalam PAS...akan membuat pertimbangan dalam segenap bidang...mereka akan mempertimbangkan dan memperhalusi hukum dari segala genap sudut fiqh haraki...fiqh awlawiyat..fiqh semasa...fiqh ihtiyati dan pelbagai lagi...

semuanya adalah semata2 bg mencapai cita2 kemurniaan Islam itu dapat dipamerkan di bumi malaysia yg didalamnya terkandung pelbagai anutan kaum, budaya, agama...

wa

tutup buku...wassalam

Abdullah said...

Tuan MA..guru58,

Selayaknya Allah Sahajalah Yang MAHA Suci Dan MAHA Mulia...

Janganlah kita rasa tinggi dan lebih dengan ilmu kita yng amat sedikit ini...
Sesungguhnya kita sendiripun asal dari setitis air yang amat hina..

Maaf, saya rasa janggal panggil nama tuan MA..guru.. Rasa rasa perkara ini menyentuh Bab Akidah Islam .. Tolong perjelaskan perkara ini kepada saya yang jahil ni..

MAHAGURU58 said...

Saudara Abdullah,

Sila rujuk kepada jawapan saya didalam http://www.youtube.com/watch?v=d_KTG3R-7eU

Barangsiapa yang mengenali saya secara peribadi tahu siapa diri saya sebenarnya.

Bagi saudara yang hanya kenali saya melalui tulisan dilaman laman blog, saya anjurkan supaya berhati hati membuat sebarang kesimpulan kerna ianya akan menjurus kepada saudara berdosa fitnah, mengumam saudara seagama sendiri.

Saya tiada masaalah bertemu dengan saudara secara bersemuka jika saudara mahu kenal akan siapa dia penulis blog Mahaguru58 ini sebenarnya?

Bersangka sangka itu kerja syaitan Laknatullah!

Saya berharap benar bahawa saudara tidak akan berlaku sebegitu lagi.

Insya Allah.

Kassim Selamat said...

Salam Tuan,

Saya tertanya-tanya, mengapa bloger GOMO juga di jemput ke majlis itu (nasib baik beliau tidak hadir).

Mengundang GOMO se olah2 memberi senjata kepada musuh untuk menewaskan diri kita sendiri.

Saya rasa beliau tidak harus di undang sama kerana tulisan2 beliau lebih kepada maki hamun dan fitnah.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam saudara Kassim Selamat.

Pernah kah saudara Kassim mendengar atau terbaca tentang hadith dimana Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam telah bersabda untuk membantu saudara kita tidak kira samada dirinya seorang penganiaya atau dizalimi.

Anas bin Malik Radhiallahu Anha telah bertanya kepada Nabi " Ya Rasulullah! Jika aku melihat orang yang teraniaya , tidak ada masaalah bagiku membantunya. Tetapi bagaimanakah harus ku bantu orang yang menganiaya?"

Jawab Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam " Dengan membantunya berhenti membuat salah!"

Hadith riwayat Bukhari.

Kesimpulannya adalah, jemputan saya kepada GOMO pada malam itu ikhlas ingin bertegur sapa dengan beliau dan menasihatinya bilamana kami bertemu.

Saya telah bertemu GOMO semasa beliau berniaga di PWTC tempohari dan berterus terang kepada beliau bahawa saya kurang setuju dengan cara beliau dan rakan sealiran dengan beliau berblog semasa bulan Ramadhan nan lalu.

Teguran sebegitu adalah bernawaitu untuk membantu rakan blogger seperti GOMO untuk kembali kepada fitrah sebagai seorang Muslim dan berhenti menggunakan cara yang saudara Kassim sebutkan tadi untuk menyampaikan maksud atau fikrah beliau.

Wallah! GOMO tahu saya berniat baik dan beliau sendiri mengaku tidak berapa selesa dengan caranya itu.

Maka kita perlu bersangka baik dan menasihati anak anak muda seperti GOMO dengan cara dan kaedah yang mereka boleh terima.

Bukan dengan cara kita memaki hamun mereka balik.

