Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Wednesday, January 06, 2010

Isu 'Ismul Allah' ~ Pertemuan Khas NGO NGO Islam dgn YB Menteri dan JAKIM - Kemaskini















Kuala Lumpur. 4hb Januari 2010.


Satu perjumpaan khas diantara YB Menteri dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri serta Jawatankuasa Teknikal Undang Undang Syarak dan Sivil dengan NGO NGO Islam telah berlangsung semalam di Dewan Titiwangsa, Hotel Putra, Jalan Tun Razak.






























































Perkara utama yang diperbincangkan adalah soal keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan 'Ismul Allah' digunapakai majalah Herald keluaran Gereja Katolik Malaysia serta lain lain perkara dan isu semasa yang melibatkan umat Islam di Malaysia.



























Pelbagai pendapat dan cadangan telah disampaikan oleh pimpinan NGO NGO Islam termasuk dari saya yang mewakili Muslim Bloggers Alliance.














Buat makluman umat Islam seMalaysia, NGO NGO Islam tidak berdiam diri membiarkan kemelut ini terus berlangsong.














Kami sedang bekerjasama dengan pihak JAKIM untuk menyelesaikan masaalah ini dengan elok dan muktamad.














Dr Ridhuan Tee
Rumusan hasil perjumpaan khas bersama YB Menteri Senator Mej Jen (B) Dato' Haji Jamil Khir bin Haji Baharom dan Timbalannya Dato Dr.Mashitah serta ahli ahli Jawatankuasa Teknikal Undang Undang Syarak dan Sivil akan diumumkan nanti.

Insya Allah.



























Yang hadir semalam adalah pimpinan NGO Islam seperti ACCIN @ Allied Coordinating Committee of Islamic NGO's yang terdiri daripada ABIM, JIM, TERAS, ISLAMIC INFORMATION SERVICES @ IIS, RICOI, PPIM, WAMY, AL-HUNAFA, PERSATUAN DARUL FITRAH, PERTIWI, MUAFAKAT, AL-HIDAYAH, MUSLIM BLOGGERS ALLIANCE @ MBA serta tokoh tokoh Dakwah dan Fikrah Islamiyyah tanahair seperti Prof Dr Uthman al Muhammadi, Dr.Ridhuan Tee Abdullah, Saudara Shah Kirit Kokulal Govindji, Saudara Muhammad Azril Mohd Amin, mantan YDP MAIPP YB Shahabudin Yahya dan ramai lagi peserta yang tidak sempat saya berkenalan.
































































































KP Jakim dgn Yusri Mohamad

Peguam peguam terkemuka tanahair kita dan pejuang pejuang Syariah Islam yang turut hadir adalah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia Tetuan Zainul Rijal Abu Bakar, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Mohd Isa Ralip dan Naib Presidennya Musa Awang serta beberapa orang peguam lain.

Ada juga wakil Gabungan Pelajar Islam Semenanjung dan individu individu lain yang di jemput.

Dikemaskini :

Kalimah 'Allah': Nasihat menteri pada penulis blog

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom menggesa penulis blog dan laman internet supaya tidak menyiarkan apa-apa yang negatif berhubung isu penggunaan kalimah "Allah" oleh majalah mingguan Katholik, Herald.

Katanya, pihak terbabit khususnya penulis blog dan laman-laman internet harus memelihara batasan yang ditetapkan apabila berkarya supaya tidak mewujudkan ruang negatif yang boleh disalah guna oleh golongan tertentu.

Katanya, ruang-ruang negatif seumpama itu sekiranya disalah gunakan boleh mencetuskan ketegangan di kalangan masyarakat setempat, apatah lagi isu melibatkan agama sangat sensitif untuk diperdebatkan.

"Dalam hal ini kita menyeru laman-laman blog termasuk laman-laman lain dalam internet, dan mengharapkan kebijaksanaan mereka agar kesempatan itu tidak digunakan oleh orang lain yang melihat ada ruang negatif yang timbul daripada tulisan-tulisan yang mereka hasilkan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pertemuan beliau dengan 22 NGO Islam semalam untuk membincangkan pandangan masing-masing berhubung tindakan kerajaan memfailkan rayuan berikutan keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh Herald - The Catholic Weekly.

Beliau berkata, kesemua pihak yang terlibat dalam pertemuan itu sepakat berdiri dan menyokong penuh tindakan kerajaan dan turut menyarankan agar ia dibincangkan mengikut saluran perundangan yang ada, termasuk membawa isu berkenaan kepada Majlis Raja-Raja.

"Dalam saluran perundangan ini, kita ada enakmen kawalan di negeri-negeri, iaitu enakmen yang diwartakan untuk pengawalan dan sekatan terhadap pengembangan agama bukan Islam. Enakmen ini diwartakan kepada semua negeri kecuali Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan," katanya.

Dalam hal ini jelas Jamil Khir, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan meneruskan dialog bersifat intelektual bersama golongan bukan Islam supaya penggunaan kalimah Allah ini dapat diperjelaskan.

"Bukan itu sahaja, kita juga akan jelaskan mengenai kemurnian dan keindahan agama Islam mengikut perundangan dan sejarah Islam itu sendiri.

"Untuk umat Islam pula, penjelasan yang lebih dalam akan disampaikan menerusi medium sedia ada seperti khutbah Jumaat dan forum Islam untuk menjaga keharmonian yang sedia terbentuk selama ini," katanya.

