Part of the Do'a Iftitah

"Verily my solats, my ibadah, my life and my death I surrender to Almighty Allah, Creator and Lord of all the worlds. Never will I associate anything with Him. So am I commanded and I am of those who are Muslims."

The Muslim Bloggers Alliance

The Muslim Bloggers Alliance
Bringing Muslim Bloggers Together

Saturday, January 16, 2010

Terlajak taip boleh dipadam ; terlajak 'Enter'..?

Suasana politik dan isu agama sedang tegang didalam negara ekoran dari peristiwa pembakaran gereja dengan sengaja oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terhadap natijah jenayah mereka pada keamanan dan kesejahteraan warga negara ini.

Keadaan menjadi lebih rumit bilamana adanya anak anak muda kita mencurah minyak membakar lagi hati dan perasaan penganut penganut agama Islam, Kristian dan yang lain lain dengan menulis mengikut sesuka hati mereka mengulas begitu begini tentang krisis antara agama ini dilaman Facebook masing masing tanpa memikirkan bahawasanya perbuatan sebegitu pasti akan menyusahkan diri sendiri?

Nah! Sudah terbukti bahawa peribahasa semasa yang saya guna tempohari adalah tepat dan boleh digunapakai!

'Terlajak taip boleh dipadam ; terlajak 'Enter' tanggung lah padahnya!'

Orang lain yang membuat angkara, pelajar ASWARA masuk penjara!

Kerna apa?

Gatal tangan empunya cerita!

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25 tahun, pelajar jurusan Perfileman di Akademi Seni dan Warisan Negara menaip komen " “Ke nak aku baling bom petrol di sana plak? Harga boleh runding...”dilaman internet Facebook Shahrul Maizam.

Sekarang siapa susah?

10 comments:

ziarah76 said...

terlajak 'enter'
merana jawabnya...

ish ish... jgn lah kita keruhkan lagi keadaan.

semoga negaraku tercinta ini diberi keberkatan, keamanan dan kedamaian.. amin.

zam said...

Salam ziarah76,

kalau mengikut pandangan saudara, saya adalah lebih baik kita biarkan 'mereka-mereka' ini membuat sesuka hati kepada kita dan agama kita demi menjaga keharmonian dan perpaduan yang dibanggakan selama ini..

Jimizul

MAHAGURU58 said...

Kadang kadang teringat akan pepatah Inggeris, ' Prevention is better than cure!'.

Peribahasa Melayu pun ada yang memperingatkan kita' Beringat ingat sebelum kena ; berjimat jimat sebelum habis!'.

Masaalahnya dah ramai dikalangan Melayu yang buta sejarah, lupa adat resam budaya bangsa dan lebih gemar menjadi umang umang meniru budaya Barat yang kerapkali membuatkan mereka kelihatan bagai badut sarkas mewarnai rambut menjadi 'blond' dan berbalung bagaikan ayam serama terkedek kedek di celah celah kotaraya.

Alahai Melayu....makin layu nampaknya!

Ish! Ish! Ish! Ish!

Kan sedar kah?

Wallahu'alam!

Abdullah said...

Salam Tuan,
Jenerasi Melayu sekarang dan akan datang dari Gen-Y(generasi yang larut dgn cara hidup dan biah hidup barat (Yahudi/Yahudi)-yg diamalkan dalam keluarga , masyarakat dan negara secara sedar ataupun tidak), akibat tidak ditarbiyyah dgn berpandukan uslub tarbiyyah Rasulullah SAW bertunjangkan agidah yang benar dan sahih dan lain-lain sifat Islam, serta merasai kehidupan akan setiap detik hayatnya dihisab oleh Allah dan merasai dan redha memikul tanggungjawab sebagai hambaAllah yang sebenarnya Demi untuk memperoleh Keredhoan Allah semata.
sekian utk tazkirahdiri.

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam ya Abdullah.

Saya khuatir bahawa umat Islam tanahair ini akan menerima nasib sama seperti orang orang Palestin angkara kejumudan fikiran mereka dan perpecahan yang semakin meruncing.

'Takkan Melayu hilang didunia?'

Hilangnya mungkin tidak tetapi ada kebarangkalian bahawa Melayu akan tinggal kenangan sahaja dan menjadi bahan pameran di muzium muzium sejarah?

Sekarang pun Melayu hanya tinggal beberapa kerat sahaja yang prihatin tentang ini.

Kebanyakan Melayu kini sibuk menjual serta menggadai segala yang ada termasuk harga diri, maruah agama, bangsa dan negara.

Tak gitu?

Zakir said...

Salam. Apa kabar mamu? Moga diberikan kekuatan oleh Allah dalam menjalani hidup dan memperjuangkan keindahan Islam. Seperkara berkenaan dengan thread ini yang dapat saya komen. heheh


Hmm... bila orang melayu buat kacau, macam2 cadangan disarankan...sumbat dalam lokap la..kenakan tindakan ISA la....bila orang melayu buat kesilapan kecil ...dicari sampai ke lubang cacing... tapi semua orang tak ambil kira/mencari jawapan KENAPA orang melayu ini buat kacau... KENAPA orang melayu ini tiba2 memberontak, KENAPA orang melayu yang semua orang tahu memiliki daya toleransi yang MAHA tinggi dan MELAMPAU (sehingga ramai orang bukan melayu tidak menghargai sifat toleransi ini lalu mengambil kesempatan menindas/menuntut hak/membelasah dsb) membuat perkara2 diluar batas2 kesusilaan mereka sendiri.

