Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Sunday, November 22, 2009

Isu Tauliah ~ Prof Dato Dr Harun Din juga sering menjadi mangsa dilarang berceramah oleh JAIS!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh!

Saudara saudari Ikhwanul Muslimin na wal Muslimat tercinta.

Saya terkejut melihat laporan blog ini yang mendedahkan bahawa salah seorang tokoh agama terulung negara kita iaitu Yang Berbahagia Tuan Guru Professor Dato' Dr.Harun Din Al Haj, salah seorang ulamak yang saya sendiri amat menghormati dek kerana ketinggian ilmu agama beliau, sering dilarang berceramah agama di surau surau dan masjid masjid didalam negeri Selangor Darul Ehsan oleh pihak JAIS ~ Jabatan Agama Islam Selangor di atas alasan bahawa Professor Dato' Dr Harun Din tidak mempunyai 'tauliah' untuk mengajar agama di negeri ini!

Sesungguhnya hati ini amat sakit sekali membaca berita ini kerana Tuan Guru Professor Dato' Dr.Harun Din adalah satu satunya ulamak didalam negara kita ini yang pada pendapat saya amat sesuai sekali kita lantik menjadi 'Ulul `Amri memerintah Kerajaan Persekutuan Malaysia ini.
























































Sila klik keatas paparan untuk melihat dengan jelas.


Barangsiapa diantara kita umat Islam seMalaysia yang masih siuman dan waras fikirannya sudah tentu berang mengetahui tentang larangan berceramah atau menyampaikan ilmu agama terhadap manusia Muslim sehebat Tuan Guru Professor Dato' Dr.Harun Din!

Lain lah jika hati tuan puan sudah kematu, tidak tahu membezakan diantara dakyah sisayah semasa didalam usaha pihak pihak seperti ini memperkecilkan malah boleh dikatakan menghina usaha para ulamak muktabar seperti Al Fadhil As Syeikh Tuan Guru Professor Dato' Dr.Harun Din Al Haj.

Pernahkah tuan puan saudara saudari Muslimin Muslimat seMalaysia tercinta mengikuti kuliah agama Tuan Guru Dato Dr Harun Din?

Betapa cermat, lengkap, mantap, terperinci dan penuh berhikmah cara beliau menyampaikan ilmu agama Al Islam dari Allah Subhanahu Wa Ta'ala , Tuhan Rabbul Alamin yang Maha Suci !

Inilah dia realiti di Akhirul Zaman ini!

Ulamak muktabar seperti Tuan Guru Professor Dato' Dr. Harun Din Al Haj dilarang dari menyampaikan ajaran ajaran Islam dengan alasan mereka tidak bertauliah dan diberikan tauliah berkenaan kepada puak puak yang kita sendiri tak pernah dengar atau kenal dengan usaha mereka didalam bidang Dakwah al Islamiyyah!

Kalau ada pun, mungkin hanya dikalangan lingkungan kecil dunia kehidupan mereka TIDAK kepada masyarakat umum sepertimana usaha dan pengorbanan ulamak ulamak kita yang kita sayangi seperti diri Tuan Guru Professor Dato' Dr.Harun Din Al Haj!

Entah lah! Memang dah nak Qiyamat agaknya?

Bilamana alim ulamak kita diperlecehkan dan disekat usaha dakwah mereka tetapi puak puak penyemarak budaya hiburan mungkar hedonisma kufur seperti penyanyi penyanyi, pelakon dan pelawak dipuja dan dipuji seantero negara, maka sudah selayaknya kita bersiap sedia menghadapi Yaum al Akhirat kerna ianya sudah disebut sebut didalam sabda Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam sebagai salah satu tanda tanda ketibaan Qiyamat!

Para aktivis kemungkaran dianugerahkan pangkat kemuliaan dan kedudukan istimewa negara! Mereka diraikan di istana dan mahligai mahligai yang penuh melimpah dengan segala macam kemewahan serta dimahsyurkan didalam ruang lingkup media perdana namun alim ulamak kita yang sebenarnya para pewaris usaha Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dihina dengan mengadakan terhadap mereka larangan itu dan ini, diperlecehkan dengan seribu satu sekatan dan alasan remeh temeh, mendakwa mereka tidak bertauliah!!!

