Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Friday, November 06, 2009

Isu Papantanda Jawi Penang Free School ~ Putera MIC mengugut Pengetua PFS?

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Seperti biasa, mantan Ketua Pembangkang Malaysia Lim Kit Siang telah mencetuskan satu polemik terbaru mengenai penggunaan Jawi didalam papantanda salah sebuah sekolah terkemuka di negeri kelahiran saya iaitu di Sekolah Menengah Penang Free yang kini selama lima penggal ditadbir oleh pengetua berbangsa Melayu.

Di laman blog beliau kini semakin rancak para pembenci Jawi berkampong meluahkan rasa dan menghela cerca dan kata nesta terhadap pemasangan papantanda sekolah ini dengan Jawi serta sudah sampai ke tahap penglibatan pergerakan politik Putera MIC yang kelihatan sedang mengugut pengetua Penang Free School supaya membongkar keluar papantanda tersebut dan menggantikan dengan papantanda lain yang memuatkan 4 bahasa ~ Bahasa English, Bahasa Malaysia, Bahasa Tamil dan Bahasa Mandarin!

Saya memetik sebahagian perenggan akhir surat dari N.G. SENTHELNATHAN Timbalan Ketua Putera MIC , Negeri Pulau Pinang & Ketua Penerangan MIC Negeri : "Kegagalan pihak tuan menjawab warkah ini akan memaksa pihak kami untuk bertindak dengan lebih agresif untuk mengatasi masaalah ini yang di anggap serius!"

Saya tertanya tanya akan bentuk tindakan yang lebih agresif ini yang merupakan satu ugutan terbuka dari Putera MIC terhadap Tuan Pengetua Penang Free School Encik Ramli bin Din?


































































* Sila klik pada warkah tuntutan serta ugutan Putera MIC tersebut di atas untuk membacanya dengan lebih jelas di tetingkap yang lain.



Saya telah bercuti ke Kuala Terengganu baru baru ini dan sempat merakam beberapa papantanda kedai kedai milik orang orang China disana.



















Saya rasa bangga melihat pekedai pekedai China Terengganu memartabatkan tulisan Jawi di papantanda premis perniagaan mereka dengan begitu gah sekali tanpa sebarang masaalah!

Itu dia simbol warga yang tahu bersyukur dan memegang teguh pada pepatah ' Dimana bumi dipijak ; di situ langit di junjung!'

Sebaliknya masih ramai yang keliru bahawa papantanda Jawi Penang Free School itu petanda awal proses 'pengIslaman' sekolah sekular tertua di Pulau Pinang.

Ini dikuatkan dengan bentuk komen komen di blog Lim Kit Siang yang mempersoalkan motif disebalik pemasangan papantanda bertulis Jawi di pintu masuk utama sekolah berkenaan.

Kenapakah minda sesetengah pihak seperti Lim Kit Siang dan penyokong penyokongnya serta pihak Putera MIC perlu menjadi sempit dan jumud sebegini?

Apakah mereka ini tidak lahir, membesar dan berinteraksi secara terus dengan kebanyakan penduduk berbangsa Melayu di negara ini?

Kenapakah masih mereka keliru di antara mana satu bahasa serta tulisan dan yang mana satu agama anutan orang orang Melayu di Malaysia?

Bukankah ada manusia manusia berbangsa China Malaysia yang handal dan mahir berbahasa Melayu, berkeupayaan menulis dan membaca didalam Jawi tetapi masih kekal hidup sebagai seorang China penganut Buddha, Taoism atau Kristian?

Kenapa perlu di politikkan sebuah papantanda?

Dah tak ada perkara lain yang lebih patut mereka menumpukan perhatian mereka?

Kok sempit kepala otak yang berkenaan?

Belajar lah mencari jalan untuk menambah baik mutu kehidupan kalian dari membuang masa mencari pasal...

Kan lebih berfaedah gitu?

* Sila ke laman web Old Frees Muslim Association untuk membaca luahan hati mereka berkenaan perkara ini.

23 comments:

onn said...

Mohon pertubuhan NGO dan politik bangkit mempertahankan..!! Mana dia pihak Majlis Agama Islam Pulau Pinang? Tulisan melayu jawi ini sudah sebati adat resam melayu..!

