Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, December 05, 2009

YB Chan Ming Kai - Sila belajar tentang hak kamu iaitu Ad Deenul Islam dan bersyahadah lah!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Saya merujuk kepada laporan akhbar Utusan Malaysia bahawa ADUN PKR N44 Simpang Pulai, YB Chan Ming Kai telah turut serta bertakbir raya di Aidilfitri nan lalu bersama umat Islam.

Saya alu alukan YB Chan Ming Kai supaya belajar tentang Agama Islam dan mengucap dua kalimah syahadah dan menjadi seorang Muslim didalam ertikata sebenar benarnya!

Setakat memakai baju Melayu, bersongkok dan duduk bertakbir raya bersama orang orang Islam memang tidak cukup malah boleh dikatakan bahawa YB Chan Ming Kai sedang berdrama swasta ingin mengambil hati orang orang Melayu menyokong YB!

Saya turut musykil bagaimana tuan rumah boleh membenarkan seorang yang belum Islam seperti YB Chan turut bertakbir membesarkan Allah Subhanahu Wa Ta'ala sedangkan beliau belum terisytihar memeluk Ad Deenullah?

Apakah YB Chan sudah Muslim?

Jika ya, maka saya dengan segala rasa bersyukur ingin menyambut keislamannya!

Jika tidak, maka apakah maksud perbuatannya itu?

Kepada YB Chan Ming Kai, ketahuilah bahawa YB berhak mengucap dua kalimah syahadah iaitu " Asy hadu alla ila ha ill lall Laah ; Wa asy hadu anna Muhammadar Rasulullah!" yang membawa maksud 'Aku mengaku tiada tuhan selain Allah dan aku mengaku bahawa (Nabi) Muhammad adalah Pesuruh Allah!'

YB boleh sahaja meminta bantuan dan bimbingan dari mana mana umat Islam di Malaysia ini.

Insya Allah, akan kami bantu YB menjadi seorang Muslim secara sah dan rasmi!

Jika YB olok olok sahaja, bertakbir bersama umat Islam seperti tersiar didalam video You Tube di atas, maka sadar lah YB bahawa bermuka muka itu adalah satu perkara terkutuk dan perbuatan sebegitu adalah tanda tanda seorang hipokrit!

YB Chan perlu menerangkan kepada umum akan apa maksud sebenar perbuatan YB itu?

Seandainya pihak tuanrumah sadar bahawa YB Chan ni sekadar nak berlakon sekejap berpura pura membesarkan Allah padahal dia memang seorang kaffir tegar, maka apakah tuanrumah sanggup menanggung dosa membiarkan kaffir mempermainkan amal ibadat suci Islam?

Ada sesiapa di majlis Takbir Aidilfitri di atas boleh menerangkan erti kehadiran YB PKR Simpang Pulai ini?

9 comments:

Arif Omar said...

saya amat setuju dengan pandangan anda. semakin ramai cuba mempergunakan islam untuk politik mereka. inilah jadinya jika terlalu memudahkan islam dalam semua perkara. bukan islam pun mula tunjuk belangnya. tahniah

syahir said...

Assalammualaikum wbt kepada Tuan rumah,

Sungguh mudah membeli hati hati orang melayu... bukankah perlakuan tersebut tidak disukai oleh Rasulullah SAW? Sedangkan cuba2 masuk ke masjid pun dihalau oleh baginda, inikan pula bersama2 bertakbir menyambut hari kemenangan umat ISlam? Astaghfirullah...

Mana ajaran dan sunnah (cara perlaksanaan) Nabi yang telah baginda sampaikan? Telah ku tinggalkan 2 perkara di mana jika kalian berpegang teguh kepadanya maka tidak akan sesat buat selama lamanya iaitu Kitabullah dan Sunnah Rasul. Ingatilah semula isi kandungan bacaan talkin mayat wahai saudara2ku.

Mohd Syaifuddin said...