Bukankah TAULIAH SEPANJANG MASA untuk menyampaikan ilmu agama Islam sudah diperintahkan keatas kita oleh ALLAH SUBHANAHU WA TA'ALA didalam Ayat ke 125, Surah An Nahl, didalam Kitab Suci Junjungan kita, Al Quranul Karim :
125. OdAAu ila sabeeli rabbika bialhikmati waalmawAAithati alhasanati wajadilhum biallatee hiya ahsanu inna rabbaka huwa aAAlamu biman dalla AAan sabeelihi wahuwa aAAlamu bialmuhtadeena
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayat petunjuk.
125. Invite (all) to the Way of thy Lord with wisdom and beautiful preaching; and argue with them in ways that are best and most gracious: for thy Lord knoweth best, who have strayed from His Path, and who receive guidance.

~@~


Apakah tauliah ciptaan manusia manusia ini mengatasi Perintah Allah Subhanahu Wa Ta'ala sendiri???



Saya terbitkan artikel ini hanya selepas saya menelefon Al Fadhil Tuan Guru Professor Dato' Dr. Haron Din Al Haj untuk mendapatkan pengesahan beliau mengenai sekatan sekatan ini dan Tuan Guru mengesahkan bahawa beliau sering menjadi mangsa pihak pihak seperti JAIS ini!

Apa agenda sebenar atau yang tersembunyi pihak pihak seperti ini lorat sangat hendak menyekat usaha Dakwah al Islamiyyah tuan tuan guru dan alim ulamak kita?

Cuba tonton sekejap video berikut dimana ketokohan ulamak muktabar seperti Al Fadhil Professor Dato' Dr.Harun Din Al Haj terserlah dengan cara beliau menyampaikan ilmu agama!


Beginilah ragam dunia Akhirul Zaman dimana ulamak dan pendakwah disekat dari menyampaikan ilmu agama dek kerana kepentingan politik pihak tertentu!


Bawa bawalah beringat bahawa bilamana mati nanti akan disoal dek Malaikat Munkar dan Naqir akan apa yang kita perbuat semasa hidup dan apakah kita telah menunaikan tanggungjawab terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan Junjungan Besar Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam!

7 comments:

lapuria said...

Surat Larangan JAIS bertarikh 15 November 2007, zaman BN.

Sekarang Dr Haron Din dah diberi Tauliah oleh Jais dan beri Kuliah di Masjid Negeri.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum saudara.

Saya sedia maklum akan tarikh surat arahan larangan berceramah itu.

Namun yang dipertikaikan disini bukannya kerajaan mana yang memerintah tetapi akan JAIS itu sendiri?

Pegawai yang sama bertugas itu masih diberi tauliah oleh JAIS sampai ke sekarang.

Bilamana saya telefon Tuan Guru Professor Dato' Dr. Harun Din tadi beliau mengesahkan akan larangan tersebut malah Tuan Guru turut memaklumkan saya akan beberapa kali lagi pihak JAIS mengeluarkan surat arahan melarang Tuan Guru berceramah, menyampaikan ajaran agama kepada umum.

Yang saya persoalkan disini adalah pihak JAIS bukannya Kerajaan Selangor mana yang berkuasa ketika larangan larangan tersebut dikeluarkan?

Jika saudara hendak mengisyaratkan bahawasanya JAIS sekarang dibawah Kerajaan Pakatan DAP-PKR-PAS memberikan tauliah kepada Tuan Guru Prof. Dato Dr. Harun Din, maka ingin saya bertanya bukankah pihak JAIS dibawah perintah Pakatan ini juga yang menimbulkan polemik dengan menahan Sahibul Fadhilah mantan Mufti Perlis Dr.Mohd Asri Zainul Abidin diatas alasan beliau tidak ada tauliah untuk mengajar agama di negeri Selangor?

JAIS yang saya persoalkan ; bukannya Kerajaan Negeri.

hanizam said...

assalamualaikum...

JAIS...JAIS...

tak habis-habis dengan ceritanya...masa bekas mufti perlis kena "serbu", ada jugak penyokong PR yang terlalu bijak menayalah BN @ UMNO mengenai insiden ini...yang paling kelakar serta ayat "bodoh" kononnya JAIS buat serbuan sebab FEDERAl yang keluarkan arahan itu...

ape kes Federal yang buat macam tu??bukan ke JAIS kerajaan negeri yang kontrol...masih menyelahkan pihak lain jika sesuatu isu yang melibatkan JAIS, federal diheret sama....

sudah-sudah le...kalau ada yang nak bagi ulasan JAIS dibawah Federal, baik tak payah duduk kat malaysia @ selangor...usah persalahkan pihak lain kalau JAIS buat sesuatu yang bodoh...sebeb JAIS & kerajaan negeri sekarang ni 2X5 je....

