Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 21, 2009

Parti Gerakan parti parasit didalam BN?

Saya merujuk kepada usul Pengerusi Perhubungan UMNO Pulau Pinang, YB Dato Seri Hj. Ahmad Zahid Hamidi, merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang meminta Parti Gerakan Rakyat Malaysia supaya berhenti dari mempengerusikan Barisan Nasional di Negeri Pulau Pinang & Seberang Perai.

Saya menyokong penuh usul Dato Seri Hj Ahmad Zahid Hamidi itu diatas kebenaran bahawa Parti Gerakan itu memang sudah tidak layak memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang di atas hakikat bahawa parti itu gagal mendapat sebarang kerusi baik Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri didalam Pilihanraya Umum ke 12 yang lepas!

Tidak ada satu pun kerusi perwakilan politik yang dimenangi calon calon Parti Gerakan malah Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia sendiri iaitu Tan Sri Dr.Koh Tsu Koon kecundang didalam PRU ke12 itu sendiri!

Memang tidak munasabah bagi PGRM memegang tampuk perwakilan BN di Pulau Pinang bilamana parti itu gagal didalam pilihanraya umum yang menyaksikan rakyat negeri Pulau Pinang memilih calon calon UMNO untuk mewakili mereka didalam 11 kerusi DUN dan 2 Parlimen walaupun majoriti kerusi dimenangi parti DAP dan PKR untuk mengambil alih kuasa kerajaan negeri Pulau Pinang tersebut.

Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya menyatakan apa yang sebenarnya sudah lama bermain difikiran rakyat negeri ini yang sudah tidak mempercayai parti Gerakan lagi.

Diatas asas apakah PGRM masih mahu memegang tampok perwakilan BN bilamana calon calonnya termasuk Presiden parti Gerakan itu sendiri ditolak rakyat Pulau Pinang?

Tidak ada sedikitpun rasa malu atau segan didalam hati dan jiwa Parti Gerakan yang kini bagaikan 'hidung tak mancung; pipi tersorong sorong' terus mahu memegang kerusi Pengerusi Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang!

Presiden Gerakan Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon adalah punca sebenar mengapa warga Pulau Pinang menolak parti itu didalam pilihanraya umum yang lalu.

Kegagalan Koh Tsu Koon membawa pembangunan kepada ekonomi Negeri Pulau Pinang menjadi sebab utama BN kalah didalam PRU ke12 itu.

Banyak perniagaan yang ditutup di Pulau Pinang akibat kegagalan Kerajaan BN dibawah Koh Tsu Koon mentadbir negeri bertuah itu secara halai balai.

Bagi penduduk dan warga Pulau Pinang yang tahu dan faham akan maksud istilah yang saya gunapakai di atas ianya mencerminkan suatu usaha yang tidak sempurna atau bersungguh sungguh!

Pulau Pinang kaya dengan pelbagai sumber tarikan pelancungan dan juga kedudukannya yang istimewa di utara semenanjung Malaysia dan merupakan salah sebuah destinasi pelancungan serta perusahaan yang pada suatu masa dahulu boleh dikatakan sebagai 'Pusat Silikon Asia'.

Kilang kilang milik pelabur antarabangsa terutama dari Amerika Syarikat dan Jepun banyak didirikan semasa pentadbiran Dr.Lim Chong Eu.

Selepas saja ia bersara, Kerajaan Pulau Pinang jatuh ke tangan Dr.Koh Tsu Koon yang membawa kepada kemelesetan ekonomi Pulau Pinang dan terus merudum sehingga memaksa banyak perusahaan kilang dan sebagainya bergulung tikar!

Ramai kawan kawan saya berhijrah ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan setelah ekonomi Pulau Pinang gelap dibawah pemerintahan Koh Tsu Koon.