Tuan Mahaguru bagaimana dgn masyarakat mamak muslim disana..? Adakah mereka tidak sensitif..??

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Tuan.

Saya bermastautin di Bandar Tun Razak sejak 2002. Berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 2001 dan tinggal di Taman Maluri sebelum berpindah ke Taman Kosas, Ampang.

Bilamana siap apartmen kami di Bandar Tun Razak, maka kami bermastautin disini dari tahun 2002 sehingga kini.

Perkara bantahan puak puak sekular kuffar ini saya terperasan bilamana saya membuat carian tentang jawi di internet dan terjumpa artikel terbitan :http://www.mymassa.com/?p=545

Maka saya pun terus mengkaji laman laman web berkaitan yang mendedahkan komen komen cercaan terhadap penggunaan tulisan Jawi di tembok pintu masuk utama Sekolah Menengah Penang Free itu di blog Kit Siang.

Tentang soalan saudara samada masyarakat mamak di Pulau Pinang itu dah sedar ke tidak tentang polemik ini, saya belum ada sebarang maklumbalas tentang bab perkara ini.

Insya Allah, akan saya hubungi kenalan saya disana selepas ini.

Sama sama lah kita memaklumkan rakan dan taulan kita tentang isu ini untuk tindakan sewajarnya.

Insya Allah.

Arif Omar said...

PAS YANG MEMBERI MUKA SANGAT PADA MEREKA INI. LIM KIT SIANG ADALAH SAHABAT BAIK TOK GURU. BIAR TOK GURU YANG MENASIHATINYA . ATAU BOLEH JUGA A SAMAD SAID BERDEMO DEPAN PEJABAT LGE . OK APE.

Reza Pahlavi said...

Salam.

Saya membaca komen-komen pada artikel LKS tersebut dan mendapati ada beberapa komen positif yang menunjukkan bahawa orang Cina juga faham apa itu tulisan Jawi dan cuba memperbetulkan kesalahan fakta penulis artikel tersebut. Contoh komen yang menarik perhatian saya ialah:

-by cheng on soo: Jawi is old Malay using modified Arabic alphabet, nothing to do with Koran (written in Arab, using Arabic alphabet). This alphabet is called Jawi bcos it go to Jawa first, then come to Malaya.
There are also a few type of Arab language ,like different type of English, Iran use arabic alphabet (maybe modified?) to write their Persian language


-by ktteokt:Why relate Jawi with Islam? Jawi is but a form of writing. Had the British not conquered and ruled Malaysia (then Malaya) for that few centuries, we would still be writing our Bahasa Malaysia in Jawi. What we learn today as Bahasa Malaysia is in fact a romanized form of original Bahasa Melayu, a mutation to be exact!!!!


Yang menariknya ialah artikel 'tidak bijak' tersebut serta komen-komen positif yang saya salin seperti di atas ditulis sebelum 8 Mac 2008 (22 Disember 2007 kalau nak tarikh yang tepat). Maka perihal seperti LKS, LGE dan sebagainya tidak perlu dikaitkan dalam isu ini selagi mereka tidak bertindak secara 'tidak bijak' dan menari mengikut rentak Putera MIC.

Sewajarnya UMNO tidak patut beri muka sangat pada mereka ini (Putera MIC). Biarlah PM 1Malaysia yang menasihati Presiden MIC tentang hal ini.

King-Fx said...

Salam,

Nampaknya apa sahaja identiti Melayu akan ditentang habis2an. Fair enough. Lepas ni kita haramkan sahaja tulisan2 Cina dan Tamil di papan tanda dan media. Kerana tulisan tersebut bukanlah tulisan asal penduduk MALAYA. See what say LKS and his goon.

kudabesi said...

ape la, jawi pun dorang nak marah. jawi tu sistem BM lagi. bukan kalau pakai jawi nama sekolah tu tukar pung,still Penang Free School

PM kena amik tindakan dekat anak buah dia, sebab mencabar sistem bahasa kebangsaan.

aliya said...

