Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 27, 2009

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!"

Alhamdulillah!

Saya dapat menunaikan kewajipan berkorban tahun ini di kampong isteri saya di Kuantan, Pahang Darul Makmur.

Memang lain suasana berkorban dikampong berbanding dibandar.

Dengan kemudahan berkorban lembu di tanah sendiri beserta ahli keluarga dan sanak saudara.

Tak payah nak pening kepala meminta izin tuantanah sebab dah memang tanah keluarga.

Susah hendak berkorban dibandar. Hanya ditanah milik masjid sahaja boleh nak berkorban ini. Itupun hanya sesetengah masjid sahaja. Kat Kuantan ni memang meriah. Setiap tahun kami berkorban dikampong. Tak sama suasana berkorban ditempat lain.

Kepada sekelian umat Islam, saya sekeluarga mengucapkan 'Selamat Hari Raya Aidil Adha!'

Semoga pengorbanan kita diterima Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Berkorban ini adalah simbol kecintaan kita kepada Allah Azza Wa Jalla yang memerintahkan Nabi Allah Ibrahim Alaihis Salam mengorbankan putera sulung kesayangan baginda, Nabi Allah Ismail Alaihis Salam.

Kita berkorban kasih sayang, harta benda, penat lelah dan kekadang kebahagiaan kita sendiri untuk anak anak dan kaum keluarga.

Ada yang mengenang budi dan pengorbanan kita sementara kita masih sedang hidup didunia ini. Kekadang ada juga yang tak sedar diri di untung dan tidak mengambil perhatian akan pengorbanan seseorang itu.

Biarlah! Insya Allah akan sampai satu detik dan ketika dimana pengorbanan kita itu akan disedari oleh mereka. Kita berbudi tidak mengharapkan pembalasan. Ikhlas fisabilillah!

Semoga di hari Raya Aidil Adha ini, kita berkorban dengan ikhlas demi menyahut seruan Allah Subhanahu Wa Ta'ala. Insya Allah di Yaum al Mahsyar nanti, kita kan diberi kemudahan yang dijanjikan Ar Rahman Ar Rahim, Sang Maha Pencipta kita sekelian.

Amin.

"Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahil Hamd!"

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

7 comments:

^inas^ said...

salam aidiladha..

ape menu hari raya selain daging qurban dibuat rendang?
:-)

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Inas.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk Inas sekeluarga.

Biasanya selain dari masakan rendang dan gulai daging, kami sekeluarga akan menjamu ahli keluarga,sanak saudara, jiran tetangga,dan rakan taulan dengan sup daging serta tulang.

Meriah semalam dengan kehadiran begitu ramai para jemputan.

Hari ni pula majlis pertunangan anak saudara kami.

Doakan kami semua dapat menjalankan majlis ini dengan sempurna.

Insya Allah.

Selamat Hari Raya!

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Arif Omar said...

selamat hari raya aidil adha, maaf zahir batin\ dari PG sekeluarga.

onn said...

Salam Eidul Adha buat seisi keluarga. Dengarnya sesak teruk ke pantai timur..?

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan Arif.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk tuan sekeluarga.

Semoga Allah menerima pengorbanan kita dan mengampunkan kita dari salah silap kita sekian lama ini.

Amin.

Saya turut memohon maaf dari tuan seandainya ada sebarang salah silap saya terhadap tuan selama kita berdailog melalui blog ini.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Onn.

Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk tuan sekeluarga.

Kami masih diKuantan dan Insya Allah akan kembali ke KL petang nanti.

Dengar kabar begitu lah bahawa sesak giler di LPT semalam.

Mudah2an bilamana kami pulang nanti, tak sesak lagi.

Insya Allah.

Teringin nak jumpa tuan satu hari nanti.

Boleh le pekena kopi secawan kat KLCC ke ape?

Kita kena berkumpul tak lama lagi, urusan pendaftaran MBA secara rasmi.

Dah terima permintaan rasmi dari pihak pihak berkenaan supaya hamba mendaftarkan MBA untuk dibantu didalam urusan dakwah yang saya rancangkan.

Harap Onn dan lain lain bersedia dan sudi memikul tanggungjawab dan amanah mentadbir exco nanti.

Insya Allah.

Sehingga ketemu nanti.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

onn said...

Terima kasih pelawaan itu sdr.

Tanggungjawab dan amanah yg sediaada terlalu banyak...!! Dah tak mampu nak pikul lg...!!

Elok beri anak-anak muda...!!! Saya yakin sdr mampu membimbing mrk ini..!!

Tak perlu KLCC...pekena Kayu, QC, Paparich kat Bdr Sri Pemaisuri pun Ok...!!!

La ni...tiada masa. Mungkin lepas cuti sekolah kot..!!