Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Monday, December 21, 2009

Tan Sri Khalid Ibrahim, Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Sila ambil perhatian!


















Assalamualaikum Tan Sri.

Pagi tadi saya singgah di Pasar Pagi Jalan Jujur, Bandar Tun Razak.

Jalan kat sana dah teruk benar Tan Sri!

Dalam dok sibuk sibuk berpolitik tu, tolong tengok tengokkan juga kawasan Parlimen Tan Sri ni.

Jalan dia dah berlopak lopak dan dah nak jadi macam anak sungai.




































Peniaga peniaga kat sana minta saya tolong kabarkan pada Tan Sri.

















Bila dah di lantik mewakili rakyat, yang penting adalah menunaikan amanah dan tanggungjawab terhadap pengundi Tan Sri.

Seandainya Tan Sri lupa, ada kemungkinan di peringatkan didalam PRU ke 13 nanti.

Macam Dato Tan Chai Ho dari MCA kena dulu!

Jadi rajin rajin lah ye memantau keadaan kawasan parlimen Tan Sri!

Bukannya apa?

Sekadar tolong mengingatkan je.

8 comments:

Rhino Rin said...

Tak payahlah. Pedulikan kampung Melayu itu.

Tapi jangan lupa bagi dua juta rm kepada sekolah cind. Jangan lupa bagi tanah kepada apa-apalah asalkan cina. Kemudian bela babi untuk majlis korban datok.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum tuan.

Iya tak ya juga, kan?

Apa lah nasib kita bila memberikan undi kepada yakpursalam ini didalam PRU ke12 yang lepas!

Ingatkan undi kawan ni boleh juga tengok Bandar Tun Razak maju?

Rupa rupanya jangkaan saya dan warga yang lain meleset sama sekali!

Harapkan pagar ; pagar mentekedarah padi!

Tak hairanlah jika ramai mula mencaci maki petualang ini!

Abdullah said...

Salam Syeikh,
saya ingat kalau duit jual enjin jet TUDM , komisyen PKFZ, untung % beli Scorpion , untung kontrak stadium Mizan KT Dan beratus projek rasuah yang lain tu buat repair jalan dan lain-lain kemudahan alangkah baiknya... Tak gitu syeikh..

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Tuan Abdullah.

Seganlah dok panggil saya syeikh!

Panggil 'Mamu' lagi tepat.

:D

Saya sedang menanti jawapan dari sahabat saya tentang hal ehwal yg tuan kabarkan ini.

Insya Allah jika sampai jawapannya akan saya susuli dengan menulis tentang perkara perkara yg tersebut.

onn said...

Pejabat DBKL cawangan Bdr Tun Razak tak sampai 100meter dari Pasar Terbuka ini. Pasar Terbuka DBKL ini telah wujud lebih drp 20 tahun.

Setiap tahun peruntukkan untuk pasar-pasar spt ini telah pun disediakan oleh DBKL.

Agak mustahil pegawai DBKL lepas pandang hal pasar ini. Dan keterlaluan sungguh papan tanda puluhan tahun yg uzur tidak ditukar.

Selain drp Pejabat Cawangan DBKL, Jabatan Pembangunan dan Peniaga Kecil di Jalan Raja laut bertangungjawab terus semua pasar-pasar DBKL. Terdapat beratus pegawai dibawahnya....!!

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Saudara Onn,

Setiap hari saya melihat keadaan infrastruktur disekitar KL ini begitu menghampakan!

Kualiti struktur asas jalanraya, tebing jalan, sistem perparitan dan timbunan sampah sarap serta keadaan prasarana yang begitu kotor, uzur dan memualkan membuat saya menggeleng kepala kehairanan akan kelemahan Majlis Bandaraya Kuala Lumpur ini yang memang berada ditahap paling rendah sekali jika diandingkan dengan mana mana Majlis Perbandaran lain didalam tanahair kita!

Saya akan memulakan satu siri pendedahan mengenai kelemahan DBKL menjaga ibunegara kita ini mulai sekarang!

Sebab itu lah saya malas hendak mengambil bahagian didalam peraduan BLOG4FT yang di anjurkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Dato Raja Nong Chik!

Munafiklah kita kalau kita nak terbitkan artikel memuja dan memuji DBKL padahal KL ini terlalu kotor dan DBKL ternyata GAGAL mentadbir semua kawasan dibawah kawal selia mereka!

Mr feckry said...

Amat setuju dengan Mahaguru58.

mrf said...

saya setuju KL terlalu kotor..atuk saya asal k.trgganu, datang turun bas kat K.L terkejut beruk tgk K.L kotor..jauh berbeza ngan KT. kemudian, kami bawa bersiar2 di shah alam..

kesimpulan yang dia boleh simpulkan, KT dan shah alam ialah bandar melayu islam..K.L bandar bukan islam dan bukan melayu..sebab tu la kotor..tu kata atuk saya la..orang dah 80 tahun hidup kat muka bumi..