Salam sifu,
hahahaa.. what else will those goons fight about after this jim-alif-wau-ya stuff dies down? They need to relearn the country's history.
I bet those morons in MIC can't even read a word in the jawi script, let alone realise that jawi was the original Malay writing before the British came to Malaya. Ba-wau-dal-wau-ha punya orang!
Too bad, poor poor Jawi.. it's supposed to be taught as part of Bahasa Malaysia syllabus as it's Malay language but due to pressure like this, it's now being taught in Pendidikan Islam. The losers? Non Malay children who can't read words in Jawi.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum semua.

Saya kasihan pada golongan yang jumud fikrah ini sebab mereka menghadkan keupayaan mereka didalam linguistika.

Saya hanya boleh berharap bahawa mereka ini akan dapat mengeluarkan diri dari kepompong kekeliruan yang mereka tenunkan sekeliling diri sendiri dan mampu melihat dunia ini dengan mata yang lebih celik dan akal yang lebih sempurna.

Namun, kekadang telah terbukti didalam lipatan sejarah bahawasanya sesetengah kaum dan puak yang terlalu kuat semangat chauvinistik dan perkauman mereka akan terhapus dengan sendiri bila azab Allah Azza Wa Jalla turun melenyapkan keujudan kaum yang melampaui batas.

Adakah mereka ini kan sempat sedar?

Wallalahu Alam Bissawab.

PKamalanathan said...

Tuan Haji Zainol Abideen yang saya hormati,

Saya telah membaca pendapat dan juga pandangan Tuan Haji dalam Blog Tuan Haji mengenai isu yang telah dibangkitkan oleh Pergerakan Putera MIC Pulau Pinang.

Pihak kami tidak mahu membesarkan perkara ini, untuk maklumat Tuan Haji, saya di maklumkan bahawa surat yang kami hantar ini merupakan surat yang ke-2, sebelum ini pihak kami telah pun menghantar satu surat untuk meminta penjelasan daripada Pengetua Sekolah, tetapi apabila surat itu tidak di jawab, kami mengambil keputusan untuk menghantar surat ke-2 ini.

Saya rasa, mungkin surat pertama yang di hantar itu tidak di endahkan oleh Pengetua tersebut kerana kami tidak menghantar salinan itu kepada sesiapa – hanya kepada Pengetua Sekolah, tetapi kali ini, apabila surat di beri salinan kepada pelbagai pihak, maka, isu ini di perbesarkan.

Walau bagaimana pun, saya ingin mengesahkan di sini, tidak terlintas langsung dalam fikiran kami untuk mempolitikan perkara ini.

Kami percaya dalam budaya berbincang dan mencari penyelesaian.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk menjawab soalan-soalan yang telah di bentangkan oleh Tuan Haji.

(Q) Kenapakah minda sesetengah pihak seperti Lim Kit Siang dan penyokong penyokongnya serta pihak Putera MIC perlu menjadi sempit dan jumud sebegini?

(A) Untuk maklumat Tuan Haji, pemikir sempit tidak akan menulis warkah secara rasmi kepada Pengetua Sekolah, tetapi mereka akan hanya menyebarkan fitnah dan tak berani untuk menyatakan pendapat mereka secara telus.


(Q) Apakah mereka ini tidak lahir, membesar dan berinteraksi secara terus dengan kebanyakan penduduk berbangsa Melayu di negara ini?

(A) Untuk maklumat Tuan Haji, bukan sahaja saya tetapi ibu bapa saya juga lahir di bumi bertuah ini, dan sekiranya dengan hanya meminta penjelasan dengan cara yang telus dan ikhlas, Tuan Haji menyoalkan kesetiaan kami kepada Negara Tanah Tumpah nya darah ku ini – Siapa yang berfikiran sempit?


(Q) Kenapakah masih mereka keliru di antara mana satu bahasa serta tulisan dan yang mana satu agama anutan orang orang Melayu di Malaysia?

(A) Kita tidak keliru sama sekali, yang nampak keliru ialah Tuan Haji.


(Q) Bukankah ada manusia manusia berbangsa China Malaysia yang handal dan mahir berbahasa Melayu, berkeupayaan menulis dan membaca didalam Jawi tetapi masih kekal hidup sebagai seorang China penganut Buddha, Taoism atau Kristian?