Itu akan membuatkan kita tak ubah sama seperti mereka.

Maka gunalah kaedah menawan hati mereka dahulu sambil menyampaikan nasihah kepada mereka dengan niat ikhlas walillahi ta'ala.

Bagaikan merejam mata lembing tembus ke belakang badan sasaran kita tetapi bila menarik lembing itu keluar tidak tertiris darah sidia barang setitik jua!

Ini kaedah hamba.

Doakan saya berjaya menasihati rakan rakan blogger kita itu.

Insya Allah.

kadiology said...

Assalamualaikum.

Saya ingin berjuang di dalam PAS kerana yakin akan dasarnya. Saya ingin berkhidmat kepada rakyat. Saya Ingin berjasa kepada parti.

Suatu hari, saya dapati ahli2 atau kepimpinan parti menyimpang dari asal perjuangan sebenar. Nak tegur tak boleh. segala usaha gagal. Jalan terakhir, tinggalkan parti. Malangnya, isteri dan keluarga aku jadi tebusan.

Islamkah ini? demokratik kah ini? parti politik TETAP parti politik. ideologi mungkin Islam. hari ini mungkin Islam. tetapi manusia yang terkenal dengan nafsu serakah akan menyimpang jugak dari matlamat perjuangan parti masing masing. Hari ini slogan membangun bersama Islam. esok slogan tukar kepada PAS for All.

apabila ideologi parti sudah tidak serasi dan hati sudah rasa parti tidak bersesuaian dengan kita, maka adalah HAK kita untuk meninggalkannya. ini adalah sistem demokrasi berparlimen dalam negara ini. jangan ingat orang tinggalkan atau melompat parti tertentu adalah sebab si polan di bayar oleh pihak tertentu semata mata! bagaimana kalau ini adalah tuduhan fitnah? adakah kita sanggup memikul dosa memfitnah orang yang meninggalkan parti kesayangan kita untuk parti yang kita benci?

bagaimana kalau hati mereka kata parti yang mereka tinggalkan itu sudah lari dari prinsip perjuangan? maka atas asas itu mereka meninggalkan parti. tapi MALANG, keluarga jadi tebusan. ini demokrasi ke haper ni? saya rasa komunis pon tak teruk macam ni!

saudara mahaguru, berkenaan ibrahim ali tu, dia tidak terpakai dalam 'kontrak gila' ni kerana semasa dia bertanding di pasir mas, dia TIDAK bertanding atas tiket PAS, tetapi bertanding atas tiket Bebas yang berlambangkan pas. dia tidak pernah menjadi ahli PAS. keahlian partinya hanya UMNO dan S46.

sekian.

perewa said...

http://www.malaysiakini.com/news/117352

lihat ini teman2ku, saya tahu benda ini dari dulu...buat ape nak heboh2....saya dah agak, yang pas selangor mengubah kandungan asal bai'ah itu.....yang dari kecik sampai sekarang saya tahu bai'ah ini....klik di laman web diatas....presiden pas pun sendiri buat...yang sumpah talak tiga ni 2/3 org je yang buat.....

sekian...kepada moderator....tak perlulah dipanjangkan cerita, kes ini telah selesai selepas penjelasan didalam media....

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum perewa.

Jangan saudara lupa bahawa saya mempunyai rakaman asal pendedahan tentang lafaz taklik cerai talak 3 oleh Timbalan Presiden PAS YB Ustaz Nasharudin Mat Isa dan juga pendedahan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor sendiri!

Mustafa Ali dan bai'ahnya adalah apa yang beliau ingin masyarakat umum seMalaysia terima tetapi bukannya apa yang kami para bloggers yang hadir malam itu dengar dengan telinga kami sendiri!

Sya sedang menahan diri dari menyiarkannya menanti samada izin dari Dato Hassan Ali atau sesiapa sahaja pimpinan tertinggi PAS mencabar menuduh kami menipu tentang pendedahan ini.

Ingat bahawa ini cuma satu perkara 'kecil' yang saya dedahkan kerana ada lagi perkara perkara yang lebih hebat yang diminta oleh tuanrumah supaya kami rahsiakan dan kami masih memegang amanah itu sampai ke saat ini.