kalau politik dicampur dalam pentadbiran JAIS, macam tulah jadinya...JAIS sendiri ada senario politik tersendiri...antara kakitangannya pun jatuh menjatuhkan antara satu sama lain...bukan aku yang cakap, staff JAIS sendiri yang bercerita...tu belum lagi kat sekolahnya...macam-macam cerita ada....bila difikir-fikir balik, lagi teruk politik pejabat agama ye dari pejabat kerajaan lain...

bertudung...berkopiah @ bersongkok...tapi....tulah yang berlaku....

lari topik sat...mahaguru,

kat Simpang 4 Masjid Tok Dagang Kg. Jawa aku ada ternampak Banner tergantung "CERAMAH ISU PANAS" oleh YB Kuala selangor & YB Kota Raja serta YDP PAS Kota Raja sepatutnya malam ni....ape dah jadi???tiada sambutan ke??

kalau mahaguru tahu tentang ceramah ni, tentu ada info kenape tak jadi....markas PAS Kg. Jawa bukan jauh pun dari rumah aku...setakat penceramah dorang dok maki hamun kerajaan BN boleh dengar...berbakul-bakul kalau boleh diukur...

hanizam said...

ralat...

tentang ceramah tu tadi, aku dengar dah mula jugak akhirnya...mungkin tadi nak tunggu kalau ada sambutan baru ceramah agaknya...

satu lagi mungkin sound system tak berapa power dan tiupan sepoi-sepoi angin menyebabkan ape yang penceramah tu kencing, tak berapa aku dengar dari rumah...nak kata jauh tak juga, dalam 40-50 meter dari rumah...

Anonymous said...

Mungkin JAIS anggap diorang sahaja lah yang mempunyai hak eksklusif dalam beragama dan hanya pendapat mebikut acuan selera mereka sahaja yang layak diberi tauliah.

Reminding me of what happened during the era of European Enlightenment...disebabkan oleh sikap puak gereja yang jumud, maka orang2 Eropah lari dari agama. Sejarah menunjukkan orang Barat berjaya tanpa agama (sebab itu barat sangat anti agama), namun sejarah juga menunjukkan orang Islam berjaya dengan agama dan jatuh merudum tanpa agama.

What matters is, how you implement the religion; the way it's meant to be implemented or the way you have corrupted it?

My heart goes out to all the 'victims' of JAIS.

airman said...

mahaguru58 dah banyak cita pasal tauliah ni, saya tak menyalahkan atau mmbetulkan jais dlm prkara ni, saya ingat semua ingat negeri ada undang undang ini,spatutnya pihak tuan mgkaji semula dan mengesyorkan kpd pihak yg brwajib utk brbuat sesuatu bagi mmperbaiki sistem - unperfectstone53

MAHAGURU58 said...

Saudara airman,

Sekiranya airman ada mengikuti penulisan diblog saya ini, airman tentu akan dapat membaca artikel terbitan saya bertarikh 18hb November :http://mahaguru58.blogspot.com/2009/11/isu-tauliah-muzakarah-bloggers-muslim.html

Dimana kami para bloggers Muslim telah bermuzakarah dgn YB Kulim Bandar Baharu, Tn Hj Zulkifli Noordin berbincang tentang isu tauliah ini.

Kami telah mendraf beberapa perkara penting yang akan dimajukan kepada pihak berkuasa agama dan perundangan negara berkaitan langkah langkah yang perlu di ambil untuk menyelesaikan kemelut ini.

Saya baru saja berbincang mengenai perkara yang sama dan hal ehwal berkaitan usaha Dakwah fi Sabilillah dengan pihak JAKIM di Putrajaya.

Saudara perlu tahu bahawa perkara sebegini bukannya boleh diselesaikan didalam sekelip mata!

Sebagai rakyat, kuasa laksana kita terhad dan bagi saya selaku aktivis Dakwah, saya perlu mengikuti atur cara dan adab didalam berbincang dengan pihak pihak berkuasa serta jabatan jabatan agama.

Tidak mudah mengubah sesuatu dasar kerajaan hanya kerna kita tak puas hati dengan sesuatu perkembangan.

Kita bukan orang bergelar atau berkedudukan tinggi mampu merubah suasana dengan sekali jumpa atau berhubung bicara.

Sewajarnya saudara mendoakan kejayaan kami berusaha mengubah keadaan dan nasib para pendakwah serta bersabar menunggu hasil usaha yang sedang kami jalankan.

Bagaikan baru berputik. Hanya dedaun masa dan Takdir Allah akan menentukan samada berhasil masak ke tidak?

Bloggers bukan nya ada kuasa apa apa ..sekadar menyampaikan berita sahaja.

Wallahualam bissawab.