(A) Untuk maklumat Tuan Haji, kaum India Malaysia juga handal dan fasih berbahasa Melayu, lebih handal dan lebih fasih daripada Tuan Haji sendiri.


(Q) Kenapa perlu di politikkan sebuah papantanda?

(A) Siapa yang mempolitikan isu ini Tuan Haji? Saya rasa Tuan Haji lah yang mempolitikan isu ini. Kami hanya meminta penjelasan daripada Pengetua Sekolah dan kami bukan meminta benda yang bukan-bukan, hanya meminta agar Pihak Sekolah dapat mengunakan Bahasa Kebangsaan dan juga bahasa utama (Mandarin & Tamil) – adakah itu satu permintaan yang salah?


(Q) Dah tak ada perkara lain yang lebih patut mereka menumpukan perhatian mereka?

(A) Kami memang memberi tumpuan kepada banyak perkara yang lain, tetapi dukacita Tuan Haji hanya nampak perkara ini.

(Q) Kok sempit kepala otak yang berkenaan?

(A) Otak manusia dalam dunia ini ditetapkan oleh TUHAN YANG MAHA ESA. Sempit atau tidak, saya tidak tahu, apa yang kita lakukan bukan satu penipuan ataupun fitnah, bukan ugutan ataupun demonstrasi.


(Q) Belajar lah mencari jalan untuk menambah baik mutu kehidupan kalian dari membuang masa mencari pasal,
Kan lebih berfaedah gitu?

(A) Kami tidak pernah hilang tumpuan untuk menambah baik mutu kehidupan, tetapi kami juga tidak boleh berdiam diri dan melihat perkara yang tidak betul yang berlaku di depan mata. Hasrat kami tidak untuk mencari pasal, tetapi hanya untuk mencari penyelesaian.

PKamalanathan
Penyelaras Kebangsaan PUTERA MIC

PKamalanathan said...

Cik Aliya,

It would take a moron to identify another moron. I dont know what is a moron?

MAHAGURU58 said...

Salam sejahtera Tuan Kamalanathan.

Sebenarnya saya pada awalnya tidak mahu menulis tentang perkara ini sebab ianya boleh saya kira sebagai sensitif.

Namun didalam perenggan terakhir didalam surat tuan tuan kepada pengetua itu berbaur ancaman untuk bertindak dengan lebih agresif sekiranya pihak pengetua sekolah tersebut tidak akur dengan tuntutan tuan tuan semua.

Itulah yang mendorong saya mengutarakan perkara ini didalam blog peribadi saya ini.

Saya berharap pihak tuan tuan dapat mengambil pendekatan berhemah untuk bersuara dan tidak terikut ikut dengan budaya mendesak yang sedang disemarakkan oleh pihak pihak tertentu.

Matlamat kita adalah untuk menambah baik mutu hidup kita dengan berusaha didalam perkara perkara yang lebih penting dan berfaedah untuk membawa warganegara Malaysia menikmati kehidupan yang baik didalam perkara perkara asas.

Soal papantanda ini jika dikendali dengan lebih berhemah pasti boleh diselesaikan dengan elok.

Saya harap semua pihak yang terlibat dapat mengewndalikan diri dengan penuh bertanggungjawab dan sedar bahawa provokasi hanya akan merugikan kita semua.

Selamat malam.

The Legend said...

Tuan Mahaguru,

Terima Kasih utk memberi pendapat Tuan. Bagi pendapat saya, tuan perlu memberi keutamaan pada isi kandungan surat tersebut secara keseluruhannya, dan bukannya utk sebaris dari warkah tersebut. Saya juga hairan, bagaimana tuan boleh mempunyai salinan surat yang dihantar ke sekolah tanpa salinan kepada tuan. Walau bagaimanapun, saya benar-benar berharap pihak sekolah sahaja yg membalas surat tersebut, dan bukannya pihak lain.Isu bahasa tidak wajar utk disangkut pautkan dgn isu agama.Terima Kasih.Salam Satu Malaysia

cikgubad said...

Salam semua,

Saya percaya hal yg sesubjektif ini boleh mengundang salah erti banyak pihak.

