Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Thursday, December 17, 2009

Dairi YB - Semoga YB YB BN bertaubat dan kembali bertugas!



Assalamualaikum YB!

Saya tujukan lagu nyanyian ND Lala ini khas kepada semua YB BN yang ponteng tak hadir ke Dewan Rakyat tempohari dengan ucapan panjang sejela :

' Semoga YB YB BN bertaubat nasuha dan jaga amanah rakyat! Sedar diri bahawa YB semua diundi untuk mewakili rakyat bukan lepak kat coffee house, melingkar kat padang golf atau sibuk nak ngejar artis yang gebu untuk jadikan bini nombor 2!

Saya juga ingin menyampaikan ketidakpuasan hati rakyat yang mengundi YB dengan peringatan bahawa sekiranya YB YB BN masih dok pikir bahawa PRU akan datang, kedudukan YB YB adalah selamat supaya nampar dahi YB masing masing dan cubit mana mana tempat yang boleh membawa kesedaran pada diri YB bahawa tuan puan hanya di undi di atas ehsan rakyat dan bukannya ada ketetapan bahawa YB akan terus di tatang bagaikan menatang minyak yang penuh!

YB BN perlu sedar bahawa puak pakatan dok atur strategi agenda politik mereka siang, malam, pagi dan petang untuk menelungkupkan Kerajaan BN dibawah pimpinan Si Bibir Merah yang senantiasa sibuk ke hulu ke hilior merasmikan itu ini tetapi terlupa bahawa Kerajaan YB Pekan hampir kena cantas dari mendapat Bajet Kewangan 2010 angkara YB YB BN semua dok seronok menyibukkan diri dengan benda dan keroja lain!

Kami tak rela di perintah kaffir harbi tetapi di waktu yang sama kami tak puas hati dengan sikap YB YB BN dok memonteng tugas sebagai wakil rakyat!

Sedar diri lah YB BN semua dan hayati sedalam dalamnya maksud lirik lagu diatas ini!

Sekian terimakasih.

Wassalamualaikum YB!

2 comments:

Mr feckry said...

Ini satu petunjuk dari Allah tentang politik negara kita. Kemungkinan untuk tidak mengundi lagi kuat berdebar kat dada ni melihat yang disokong membawa rebah.

Ini lah punca segala permasalahan yang timbul sekarang bila amanah di buat bahan batu loncatan. Dorang lupa yang pemimpin ni antara golongan pertama meniti di titian siratul mustakim.

Rakyat diperbodohkan dengan agenda yang konon gahnya mampu meruntuhkan guruh di langit tapi hakikatnya habuk pun tarak.

Menang politik wang negara tergadai.

Inilah natijahnya dari slogan itu.

Kita rakyat mampu buat apa?

Hanya mampu diperbodohkan lagi dan lagi.

Tuan Mahaguru58,

Kita hanya mampu berdoa saja di samping usaha yang terlalu kerdil ni nak ingat kan YB-YB tu, tapi selemah-lemah iman,kita memjauhi dari mereka.

Semoga Allah membantu rakyat Malaysia ini terlepas dari belengu agenda politik yang hina ini.

Semoga Allah bersama orang YANG BERIMAN.itulah YB yang kita mahu.

MAHAGURU58 said...

Saya amat setuju dengan pandangan ikhlas Encik Feckry.

Semoga yang di nasihati akan sedar tentang kemungkinan BN hilang kuasa di dalam PRU ke 13 nanti?

Jika tidak mahu melihat kemungkinan itu menjadi hakikat maka saya menyeru sekelian pemimpin politik yang berkenaan supaya kembali kepada palaksanaan ikrar taat setia dan menyempurnakan janji untuk berkhidmat kepada rakyat dan negara ini dengan sesungguhnya ATAU BERHENTI SAHAJA DARI MENIPU RAKYAT YANG MENGUNDI MEREKA!

Masyarakat Malaysia ni bukan tongong untuk terus di tipu oleh para penyebar retorik dan janji janji kosong belaka!

BUAT KERJA! LAKSANAKAN PROJEK PROJEK DAN PROGRAM PROGRAM YANG DIJANJIKAN!

Macam slogan program kontroversi Melodi TV3, ' KURANGKAN KONTROVERSI ; TINGKATKAN PRESTASI!'

Kalau tak boleh juga, siap sedia kemas pejabat kerana kemungkinan Kerajaan BN tumbang ada jika YB YB BN dok ponteng tugas tak hadir ke Sidang Dewan Rakyat akan datang!

Manusia ni jika berilmu akan belajar untuk tidak kecundang dari kesalahan sebodoh begini!

Entah lah jika kualiti YB YB BN tahap Kaki Sidang Warung Tepian Jalan sahaja?

Buktikan pada semua bahawa YB YB BN memang layak berada di sana?

Dimana?

Dewan Rakyat le .....

Bukan melepak memanjang kat Hotel 5 Star, Exclusive Lounge, VVIP Clubhouse, Coffee House, Spa, Golf Club, dan sewaktu dengan nya!

Sadar diri sikit YB!