Ditanya mengenai dakwaan bahawa kalimah Allah telah lama digunakan dalam kitab suci Injil dan Taurat, beliau berkata penggunaan kalimah Allah pada kitab tersebut tidak berpandukan kepada konteks "lam yalid walam yulad" (tidak beranak dan diperanakkan) yang disebut dalam Surah Al-Ikhlas.

"Dalam kajian yang dibuat tidak ada kitab lain yang menggunakan kalimah ini. Walaupun ajaran Samawi ada menggunakan Allah, tapi bukan dalam konteks yang kita perkatakan sekarang. Bukan dalam konteks "lam yalid walam yulad", jadi kekeliruan akan timbul jika penggunaan itu dialihkan daripada konteks itu," katanya.

Laporan BERNAMA.

3 comments:

N. A. H. A said...

Salam ,
Kristian tak akan berdiam diri selagi penggunaan nama Allah untuk tuhan mereka tidak selesai ,kerana itulah strategi jahat mereka dengan megatakan Allah itu nama tuhan mereka, sebab agama kristian agama langit, kitab injil kitab mereka..cuma sekarang mereka jauh terpesung..lalu syaithan menyuruh mereka pesungkan akidah umat islam juga pabila mereka bersetuju mengata tuhan orang kristian adalah Allah dan Allah orang Islam adalah Tuhan yang sama, nauzubillahimniazallik. Kristian sepatutnya masuk Islam beramai2 kerana mereka setuju Allah itu Tuhan semesta alam, Dia tidak beranak dan tidak di peranakkan dan Jesus Alaihissallam itu hanyalah nabi seperti juga Muhammad SAW.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Queen Noor.

Jam 2.30 ptg ini akan diadakan sidang bicara rayuan KDN terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi si Dato Lau Bee Lan akan keputusannya membenarkan Gereja Katolik Malaysia menggunapakai 'Ismul Allah' didalam majalah Herald mereka.

Yang saya tidak boleh terima adalah si Hakim yg sama juga akan mengadili rayuan ini.

Saya mendapat maklumat dari peguam Zainul Rijal Abu Bakar bahawa hakim ini adalah seorang mubaligh Kristian yang aktif.

Mana mungkin dia mahu mengubah keputusannya?

Saya malas ulas lagi.

Nak tengok keputusan rayuan KDN ini nanti.

Jika keputusannya sama, nantikan saja apa yang akan berlaku selepas ini.

Zakir said...

Salam semua,

Darah menggelegak bila membaca akhbar dan blog bahawa hakim yang akan mengendalikan kes rayuan isu kalimah Allah ini adalah hakim yang sama. Persoalannya, bagaimana isu ini terjadi sebegini teruk? Bagaimana hakim yang memutuskan satu keputusan yang menimbulkan huru hara perasaan umat Islam Malaysia dilantik sekali lagi untuk menghakimi keputusan yang telah beliau buat sebelum ini? Dan siapakah beliau??? Dan bagaimana isu yang berkaitan dengan agama islam ini dihakimi oleh hakim yang tidak beriman kepada ajaran islam??? Logikkah dia (lahnatullah!) boleh diharap mempertahankan islam dan ajarannya?????? Astaghfirullah.....dan DS Najib masih boleh meminta umat Islam Malaysia bertenang???? Cukuplah dari satu ke satu orang melayu islam malaysia diperlekeh...

1. Kuffar mempersoalkan hak istimewa orang melayu
2. Kuffar mempersoalkan majlis raja2.
3. Kuffar mempersoal isu azan yang mengganggu mereka
4. Kuffar mempersoal belanja kerajaan terhadap pembinaan masjid di malaysia
5. Kuffar memperkenalkan bak kut teh 'halal' (ramai yang terpengaruh, memakannya dan memperakuinya sedap dan 'tak sangka makanan ini boleh makan iyer (quote from public))
6. And now, isu Allah.

Dan apa lagi lepas ini. Kalau bloggers semua lihat, rentetan kronologi tuntutan dari kuffar ini dari awal (hanya secebis yang dapat saya senaraikan secara spontan mengikut urutan yang sempat saya terfikirkan), nampak corak tuntutan mereka begitu halus dan amat berstrategi. Saya menggambarkan tahun 2010 ini bakal dilalui dengan penuh getir kerana isu Allah ini telah menghampiri kemuncak matlamat jahat golongan kuffar dan tidak akan pernah penat untuk terus mengganyang umat Islam ini. Saya percaya mereka tidak akan berhenti daripada terus menuntut dan mempersoal sehinggalah pemimpin melayu dan umat islam keseluruhannya keletihan
dan mengalah. Then, akan bermulalah era baru senario beragama di malaysia di mana kristianisasi akan berleluasa dan berkembang subur, seperti mana apa yang berlaku di indonesia (Allah adalah milik semua agama, sebagaimana yang mereka hujahkan dalam mahkamah tinggi sebelum keputusan dibuat) sehinggakan akan lahir generasi melayu menggunakan nama melayu tetapi tidak semestinya islam. Sama2lah kita berusaha dan berdoa kepada Allah agar dikuatkan semangat pendakwah2 dan pemimpin2 islam malaysia agar terus memperjuangkan isu ini hingga selesai dan memenangi kepada islam. Saya tidak dapat fikirkan apakah yang akan berlaku andai kes rayuan KDN ditolak dan majlis raja2, mufti, ulama, dan pemimpin islam kerajaan dan pembangkang tidak berupaya mempertahankannya.... Cukuplah... moga tragedi 13 mei tidak berlaku lagi. Sebab yang berbeza, tetapi insiden yang sama.