Alangkah baiknya pihak2 yg berasa ada kepentingan dalam isu ini supaya menghalusi akan niat, kewajaran dan kebijaksanaan masing2 sebelum membuat tuntutan sebegini.

Selalunya keegoan, takbur dan rasa tinggi diri - apatah lagi apabila kuasa seakan di pihak kita - sering mengelabui pertimbangan logik kita.

Ada di kalangan tuan yg sedang menenegakkan benag yg basah, menggunakan alasan yg benar utk tujuan yg salah dan sebagainya dalam isu ini.

Lihaylah dlam persepektif yang holistik. Tanpa prejudis kepada golongan minoriti, sikap golongan ini jelas tidak memahami budaya dan iklim sosio-budaya masyarakat di Malaysia ini.

'Cakap malam dengar2, cakap siang pandang2lah'. Benarkan bahawa di mana bumi dipijak di situlah langit dijunjung!

Memperjuangkan kesamarataan hak benar. Tetapi lebih benar lagi memperjuangkan keadilan - dlm erti kata sebenarnya.

Wallahua'lam

badlishahali said...

assalamualaikum..

i think this matter is just a simple and easy to solve. but the main thing is, everybody involved in this should be rationale and do not use your feelings to guide the solution. to me, that wall was sponsored by a muslim old frees. and i guess that if the indian dont like it, please, sponsor another wall with tamil writings on it.. what's the problem?
i am an old frees too, and i'm not racist. thank you..

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara badlishahali.

Cadangan saudara paling boleh diterima sebenarnya.

Apalagi Tuan Kamalanathan, boleh lah tawarkan papantanda tambahan kepada Tuan Pengetua Penang Free School?

Buat dengam batu marmar berkualiti, ditaja oleh Putera MIC.

Mesti Tuan Pengetua terima dengan senang hati.

Mungkin selepas ini pihak MCA, PPP, Gerakan, dan lain lain hendak turut sama menyumbang papantanda didalam bahasa yang mereka suka.

Saya ucapkan syabas kepada semua pihak pihak ini yang begitu patriotik sekali ingin berbakti kepada sekolah sekolah kita!

Hidup Malaysia!

Syabas badlishahali di atas ilham pujangga!

You are a lifesaver man!

Go Old Frees!

* Was offered a place in PFS but being a poor kampong kid bck then, had to opt out for Abdullah Munshi!

Nevertheless, my respect has always been there for PFS!

Fortis Atque Fidelis!

Strong & Faithful!

OFMA Malaysia said...

Salam tuan,

Terima kasih di atas pembelaan. Melayu Islam PFS sendiri lebih ramai yang suka mendiamkan diri atas isu ini. Amat dikesalkan.

Fortis Atque Fidelis
www.ofma.org.my

OFMA Malaysia said...

Salam tuan,

Terima kasih di atas pembelaan. Setelah diperhatikan, lebih ramai Melayu PFS yang mendiamkan diri di atas isu ini. Amat dikesali oleh pohak kami.

Fortis Atque Fidelis
www.ofma.org.my

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam tetuan Old Frees Muslim Association.

Selagi hayat dikandung badan, Mahaguru58 sedia membantu tuan tuan semua mendapat keadilan didalam polemik ini.

'All you gentlemen have to do is to ask for help and it will be given to you!'

Insya Allah!

'La haula wala quwwata illa billah hal aliyyil adzhim!'

I like blogger badlishahali's suggestion to those demanding their rights to have their preferred languages be used together with the current English & Jawi signages at Penang Free School's main entrance.

All those who so wish to have their respective languages be prominently displayed together to portray the 1Malaysia concept being bandied about by the present government, would do best to sponsor such signages and offer them to be displayed together at the school's main entrance!

Pretty sure that the PFS Headmaster Cikgu Ramli Din will welcome such sponsorships!

speedrider said...

Salam Tuan Haji,

Minta perbetulkan sedikit statement sekolah tertua tu.

Bukan di Pulau Pinang saja Tuan, tetapi ia adalah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara. Tahun 1816 diasaskan.

Salam Perjuangan,

Fortis Atque Fidelis
Musyrif Abu Bakar

www.speedrider.org

Seymour Cakes said...

Malaysia is truly a racist country! We can't debate or discuss anything without having the fullstops because of you being a Malay and I being a non-Malay.