Keadaan akan menentukan samada perlu ke tidak kami siarkan kepada seluruh dunia.

Tentang dolak dalik para pemimpin atasan PAS tentang bab perkara ini, kami nak perhatikan sahaja dan menanti kesudahannya.

Bakri said...

Menjadi bloger saperti mahagurus yang mempunyai fikiran terbuka begini saharusnya disanjung.

Tidak saperti sesetengah bloger yang ada di maya sekarang ini, kekadan terlalu jumud dan beat sebelah.

Apa pendapat tuan mengenai Nik Aziz menerima tajaan menunaikan haji?

Apa pendapat tuan, Nik Aziz melantik menantunya menjadi CEO kapada syarikat diperbadankan di bawah Menteri Kelantan? Syarikat tersebut Nik Aziz selaku Menteri Besar menjadi Pengerusinya/

Cukup dulu, ada cerita kita tulis lagi.

perewa said...

baguslah kalau begitu, saya hanya sekadar singgah dan membaca. tidak perlu beremosi, mungkin ada betul juga cakap tuan...saya berharap apa yang tuan ingin dedahkan itu tidaklah menjadi bahana buat parti pas kelak....wassalam....

p/s-kami anak muda yang biasa, sekadar lepak, bwk moto laju2....dengan keadaan kami begini, pas adalah jalan terbaik buat kami...walaupun tidak semua kuliah maghrib kami follow di markaz tarbiah taman melewar......hidup biar bererti mati dirahmati

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Bakri.

Saya berpendapat bahawa TG Nik Aziz sebagai seorang MB tidak sepatutnya menerima sebarang tajaan orang sebab ia sudah tentu mampu untuk menunaikan fardhu haji dengan belanja sendiri.

Menerima sebarang tajaan atau hadiah dari orang yang berkepentingan sudah pasti akan membuatkan beliau berhutang budi pada si penaja itu.

Ini sudah tentu meletakkan diri beliau sebagai penerima tajaan yang boleh di tafsir sebagai suapan atau rasuah.

Sebagai Mursyidul Am PAS, TG Nik Aziz perlu menunjukkan tauladan yang baik kepada anak buah dan penyokongnya.

Menerima tajaan sebegini adalah salah sebab beliau adalah seorang MB dan sudah tentu tajaan itu dibuat kerana sipenaja itu ada hajat tertentu.

Melantik menantu sebagai CEO syarikat dibawah Perbadanan Menteri Besar itu adalah perbuatan nepotisma yang terang terang salah dan boleh didakwa oleh SPRM.

Ini pendapat saya yang ikhlas menurut pertimbangan setelah mengambil kira segala perkembangan semasa.

Terimakasih.

Umar said...

Pengkhianatan dan pembelotan manusia berlaku setiap hari kepada Allah setiap hari dan setiap saat..

Allah tidak sekali-kali membiarkan manusia yang dibuatnya ini berterusan mengkhianati dan membelot kepada DIA selama-lamanya tanpa di seksa dan di azab dengan azab yang dahsyat di akhirat nanti...

Kepada manusia yang berani..jemputlah menjadi pengkhianat dan pembelot terhadap janji untuk taat kepada ALLAH dan ajaranya...

Sila rujuk surat perjanjian rakyat Malaysia dengan ALLAH dalam surah al A'raf ayat 172...bukan kan itu namanya Baiah...

Jika PAS minta baiah kepada calonnya agar setia kepada perjuangan agama..itulah buah pemahaman mereka terhadap janji kepada ALLAH...

Kepada yang lain...semoga tidak tergolong dalam golongan anti ulama...cerah masa depan di akhirat nanti...

Bukan mudah menjadi orang yang faham terhadap Islam, apatah lagi jadi muslim sejak lahir...

Ya Allah selamatkan rakyat Malaysia yang sudah beriman dari di azab dan diseksa akhirat semata-mata gagal menjadi muslim yang cerdik agama..