Alhamdulillah... dia hanya memuji kebesaran Allah. Tak ada salah pun. Yang salah adalah orang-orang yang memang baka Islam tapi menentang ajaran Islam, mencuri harta rakyat (sebab itu takut hudud) dan menunjukkan contoh tak baik kepada orang bukan Islam dengan rasuah, bom C4, menganiaya orang, menipu undi pilihanraya, dan lain-lain. Dosa dengan Allah swt boleh bertaubat, tapi kalau dah berdosa dengan seluruh rakyat Malaysia sempat ke nak settle sebelm nyawa sampai di halkum?

Oh ya, macam mana pulak bertakbir memuji kebesaran Allah menghina Islam? Menentang ajaran Islam (kutuk Hudud, rompak wang rakyat, kasi bom C4 sama perempuan, berkhalwat dgn artis, tidak menyerahkan apa yang hak- royalti, menyekat maklumat sebenar tentang kebenaran Islam dari sampai pada orang bukan Islam) itulah yang melawan Allah dan menghina Islam.

aliya said...

Assalamualaikum sifu,
Siapakah gerangannya tuanrumah itu? Sudahkah diterangkan oleh tuanrumah kepada YB tentang signifikan bertakbir aidiladha?
Walaupun kita mengatakan negara ini negara Islam, sudahkah kita sebagai umat Islam menerangkan/berdakwah melalui media sbg tentang signifikan bertakbir raya, menyembelih korban, membuat aqiqah, akad dan nikah mengikut syariat Islam? Bagi orang bukan Islam yang banyak mengikuti ritual keagamaan mereka tanpa memahami maksud di sebaliknya, mungkin mereka turut menganggap segala tindakan yang umat Islam lakukan boleh turut diikuti oleh mereka tanpa mengetahui signifikannya.
Saya bukan mempertahankan YB itu tetapi sebagai seorang yang pernah hidup di kalangan mereka, saya tahu ramai yang masih belum faham sepenuhnya maksud setiap amalan Islam yang kita lakukan. Contohnya mereka tidak faham bahawa pelajar Melayu perlu pakai seluar panjang kerana ia sebahagian daripada tuntutan menutup aurat bagi lelaki Islam.

Iqqhuan said...

assalamu'alaikum... saya juga pernah merasa situasi begitu waktu belum Islam.Tp ini cerita lain . Cuma Saya katakan di sini,(1) nampak nya Tuan rumah faham tentang Islam dan orang bukan Islam yang menyertai majlis itu.(2)YB tu mungkin ihklas dan ikut secata rahsia,tapi ada pula yg pasang kamera.Nasib baik zaman saya takda kamera lagi.Jgn krn dia seorang ahli politik ,apa yg di buat di atas kapasiti peribadi jg di pandang serong.Dia mgkn cuba mendekati Islam.Sila beritahu saya apa hukum orang bukan Islam ikut memuji kebesaran Islam.Tapi kalau YB berniat serong.Semoga Allah memberi pengajaran yang secukupnya.Jangan lah kita berkeras sangat memberi kata dua.Beri kan dia ruang. Islam tidak pernah memaksa orang lain mengganut ajaran suci ini.Kepada yang Muslim baik Muallaf atau di lahir sbg Muslim.Ambil ikhtibar dari klip ini dengan hati terbuka tanpa prejudis.Berapa ramai org seperti YB menyertai majlis agama Islam di Malaysia?Saya mohon sila beri YB ruang...Saya dia tau akibat nya juga dan Tuan Rumah juga tau apa yang mereka buat.Lagi pun itu rumah mereka.Jangan pula kita nak buat macam rumah kita ...betul tak?

mudz said...

Salam Tuk Janggut

Apa nak jadi dengan Melayu Islam, perkara remeh yang patut dibangga oleh orang Islam dijadikan isu...macam mana le yang bukan Islam nak tertarik pada Islam perangai Melayu Islam semakin parah...

Apa kata Mufti Perak ....

PETALING JAYA: Tidak menjadi satu kesalahan kepada orang bukan Islam untuk sama-sama bertakbir raya selagi ia dilakukan bukan niat untuk menghina agama itu.

Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria berkata, orang bukan Islam juga boleh bertakbir namun ia hendahklah dilakukan atas alasan bukan untuk mempersendakan Islam.

"Tak salah, bukan menjadi satu kesalahan kalau mereka turut sama bertakbir, tapi haruslah bukan dengan niat nak main-main (mempersenda) Islam.

