Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Tuesday, January 12, 2010

Isu 'Allah' ~ Daulat Tuanku Sultan Selangor!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

Alhamdulillah!

Akhirnya termakbul juga do'a do'a umat Islam akan keinginan mendengar suara Sultan Sultan dan Raja Melayu berhubung isu tuntutan Gereja Kristian Katolik untuk menggunapakai 'Ismul Allah' untuk gantinama Tuhan didalam penerbitan majalah gereja mereka.

Daulat Tuanku Sultan Sharafudin Idris Shah kerana bertitah dengan tegas mengharamkan penggunaan 'Ismul Allah' oleh mana mana pihak bukan Islam didalam jajahan takluk negeri baginda, Selangor Darul Ehsan!

Syabas Tuanku! Semoga Tuanku terus bersuara menjalankan tugas dan amanah sebagai Ketua Agama Islam di negeri Tuanku sebagaimana dilafaz Tuanku tatkala bersumpah setia memerintah negeri Tuanku menurut Hukum Allah Subhanahu Wa Ta'ala dengan menjunjung Al Quranul Karim dahulu.


Laporan Sinar Harian Online :

Sultan titah Selangor teguhkan pendirian

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah agar Kerajaan Negeri teguh dengan pendirian mengharamkan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain bagi memelihara akidah umat Islam.

Baginda menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) membincangkan dengan teliti mengenai keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember lalu yang membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh gereja Katolik.

Pengerusi Mais, Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, baginda bertitah demikian ketika beliau, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid dan Peguam, Datuk Salehuddin Saidin menghadap Sultan berhubung isu itu, 5 Januari lalu.

“Baginda turut menitahkan supaya Mais memaklumkan kepada rakyat bahawa terdapat undang-undang yang menghalang penggunaan kalimah Allah dalam memerihalkan agama bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Mais bagi membincangkan keputusan yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan di sini, semalam.

Terdahulu 4 Januari lalu, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan Kerajaan Negeri boleh menghalang pihak yang menggunakan nama Allah bagi merosakkan Islam.
Sehubungan itu, Mais berharap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Majlis Raja-Raja Melayu untuk campur tangan dalam isu penggunaan kalimah Allah itu.

“Mais merafak sembah Seri Paduka Baginda untuk menggunakan kuasa di bawah Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan untuk merujuk isu ini.

“Campur tangan Raja-raja Melayu dalam urusan ini amat diperlukan kerana ia bukan saja menyentuh bidang kuasa raja-raja dalam agama Islam tetapi sensitiviti umat Islam,” katanya.

Mohamad Adzib berkata, Mais dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan pihak polis akan menguatkuasakan segera Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam di Kalangan Orang Islam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Mana dia suara Sultan Sultan dan Raja Melayu yang lain?

Raja dan Sultan Sultan Melayu harus berani menegakkan yang hak dan mencegah yang mungkar!

Bukankah Duli duli Tuanku sekelian mengaku bahawa Duli Duli Tuanku adalah Ketua Agama Islam negeri masing masing?

Nah..Duli Tuanku Sultan Sharafudin Shah Al Haj sudah membuktikan kepimpinan baginda didalam menangani isu ini.

Takkan tuanku semua tidak berani mengikuti jejak adinda dan kekanda tuanku ini?

6 comments:

Mr feckry said...

Alhamdulillah. Semoga Sultan Selangor di limpahi rahmat.

MAHAGURU58 said...

Amin! Ya Allah! Peliharalah dan limpahkan lah Rahmat Mu Ya Allah keatas diri Al Sultan Sharafudin Shah Al Haj serta kaum kerabat baginda!

Tetapkanlah Ya Allah hati Sultan kami ini dengan kemantapan Iman, Limpahkanlah kepada baginda Taufik dan Hidayah Mu Ya Allah supaya baginda tuanku terus tegas membela kesyumulan Islam Mu Ya Allah!

Panjangkanlah usia baginda Sultan kami ini Ya Allah dan berikanlah kesihatan tubuh badan baginya Ya Allah!

Amin Ya Rabbal Alamin!

ziarah76 said...

alhamdulillah,
bangga saya jadi anak kelahiran Selangor.

mudah-mudahan sultan dan raja lain turut mengikut sama...

amir azwan said...

Semoga Islam dan kedaulatan Raja-raja Melayu di Malaysia terus terpelihara. Sucikan Asma Allah daripada disyirikkan oleh tangan-tangan yang kufur ingkar kepada Allah dan DinNya

AntiHipokrit said...

Salam Tuan,

Sultan lain sibuk dgn Sure Heboh, hanging around dgn artis, sibuk kira kayu balak, sakit.

Abdullah said...

DAULAT TUHANKU, YA ALLAH
DAULAT TUHANKU, YA ROBB
DAULAT TUHANKU, YA RAHMAN
DAULAT TUHANKU, YA RAHIM
DAULAT TUHANKU, YA MALIK
DAULAT TUHANKU, YA KUDDUS
DAULAT TUHANKU, YA AZZIS
DAULAT TUHANKU, YA JABBAR
DAULAT TUHANKU, YA QAYYUM
DAULAT TUHANKU, YA ALIM
PEMERINTAH LANGIT DAN BUMI, DULU, KINI DAN SELAMANYA