Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 30, 2010

Ayam Penyet Dataran Dwitasik ~ Jawatan2 Kosong















Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Sebuah restoran Ayam Penyet telah dibuka secara rasmi di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur.















Saya sempat singgah menjamu selera disana semalam. Makanan nya boleh tahan dan layanan para pekerjanya amat memuaskan.














Saya lihat ada notis jawatan kosong dipaparkan didinding restoran tersebut. Sekiranya anda berminat, bolehlah memohon kerja disana.


































































































































Apa yang saya suka tentang restoran baru ini adalah pemiliknya membuka peluang pekerjaan kepada anak anak muda remaja kita dan membantu menyelamatkan mereka dari terlibat dengan maksiat atau tenggelam didalam dunia yang serba mencabar di luar sana.

Gadis berbaju merah disini @ 'Along' sangat prihatin dan sentiasa mengukirkan senyuman manis kepada kami para pelanggan restoran baru ini. Beliau seorang remaja OKU dan diberi peluang bekerja sebagai juruwang oleh tuanpunya Restoran Ayam Penyet.

Saya memilih untuk menerbitkan artikel ini secara percuma diatas kesyukuran saya melihat anak anak muda kita selamat mendapat pekerjaan di kala ramai lagi yang sedang hanyut leka membiarkan masa yang amat berharga berlalu begitu sahaja.

Jika anda sedang mencari pekerjaan, hubungi lah Addie di 019-5775399!

Semoga Restoran Ayam Penyet di Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri ini terus maju dan menjadi tempat mencari rezeki bagi warga Cheras dan persekitarannya.

Ameen.

4 comments:

alhusseyn said...

SILA BUAT PILIHAN ANDA KEATAS SURVEY di Blog Alhusseyn Terima Kasih

محمّد سيف الله بن عمر said...

tak tutp aurat punn pekerjanya...

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam.

Muhammad Saifullah bin Umar.

Wahai saudara,

Yang saya ketengahkan disini adalah suatu perniagaan orang orang Islam.

Tak diambilkira akan pakaian pekerjanya ataupun tahap keimanan mereka.

Seandainya saudara nak teropong akan tahap penutupan aurat pekerja disini, saya boleh jamin pada saudara bahawa sekiranya kita berdua berjalan jalan di negeri 'Serambi Mekah' maka saya berani jamin kita kan jumpa yang lebih terdedah dari kat ayam Penyet ini.

Apalah punya turr! Ya habibi?

Bawa bawa mengucap skit! Jangan macam tu brader!

Kepala otak tu nak kena fine tuning skit!

Focus on the subject matter bro!

Don't be a faultfinding person for we are not that perfect ourselves, are we?

Muhammad Erwin Effendi said...

assallamualaikum Mahaguru
saya juga mencari kerja dalam bidang service industri yang mengikut syariat islam dan memudahkan solat,
jika ada tolong bantu saya