Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, November 03, 2009

Tanda tanda hampirnya Kiamat yang sudah berlaku dan jelas!

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, yaitu penaklukan
Baitulmuqaddis."
Hadith riwayat Sahih Bukhari

2. Zina berleluasa."Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -
Hadith riwayat Sahih Muslim

3. Berleluasa permainan alat muzik.
"Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan dan perubahan muka."
Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini terjadi?"
Baginda menjawab;"Apabila telah bermaharajalela bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi-penyanyi wanita"
Hadith riwayat Ibnu Majah

4. Menghias masjid dan membanggakannya.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya kiamat ialah manusia bermegah-megahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.

5. Munculnya kekejian, memutuskan kerabat dan hubungan dengan tetangga tidak baik.
"Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan dan perkataan keji, memutuskan
hubungan silaturahim dan sikap yang buruk dalam tetangga." -
Hadith Riwayat Ahmad dan Hakim

6. Banyak orang soleh meninggal dunia.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang-orang yang baik dan ahli agama di muka bumi, maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang-orang yang hina dan buruk
yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran -

Hadith Riwayat Ahmad

7. Orang hina mendapat kedudukan terhormat.
"Di antara tanda-tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin
Luka'(orang yang bodoh dan hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang
yang beriman yang diapit oleh dua orang mulia" -

Hadith Riwayat Thabrani

8. Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya saja.
"Sesungguhnya di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecuali yang dikenalnya saja."
Hadith Riwayat Ahmad

9. Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah akan muncul pakaian-pakaian wanita dan apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang."

10. Bulan sabit kelihatan besar.
"Di antara tanda-tanda telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." -
Hadith Riwayat Thabrani

11. Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita.
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu
dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah
didengar oleh bapak-bapak kamu sebelumnya, mereka tidak menyesatkanmu dan
memfitnahmu" -
Hadith Riwayat Sahih Muslim

12. Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar.
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyikan kesaksian yang benar" -
Hadith Riwayat Ahmad

13. Negara Arab menjadi padang rumput dan sungai.
"Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan
sungai-sungai." -
Hadith Riwayat Sahih Muslim

Bukti bukti akan kesahihan bahawa kini sudah Akhirul Zaman.

Tuan tuan dan puan puan, para pembaca blog Mahaguru58 yang dihormati sekelian.

Sebahagian besar tanda tanda hampirnya Yaum Al Kiamat di atas sudah pun berlangsung didalam zaman kehidupan kita sekarang ini.

Setiap petanda akan hampirnya Hari Kiamat ini kebanyakannya sudah berlaku dan kita semua sepatutnya mengambil iktibar akan semua ini dan bersiap sedia menghadapi hari yang diberitakan didalam Kitab Suci junjungan kita Al Quranul Karim.

Salah satu surah yang menceritakan akan kejadian yang pasti menimpa kita semua adalah didalam Surah
Al-Qaariah (Surah ke 101) :

1. AlqariAAatu

[1]Hari yang menggemparkan,

1. The (Day) of Noise and Clamour:


2. Ma alqariAAatu

[2]Apa dia hari yang menggemparkan itu?

2. What is the (Day) of Noise and Clamour?


3. Wama adraka ma alqariAAatu

[3]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan hari yang menggemparkan itu? -

3. And what will explain to thee what the (Day) of Noise and Clamour is?


4. Yawma yakoonu alnnasu kaalfarashi almabthoothi

[4](Hari itu ialah: hari kiamat), hari manusia menjadi seperti kelkatu yang terbang berkeliaran,

4. (It is) a Day whereon men will be like moths scattered about,


5. Watakoonu aljibalu kaalAAihni almanfooshi

[5]Dan gunung-ganang menjadi seperti bulu yang dibusar berterbangan.

5. And the mountains will be like carded wool.


6. Faamma man thaqulat mawazeenuhu

[6]Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya, -

6. Then, he whose balance (of good deeds) will be (found) heavy,


7. Fahuwa fee AAeeshatin radiyatin

[7]Maka ia berada dalam kehidupan yang senang lenang.

7. Will be in a life of good pleasure and satisfaction.


8. Waamma man khaffat mawazeenuhu

[8]Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya, -

8. But he whose balance (of good deeds) will be (found) light,-


9. Faommuhu hawiyatun

[9]Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah"

9. Will have his home in a (bottomless) Pit.


10. Wama adraka ma hiyah?

[10]Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?