"Bertakbirlah kalau seseorang itu mahu, tapi tak dapat pahalalah macam kita orang Islam.

"Kita bertakbir menyebut nama Allah dan memuji-muji kekuasaan Allah," katanya kepada mStar Online.

MAHAGURU58 said...

Seperti biasa, kebanyakan pengulas perkara ini samada mengambil jalan mudah menghidupkan sindrom Si Luncai.

Saya menyeru YB Chan memeluk agama Islam didalam ertikata sebenarnya.

Ada pula yang datang menghantar komen menyamakan saya dengan pemuda BN yang tak puas hati dengan cara orang orang Pakatan berdakwah dengan membiarkan kaffir bertakbir, bertahmid dan bertasbih!

Pelik benar 'mindset' puak puak pengadu domba ini dan pengamal Sindrom si Luncai!

Seseorang itu digalakkan masuk Islam didalam ertikata sebenar benarnya dan tidak berpura pura atau mengajuk sesuatu amal ibadat didalam Ad Deenullah tanpa Iman atau benar benar menghayati apa yang dilakukannya.

Boleh pula bertakbir memperbesarkan Allah pada waktu yang sama ia Kuffur terhadapNya?

Seseorang itu perlu memilih sama ada menjadi Muslim sebenar benarnya atau terus Kuffur terhadap Allah Subhanahu Wa Ta'ala!

Tak ada faedah hidup berpura pura.

'You are either a Mukmin or a Kaffir!'

You can't be both. Period.

Mesin Taip Buruk said...

Kalau ada MP MCA yang buat lagu tu apa reaksi Nik Aziz, Hadi Awang, Mahfuz Omar, Mat Sabu, dan pemimpin2 Pas yang mengaku ulama & bertaraf ustaz??

Zakir said...

Saya tertarik dengan tulisan Mohd Syaifuddin yang bersetuju dengan fenomena ahli politik bukan beragama Islam yang bertakbir/menggunakan al-quran@hadith dalam ceramah politik/berceramah dalam masjid yang kini seolah2 mendapat persetujuan ramai umat Islam yang tidak sealiran dengan pimpinan kerajaan. Secara sepintas lalu, memang tidak menjadi kesalahan orang Kaffir sama2 memuji Allah dalam takbir atau menggunakan petikan al-quran dalam ceramah2 mereka kerana keadaan itu menggambarkan mereka bersetuju dengan keindahan Islam dan memperakui Islam itu agama benar.

Tetapi, kita perlu lihat fenomena ini dalam sudut konteks. Mereka yang bertakbir/menggunakan al-quran adalah ahli politik. Dalam ilmu politik, matlamat semestinya menghalalkan cara. Memenangi hati pengundi adalah matlamat mereka. Dalam konteks di Malaysia, orang2 bukan melayu telah cukup memahami bahawa andai mereka dapat menyelami budaya orang melayu (95% are moslems), berpakaian melayu, duduk bersila, makan dengan tangan, bersama2 dalam hari perayaan, menggunakan quran dalam teks ucapan politik, bertakbir dan perkara2 'kemelayuan' lain yang dapat difikirkan, maka mereka dapat memenangi hati orang2 melayu. Bila strategi ini telah berjaya diseludupi, maka orang melayu akan menuruti mereka dan mengiyakan tindakan mereka. Perlu diinsafi, dalam konteks di malaysia, saya percaya kebersamaan orang2 kaffir politik ini dalam masayarat melayu termasuklah bertakbir, menggunakan petikan al-quran atau ingin mengikuti corak pemerintahan Khalifah Umar ibnul Khattab bukanlah didorongi oleh keikhlasan terhadap keindahan Islam itu, tetapi HANYA kerana ingin meraih sokongan politik kotor dan hipokrit semata2 dan TIDAK SEKALI2 mahu membantu orang2 melayu/Islam secara sebenarnya. Ini adalah hakiki situasi politik di Malaysia. Justeru orang2 melayu tidak harus terleka dan terpedaya dengan strategi halus ini, termasuklah Mohd Syaifuddin sendiri. Berfikir dan merancanglah secara bijak demi survival melayu... yang 95% adalah beragama Islam...