Tak terfikirkah mereka2 di luar sana (orang2 cina, india, pemerintah bukan melayu, ahli politik bukan melayu, penganalisa sejarah bukan melayu, pembangkang bukan melayu, DAP, gerakan, MIC, pihak Gereja SeMalaysia dll) berfikir sejenak, KENAPA terjadinya insiden bakar/simbah cat/percubaan merosakkan/ugut paderi gereja sejurus timbul isu kalimah Allah yang orang bukan melayu yang mulakan dulu?? Dan ramai orang menuduh/speculate orang2 melayu yang punya angkara(iya ker??) dalam masa mereka sendiri tahu bahawa ciri orang melayu kaya dan penuh toleransi? KENAPA?

Tapi bila orang bukan melayu buat kacau, hatta kacau dan kekacauan yang besar sekalipun, dilakukan oleh bukan sahaja orang politik/golongan pelampau/orang bukan melayu berpengaruh hingga kepada orang2 bukan melayu level rakyat jelata sekalipun tak de apa2 suarapun dari semua pihak.

Apa cerita dengan pemimpin hindraf? tak de apa2 tindakan puun? Apa cerita dengan editor akhbar2 vernakular cina yang terang2an menulis bahan yang mencetuskan ketegangan kaum? Tak de apa2 tindakan puunnn? Amaran pun tidak! Apa cerita dengan budak cina yang yang begitu fofular (popular) memperolok2kan lagu kebangsaan (Negarakuku)? tak de apa2 puuunnn... sampai dia naik tocang buat lagi klip video pasal TNB? Lagi sekali tak de apa2 tindakan ke atas dia puuunnn....? Tapi... kesian pelajar melayu kita yang hanya kasi 'statement budak2' dalam facebook berkenaan isu bakar gereja, jadi isu besar negara!! Sampai nak trauma budak tu dibuatnye!

Statement budak pompuan cina dari UMT yang mengumpamakan orang melayu sebagai BABI juga dalam facebook takde bunyi apa2 pun daripada pihak pemerintah?? Bagaimana pula dengan laman2 blog yang sudah terang lagi bersuluh mempersendakan perlembagaan/agong/agama islam/orang melayu/pemerintah/bahasa rasmi dsb?? Tak dibekukan puunnn??

Kalau saya nak tulis dan membanding2kan, memang banyak... dan sedihnya semua ini tidak menyebelahi orang melayu...dibuat oleh pemimpin melayu sendiri.... hish hish hish.... patutla orang2 bukan melayu tak respek kat orang melayu... sebab orang melayu sendiri kurang/tiada harga diri, kurang/tiada sifat kiasu (sometimes, one need to have controlable sense of kiasu to portray one stand).

Sebagaimana mamu sebutkan sebelum ini, apa la nak jadi dengan orang melayu.... 'me-layu' (layu le jadinyerr)!! :-) Panas hati dibuatnyer! (tapi tak le sampai emosional)

Basuh Baju said...

ini hanyalah taktik kerajaan terutamanya Polis dlm mengolah persetujuan org ramai yg polis buat kerja.

granted, budak ni mmg tak patut taip perkara2 yg sensitif. tp adakah ini akan menyelesaikan masalah?

it just another diversion. but failed..haha

apapun, terlajak enter boleh remove. hehe

mahaguru, nice blog.

Mr feckry said...

Assalamualaikum,

sedih betul dengan berita yang kata sabah sarawak Agama lain dibolehkan menggunakan nama Allah.

Sedih, sedih, macam semenanjung je yang Islam. Yang lain tu bukan ke.

Ya Allah, mereka-mereka ni permainkan nama Mu ya Allah.

MAHAGURU58 said...

Assalamualaikum Basuh Baju.

Ada kebenaran pada hujah saudara. Bagi pendapat saya, sekiranya pihak berkuasa kita benar benar bekerja tanpa prejudis dan 'go all out' dah lama dah perkara begini boleh dicantas semasa berputik lagi!

Masaalahnya dibiarkan bertunas, berbunga, berbuah dan kini mereput baru hendak mencari penawar?

Too late bro...natijahnya kucing dah mula bertanduk dan sikudung dah menari cha cha! Grrrr...

By the way, TQ for yr support!

MAHAGURU58 said...

Wa'alaikumsalam Mr Feckry.

Tengok je lah siapa yang mengisytiharkan begitu?

Bukannya Duli Yang Maha Mulia Tuanku Yang Di Pertuan Agong selaku Ketua Agama Islam Negara!

Makanya dari segi teknikal, pengisytiharan itu terbatal dengan sendiri!

YDP Agong tidak boleh boleh membiarkan kuasa Baginda di ambil alih oleh seorang Menteri di Jabatan Perdana Menteri, begitu saja!!!