Saya dimaklumkan mereka bahawa jualan semakin kurang di perniagaan emas dan berlian di kawasan Jalan Masjid Kapitan Keling yang dikenali sebagai pusat perniagaan emas yang utama di kawasan utara sehingga ramai pelanggan dari seluruh pelusuk negara termasuk dari Singapura sering berkunjung membeli barang perhiasan emas dan berlian disana.

Kini semuanya tinggal kenangan.

Semuanya ini berpunca dari kegagalan Parti Gerakan dibawah pimpinan Koh Tsu koon untuk menjana peluang peluang perniagaan di pulau bertuah itu dan pencemaran ekologi di persisiran pantai Jelutong Timur juga berpunca dari kegagalan Koh Tsu Koon untuk memantau tahap pencemaran laut dan kawasan persisiran tersebut.

Akibatnya Sungai Pinang yang dahulunya segar dengan pelbagai hidupan laut menjadi sungai mati dan tercemar sekali. Nelayan nelayan tidak dapat mencari makan dan kawasan sepanjang sungai tersebut busuk hanyir degan segala sumber toksik yang dibuang oleh bengkel bengkel Cina haram yang dibiarkan beroperasi sepanjang sungai tersebut.

Sedar atau tidak segala salah tadbir Gerakan kini kembali bersarang menghantui mereka dan saya tidak hairan jika UMNO Pulau Pinang sudah tidak boleh menahan sabar di atas segala kelemahan Parti Gerakan Rakyat Malaysia yang telah menyebabkan kuasa kerajaan negeri kini bertukar kepada parti pembangkang DAP!

UMNO Pulau Pinang lebih berhak memegang portfolio Pengerusi Pulau Pinang sebab mereka masih diundi rakyat dan warga Pulau Pinang berbanding parti Gerakan yang kini tidak ada satu pun kerusi DUN atau Parlimen dibawah mereka!

Tidak bermaruah lah PGRM berkeras hendak terus memegang kerusi Pengerusi Barisan Nasional bilamana mereka sudah tidak mendapat tempat di hati para pengundi Negeri Pulau Pinang!

Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi hanya menyatakan apa yang kami anak negeri Pulau Pinang dah lama memendam didalam hati kami!

Pulau Pinang bukan hakmilik kekal Parti Gerakan Rakyat Malaysia!

Jika PM Dato Seri Najib Tun Razak masih berdegil tidak menghiraukan suara hati penduduk Negeri Pulau Pinang dengan menolak usulan Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, maka tunggu sajalah natijah nya di dalam PRU ke 13 nanti?

Silap haribulan para pengundi UMNO Pulau Pinang akan memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat sebagai undi protes terhadap kelemahan pucuk pimpinan Kerajaan Pusat dibawah Najib sebab takut untuk mengambil tindakan yang sepatutnya iaitu mengembalikan kuasa perwakilan BN kepada parti UMNO yang masih mempunyai tempat di hati para pengundi di Pulau Mutiara.

Rakyat Pulau Pinang terutamanya para penduduk miskin Melayu, Cina dan India yang kini menjadi mangsa pemaju perumahan yang didokong DAP sudah berubah hati dan menyesal mengundi Pakatan Rakyat didalam PRU ke 12 seperti ditunjukkan didalam protes protes mereka didalam isu Kg Buah Pala dan kini perkampongan Melayu Tg Tokong.

Sekiranya Najib terus membenarkan Gerakan mempengerusikan BN Pulau Pinang maka bersedialah untuk membaca talqin keatas peluang BN kembali berkuasa di Negeri Pulau Pinang yang kini didalam bahaya jatuh secara mutlak ke tangan DAP dan sekutu sekutunya!

Saya ucapkan syabas kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana berani menyatakan apa yang benar dan saya menyokong usaha UMNO Pulau Pinang untuk menerajui Barisan Nasional disana.

Sekiranya Najib berani mengorak pembaharuan untuk negeri yang paling berpotensi untuk menjadi permata warisan, maka akan ada ruang dan peluang untuk BN kembali berkuasa di sana.