10. And what will explain to thee what this is?


11. Narun hamiyatun!

[11](Haawiyah itu ialah): api yang panas membakar!

11. (It is) a Fire Blazing fiercely!



Saudara saudari sekelian.

Saya mengajak anda merenung sejenak akan segala peristiwa yang telah berlaku baru baru ini.

Cuba kita perhatikan tanda hampir Kiamat pertama didalam artikel ini.

1. Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik katanya, "Rasulullah s. a. w. telah bersabda:"Aku menghitung enam perkara menjelang hari kiamat."Baginda menyebutkan salah satu di antaranya, yaitu penaklukan
Baitulmuqaddis."
Hadith riwayat Sahih Bukhari

Kita semua tahu bahawa tentera Kaffir British telah menakluki kota suci umat Islam Palestin ini sejak tahun 1917 lagi dan kini giliran rejim Zionis Israel pula menduduki Baitulmuqaddis sehingga ke hari ini.

Penguasaan rejim Zionis Israel ini bermula selepas penjajah British yang bersekongkol dengan rakan perang mereka Amerika Syarikat menghadiahkan bumi Palestin kepada Yahudi Zionis untuk dijadikan sebagai tempat tinggal mereka yang kekal, merampas tanah umat Islam Arab Palestin dan membunuh serta menghalau mereka dari bumi tanahair mereka sendiri!

Lord Arthur Balfour bagi pihak British mengutuskan surat dibawah ini kepada pemimpin Zionis Yahudi bersetuju untuk tanah jajahan mereka iaitu Palestin diserahkan kepada kaum Yahudi untuk dijadikan tempat tinggal mereka yang kekal.


Hadith Nabi Sallalahu Alaihi Wassallam tentang penaklukan bumi Baitulmuqaddis di atas sudah terbukti, bukan?

Genap 92 tahun sudah pengkhianatan British terhadap penduduk pribumi Arab Palestin dengan berlalunya hari semalam, November 2, 2009.

Surat Arthur Balfour bertarikh November 2, 1917.

Pihak penerbit filem 'The Destiny of Britain' dengan bangganya mengeluarkan filem tersebut pada tahun 1983. Iklan yang saya paparkan diatas menunjukkan salinan asal pengkhianatan British terhadap Arab Palestin. Sila rujuk perkara tersebut disini.

****************************************************************
Jam sudah menunjukkan 12.45 pagi. Akan saya sambung esok hari nanti, Insya Allah. Sementara itu renung renungkan lah akan segala tanda tanda hampir kiamat di atas.

Bersambung nanti.


Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

12 comments:

ahong said...

Thumbs up to Mahaguru.

Pastinya post ini akan membuka mata banyak Muslim dan Muslimah untuk berfikir dua kali dalam urusan-urusan dunia.

Ketidakpedulian dalam beberapa perkara asas seperti muzik, memberi salam, mengumpat, memilih pemimpin, pakaian dan sebagainya antara tanda-tanda Hari Kiamat.

Suara Maya said...

Apa pendapat mahaguru58 tentang peristiwa 2012?

Szalizan Ramli said...

salam mahaguru58.mula2 saya ingin minta izin dari mahaguru58 untuk copy entri mahaguru ini, untuk dijadikan tatapan semua rakan2 sy yang lain.terima kasih mahaguru.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan tuan.

Pertama sekali, Saudara Ahong.

Segala syukur harus kita panjatkan kepada Allahu Ta'ala yang memberikan kita sekelumit kesedaran tentang apa yang sedang berlaku dan bersiap sedia menghadapi kedatangan Hari Kiamat yang amat dahsyat!

Kita diwajibkan menyampaikan kepada sesama Islam akan segala yang kita pelajari didalam kehidupan kita.

Maka ini salah satu usaha saya yang teramat kecil.

Mudah2an ada manfaat pada semua yang sudi singgah di laman blog saya ini.


Kedua, Suara Maya.

2012. Ianya satu ramalan orang orang kaffir.

Wallahu'alam.

Bilamana orang bertanya tentang bila akan berlaku Hari Kiamat pada Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wassallam, Nabi telah memberikan segala tanda tanda di atas dan ada lagi banyak tanda tanda lain.

Ada saya tulis tentang perkara ini di http://mahaguru58.blogspot.com/2009/08/when-masjids-were-but-just-open-space.html

http://mahaguru58.blogspot.com/2006/05/signs-of-doomsday-foretold-by-prophet.html

Maka kita ini yang mengkaji akan keujudan tanda tanda ini harus bersiap sediakan diri untuk menghadapi segala kemungkinan.