I regret I have to apologize to begin with, lets call a spade, a spade.

The uproar over the Jawi wall has nothing much to do with Jawi or "Islamization" of Penang Free School. It's simply this: Old Frees are critical of the fast changes that is taking place in PFS for the past many years. No thanks to rumors of the principle saying things like "in the future PFS will take in less than 50 Chinese students" and the many dismantling of PFS old traditions.

This statement could be false but nevertheless this news spread far and wide. As a Old Frees, I do not want to see racism take root and rot away part of my own personal history.

If you are an Old Frees, it'd be hard to ignore or not appreciate the deep traditions that runs for more than 180 years.

It will be difficult to not be emotional -- they simply do not want to see the school they love so much to be eroded away. So please forgive those who asked in harsh words.

Who knows if PFS is really going to the dogs or otherwise, nobody came forward to clarify the situation anyway. In absence of clarity, we make our own stories.

---

Mungkin ramai yang berpendapat tulisan Jawi tidak patut mendapat tentangan dan sebaliknya dihayati. Tetapi ini adalah Pulau Pinang, bukan Terengganu. Dan dalam sejarah PFS yang panjang ini, PFS adalah satu simbol sekolah Inggeris (Inggeris bukan penjajah British) jadi tuan-tuan tidak patut berasa terkejut jika bahasa busuk terkeluar bersama-bersama dengan soalan-soalan dari ramai orang Old Frees.

---

Kepada yang marahkan "pendatang-pendatang" biadap dan tak bersyukur, saya katakan ini kepada tuan,

Terima kasih kepada tuan-tuan/puan-puan Bumiputera Malaysia kerana memberi hak kerakyatan kepada saya. Terima kasih. Jangan bimbang, hampir semua kami ini yang bukan bumiputera berterima kasih kepada tuan-tuan/puan-puan and kepada anak-anak dan cucu-cucu tuan-tuan/puan-puan dengan pemberian yang sangat berharga ini. Jangan bimbang juga kepada yang tak bersyukur kerana saya pasti mereka sedang membuat sesuatu untuk balik tongsan or india.

Mungkin 100 tahun lagi Malaysia tidak akan mempunyai masalah perkauman.

MAHAGURU58 said...

CPing @ Seymour Cakes.

I can sense your pain bro.. and I wish you to know that I understand what it is you are trying to convey here.

Tradition that goes back 180 years isn't something one ignores and overlooks in the attempt to try and take in what is happening to your alma mater.

Old Frees need to voice out in a manner befitting your pedigree and grooming which although considered to be 'Old School' is exactly what made Penang Free School to be the creme de la creme of our Penang's school system and heralded throughout this part of the world.

You fine folks need to get together and have a pow wow with the current HM and raise your concerns in a manner befitting your standards as Old Frees.

If what you say about the ratio of certain ethnic students intake is true, then that's something that's just not right.

Merit should be the order of the day ; not the color of one's skin.

Azri Omar said...

Assalamulaikum,
Tahniah Tuan Haji...
Saya juga bekas pelajar Penang Free Batch F5/2006 memang cukup berbangga kerana ada pihak yang masih menegakkan isu ini.

Bagi saya adalah wajar kita pertahankan salah satu khazanah negara kita Malaysia, Tulisan Jawi. Isu ini tidak sepatutnya timbul.

Walaupun saya boleh dikategorikan sebagai "junior" namun tempias itu dapat juga saya rasakan kerana ia memainkan isu agama dan bangsa. Teruskan perjuangan... Insyallah saya tetap berada bersama.

Sapinakoko said...

Tuan Mahaguru, saya tak nampak pun ini sebagai sensitif...? cuma bahasa melayu, mandarin dan tamil dipinta untuk dipaparkan..salah?

saya lalu dua hari lepas! tak nampak bahasa Melayu pun..kenapa..? Jawi lagi dipentingkan daripada BM?
Oh God!
Everything is changing one by one!

Adakah salah untuk mempunyai konsep 1 malaysia di papan tanda?

nama Tuan Sendiri berkonsep 1malaysia!
syabas!
MAhaguru(diambil dari bahasa yang wujud dari India)