Jika Najib terus hendak berdondang sayang dengan Koh Tsu Koon yang sudah muflis pengaruhnya didalam arena politik kebangsaan, alamatnya musnahlah masadepan Melayu Pulau Pinang untuk terus berada disana.

Melayu Pulau Pinang kini umpama melukut ditepian gantang.

Najib tidak berusaha membetulkan keadaan dan membiarkan UMNO Pulau Pinang meredap didalam hati mereka, jangan terkejut nanti jika berlaku sesuatu diluar jangkaan semua.

Kepada Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi, teruskan usaha Dato yang saya pasti disokong serata rata anak negeri Pulau Pinang!

Semoga Pulau Pinang kembali ke tangan mereka yang berhak!

Insya Allah.

6 comments:

Desperado said...

Salam Tuan Mahaguru,

Saya sokong penuh Zahid!

Politik di Pulau Pinang memang berbeza kerana Melayunya yang kian terpinggir...harapkan "2 3 kerat" seperti mana ungkapan Sato Azhar di Dewan memang kena sekali!

Saya mohon pada Tuan untuk meminjam artikel ini ke blog saya!

Terima KASIH!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam ya sahabat!

Dipersilakan!

Melayu Pulau Pinang lah yang lebih berhak menerajui Barisan Nasional Negeri kerana mereka masih mendapat undi penduduk pulau tersebut.

Gerakan sudah tiada mandat untuk memegang kerusi Pengerusi BN Negeri kerana gagal seratus peratus mendapat sokongan para pengundi disana.

Tidak ada asas bagi Pulau Pinang diserahkan kepada Parti Gerakan untuk mengepalai BN sana.

UMNO Pulau Pinang patut menjadi Pengerusi BN Pulau Pinang berdasarkan pegangan kerusi DUN dan Parlimen mereka.

Gerakan patut berlaku hormat dengan menyerahkan tampuk perwakilan kepada UMNO negeri.

Itu baru demokrasi!

Sejak bila pula mereka mewarisi negeri tanah tumpah darah saya ini?

Yang berhak keatas Pulau Pinang dan Jajahan Seberang Perai adalah DYMM Seri Paduka Baginda Sultan Kedah Darul Aman tetapi Tuanku Sultan Kedah seperti sekian lama ini dok rileks memanjang membiarkan anak negeri Pulau Mutiara menderita memanjang seperti yatim yang tak beribu dan ayah!

Rahman,Ahchong,Muniandy said...

Bro mahaguru,
tman sokong pendapat mike.teman melihat hanya UMNO saja layak Memerintah penang.Penyerahan jawatan tersebut oleh pgrm kpd UMNO wajib disegerakan.

MAHAGURU58 said...

Saudara Rahman, Ahchong, Muniandy.

Sebagai penulis blog, kita berusaha menyatakan yang hak dan tidak berkepentingan didalam politik secara terus.

Dahulunya saya menyokong perubahan kuasa di negeri tempat kelahiran saya kerana dahagakan pembaharuan.

Tetapi jangkaan saya meleset bilamana saya melihat orang orang kampong di Kg Buah Pala, Bukit Glugor yang telah menetap mendiami kampong mereka selama 200 tahun diusir begitu sahaja didalam tempoh tidak sampai setahun Pakatan Rakyat berkuasa membuatkan saya kecewa dengan pengkhianatan ini.

Sehingga ke tahap seorang ibu tua sanggup mencurahkan petrol ke badannya dan mengancam untuk membakar diri!!!

Peristiwa itu membuatkan saya menyesal menyokong Pakatan Rakyat dan terus terang saya nyatakan disini bahawa saya memang anti DAP sejak awal lagi kerana permusuhan Karpal Singh dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Anak Kit Siang, Lim Guan Eng memang pernah berjasa didalam membela seorang anak Melayu yang menjadi mangsa pemimpin UMNO tetapi selepas ianya menjadi Ketua Menteri P.Pinang ternyata semakin berubah prinsip dan kini mulai mengorak langkah meminggirkan Melayu dan India Pulau Pinang sampai sudah memaksa mereka pindah keluar dari pulau tanah tempat lahir mereka.

