Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, November 21, 2009

Yang Berhormat? Yang Beraja di Mata ; Bersyaitan dihati?..Oops...bersultan dihati?

Bilamana saya membaca laporan ini, saya tertanya tanya akan piawaian parti politik PKR tentang latarbelakang calon calon pilihanraya yang mereka letakkan untuk mewakili parti mereka didalam pilihanraya pilihanraya negara ini?

Bila tertangkapnya manusia yang diberitakan disini, saya menyesal menulis menyokongnya dahulu kerana dari intipati surat aduan dibawah ini sahaja, saya sudah boleh membayangkan tahap kebiadapan individu terbabit dan cara beliau berkelakuan tidak selayak mereka yang digelar Yang Berhormat!

Satu sahaja nasihat saya kepada para pemilih dan pengundi negara. Pilih lah mereka yang jujur, amanah, bersopan santun dan berbudi bahasa senantiasa.

Sakit hati berulam jantung mendengar cerita cerita pahit sebegini.

Hancur rosak ketamadunan masyarakat negara kita seandainya berwakilkan orang orang sebegini.

Hayati maksud pantun pantun berikut:

Buah manggis masaknya hitam,
Ketika muda kulitnya hijau,
Tuah habis mukapun lebam,
Kerana suka membuat kacau.

Kata tua kata penegas,
Penegas adat dengan lembaga,
Hina bangsa suka berkeras,
Berkeras cepat membawa bala.

Kata tua kata berpadan,
Berpadan kata dengan isinya,
Hina bangsa tiada pedoman,
Badan hina hilang budinya.

Tuan puan fikir fikirkan natijahnya memilih wakil rakyat yang kurang budi bahasanya?

Apakah dengan terlantiknya seseorang itu ke kedudukan sebagai Ahli Parlimen sudah bermakna ia bebas bertindak mengikut sesuka hatinya dan boleh sahaja menceroboh mana mana pejabat kerajaan negeri atau majlis perbandaran atau kementerian dan berlaku samseng?

Jika di negara barat seperti Amerika Syarikat, saya rasa dah kena tembakan 'Taser' dah makhluk ini dan dihumban kedalam penjara?

Kenapa pula didalam Tanah Melayu ini, penguatkuasaan undang undang lesu dan lemah sekali?

* Saya ungkapkan Tanah Melayu sebab ianya masih dibawah perintah Duli Duli Tuanku Sultan Sultan dan Raja Raja serta Yamtuan Melayu!

Apa tak begitu?


5 comments:

airman said...

maaf cakap, orang yg banyak brsahabat dgn gobala ni banyak dr kalangan orang melayu pas dan pkr pakaian orang pas ni macam pakaian mahaguru58 entah le...apa nak jadi dgn melayu

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Memang benar sepertimana pandangan tuan.

Saya sendiri kekadang hairan macamana sesetengah Muslim sanggup bersekongkol dengan puak puak macam ini?

Memang benar bahawa di akhir zaman ini ramai yang sanggup menggadaikan maruah dan prinsip pegangan terhadap Ad Deenul Islam dan Adat Resam Warisan Pusaka hanya kerna mahukan kuasa, harta dan pangkat kedudukan!

Saya berpakaian sesuai dengan jatidiri saya selaku seorang Muslim.

Begitu juga puak puak yang tuan kabarkan itu tetapi sayangnya petualangan golongan ini semakin lama semakin terserlah.

Zainal A. Kasim said...

Salam Tuan,

YB inilah yang menggunakan ayat Al-Quran semasa kempen satu PRK baru-baru ini. Yang hairannya penyokong-penyokong Islam/Melayu parti itu tergangguk-hangguk mendengar kafir ini "mengayatkan" mereka.

YB ini merasakan "dunia ana yang punya" bila dapat title YB itu. Lupa daratan sehingga hilang rasa hormat dan budi bahasa yang menjadi sandaran kita.

Saya berdoa pengundi-pengundi beliau dahulu sedar dan membuat perubahan dalam PRU 13 nanti.

AntiHipokrit said...

Salam Tuan,

This is a real PARIAH in our motherland.

feel free to surf mine at http://antihipokrit.blogspot.com

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Zainal.

Inilah yang dikatakan bagai kaduk naik junjung!

Seandainya warga masih bermaruah; nescaya di pilihanraya umum akan datang, mereka perlu membuat perubahan!

Biar sireh pulang ke gagang!