Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 28, 2009

Sepetang di Kg Tanjong Selangor, Pekan, Pahang.

alaAssalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Baru baru ini, kami balik ke Kuantan untuk menghadiri majlis kenduri kahwin anak saudara kami dengan isteri nya yang berasal dari Larkin, Johor.

Keesokannya saya membawa isteri dan anak anak serta cucu cucu saudara berjalan jalan ke Daerah Kg Tanjong Selangor, Pekan, Pahang.

Berikut adalah beberapa rakaman gambar yang saya sempat ambil menggunakan kamera terbaru kami Nikon D5000.

Alhamdulillah! Seronok rasanya melihat hasil usaha saya.

** Sila klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas!

Model model saya pula comel comel belaka dan tak payah bayar! Hehehehe...

Upah bawa berjalan dan makan McDo!

Aa..aa..istilah baru.

Rupa rupanya anak buah kami si Nurul Atirah ini membahasakan McDonalds sebagai 'McDo'!

















Hahahaha...macam macam. Ada ada saja lah si 'Baby' ni! Itu dia yang dok tunjuk 'peace'.

















Ini pula adalah sibijak kami cucu saudara tersayang si Amir Rafiq yang berbaju oren biru sedang meneroka muncung sampan. Disebelahnya Aina Batrisyia, adik Amir.

















Ini suasana kampong dengan pohon pohon nyior melambai lambai dihembus angin laut. Sungguh nyaman dan tenang rasanya berada di desa.

















Anak anak buah kami dan cucu cucu saudara bergembira bermain di sampan.

















Sekali sekala seronok rasanya membawa mereka berjalan.

















Asalnya memang hendak pergi menjelajah lebih jauh lagi tetapi si Aina Batrisyia membuat perangai dengan menangis tersedu sedu.." Nak Balik! Nak Balik! Huua...huaaa..huaaa...."

Bikin rosak lah ana punya program!....hmmmmm..lain kali takleh bawa dah dia....

9 comments:

Desperado said...

Salam Mahaguru...hebat hasil gambar tuan dari kamera d5000....Senang2 buat lah photoblog pulak, boleh kongsikan keindahan tuhan dari lensa kamera tuan!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam bro.

Saya memang sudah lama mengidam kamera DSLR!

Alhamdulillah..Allah mengkabulkan do'a saya tahun ini.

Insya Allah akan saya memuatnaikkan visual visual yang merakamkan kehebatan ciptaan Allah Subhanahu Wa Ta'ala dan keindahan hasil usaha manusia melalui ilham dariNya untuk tatapan kita semua.

Saya perlu belajar lebih mendalam lagi tentang cara cara mengambil gambar dan juga menggunapakai Nikon D5000 ini dengan lebih sempurna.

Doakan kejayaan saya.

Insya Allah.

Terimakasih diatas sokongan tuan.

lordapes said...

Salam Tuan,

McDo? haha. generasi saya panggil 'McD' atau 'McDee'. 7-Eleven pulak? Kitorang panggil 'Seven-Ee'. Cuba tanya generasi dia panggil apa. Hehe.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam lordapes.

Insya Allah akan saya tanya bila jumpa dia nanti?

Dah ada program balik kampong minggu depan.

Akan saya maklumkan saudara nanti apa jawapannya?

:)

ziarah76 said...

wah wah...cantik2 sungguh gambar2 tu dan orang dlm gambar pulak comel2 belaka.

MAHAGURU58 said...

Jazakallah Akhi!

Sebenarnya Mamu telah mengambil lebih daripada 1000 keping gambar High Definition di Zoo Negara baru baru ini.

Model model istimewa haiwan ciptaan Rabbul Alamin.

Paling teruja melihat Seladang!

Berbonggol bonggol otot dibahu makhluk hebat ciptaan Allah itu.

Akan saya muatnaikkan nanti selepas memprosesnya.

Setiap keping gambar bersaiz 6mb lebih!

Fooh....

Nak kena usaha 'compress' terlebih dahulu dan kemudian mengemaskini akaun Fotopages Mamu.

Jika ada tips tips berguna, silalah hantar!

Sapinakoko said...

its beautifull!
the people and the nature!
great pic Sir..!

MAHAGURU58 said...

Thank u Sapinakoko.

The world of digital photography can be best utilized to showcase and highlight the beauty of Allah's Creations better so that we may appreciate and treasure them more.

I plan to do just that and to enhance my blogging efforts with it.

Thanks again for your support.

There's more to come, Insya Allah. :)

hainur hapis said...

http://blogkarkun.blogspot.com/