Ini membuatkan saya percaya bahawa DAP mempunyai agenda terancang untuk menghalau penduduk asal pulau ini dan membuatkan keadaan di Pulau Pinang susah untuk Melayu dan India terus diam disana?

UMNO perlu membersihkan parti mereka disana dan mengambil alih tampok perwakilan BN disana.

Mana mana pemimpin UMNO yang tercemar harus digantikan dengan mereka yang betul betul ikhlas ingin berbakti kepada rakyat.

Kegagalan Gerakan membawa kehidupan yang lebih baik kepada warga P.Pinang di ajar dengan memberikan undi kepada DAP serta PKR.

PAS P.Pinang hanya menjadi hiasan dinding sahaja di negeri itu disebabkan kurangnya Melayu di negeri yang asalnya hakmilik Sultan Kedah.

Tak ada alasan lagi bagi meneruskan pegangan Gerakan ke atas tampok perwakilan BN negeri kerana Koh Tsu Koon gagal didalam tempoh ia berkuasa ke atas pulau peranginan dan perindustrian itu sejak mengambil alih dari Lim Chong Eu.

UMNO Pulau Pinang harus menerajui BN Pulau Pinang dan kembalikan kedudukan orang orang Melayu ke tempat yang mereka berhak.

Sekarang penduduk Kg Melayu Tg Tokong di ambang bahaya pengusiran terancang pemaju UDA Holdings dengan bantuan DAP.

Lambat lepa, mereka pula akan sama senasib dengan penduduk asal Kg Buah Pala!

Karpal Singh yang dahulunya berjanji untuk meletakkan nyawanya sebagai galang ganti kepada nasib Kg buah Pala ternyata masih bernyawa.

Retorik semasa dari politikus veteran DAP.

Apakah Melayu Pulau Pinang akan terbela nasib mereka?

Wallalahu Alam bissawab!

uop said...

Salam Mahaguru,
Saya tinggal di Jelutong dan melihat dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku semasa pimpinan Koh Tsu Koon dan Lim Guan Eng. Bagi saya perumahan adalah isu utama yang menghalau atau meminggirkan melayu pulau pinang. Saya cadangkan Mahaguru menubuhkan dan memimpin satu pusat servis yang memantau unit2 perumahan yang akan dijual dan mencari serta menolong orang2 melayu membelinya. Saya melihat ramai engineer2, pensyarah2 USM melayu kat sini yang masih lagi menyewa, sebagai contoh. Bloggers boleh membantu untuk usaha ini. Dah sampai masanya kita bertindak bukannya menyuara lagi kerana suara kita entah siapa yang nak dengar.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam uop.

Tuanhamba tinggal di Jelutong.

Mamu dok ada kat KL. Jadi cadangan uop untuk Mamu tubuhkan pusat servis tu tak kena dan lagi satu Mamu ni bukan ada kemampuan kewangan atau kuasa tubuh pejabat sepenting gitu dari sini.

uop lah yang nak kena usaha di Tanjong.

Pi jumpa puak Gerakan yang dok lorat nak terus pegang kuasa Pengerusi BN Negeri!

Buat protes beramai ramai angkat sepanduk depan ibupejabat Gerakan Penang!

Tuntut depa selamatkan Kg Melayu Tg Tokong!

Tu yang uop dok sebut pasai pensyarah pensayarah USM. Pi jumpa depa panggei mesyuarat bersama kepimpinan BN Negeri.

Buat usaha disana.

Setakat nak bagi sokongan melalui laman laman blog Mamu dan members kat sini tak jadi hal!