Kita perlu mengemaskan diri dengan mempelajari Ad Deenul Islam dan mengamalkannya seupaya kita.

Gunakan segala ruang dan peluang untuk menegakkan Islam dan memerangi maksiat dan kekufuran yang ada didepan kita.

Jaga adat resam dan warisan kita dari terhapus begitu saja.

Sekiranya Jumaat akan datang adalah Hari Kiamat, sudah kah kita bersedia kembali kepada Nya?


Ketiga, Szalizan Ramli.

Dengan lafaz Bismillahirrahmannirahim, dipersilakan.

MOBYDICK said...

Sebut pasal kiamat sudah dekat, tidak kah nanti akan dimarahi oleh setengag pihak . seolah-olah kita menakutkan mereka dgn hal-hal sebegini...

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum MobyDick,

'Katakanlah kebenaran walau ianya pahit!'

Rasulullah Sallalahu Alaihi Wassallam.

Takutlah kita dengan Allah bukan dengan manusia!

Bila kita dah masuk kedalam kubur, kita kan berdepan dengan Malaikat Allah iaitu Mungkar dan Naqir...bukan dengan Tuanku, Tengku, Tun, Tan Sri, Datuk Paduka, Datuk Seri, Dato dan sewaktu dengan mereka!

Tak gitu?

Anonymous said...

Assalamualaikum
Terima kasih Tuan, post di atas amat berguna untuk santapan minda.

Wani-dsp,
My Utusan Malaysia

Suara Maya said...

Ya, saya sebenarnya memang x percaya dengan kiamat 2012. Yang diuar-uarkan oleh para paderi kononnya kiamat2012 sebenarnya kesimpulan sempit mereka daripada ramalan para saintis barat mengenai sains yng akan berlaku pada 2012. Saintis barat kebanyakannya tidak berpegang pun pada hujah Bible dan agama mereka. Mungkin sains(bencana) yang diramal para saintis barat tu akan berlaku, namun itu bukan kiamat yng diramalkan seperti yng digambarkan dalam filem 2012 oleh paderi2. Sains adalah kemungkinan, tapi Allah juga yng menentukan. Contohnya, amaran tsunami dikeluarkan, namun bencana tsunami tidak melanda pun kemudiannya...

fly said...

MG58 tulis:Tak adanya hendak tunggu berzikir dan berdoa secara berjamaah.- apakah dimestikan berzikir dan berdoa secara jamaah?apakah menjadi satu kesalahan tidak berzikir dan berdoa selepas solat?

MAHAGURU58 said...

fly,

Sila rujuk kepada jawapan saya didalam artikel berikut.

Insya Allah.

ESA ABD SAMAD said...

Salam....tahniah atas web tuan yg hebat. Nk tanyalah sy ada bc kt web, kajian Nasa bhw kutub utara/selatan akan saling berubah tempat pada 2012? Bukankah ini menunjukkan putaran bumi juga berubah dan matahari akan disaksikan terbit dari arah Barat? Sila ulas dan salam ziarah dari http://www.esasamad.com

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Cikgu Esa Abd Samad,

Jazakallah diatas sokongan Cikgu pada hamba Allah yang cuma debu dunia ini.

Tentang kajian NASA bahawa kutub utara/selatan akan berubah cuma andaian mereka.

Cuba Cikgu ke : http://en.wikipedia.org/wiki/Apparent_retrograde_motion

Bab ini diluar kefahaman saya dan saya tidak mahu mencuba menafsir sesuatu yang saya belum sempat kaji atau mengetahui tentang sains kajibumi dan cakrawala. :P

Setakat nak membaca kajian saintis dan ahli astronomi bolehlah membaca pautan yang diberikan didalam laman di atas.

Setakat sayalah Cikgu, saya akan lebih percaya dan yakin hanya pada Hadith Rasul Sallalahu Alaihi Wassallam dan apa yang diperturunkan Allah didalam Al Quranul Karim.

Terserah kepada mereka yang pakar atau arif didalam bab ini untuk berhujah.

Terimakasih sekali lagi kerna sudi singgah dilaman hamba yang tidak seberapanya ini.

Selamat berpuasa Cikgu.

Wabillahi Taufik Wal Hidayah.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.